Nazri Khan
PENYELESAIAN EKONOMI : LANTIK MENTERI KEWANGAN BARU
Alhamdulillah, Malaysia telah berusia 58 tahun selepas Hari Merdeka minggu lepas, tetapi jujur saya rasa dari
perspektif ekonomi, mungkin tidak banyak yang dirayakan, malah banyak
yang perlu berkabung. Tahun 2015 sewajarnya menjadi tahun paling banyak
publisiti untuk Malaysia kerana kita julung kali menjadi Pengerusi
Komuniti Ekonomi ASEAN dan ahli penuh United Nation Security Council.
Sayang,
ekonomi negara seolah-olah kehilangan arah dan taring kerana 'banyak
benda tak kena' berlaku tahun 2015, luar negara dan dalam negara.
Ringgit
mencecah paras terendah dalam 17 tahun. Harga minyak mentah, emas,
getah dan kelapa sawit menjunam paras terendah dalam 5 tahun. Cukai
baru dalam sejarah, GST telah bermula. Paras hutang isirumah Malaysia
diantara yang tertinggi di Asia. Paras pelabur saham asing menyusut
lebih 50% sejak tahun 2007. Indeks Bursa Malaysia turun ke tahap paling
bawah dalam tiga tahun setengah.
Yang pelik, sehingga hari ini, belum ada kenyataan rasmi, Malaysia sudah berdepan dengan krisis ekonomi.
Setakat ini, rata-rata mengatakan ringgit jatuh sebab faktor luaran.
Ringgit yang murah juga akan menjadi baik untuk eksport, universiti dan
pelancongan. Jika ini betul, kenapa laporan terkini Bank Negara yang
menunjukkan Eksport Kasar menurun sebanyak 3.7% pada Suku Kedua 2015
walaupun ringgit susut nilai sepanjang tempoh tersebut ?
Saya
berharap semua orang terutama pakar-pakar ekonomi akan berhenti
bercakap karut yang mungkin tak berguna jika butang panik berlaku.
Saya
mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi tetapi banyak yang
tidak perasan, beberapa individu penting tiada dalam senarai ini,
terutamanya Gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz. Selain itu
yang saya rasa agak pelik adalah Perdana Menteri kita tidak dinamakan
sebagai pengerusi jawatankuasa ini. Saya berharap dua kelemahan ini
dapat ditampung supaya jawatankuasa khas ekonomi ini mempunyai gigi.
Ok.
Melihat semua ini, secara peribadi, penyelesaian paling 'simplistik'
untuk menghentikan aliran menurun saham adalah mengumumkan perlantikan
seorang Menteri Kewangan baru yang berkarisma, neutral dan merdeka.
Pilih
Menteri Kewangan baru yang berkaliber, kompeten, boleh berdiri sendiri
dan mempunyai pengalaman luas dalam dunia ekonomi, punya reputasi baik
untuk merubah psikologi pelabur dan sentimen pasaran Malaysia. Beliau
juga perlu di hormati oleh semua institusi pelabur dalam dan luar
negara untuk menarik semula aliran wang luar.
Beberapa
nama datang ke fikiran saya termasuklah Tengku Razaleigh, Dato Sri
Mustapha Mohamad, Dato Seri Wahid Omar, Dato Seri Nazir Razak, Dato
Tajudin Atan atau mana-mana CEO Bank Malaysia yang berpengaruh di
Malaysia.
Harap pandangan peribadi saya ini boleh dilakukan segara tanpa ada masalah.
No comments:
Post a Comment