Friday, October 31, 2014

TERIMA KASIH PM ... WE LOVE PM !!!

Seronoknya apabila tambang BAS bakal naik 30%.. TQ BN..!!

Tambang bas ekspress bakal naik 30 %, kata SPAD

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata keputusan mengenai pelaksanaan caj tambang bas ekspress dijangka akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat. – Gambar ihsan flickr, 31 Oktober, 2014.
Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata keputusan mengenai pelaksanaan caj tambang bas ekspress dijangka akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat. – Gambar ihsan flickr, 31 Oktober, 2014.

Rakyat Malaysia bakal berdepan dengan kenaikan caj tambang bas ekspress sebanyak 30% dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini menunggu kelulusan daripada Putrajaya bagi memuktamadkan kadar perkhidmatan tersebut, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, keputusan mengenai pelaksanaan caj tambang bas ekspress dijangka akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

"SPAD sudah syorkan kepada kerajaan permohonan mereka ( pengusaha bas). InsyaAllah kita tunggu keputusan muktamad secepat mungkin," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Kajian kenaikan caj tambang itu susulan daripada gesaan pengusaha bas di negara yang terbeban dengan kenaikan harga harga minyak selepas Putrajaya memotong subsidi.

Syed Hamid menyifatkan ia merupakan satu cadangan yang munasabah.

"Permohonan daripada pengusaha bas adalah munasabah berasaskan kepasa keperluan yang mendesak terutama selepas penurunan subsidi minyak baru- baru ini," katanya.

Bagaimanapun beliau menjamin SPAD akan mencari kaedah sesuai untuk tidak membebankan pengguna sekiranya berlaku kenaikan.

Putrajaya‎ baru-baru ini mengurangkan subsidi RON95 dan diesel sebanyak 20 sen sebagai sebahagian daripada program rasionalisasi subsidi.

PM ROSMAH : SAYA TAKUT HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH ...

Mereka (kerajaan) takut kepada Anwar kerana Anwar anti rasuah.
pak jabitPUTRAJAYA : Walaupun jumlah kehadiran penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkurangan hari ini berbanding dua hari yang lepas, tetapi ia tidak mematahkan semangat salah seorang penyokong kuatnya yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Jabit.

Beliau yang popular dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Zombie Kampung Pisang berkata akan terus menyokong Anwar walaupun beliau dimasukkan ke penjara atau dibebaskan.
"Saya akan terus menyokong Datuk Seri Anwar bukan sahaja tubuh badannya sahaja tetapi perjuangannya.

"Ini bukan kes jenayah tetapi kes politik. Mereka (kerajaan) takut kepada Anwar kerana Anwar anti rasuah. Malaysia kaya dengan rasuah. Kalau Anwar bebas, Anwar dapat perintah Malaysia, mereka akan dikenakan tindakan," katanya kepada FMT di luar Istana Kehakiman disini hari ini.
Beliau berkata, rakyat yang turun menyokong beramai-ramai adalah demi untuk perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.
"Ini tugas manusia sebagai khalifah didunia," katanya.
Hari ini merupakan hari ketiga perbicaraan yang melibatkan Anwar yang juga merupakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.
Perbicaraan ini merupakan rayuan terakhir Anwar untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria mendengar hujah daripada pasukan pembelaan yang diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram yang juga merupakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.- FMT

PM NAJIB : SAYA PEDULI RAKYAT @ PEKENA RAKYAT ???

Ku Li akui Najib tak peduli rintihan rakyat?


Bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyeru Putrajaya menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana bimbang dengan prospek ekonomi negara.

Ahli Parlimen Gua Musang itu yang dikenali sebagai Ku Li berkata, kerajaan memekakkan telinga dan enggan mendengar rintihan rakyat.

"Hampir setiap tahun bajet yang dibentangkan seperti meminggirkan masalah rakyat.

"Terlalu banyak kritikan di Parlimen dan orang awam, juga di sosial media tetapi pemimpin kerajaan tidak mendengar langsung punca keretakan ekonomi dengan mengambil sikap tidak ambil peduli," katanya dalam surat yang diedarkan kepada semua ahli Parlimen hari ini.

Ku Li berkata demikian dalam surat setebal 6 mukasurat mengenai Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diedarkan kepada semua ahli Parlimen di Parlimen hari ini. 

Surat itu berkata, kerajaan perlu bersikap sensitif terhadap faktor lain yang boleh membawa kepada kejatuhan ekonomi termasuk undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku).

Ku Li berkata, kerajaan perlu memikirkan untuk menangguhkan GST ke masa di mana ekonomi negara lebih stabil dan kukuh.

"Dan jika ia perlu dilaksanakan, kadarnya juga harus dilihat semula," katanya.

Putrajaya sebelum ini mengumumkan cukai GST sebanyak 6% dan akan berkuatkuasa pada 1 April tahun depan dan langkah itu dikatakan perlu untuk mengurangkan defisit negara.

Bagaimanapun, ia mendapat kecaman orang ramai dan pemimpin pembangkang yang mengatakan cukai ini membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Ku Li juga mencadangkan supaya setiap agensi kementerian dan kerajaan dilengkapi dengan pegawai daripada Ketua Audit Negara untuk mengekang pembaziran, ketirisan dan salah urus yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

"Dengan pendedahan Ketua Audit Negara mengenai pembaziran, perbelanjaan berlebihan, kerugian tidak bertanggung jawab, salah urus dan rasuah mutlak, kita sebagai rakyat dan pembayar cukai, harus dimaafkan jika kita menunjukkan kemarahan kita terhadap masalah ini.

"Kita seharusnya berjaya dalam menguruskannya dan dengan itu, dapat mengurangkan bajet mengurus yang melonjak naik," katanya.

Sambil melahirkan rasa takutnya terhadap ekonomi yang semakin memburuk di negara ini, ahli Parlimen Umno itu berkata reformasi ekonomi drastik diperlukan bagi mengelakkan krisis yang boleh membawa negara ini ke dalam kekacauan.

"Rakyat memerlukan perubahan berani yang perlu dibawa pemimpin yang peka terhadap kehendak dan perasaan rakyat. Kita harus mengambil berat tentang kebimbangan dan aspirasi mereka. 

"Kenyataannya adalah, mereka perlu perubahan sekarang. Jika tidak, negara ini akan gagal. Ingat, kita bertanggungjawab tentang hal ini untuk generasi akan datang," katanya lapor The Malaysian Insider

Thursday, October 30, 2014

MUSUH PUN TAK PERCAYA DENGAN KELAKUAN SETERU ???


Mahathir juga kurang yakin Anwar meliwat, kata bekas rakan kolej

Bekas rakan kolej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kurang yakin dakwaan mengatakan bekas anak didiknya itu berkelakuan songsang.
Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata semasa masih berada dalam Kabinet, Dr Mahathir memanggilnya untuk menyiasat tentang latar belakang Anwar semasa di kolej.

