Thursday, July 28, 2016

Laporan Polis Khairul Azwa bin Harun, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia – Suatu Tinjauan


ZULHAZMI SHARIFF
 
 
1MDB mengheret semakin banyak mangsa1MDB mengheret semakin banyak mangsa


No. Report : CHOWKIT/005870/16
Tarikh : 26/07/2016
Waktu : 1314 PM
SAYA KHAIRUL AZWAN BIN HARUN (NO. K/P : 761019-08-5697) SEMASA BERADA DI PEJABAT DI ALAMAT TINGKAT 28, MENARA DATO’ ONN, PWTC, KL MEMPUNYAI SEBAB-SEBAB UNTUK MEMPERCAYAI BAHAWA INDIVIDU-INDIVIDU YANG DINAMAKAN BERIKUT :
1) TAN SRI ABU KASSIM BIN MOHAMED (BEKAS PESURUHJAYA SPRM)
2) TAN SRI ZETTI AKHTAR AZIZ (BEKAS GABENOR BANK NEGARA)
3) TAN SRI ABDUL GANI PATAIL (BEKAS PEGUAM NEGARA)
ADA SECARA BERSEORANGAN DAN/ATAU BERSAMA TERLIBAT DALAM SATU KONSPIRASI UNTUK MENGGULINGKAN YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI DATO’ SERI NAJIB SERTA KERAJAAN MALAYSIA YANG SAH. MEKANISMA YANG DIGUNAKAN OLEH SESIAPA DI ANTARA MEREKA INI ADALAH SEPERTI BERIKUT :
1) MEMBERI MAKLUMAT SULIT DAN DOKUMEN KEPADA AGENSI-AGENSI DI AMERIKA SYARIKAT TERMASUK FBI
2) MAKLUMAT-MAKLUMAT DAN DOKUMEN-DOKUMEN INI TELAH DIBERIKAN KEPADA PIHAK ASING TANPA KELULUSAN YANG SAH OLEH PIHAK BERKUASA MALAYSIA YANG BERKENAAN TERMASUK JABATAN PEGUAM NEGARA
3) SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA MAKLUMAT TERSEBUT ADALAH DIREKA, DIPALSUKAN SERTA DIPUTAR BELIT UNTUK MENCAPAI TUJUAN-TUJUAN JAHAT.
PERKARA YANG SAYA LAPORKAN DI SINI BUKANLAH DAKWAAN SEMATA-MATA TANPA ASAS DAN SAYA POHON SUPAYA PIHAK POLIS MENYIASAT PERKARA INI DENGAN SEGERA. SEKIAN LAPORAN SAYA.

ULASAN

Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia Saudara Khairul Azwan telah membuat suatu laporan polis yang cukup serius pada 26/07/2016 yang mendakwa tiga (3) orang yang dinamakan sebagai memberikan maklumat sulit kepada agensi asing untuk menggulingkan Perdana Menteri dan juga Kerajaan Malaysia yang sah.

Atas laporan polis ini, pihak polis boleh membuka kertas siasatan di bawah Bahagian 6 Kanun Keseksaan iaitu Kesalahan terhadap Negara yang mana ianya adalah suatu kesalahan keselamatan yang akan dikendalikan melalui Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai SOSMA.

Ketiga-tiga penama yang dinamakan di dalam laporan polis tersebut boleh ditangkap dan ditahan oleh Polis di bawah SOSMA selama tidak lebih 29 hari bagi tujuan siasatan.

Laporan Polis Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga penama terlibat dalam suatu konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri dan juga Kerajaan Malaysia.

Ketiga-tiga penama didakwa telah memberikan maklumat sulit dan dokumen kepada agensi asing termasuk FBI.

Dengan jelas disebutkan bahawa ketiga-tiga penama telah memberikan maklumat sulit dan dokumen kepada agensi asing termasuk FBI yang mana maklumat dan dokumen tersebut diberikan tanpa kebenaran pihak berkuasa termasuk Jabatan Peguam Negara.

Dokumen dan maklumat juga didakwa direka, dipalsukan serta diputar belit.

Siapa tiga penama tersebut?

Penama yang disebut di dalam laporan polis Khairul Azwan ialah :

a) Tan Sri Abu Kassim Mohamed (Bekas Pesuruhjaya SPRM)

b) Tan Sri Zetti Akhtar Aziz (Bekas Gabenor Bank Negara)

c) Tan Sri Abdul Gani Patail (Bekas Peguam Negara)

Ketiga-tiga penama ini merupakan ahli jawatankuasa siasatan khas berkaitan 1MDB yang telah ditubuhkan suatu ketika dulu sebelum ianya dibubarkan. Seorang lagi Ahli Jawatankuasa Siasatan Khas ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Persoalan yang timbul daripada laporan polis tersebut ialah kenapa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak terlibat atau tidak dimasukkan bersama tiga yang lain sedangkan KPN juga salah seorang Ahli Jawatankuasa Siasatan Khas 1MDB?

