oleh V
Shuman
Ini lawak untuk memulakan
minggu anda- membuat laporan tentang 1MDB boleh melayakkan anda menjadi
pensabotaj.
Ini, menurut Ketua Polis Negara Khalid
Abu Bakar.
Dia memetik laporan Bernama yang
berkata tindakan bekas naib ketua Umno Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan,
menggunakan saluran perundangan asing untuk memulakan siasatan ke atas 1MDB yang
diserang kini, boleh dianggap “mensabotaj negara”.
Menurut Khalid, tindakan Khairuddin jelas
sekali mencabar sistem perundangan Malaysia.
“Ia juga mencemarkan kewibawaab agensi
penguatkuasaan tempatan dan menjemput campur tangan asing ke dalam sistem
demokratik negara ini.
“Tindakannya adalah satu bentuk sabotaj
yang memberi kesan kepada kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara ini,” kata
Khalid dalam satu kenyataan.
Khairuddin kini sedang direman selepas
ditahan Jumaat lepas, kerana “melakukan aktiviti yang boleh merosakan demokrasi
berparlimen”.
Dia sebelum ini telah membuat pelbagai
laporan polis mengenai 1MDB, dan apabila tiada tindakan diambil, dia membawa kes
itu ke seluruh dunia- membuat aduan rasmi mengenai dana itu di Perancis,
Switzerland, Singapura, Hong Kong dan UK.
Dia dijadualkan terbang ke New York
Jumaat lepas, apabila dia mendapati dia telah disekat dari keluar negara, dan
ditahan kemudiannya pada malam itu.
Selepas penahanannya, didedahkan bahawa
Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) juga sedang menyiasat 1MDB.
Apakah “kewibawaan” agensi kerajaan
tempatan yang dikatakan Khalid?
Dahulu pernah wujud pasukan khas untuk
menyiasat kekecohan “derma” RM2.6 bilion dan juga 1MDB, tetapi semua itu telah
musnah selepas perpindahan, kenaikan pangkat dan pemecatan pegawai-pegawai kanan
kerajaan yang terlibat dalam siasatan itu.
Dan bagaimana membuat laporan tentang
sebuah syarikat, bersamaan dengan mensabotaj negara ini?
Sejak bila 1MDB merupakan sebuah negara,
dan dalang disebaliknya, mewakili negara ini?
Khalid tidak tahu bezakah antara
keduanya?
Kalau menurut logiknya, adakah ini
bermakna yang 1MDB, hanya kerana ia dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan
dipengerusikan oleh Perdana Menteri Najib Razak boleh terlibat dalam perjanjian
kewangan yang meragukan sesuka hatinya, tanpa takut dihadapakan ke muka
pengadilan?
Pelbagai skandal kerajaan yang masih
belum selesai yang menakutkan pelabur dan pelancong, dan kekurangan tindakan
untuk mengatasi masalah ini yang menjadikan ringgit makin menjunam, menjejaskan
kestabilan ekonomi dalam jangka masa panjang.
Pegawai yang menjawat jawatan pula yang
menerima berbilion menerusi akaun peribadi dari sumber yang meragukan, malah
mengapa dia menerima duit tersebut juga masih misteri, yang mengadaikan
kedaulatan negara ini.
Mengapa polis kita tidak bertindak
secekap mereka menangkap Khairuddin, dalam menyiasar 1MDB selepas pelbagai
laporan dilakukan?
Justifikasi lemah polis kerana penahanan
Khairuddin nampaknya mengesahkan kepercayaan kita yang polis mengikut telunjuk
kerajaan memerintah, dan tidak lebih daripada pasukan keselamatan beruniform,
satu lagi sayap parti pemerintah.
Kawan selagi mana anda mengikut kata
kerajaan, musuh sebaik sahaja anda mula bertanyakan soalan- itulah tanggapan
rakyat masa kini.
No comments:
Post a Comment