"Dr Mahathir tanya sama ada saya setia dengan dia atau Anwar. Saya kata saya setia dengan Anwar sebagai kawan dan Dr Mahathir sebagai ketua," katanya ketika ditemui di Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini.
Katanya, pada Februari 2001 beliau sekali lagi dipanggil Dr Mahathir bertanyakan sama ada dirinya percaya Anwar melakukan perbuatan liwat.
Fauzi berkata, Dr Mahathir mahu mendapatkan kepastian tentang dakwaan yang didengarnya daripada adik kepada setiausaha sulit Anwar ketika itu, Ummi Hafilda Ali.
Katanya, Dr Mahathir pasti orang ramai akan percaya dengan kata-katanya jika beliau mengaku Anwar melakukan perbuatan sedemikian.
Namun, beliau enggan menurut perintah Dr Mahathir supaya mengakui dan mempercayainya walaupun ditawarkan dua fail projek.
"Sebenarnya dia mahu suruh saya supaya yakinkan dia Anwar tidak meliwat.
"Dia harap dia dapat percaya dan saya hanya bercakap benar," katanya.
Fauzi dan Anwar merupakan rakan sekolah semasa di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1964 dan menyertai PKR pada 2008.
Dr Mahathir memecat Anwar pada 1998 atas dua sebab, iaitu tidak sesuai untuk meneruskan khidmat dalam kerajaan dan menggantikannya sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir dalam buku "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" menyatakan beliau dimaklumkan mengenai skandal Anwar oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar, 4 tahun sebelum buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri' dihantar kepadanya.
Namun enggan membacanya kerana yakin ketika itu ia hanya artikel sensasi bertujuan mengaut keuntungan.
Anwar dijatuhi hukuman penjara 6 tahun bagi kesalahan rasuah pada 1999 dan 9 tahun ekoran kes Liwat II pada 2000.
Beliau dibebaskan daripada tuduhan liwat oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004.
Kini, beliau dalam proses rayuan terakhir menggugurkan tuduhan Liwat II di peringkat Mahkamah Persekutuan yang dijangka berakhir pada minggu depan.
Jika didapati bersalah, beliau akan dihukum penjara 5 tahun kerana bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara pada Jun 2008. –TMI

APABILA MANUSIA SETARAF ANJING ....

5 Sebab kes liwat DSAI langsung tidak masuk akal..

5 Sebab kes liwat DSAI langsung tidak masuk akal..
Pertama,
Jika betul DSAI meliwat saiful, kenapa saiful tidak melawan.. saiful pada masa tu muda, gagah takkan senang2 nak bagi orang liwat.. si muda umur 20an diliwat si tua umur 60an takkan tak mampu nak lawan.. perempuan kena rogol pun reti nak lawan.. jika suka sama suka kenapa DSAI sorang saja kena dakwa.. kenapa saiful tak kena dakwa..
Kedua,
DSAI didakwa mengikut sekyen 377B Kanun keseksaan.. seksyen 377B dengan jelas menyebut "Sesiapa yang secara sukarela melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii".. jadi jika mengikut seksyen ini saiful juga mesti didakwa kerana suka sama suka..SOP kes liwat atau rogol, mangsa akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan perubatan untuk mengesahkan adanya tusukan/penetration tetapi 4 doktor, 1 di pusrawi dan 3 di HKL membuat laporan TIADA kesan tusukan.. 1 doktor mungkin khilaf tapi kalau 4 tak mungkin khilaf..
Ketiga,
Bagaimana DNA air mani DSAI boleh ada dalam dubur saiful sedangkan tiada kesan tusukan dijumpai dekat punggung saiful.. adakah betul itu air mani DSAI atau DNA DSAI telah dipalsukan.. ingat lagi semasa DSAI kena tahan beberapa hari di penjara, di sana dia pun disediakan tuala, berus gigi.. jika berus gigi dan tuala dipalit pada kapas lalu kepada DNA tester itu sudah memadai untuk mendapatkan DNA DSAI..
Keempat,
Kenapa nak dekat2 prk kajang tiba2 DSAI disabit bersalah dalam kes liwat.. seolah2 tak nak bagi DSAI bertanding padahal DSAI telah diputuskan tidak bersalah..Kenapa mesti peguam negara yg menjadi pembela saiful dalam kes liwat.. inikan soal peribadi tiada kena mengena dengan hal negara.. mana saiful dapat duit untuk bayar peguam negara.. saiful kerja apa sebenarnya.. jadi boleh nampak kat situ permainan kerajaan zalim..
Kelima,
Saiful dakwa dia diliwat pada 26hb jun dan buat report polis pada 28hb jun.. dalam tempoh 2 hari itu ada lagi ke DNA air mani DSAI.. takkan si saiful langsung tak berak, tak solat, tak basuh dubur.. semata2 nak simpan bukti dalam dubur.. kenapa tak terus je report polis lepas dia kena liwat..
Langsung tak masuk akal! Hanya yg mempunyai akal yg waras saja dapat berfikir DSAI telah difitnah dan dizalimi.. semoga Allah menimpakan balasan ke atas orang yg menganiaya beliau dan orang yg menyokong beliau dipenjara.
Muka cam.. Ci...... i!!!!! Sakit ati plak aku tgk muka dia ni..

Wednesday, October 29, 2014

ZUL KULUM @ KULIM : AKU MABUK KETUM ...

Meh sini sat, macai -macai Zulkifli Kulum!

 Aku ingat Nik Abduh dari PAS tu saja yang dah jadi macai Perkasa.... Rupa-rupanya member dari PKR pun ada juga.... hairanlah juga aku bila jengok blog ini - penyokong kuat PR suatu ketika dulu, tapi dah jadi macai Zulkifli Kulum pula dah. 

Ini semua gara-gara marahkan kepada Anwar dan terlalu kasihkan MB lama si Khalid Ibrahim.... alahai... takkanlah sampai macam tu punya bingai sampai dah tak kenal mana musuh dan mana kawan...Ni aku ada cerita untuk kamu  macai-maci Perkasa hazamkan!


(Malay Mail Online) - Sokongan untuk pelantikan kontroversi Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai peguam utama membela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam berprofil tinggi liwat rayuan yang terakhir itu datang dari sumber yang tidak dijangka pada hari ini, sebagai peguam yang diupah oleh kerajaan untuk membawa pihak pendakwaan itu berkata tidak ada yang salah dengan seorang hakim bersara berdiri di sisi lain daripada Bar lagi. 

Peguam swasta terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu pemberita bahawa Anwar mempunyai hak untuk memilih sesiapa yang dia ingin menjadi peguam, termasuk bekas hakim, dan menambah bahawa Gopal juga mempunyai kebebasan untuk menerima pekerjaan. 


 "Saya tidak fikir kita boleh menyekat sesiapa termasuk seorang bekas hakim. Ia adalah pilihannya. 

 "Malah, Ketua Hakim Negara telah membuat komen mengenai perkara ini, tidak ada sekatan di sini," kata Muhammad Shafee di Istana Kehakiman di Putrajaya, selepas Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan Anwar terhadap sabitan liwat ditangguhkan  ke esok (hari ini).

p/s : zul kulim @ kulum nak kata apa lagi...
sudah-sudahlah tuh cari makan cara haram neh zul...
taubat nasuha laaa.... kalau tak buang kopiah atas kepala tuh dalam longkang..
ntah spesis lawyer melayu haprak mana ntah dia neh ...

MENTERI PUSAT : KAMI BANYAK TANGGUNGAN ...


Isu Semasa : Kerajaan Pusat Tidak adil kepada Kerajaan Negeri.