Jika diperhatikan tiga penama yang disebut, mereka semua ialah “bekas”. Bekas Pesuruhjaya SPRM, bekas Gabenor Bank Negara dan bekas Peguam Negara. Adakah jika Tan Sri Khalid Abu Bakar juga bekas
Ketua Polis, nama beliau juga akan dimasukkan?

Menberikan maklumat sulit dan dokumen kepada agensi asing termasuk FBI

Ketiga-tiga penama tersebut dituduh terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia yang sah dengan memberikan maklumat sulit dan dokumen kepada agensi asing termasuk FBI.

Laporan ini dibuat semestinya ekoran tindakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) mengumumkan tindakan mereka memfailkan tindakan untuk membekukan dan merampas aset di Amerika Syarikat milik orang-orang tertentu yang didakwa dimiliki dan/atau diperolehi melalui dana awam iaitu 1MDB. Laporan oleh DoJ jelas mengemukakan bukti-bukti dokumentasi bagaimana dana 1MDB diselewengkan.
Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga penama telah memberikan maklumat sulit dan dokumen kepada FBI.
Persoalannya ialah :

a) Bagaimana Khairul Azwan tahu bahawa maklumat dan dokumen yang ada dalam pegangan FBI itu maklumat sulit kerajaan yang telah diberikan oleh tiga penama tersebut?

b) Bagaimana Khairul Azwan tahu ada maklumat sulit dan dokumen Kerajaan telah diserahkan kepada agensi asing termasuk FBI?

c) Bagaimana Kahirul Azwan tahu maklumat tersebut adalah maklumat sulit dan dokumen rahsia?
Siapa Kairul Azwan?

Khairul Azwan hanya Naib Ketua Pemuda Umno yang tiada sebarang jawatan di dalam Kerajaan mahu pun agensi Kerajaan atau pihak berkuasa Kerajaan. Jika Khairul Azwan yang hanya manusia biasa tanpa sebarang jawatan di dalam Kerajaan tahu rahsia Kerajaan, ini sudah pelik.

Kenapa Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara yang juga salah seorang Ahli Jawatankuasa Siasatan Khas 1MDB tidak tahu hal ini? Bukankah sepatutnya KPN lebih tahu? Adakah KPN sendiri mebocorkan maklumat ini kepada Khairul Azwan?

Maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen ini telah diberikan kepada pihak asing tanpa kelulusan yang sah oleh pihak berkuasa Malaysia yang berkenaan termasuk Jabatan Peguam Negara

Laporan Khairul Azwan menyatakan bahawa ketiga-tiga penama tersebut telah memberikan maklumat dan dokumen kepada pihak asing tanpa kelulusan yang sah oleh pihak berkuasa Malaysia termasuk Jabatan Peguam Negara. Hahhhh kelakar. Ironinya salah seorang yang dinamakan di dalam laporan polis Khairul ialah Tan Sri Abdul Gani Patai, bekas Peguam Negara.

Khairul Azwan mendakwa maklumat dan dokumen tersebut (jika benar ianya dokumen rahsia dan sulit) diserahkan kepada agensi asing tanpa kelulusan pihak berkuasa termasuk Jabatan Peguam Negara.

Persoalannya ialah dalam laporan polis Khairul tidak pula menyatakan BILA ketiga-tiga penama tersebut memberikan maklumat dan dokumen kepada agensi asing? BILA??

Jika maklumat diberikan ketika Abdul Gani masih Peguam Negara, maka tuduhan bahawa pemberian dokumen tanpa kebenaran Jabatan Peguam Negara adalah kelakar kerana Gani Patail adalah Peguam Negara. Jika Abdul Gani memberikan maklumat semasa beliau masih Peguam Negara, maka tuduhan tersebut kelakar.

Sebahagian besar daripada maklumat tersebut adalah direka, dipalsukan serta diputarbelit untuk mencapai tujuan-tujuan jahat

Khairul mendakwa dalam laporan polisnya bahawa sebahagian besar maklumat tersebut adalah direka, dipalsukan dan diputar belit.