KUALA LUMPUR: Kerajaan Pusat sepatutnya bersikap federalisme dalam berbelanja agar negeri-negeri yang mengeluarkan sumber alam tidak menjadi negeri termiskin, tegas Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli.

Katanya, walaupun sesetengah negeri yang mengeluarkan sumber alam seperti Terengganu menghasilkan petroleum masih dikategorikan negeri yang miskin.

"Bagaimana kedudukan negeri setelah hasil yang dikutip kerajaan pusat tidak dikembalikan kepada negeri itu. Inilah yang sering kita dengar rintihan rakyat Sabah dan Sarawak. Rintihan ini sering disebut pada tiap kali ucapan," ujarnya ketika membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat petang ini.

Beliau berkata, kawasan Dun di Terengganu iaitu Bukit Besi yang dahulunya menghasilkan sumber utama bijih besi tetapi apabila kehabisan hasil akhirnya tidak ada pembangunan yang dibuat.

"Daripada apa yang berlaku, kita ambil sahaja hasilnya. Bagaimana hasil yang dikutip kerajaan pusat tetapi tidak dikembalikan kepada kawasan itu untuk pembangunan.

"Begitu juga di Rantau Abang, setelah habis pelancongan akhirnya tidak ada apa-apa. Inilah kita harus beri perhatian sumber diambil kenapa tidak dikembalikan," tegas beliau berhubung kawasan yang terkenal dengan pendaratan penyu suatu ketika dahulu.

Katanya, keadaan itu tidak mustahil akan berlaku di Kerteh apabila sumber yang ada iaitu industri petroleum nanti kehabisan, akhirnya pembangunan tidak berlaku.

p/s : kami yang pusat neh perlukan banyak duit, nak bawak anak bini melancong merata dunia. shopping lagi..hotel mewah...jet peribadi. hangpoa dok negeri naik kancil sudah laaa... kata menteri BN...

MP UMNO : KAMI NAK KASINO, BUKAN TAMAN AL-QURAN ...


Idea MP : Cadangan Baik Untuk Kerajaan Malaysia.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary mencadangkan kerajaan membina Taman Tema al-Quran yang pertama di dunia.

Katanya, peruntukan sebanyak RM30 juta untuk pusat percetakan ditukar kepada cadangan membina Taman Tema Al Quran.

"Di Malaysia kita sudah ada Legoland, Taman Tema Air seperti di Sunway dan Tambun.

"Sudah sampai masanya kita membawa seluruh penduduk dunia datang ke Malaysia mempelajari al-Quran dalam bentuk Taman Tema al-Quran Malaysia," katanya ketika membahaskan Bajet 2015.

Cadangnya, Taman Tema al-Quran ini dibahagikan kepada 114 bahagian sebagaimana jumlah surah Al Quran dan ianya akan menjadi tempat perlancongan dan pembelajaran Al quran terbesar dan satu-satunya dalam dunia.

Sebagai contoh katanya, apabila pengunjung masuk ke halaman surah Nuh, ia dapat menghayati sebuah bahtera besar, ribuan pasangan binatang dan banjir besar.

Manakala tambahnya, di halaman surah al-Humazah para pengunjung digambarkan dengan azab neraka yang membakar sampai ke hati, ditutup rapat dan diikat pada tiang-tiang yang panjang.

"Saya percaya Taman Tema Al quran Malaysia akan menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia. Membawa pulangan keuntungan jutaan ringgit dan terpenting menjadi bekalan pahala buat kita semua di akhirat nanti," katanya.

Justeru beliau berpandangan taman tema ini sangat bersesuaian dalam memajukan lagi produk pelancongan Islam.

"Dan sebagai simboliknya saya mencadangkan taman tema dibangunkan di Kelantan. Saya percaya kerajaan Kelantan bersedia untuk menyediakam tanah bagi membangunkan Taman Tema Al Quran," katanya.

P/S : aku rasa bab-bab al-quran neh memang mp BN alergik giler...
nak tgk al-quran pu tak mau..inikan nak bukak kilang...
kalau bukak kasino mau la depa..siap kalut nak pi rasmi...

MENTERI KEWANGAN MALAYSIA : KAMI BETOI2 LAPAQ DUIT ...

Blog Pun Kena GST - Blog GB Bakal Ditutup?


Menurut maklumat dari melvister.com, pemilik laman blog (web) atau forum turut kena GST bermula 1 April 2015.

Setelah pelaksanaan GST dijangka akan dilaksanakan mulai awal bulan April 2015, kesemua pemilik blog (website) atau forum yang menjana pendapatan menerusi platform tersebut tidak akan terkecuali untuk membayar cukai GST.

Manakala, platform online yang tidak menjana menjana pendapatan atau dibina sebagai untuk tujuan peribadi tidak akan dikenakan GST.

Seperti sedia maklum, pelaksanaan GST yang menggantikan sistem cukai sedia ada iaitu SST adalah berkonsepkan menyeluruh dan adil dimana semua perkhidmatan/ perniagaan secara online mahupun offline wajib membayar cukai tersebut.

Admin blog Kelab Greenboc belum lagi membuat keputusan samada akan meneruskan blog ini atau tidak apabila GST dikenakan kelak. Sebenarnya, pendapatan dari blog tidaklah sebesar mana, sekadar membantu membayar talian streamyx/broadband yang umum mengetahui harga internet dan jalur lebar di negara ini adalah terlalu mahal berbanding kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Setelah sekian lama berjuang di pesada siber, berkemungkinan besar ramai para blogger akan terpaksa menutup blog masing-masing, apatah lagi selama ini, perjuangan para blogger ini sekalipun diakui telah banyak membantu khususnya Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya, namun tiada rancangan khusus dari parti untuk membela dan menyokong usaha para blogger ini. Cukup malang nasib kami... tapi apakan daya... hanya Allah tempat kami berpaut selama ini.

Dalam perkembangan berasingan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) nampaknya sudah mula memandang serius isu perniagaan-perniagaan online yang tidak berdaftar.

Siakapkeli.com melaporkan, melalui sebuah notis yang dipaparkan E-Commerce Milo, pihak SSM sudah mula mengadakan pemantauan kepada beberapa peniaga di laman Facebook bagi memeriksa sama ada mereka ini memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat.


Menurut blog tersebut, SSM telah sudah mula menekankan tentang perkara ini di dalam Peraturan Peniaga Dalam Talian sejak Julai 2013 lagi. Tetapi setelah melihat peniaga-peniaga online seperti tidak mengendahkan perkara ini, kerajaan akhirnya mula mengambil serius bagi menguatkuasakan peraturan ini.

Selain dari perniagaan di Facebook, apa-apa perniagaan yang berlaku di atas rangkaian termasuklah di laman perkongsian gambar Instagram juga perlu memaparkan nama serta nombor pendaftaran syarikat mereka.

Sekiranya gagal, pemilik perniagaan tersebut akan dikenakan penalti sehingga RM5,000.
 

KES ANWAR : PHIR BIL DI HAI HINDUSTANI ...


Pengadilan Anwar dan implikasi terhadap masyarakat antarabangsa



Oleh Muhammad Nazreen
Tanggal 28 Oktober 2014, masyarakat antarabangsa sedang memerhatikan Malaysia

 kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh politik yang dianggap paling kontroversial di Malaysia. Penghakiman kali ini penting kerana ia menyingkap kesungguhan Malaysia untuk menempatkan dirinya dalam peralihan sistem demokrasi di rantau Asia Tenggara.

Masyarakat antarabangsa sedang melihat sejauh mana Malaysia, komited untuk melaksanakan agenda reformasi sistem politik di Malaysia. Pertama, pengadilan terhadap Anwar memainkan peranan penting untuk melihat kesungguhan kerajaan menerusi agenda reformasi politik seperti yang dicanangkan Datuk Seri Najib Razak.

Kedua, kes ini juga simbolik terhadap usaha memulihkan imej sistem kehakiman negara yang calar berikutan skandal membabitkan campur tangan ‘orang atasan’ di dalam institusi kehakiman tertinggi negara. Ketiga, ia menzahirkan kesungguhan Malaysia memperbaiki rekod hak asasi manusia. Keempat, kes ini bakal memberikan kesan diplomatik Malaysia dan dunia Islam. Kelima, ia menzahirkan masa depan politik pembangkang di Malaysia menerusi gabungan politik Pakatan Rakyat.
Tekanan masyarakat antarabangsa
Kes perbicaraan kali ini mendapat perhatian gerakan sivil dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh dunia. Wakil pemerhati daripada Inter-ParlimentaryUnion (IPU), International Court of Justice (ICJ), Human Right Watch (HRW), Amnesty International mengikut rapat perbicaraan kali ini.
Amnesty International, misalnya, memohon supaya kerajaan Malaysia menghentikan pendakwaan politik terhadap Anwar. HRW menggesa Malaysia memberikan keadilan kepada Anwar.
Pendakwaan kali ini jelas bermotif politik. Justeru, ia menggambarkan kesungguhan Malaysia memperbaiki mutu demokrasi di Malaysia. Portal Bloomberg melaporkan pendakwaan Anwar sebagai ‘satu langkah mundur buat demokrasi’ buat Malaysia, manakala menggambarkan Indonesia, di bawah pentadbiran Jokowi merupakan berita baik ke arah proses pendemokrasian di rantau Asia Tenggara.
Pentadbiran Najib menjanjikan perubahan politik di Malaysia sebelum ini. Langkah beliau benar-benar teruji menerusi kes pendakwaan membabitkan Anwar, ketua pembangkang. Masyarakat antarabangsa menilai kes ini sebagai batu loncatan ke arah proses demokrasi di Malaysia.
Kes ini dianggap sebagai pendakwaan bersifat politik. Sekiranya Malaysia mahu dilihat penting oleh masyarakat antarabangsa, maka, Malaysia perlu berhati-hati dengan perbicaraan kes ini.
Usaha memulihkan sistem kehakiman negara
Tatkala ini, kes perbicaraan Anwar menduga usaha memulihkan imej sistem perundangan yang calar teruk. Kemasukan peguam yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetuai pendakwaan ke atas Anwar membawa persepsi buruk terhadap kebebasan institusi kehakiman di Malaysia.

Proses pendakwaan yang meragukan seperti saksi utama tidak dipanggil memberi keterangan, kelemahan barang bukti dan jawapan plaintif yang tidak konsisten merencatkan lagi usaha untuk membebaskan institusi penghakiman daripada campur tangan politik.
Phil Robertson, timbalan pengarah Human Right Watch cawangan Asia Pasifik mendakwa kes liwat ini melibatkan campur tangan politik dan pendakwaan ke atas Anwar harus segera dihentikan. Bekas presiden Filipina, Joseph Estrada mengutus surat memohon kerajaan Malaysia menghentikan kezaliman politik ke atas musuh politik mereka. Senator bebas dari Australia, Nick Xenophobe pula menggesa Malaysia menamatkan intimidasi politik ke atas Anwar.
Masa depan hak asasi manusia
Salah satu inti penting daripada Universal Declaration of Human Right (UDHR) 1948 adalah jaminan hak mendapat perbicaraan yang adil (right of free trial). Perbicaraan kali ini menguji sejauh mana akses terhadap kes perbicaraan Anwar buat seluruh rakyat Malaysia.
Kerajaan Malaysia hanya menandatangani 3 daripada 8 perjanjian hak asasi antarabangsa yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Laporan yang dikeluarkan oleh Universal Periodic Review (UPR) menunjukkan penindasan hak asasi manusia di Malaysia masih tidak memuaskan.
Amnesty International, badan hak asasi berprestij di dunia mengeluarkan amaran Anwar adalah ‘prisoner of conscience’ sekiranya disabitkan bersalah. Jelas masyarakat antarabangsa melihat pendakwaan ke atas Anwar adalah konspirasi politik untuk melemahkan politik oposisi di Malaysia.
Kes Anwar adalah kemuncak kepada penindasan hak asasi di Malaysia. Sekiranya, perbicaraan kes ini dianggap berat sebelah, maka Malaysia tidak dilihat serius untuk memperbaiki rekod hak asasi manusia yang semakin corot.
Kesan diplomatik terhadap dunia Islam
Malaysia dianggap memiliki hubungan penting dengan dunia Islam. Gagasan wasatiyah dan moderat yang cuba dimainkan oleh Malaysia, setidaknya memainkan peranan penting untuk menghindari kelompok Muslim garis-keras seperti Islamic State, Al-Qaeda dan Boko Haramdan mengerah kekuatan mempamerkan versi Islam yang lebih moderat dan terbuka.
Namun, kes pendakwaan terhadap Anwar akan mencalarkan hubungan rapat di antara Malaysia dan dunia Islam. Tidak dapat dinafikan Anwar mempunyai dokongan kuat di kalangan komuniti Islam antarabangsa. Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Dr Yusof Qaradawi menyampaikan perutusan khas menggesa kerajaan Malaysia menghentikan kezaliman dan fitnah terhadap Anwar.
Tokoh ulama Islam seperti Maulana Ihsan Hendrick, Syeikh Mustafa Ceric dan Rashid Ghanoushi menggesa supaya Anwar mendapat akses terhadap keadilan. Selain itu, Anwar mempunyai pengaruh agak kuat di beberapa negara Islam yang berpengaruh seperti Turki, Indonesia dan Mesir. Ketidakadilan terhadap Anwar akan menyebabkan hubungan diplomatik Malaysia dan dunia Islam menjadi semakin renggang.






P/S : MAKIN LAMA..MAKIN PELIK..


MAKIN LAMA..MAKIN MENJADI-JADI HAKIM bn NEH...

MENTERI : KAMI ENJOY, RAKYAT BAYAQ ....

Menteri juga tidak layak dapat subsidi minyak

GHARIB RAHMAN 

http://www.posterkini.com/wp-content/uploads/2014/04/Harga-Petrol.jpg

CADANGAN kerajaan Umno-BN memberi subsidi minyak berdasarkan gaji individu bukanlah sesuatu yang wajar dan sesuai dilaksanakan.

Hal ini kerana, seperti kebiasaannya apa-apa idea yang dikemukakan atas nama kepentingan rakyat bukanlah untuk menyelesaikan masalah makro rakyat sebaliknya lebih bersifat sementara dan terpilih. Perlu diingat bahawa sebarang kenaikan harga minyak petrol (kononya dikurangkan subsidi) akan mewujudkan kesan berantai.

Untuk mengenalpasti individu yang layak menerima subsidi minyak sahaja pun bakal mengundang pelbagai kerja tambahan. Selain jenis kenderaan yang digunakan juga mesti diambil kira, Jumlah tanggungan keluarga, individu yang isteri tidak bekerja, individu yang berkerja sendiri dan tidak berdaftar dengan LHDN dan seribu satu kriteria lain yang akhirnya menyusahkan rakyat terbanyak.

Bagaimana pula dengan kenderaan perdagangan dan kenderaan awam? Adakah mereka juga termasuk dalam senarai yang tidak layak menerima subdidi minyak? Sebarang kenaikan turut akan membabitkan mereka. Mereka terpaksa menaikkan harga barangan dan tambang untuk menampung kos kenaikan harga minyak.

Saya berpendapat, para menteri juga tidak layak mendapat subsidi minyak. Bahkan mereka sepatutnya memotong segala elaun dan kemudahan termasuklah AP untuk pembelian kereta import, membayar tol dan pelbagai lagi kemudahan.

Kos membayar elaun dan perbelanjaan para menteri ini sudah tentu dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang hasilnya dikutip melalui pelbagai cukai termasuk cukai pendapatan dan GST.

Slogan rakyat didahulukan mesti diamalkan dan dibuktikan bukan sekadar slogan untuk menyedapkan kata-kata.

P/S : MENETRI kedarah duit rakyat..
minyak rakyat bagi free...makan free..berak free.... dapat projek kot tepi lagi...
anak pinak tumpang free...bak kata..semua free......

Tuesday, October 28, 2014

1 MALAYSIA : PEMAJU UMNO DIDAHULUKAN, RAKYAT DI BANGSATKAN ...

Akhirnya.. sebuah lagi Kampung Melayu lenyap dari peta Tanah Melayu...


Ketika penyokong Pakatan Rakyat (PR) sibuk dengan kes mahkamah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, satu-satunya rumah di Kampung Chubadak, Sentul yang masih bertahan dirobohkan hari ini dan puingnya dibakar hangus.

Dua penuntut universiti yang cuba mempertahankan rumah itu daripada dirobohkan, ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Sentul.

Mereka ialah Abdul Muqit Mohamad, mahasiswa Universiti Malaya, dan Ahmad Fahmi Mokhtar, mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia cawangan Darul Quran.

Sehingga kini, mereka yang ditahan ketika bergelut dengan pekerja pihak pemaju yang cuba merobohkan rumah itu, masih dalam tahanan polis.

Menurut Presiden Gabungan Pelajar Islam Malaysia (Gamis) Abdul Malek Abdul Razak, kira-kira 30 pelajar yang aktif dalam Gamis dikerah ke kawasan itu apabila mendapat tahu pihak pemaju mahu merobohkan satu-satunya rumah penduduk yang masih bertahan di atas tanah itu.

"Kami diberitahu pengerusi Persatuan Penduduk di situ, dikenali sebagai Pak Ramli, yang rumah Makcik Wahidah mahu dirobohkan hari ini.

"Kami cuba mempertahankan rumah beliau, namun pekerja pihak pemaju memukul kami dan polis yang campur tangan akhirnya menangkap dua rakan kami," kata Malek kepada The Malaysian Insider.

Awal pagi tadi, pihak pemaju tiba bagi merobohkan rumah Wahidah Mat Salleh, 73, yang dibina semula oleh aktivis pelajar dan masyarakat dengan bantuan derma orang ramai selepas semua rumah di kampung itu dirobohkan pada Jun lalu.

Ketika itu, Wahidah bertegas tidak akan meninggalkan kampung dan rumahnya itu.

Turut serta membantu pekerja pemaju dalam operasi hari ini ialah pihak polis Light Strike Force (LSF), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Situasi menyedihkan berlaku apabila warga emas itu yang sudah 45 tahun tinggal di situ berusaha cuba mempertahankan rumahnya.

Antaranya, beliau melaungkan azan dan berdoa di depan rumahnya.

Kampung Chubadak, Sentul mula dibuka sejak 50 tahun lalu oleh peneroka bandar yang masuk ke Kuala Lumpur serentak dengan Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu dan Chubadak Hilir.

Kira-kira 160 keluarga tinggal di kampung itu yang terletak hanya 5km dari pusat bandar dan sedang dihimpit arus pembangunan.

Sejak 12 tahun lalu, masalah mula timbul apabila pihak pemaju mahu membangunkan kampung itu selepas kawasan sekelilingnya sudah pesat membangun.

Menurut Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1998, pihak yang ingin memajukan kampung itu perlu membayar pampasan sewajarnya kerana mereka bukan setinggan tetapi peneroka bandar.

Pada 1996, kampung itu dikejutkan dengan berita DBKL membenarkan pihak pemaju membina blok apartmen di kawasan kampung mereka.

Natijahnya, apabila bantahan dibuat, ramai antara mereka terpaksa bermalam di lokap polis kerana cuba mempertahankan kampung dan tapak rumah mereka.

Yang menjadi persoalan ialah, bilakah tanah mereka dijual kepada pemaju oleh DBKL?

Sebahagian mereka diberikan pampasan RM7,000 oleh pemaju dan satu unit rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda lapor The Malaysian Insider

p/s : nak hadiah dari najib untuk rakyat..
yang penting perut mp kenyang...
anak bini menteri semua buncit...
rakyat susah pergi mamposss....
MANA PI PI JATI? PERKASA? PUTERA UMNO? NGO MELAYU BODOH?
PEMUDA UMNO? geng kedarah duit betoi puak2 neh ...

1 MALAYSIA : SPENDA KITA PUN NAK BAGI KAT ORANG JUGAK KER ???

Kita memang bodoh jika Singapura dapat Pulau Pisang pula

Selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyerahkan kedaulatan negara di Pulau Batu Puteh kepada Singapura pada 2008, gara-gara 'kepandaian' pasukan peguam negara kita dalam mempertahankan kedaulatan pulau berkenaan, kini timbul pula kebimbangan penduduk negara ini tentang kedaulatan di Pulau Pisang.

Menurut pemerhati undang-undang, Singapura boleh menuntut Pulau Pisang sekiranya republik itu mengamalkan ‘pendudukan efektif’ di pulau berkenaan untuk satu tempoh yang lama mengikut Undang-undang Laut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS).

Pemerhati undang-undang, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata, jika Malaysia mengakui sebagai pemilik bagi sesebuah kawasan maka perkara itu perlu dibuktikan kepada negara-negara lain dan juga seluruh dunia.

“Dari sudut UNCLOS, cara sesuatu tempat boleh dituntut oleh negara lain ialah dipanggil ‘effective occipation’ (pendudukan efektif). Maknanya kawasan itu diduduki atau diuruskan oleh negara berkenaan.

“Saya tidak pasti situasi sebenar di Pulau Pisang tetapi sekiranya pulau itu juga ditadbir oleh Singapura bagi tempoh masa yang panjang dan kita tidak ambil apa-apa tindakan untuk menunjukkan bahawa kita adalah tuan punya pulau itu, maka Singapura boleh buat tuntutan,” katanya.

Bimbang Pulau Pisang senasib Pulau Batu Puteh

Beliau turut mengingatkan bahawa Pulau Batu Puteh telah diuruskan oleh Singapura dan perkara itu menjadi asas tuntutan republik tersebut.

Beliau yang juga seorang peguam itu menyarankan agar Malaysia segera mengambil langkah berwaspada dengan mentadbir pulau yang terletak kira-kira 8 kilometer di luar perairan Pontian itu.

Sekiranya Malaysia melakukan pendudukan efektif ke atas pulau tersebut seperti mentadbirnya, kita mungkin tidak akan hilang kelayakan untuk mengatakan pulau itu adalah hak milik kita.

“Setakat ini Singapura memang tidak membuat sebarang tuntutan lagi tapi kita perlu berwaspada. Pulau Batu Puteh itu satu isu yang sangat sedih buat sejarah Malaysia,” katanya.

Menurutnya, pulau itu perlu didiami warga Malaysia meskipun hanya dalam bilangan yang kecil.

“Kerajaan perlu sentiasa menunjukkan kepada Singapura dan dunia bahawa kita melakukan pentadbiran kesemua pulau di Malaysia.

“Cara terbaik adalah Malaysia menempatkan kem tentera dan juga penduduk yang menetap di pulau itu.

“Walaupun jumlahnya kecil tapi penduduk itu mestilah warganegara Malaysia dan mentadbir urus pulau tersebut,” katanya.

Tambahnya, “kita mesti ambil langkah-langkah untuk membangunkan apa saja yang kita boleh buat. Mungkin bangunkan sektor pelancongan di sana.”

1 Julai 2008 lalu, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, isu kedaulatan Malaysia terhadap Pulau Pisang tidak perlu timbul ekoran pulau itu sudah diwartakan dalam mukim Pontian dan menjadi sebahagian daripada pentadbiran Majlis Daerah Pontian.

Pulau Pisang terletak 5 kilometer dari bandar Benut itu mempunyai kedudukan strategik iaitu di bahagian selatan laluan perkapalan yang sibuk di Selat Melaka.

Terdapat sebuah rumah api setinggi 53 meter yang dikendalikan oleh Kakitangan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura.

Di kawasan sekitarnya pula terdapat tiga buah pulau lain iaitu Pulau Sauh, Pulau Kemudi dan Pulau Tunda.

p/s : kalau dapat kat singapore..memang bodoh..
bodh sampai tua org panggil...
jamban sebelak rumah....tapi jadi hak orang...
telanga di tanah kita...tapi jadi hak orang...

1 MALAYSIA : KEARAH NEGARA RASUAH NO. 1 ...

Peminjam PTPTN dikejar, taikun hutang berbilion dilepas?

Kadang kadang saya terfikir apa tujuan PAC terlalu besar besarkan isu RM14 juta yang libatkan syarikat melayu, ‘classification body’ tempatan, Naib2 Canselor yang terhormat dari kalangan orang Melayu.

Sekalipun yang salah tetap salah, tapi kes sebegini tidaklah menggoncangkan negara.

Isu sebenar yang lebih menggoncangkan negara adalah isu yang melibatkan ratusan juta atau berbillion wang rakyat seperti isu PKFZ, 1MDB yang sudah jadi buah mulut dikalangan rakyat khususnya masyarakat kewangan yang turut libatkan dana royalti Terengganu.

Begitu juga apa tujuan diperbesar-besarkan sangat isu hutang PTPTN yang diberi kepada rakyat untuk tujuan pelajaran?

Mengapa tak dibesar besarkan isu hutang berbillion yang diberi kepada taikun-taikun, orang orang kaya dengan jaminan oleh Kerajaan tapi tak dibayar kembali? Mengapa tak besar besarkan isu subsidi IPP yang merugikan rakyat dan kerajaan?

Berbanding PTPTN atau BR1M, dibanding dgn kesilapan2 mega yg dibuat parti pemerintah BN, sebenar jumlahnya terlalu kecil secara relatifnya.

Satu projek mega MRT yang berjumlah RM40-50 billion wang rakyat nilainya berlipat kali ganda jumlah PTPTN atau BR1M.

Apakah ini bertujuan untuk tunjuk yang bersalah adalah orang ramai? bukannya parti pemerintah yang kronisma dan nepotisma melindungi orang2 kaya dari kalangan rakan dan keluarga mereka.

Seperti Ahmad Maslan kata, jika tak mesra cukai kepada orang-orang kaya, nanti mereka keluar dari Malaysia. Tapi yang jadikan mereka kaya, bukankah dari sumber hasil Malaysia dengan dasar pro orang kaya BN sendiri?

Orang orang melayu masih terkial kial mencari rezeki dibumi sendiri.

Di Kuala Terengganu dalam seminggu dua ini, suhu emosi kalangan penjaja jalanan yang mencari rezeki meningkat dan mengundang simpati.

Mereka dilayan kasar oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Dicari salah. Diherdik. Ada yang bermotor roda tiga mengadu terpaksa berpindah-pindah dalam satu hari itu sahaja hingga sekadar beroleh RM7 sehari.

Keadaan yang sama dengan institusi pasar malam yang rata-rata melibatkan orang melayu. Bagai masyarakat nomad, tapak pasar malam sesuka hati saban tahun berubah sehingga tak membolehkan perancangan kemudahan asas seperti parking, surau, tandas awam, punca air bersih, punca elektrik dibuat kerana asyik berpindah.

Institusi Pasar Malam seolah-olah dianggap gangguan dan liabiliti oleh pihak berkuasa.

Sekalipun kita bersetuju perlu ada peraturan dan kawalan demi maslahah yang banyak untuk kesihatan, keindahan pandangan, tapi tak perlu terlalu ‘”kejam” dengan mereka yan g mencari rezeki ini. Berilah bantuan untuk mereka boleh berniaga secara yang betul dan maslahah orang ramai tak terganggu.

Di bandar bandar besar di Negara-negara maju, penjaja dan peniaga jalanan dibantu dan dilihat boleh berharmoni dengan persekitaran perbandaran (urbanisasi) malah menjadi tarikan.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI )

TABIK KETUA PEMUDA ...

Macam nie punya pulun KETUA PEMUDA PAS berjuang masih ada yang ingin jatuhkan beliau

Cuba anda baca dahulu apa yang ditulis oleh seorang pejuang yang mengaku menyokong ULAMAK dan mempertikaikan KETUA PEMUDA PAS dengan apa yang berlaku siang tadi...


Lihatlah bahasa pencinta ULAMAK yang menghina KETUA PEMUDA mereka sendiri dengan mempertikaikan kerja buat KETUA PEMUDA mereka.... sedangkan hakikat sebenarnya beliau tidak tahu namun fitnah juga yang dilemparkannya... sungguh mulianya mereka yang mencintai ULAMAK mengulas kerja buat KETUA PEMUDA mereka.....
Ini ialah gambar sewaktu malam dimana di UM beliau bersama DSAI....
Ini pula gambar pada perbicaraan PRESIDEN PAS mengatakan calon mentedarah pil kuda...

dan di bawah ini adalah alasan kenapa beliau tidak berada dalam perbcaraan tersebut sampai habis adalah kerana terpaksa bergegas ke KUALA LUMPUR iaitu ke KG CHUBADAK....


dan ini pula gambar pada petangnya sewaktu bersama pejuang-pejuang mahasiswa yang memeprtahankan Kg Chubadak....

dan ini adalah salah satu komen di fb beliau yang memahami akan perit jerih KETUA PEMUDA PAS bersama RAKYAT & PIMPINAN beliau... namun betapa ligat dan bersemangatnya beliau berjuang ia tetap di pandang sebelah mata oleh sesetengah golongan dalam PAS di waktu ini dan ada sehingga mengusulkan undi tak percaya untuk menjatuhkan beliau sewaktu muktamar dahulu....



KAMI SOKONG CADANGAN ANDA...SUHAIZAN SEPATUTNYA MEMILIKI JENTERA YANG HEBAT SEPERTI VELLFIRE ATAU BMW UNTUK BELIAU BERGERAK DENGAN PANTAS MEMBUAT KERJA PERJUANGAN UNTUK PARTI.....


INI KERETA YANG KAMI CADANGKAN....

TERBUKTI: KEDAH MENANG, BN SENANG ...

Aduhai Peniaga Pasar Teluk Wan Jah, bantah apanya bayar ajalah BN menang KEDAH senang kan..!!

Peniaga minta bayar secara ansuran

Mohd Kholib memberi penerangan kepada Pengerusi Gerakan Kedah, Datuk Dr Cheah Soon Hai.  
Mohd Kholib memberi penerangan kepada Pengerusi Gerakan Kedah, Datuk Dr Cheah Soon Hai.

ALOR SETAR - Seramai 40 peniaga makanan dan minuman di Pasar Teluk Wan Jah merayu bayaran deposit sewa dilakukan secara ansuran.

Peniaga makanan, Norin Mohd Yusof, 50, berkata, pembayaran RM1,700 secara tunai seperti ditetapkan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) diakui membebankan.

“Untung tidak menentu, kadang-kadang ada dan ada kalanya tak pulang modal. Deposit ditetapkan MBAS agak membebankan kami.

“Kami minta MBAS melonggarkan syarat dan membenarkan kami bayar secara berperingkat sehingga lima kali bayaran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Seorang lagi peniaga makanan, Mohd Daud Abdul Rahim, 55 berkata, sewa tapak ditetapkan antara RM200 dan RM250 bergantung kepada saiz gerai juga perlu dikurangkan.

“Sebelum ini kami berniaga di bawah dan sewanya hanya RM60 sebulan, tetapi di bangunan baru harganya mahal.

“Kita harap MBAS boleh kurangkan RM120 atau RM150 sebab pendapatan kami tidak tetap,” katanya.

Mazlina Hussin, 44, juga peniaga makanan berkata, gerai di bangunan itu tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan.

“Saya dapat kedai di bahagian tengah, laluan keluar dan masuk ke kedai hanya melalui pintu hadapan.

“Kalau kecemasan, macam mana kami nak selamatkan diri atau jika pelanggan mahukan apa-apa, kami terpaksa keluar ikut pintu belakang,” katanya.

Difahamkan, peniaga diarah berpindah pada 1 November ini di aras dua bangunan Pasar Teluk Wan Jah.

Sementara itu, Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Unit Pembangunan Penjaja, Mohd Kholib Hamid berkata, masalah peniaga itu akan dibincangkan segera dengan Datuk Bandar Alor Setar.

"Masalah mengenai deposit tinggi, sewa tapak dan permintaan menangguhkan waktu operasi akan diselesaikan segera," katanya.

Beliau berkata, tapak perniagaan yang lengkap dengan semua kemudahan wajar dimanfaatkan sebaik mungkin.

Difahamkan, peniaga diarah berpindah pada 1 November ini di aras dua bangunan Pasar Teluk Wan Jah.

p/s : kedah senang..bn pun senang..
awat hangpa susah pulak...
susah pasai hangpa yang pi cari susah...
tengok MB dengan exco senag jaaa...

AG : GANI PATAIL : DEPA BAGI DUIT KAT SAYA, BUKAN SETAKAT PULAU..SEMENANJUNG PUN SAYA BAGI ...

Pulau Pisang pula bakal terlepas kepada Singapura?


Untuk pengetahuan semua di Pulau Pisang terdapatnya Rumah Api yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan & Maritim Singapura diatas keputusan yang telah ditandatangani antara Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim dengan pihak Inggeris yang menjaga Singapura dibawah negeri-negeri Selat sejak tahun 1900 lagi dan rumah api itu dibina pada tahun 1914.

Pulau tersebut berkeluasan 178.4 hektar dan rumah api itu sahaja adalah kira-kira 0.4 hektar dan republik Singapura turut dibenarkan membina jeti serta laluan darat ke rumah api tersebut bagi kemudahan rakyatnya.

Persoalannya mengapa kita yang telah 50 tahun merdeka masih memerlukan bantuan Singapura untuk mengawal selia rumah api tersebut, adakah Jabatan Laut Malaysia tidak berupaya untuk mengawal selianya.

Mengikut maklumat yang diterima tidak ada sesiapapun baik rakyat Malaysia mahupun pihak TLDM dan Polis Marin Malaysia dibenarkan masuk ke kawasan rumah api tersebut bahkan penggunaan jetinya juga dilarang oleh Singapura.


Sewajarnya kerajaan Malaysia mengambil pengajaran dan kebimbangan rakyat tetap ada asasnya memandangkan Singapura telah menang secara rasmi dalam tuntutan Batu Putih tidak mustahil ICJ juga mengambil pendekatan dan merujuk kes tuntutan yang dimenangi Malaysia iaitu Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang dibangunkan dan dikawal selia Malaysia di pulau tersebut.

Makanya tentunya Singapura berjaya dalam tuntutannya memandangkan penyelian rumah api dan radar tenteranya disamping faktor surat kerajaan Johor kepada Singapura pada tahun 1953 yang terus meranapkan harapan Malaysia.. dipetik dari SINI

SHAH ALAM - Singapura boleh menuntut Pulau Pisang sekiranya republik itu mengamalkan ‘pendudukan efektif’ di pulau berkenaan untuk satu tempoh yang lama mengikut Undang-undang Laut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS).  
Pemerhati undang-undang, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata, jika Malaysia mengakui sebagai pemilik bagi sesebuah kawasan maka perkara itu perlu dibuktikan kepada negara-negara lain dan juga seluruh dunia.  
“Dari sudut UNCLOS, cara sesuatu tempat boleh dituntut oleh negara lain ialah dipanggil ‘effective occipation’ (pendudukan efektif). Maknanya kawasan itu diduduki atau diuruskan oleh negara berkenaan.  
“Saya tidak pasti situasi sebenar di Pulau Pisang tetapi sekiranya pulau itu juga ditadbir oleh Singapura bagi tempoh masa yang panjang dan kita tidak ambil apa-apa tindakan untuk menunjukkan bahawa kita adalah tuan punya pulau itu, maka Singapura boleh buat tuntutan,” katanya.  
Beliau turut mengingatkan bahawa Pulau Batu Puteh telah diuruskan oleh Singapura dan perkara itu menjadi asas tuntutan republik tersebut.  
Beliau yang juga seorang peguam itu menyarankan agar Malaysia segera mengambil langkah berwaspada dengan mentadbir pulau yang terletak kira-kira 8 kilometer di luar perairan Pontian itu.

Sekiranya Malaysia melakukan pendudukan efektif ke atas pulau tersebut seperti mentadbirnya, kita mungkin tidak akan hilang kelayakan untuk mengatakan pulau itu adalah hak milik kita.  
“Setakat ini Singapura memang tidak membuat sebarang tuntutan lagi tapi kita perlu berwaspada. Pulau Batu Puteh itu satu isu yang sangat sedih buat sejarah Malaysia,” katanya.  
Menurutnya, pulau itu perlu didiami warga Malaysia meskipun hanya dalam bilangan yang kecil.

“Kerajaan perlu sentiasa menunjukkan kepada Singapura dan dunia bahawa kita melakukan pentadbiran kesemua pulau di Malaysia.  
“Cara terbaik adalah Malaysia menempatkan kem tentera dan juga penduduk yang menetap di pulau itu.  
“Walaupun jumlahnya kecil tapi penduduk itu mestilah warganegara Malaysia dan mentadbir urus pulau tersebut,” katanya.  
Tambahnya, “kita mesti ambil langkah-langkah untuk membangunkan apa saja yang kita boleh buat. Mungkin bangunkan sektor pelancongan di sana.”  
1 Julai 2008 lalu, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, isu kedaulatan Malaysia terhadap Pulau Pisang tidak perlu timbul ekoran pulau itu sudah diwartakan dalam mukim Pontian dan menjadi sebahagian daripada pentadbiran Majlis Daerah Pontian.  
Pulau Pisang terletak 5 kilometer dari bandar Benut itu mempunyai kedudukan strategik iaitu di bahagian selatan laluan perkapalan yang sibuk di Selat Melaka.  
Terdapat sebuah rumah api setinggi 53 meter yang dikendalikan oleh Kakitangan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura.  
Di kawasan sekitarnya pula terdapat tiga buah pulau lain iaitu Pulau Sauh, Pulau Kemudi dan Pulau Tunda ~ Sinar Harian

p/s : nanti malaysia akan hantar peguam negara yang mabuk arak ketum..
lepas tu pi bicara bawa gambaq pulau hawaiii...
lepas tu kalah...muka senyum..
duit dah masuk akaun maaaa....... 

KEDAH BN MENANG, YB SENANG LENANG ...

Hallo JKKK, YB, Wisma Darul Aman, Pej Zakat & Pej JKM....hangpa lena ka..?

Kongsi tidur di ruang tamu

Normah menunjukkan bahagian dapur yang condong.  
Normah menunjukkan bahagian dapur yang condong.

ALOR SETAR - Sebuah keluarga, di Kampung Alor Gunung, Chegar terpaksa berkongsi ruang tamu untuk tidur berikutan rumah yang diduduki mereka sudah terlalu daif.

Normah Hassan, 42, berkata, dia hanya bergantung pada pendapatan diperoleh suaminya, Zulkifli Ahmad, 42, yang bekerja sendiri dan memperoleh gaji antara RM500 hingga RM800 sebulan.

“Jadi, pendapatan suami sememangnya tidak cukup bagi menampung keperluan kami. Adakalanya, anak terpaksa duduk di rumah dan tidak pergi sekolah kerana tiada wang,” katanya.

Normah berkata, dia juga tidak mampu membaiki mana-mana bahagian kediaman yang mengalami kerosakan ataupun menaiktarafkan rumah kerana tidak berkemampuan.

"Mujur anak perempuan sulung saya tinggal berasingan bersama suami.

"Walaupun ada dua anak bekerja sebagai tukang cuci dan kerja kampung, namun gaji diterima tak cukup untuk bantu kami sekeluarga," katanya.

Katanya, anak kelimanya, Muhammad Alif Asyraf, 13, pula sanggup sanggup berkorban masa lapangnya meredah sawah padi semata-mata mahu mendapatkan wang saku sekolah

“Walaupun Alif baru sahaja bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gunung dalam tingkatan 1, namun dia tidak suka duduk diam.

“Sebaik habis sesi persekolahan, Alif terus melakukan kerja kampung seperti menangkap ikan ataupun membantu orang berniaga,” katanya.

Menurutnya, anaknya keluar mencari kerja di merata-rata tempat demi membantu mencari wang tambahan sekali gus meringankan beban keluarga.

"Oleh itu kami sekeluarga sememangnya berharap dapat tinggal di kediaman lebih selesa demi anak-anak," katanya.

P/S : BN MENANG, KEDAH SENANG..
tengok semua senang lenang...tak payah buat kerja..
y.b..jkkk...kakitangan wisma semua senang lenang makan gaji buta...

PRDM : Polis Raja Di Malaysia ..........

Polis Ini Bercekak Pinggang Seolah-olah Dia Seorang Saja Ada Pangkat Atas Dunia



Siswa ditahan halang perobohan di Kg Chubadak

Dua aktivis mahasiswa ditahan polis kerana didakwa menghalang pihak berkuasa merobohkan rumah seorang penduduk setinggan di Kampung Chubadak kira-kira jam 2 petang ini.

Dua pelajar itu ialah Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan Gamis Ahmad Fahmi Mokhtar dan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional Abdul Muqit Muhammad.

Fahmi adalah mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia manakala Abdul Muqit adalah mahasiswa Universiti Malaya.

Bagaimanapun kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 6.30 petang ini, dengan bantuan MP Batu Tian Chua.

Sementara itu, dalam kenyataannya, ketua polis Sentul mengesahkan penahanan dua siswa lelaki yang didakwa menghalang penjawat awam dan menceroboh rumah.

Katanya, penahanan itu dibuat apabila sekumpulan lelaki menghalang sebuah rumah yang diperintahkan mahkamah untuk dikosongkan, selepas perkakas rumah itu dikeluarkan.

Menurutnya lagi, kumpulan tersebut dinasihatkan untuk beredar tetapi enggan dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

Sebelum itu, sekumpulan mahasiswa dan aktivis berhimpun depan balai polis itu bagi menunjukkan solidariti kepada Ahmad Fahmi dan Abdul Muqit petang ini.

Antara pemimpin pelajar yang hadir termasuk Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat, Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis Muhammad Najib Abd Rahim, dan aktivis NGO dan mahasiswa daripada universiti utama di Lembah Klang.

Mereka turut mempamerkan sepanduk yang mendesak kedua-dua mahasiswa itu dibebaskan termasuk dan melaung "Kami bukan pengecut" sambil diperhatikan orang yang lalu lalang di situ.

Kenderaan yang lalu lalang turut membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Mereka juga menunaikan solat asar berjamaah di depan balai polis itu. -mk


ULASAN GB

Dalam banyak-banyak gambar, GB tertarik dengan sekeping gambar seornag anggota polis (mungkin seorang Ketua Polis Daerah) bercekak pinggang itu.

Seorang "penjawat awam", dengan penuh lagak dan angkuh, berdiri bercekak pinggang tatkala operasi menahan dan menangkap kumpulan pelajar yang mempertahankan hak rakyat Kampung Chubadak.

Apakah itu menunjukkan tanda "berdisiplin" bersesuaian dengan motto PDRM "MESRA, CEPAT DAN BETUL"?

Apa ini erti "khidmat mesra" (Friendly Policing) yang dikatakan selaras dengan matlamat Kementerian Dalam Negeri untuk menjadikannya sebagai Kementerian MESRA RAKYAT?

Kita bukan hendak memburukkan imej polis, tetapi perlakuan anggota polis berkenaan di hadapan rakyat yang benar-benar telah memburukkan imej PDRM!