Persoalannya ialah :

a) Bagaimana Khairul Azwan tahu maklumat tersebut direka, dipalsukan dan diputar belit?

b) Adakah Khairul mempunyai maklumat lain yang asli dan tulen sehingga mampu mendakwa maklumat yang ada pada FBI adalah palsu, rekaan dan putar belit?

c) Jika Khairul Azwan mempunyai dokumen dan/atau maklumat lain yang asli lagi tulen, bagaimana Khairul Azwan perolehi dokumen sulit lagi rahsia?

d) Jika Khairul Azwan mempunyai dokumen rahsia kerajaan, ianya merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi dan pihak polis harus mengambil tindakan terhadap Khairul Azwan.

Ambil perhatian bahawa Khairul Azwan di akhir laporan polisnya berkata “PERKARA YANG SAYA LAPORKAN DI SINI BUKANLAH DAKWAAN SEMATA-MATA TANPA ASAS”. Ini jelas bahawa Khairul Azwan mempunyai maklumat dan dokumen rahsia sulit Kerajaan yang beliau tidak sewajarnya ketahui dan perolehi.

Jelas bahawa Khairul Azwan terlebih dahulu melakukan kesalahan memiliki maklumat dan dokumen rahsia Kerajaan tanpa kebenaran yang sah yang merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Cadangan

Bagi meredakan sedikit kekeliruan, dicadangkan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang melepaskan Laporan Audit Negara berkaitan 1MDB daripada kekangan Akta Rahsia Rasmi. Tan Sri Ambrin dalam keterangannya di Mahkamah dalam perbicaraan terhadap YB Rafizi Ramli berkata beliau diberikuasa oleh Perdana Menteri mengklasifikasikan Laporan Audit berkaitan 1MDB sebagai rahsia rasmi atas alasan untuk tidak mahu ianya menggangu siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan 1MDB.
Sekarang Laporan PAC sudah dibentangkan justeru tiada keperluan lagi Laporan Audit tersebut dirahsiakan.

Adalah lebih baik Laporan Audit tersebut diangkat sebagai dokumen awam seperti mana Laporan PAC.
Kesimpulan

a) Laporan polis Khairul Azwan membuka lebih banyak persoalan malah ianya juga memberikan gambaran jelas tentang apa yang sedang melanda Malaysia.

b) Dengan laporan polis Khairul Azwan, Malaysia ditunjukkan bahawa Malaysia Official No 1 yang disebut oleh DoJ ialah Perdana Menteri Malaysia. Jika bukan kenapa Khairul Azwan dakwa bahawa ketiga-tiga penama di dalam laporan polis beliau terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia?

c) Laporan Khairul Azwan menjelaskan bahawa maklumat dan dokumen yang selama ini didedahkan oleh The Wall Street Journal (WSJ), Sarawak Report (SR) dan terkini oleh FBI dan DoJ adalah benar justeru Khairul dakwa ianya palsu dan direka.

Komplot jatuhkan Perdana Menteri, tragedi tiga Tan Sri


oleh Anak Mami di Perantauan

Pemuda Umno sudah buat laporan polis ke atas tiga orang Tan Sri yang pernah duduk dalam satu jawatankuasa untuk menyiasat dakwaan aliran tunai berjumlah sekitar RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi dengan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tiga orang Tan Sri ini, Zeti Akhtar Aziz, Abdul Gani Patail dan Abu Kasim, telah dituduh oleh gerombolan Pemuda Umno kononnya telah berkomplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri serta kerajaan Malaysia.
Pemuda Umno secara ringkasnya telah menyerang bekas-bekas bos Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Peguam Negara dengan mempersoal taat setia mereka kepada kerajaan.
Mereka didakwa telah memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk pihak Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat, FBI.
Daripada empat orang Tan Sri yang menganggotai pasukan khas menyiasat aliran tunai ke akaun Najib Razak, hanya seorang Tan Sri sahaja yang masih selamat, iaitu Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara. Tan Sri KPN sekarang berhadapan tanggungjawab sukar untuk menyiasat tiga Tan Sri lain, yang dahulunya bekerjasama dengannya dalam satu pasukan.
Pemuda Umno bukan sahaja telah bertindak menyerang peribadi tiga orang Tan Sri yang telah berundur daripada jawatan masing-masing ini (secara paksa atau rela kita tidak pasti), malah Pemuda Umno telah hampir sahaja pasti mengesahkan bahawa individu yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1’ dalam dokumen saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika, adalah tidak lain tidak bukan, Perdana Menteri sendiri.
Seelok-eloknya, tiga orang Tan Sri ini mungkin boleh segera memohon suaka politik daripada mana-mana kedutaan terdekat, dan mohon dikeluarkan dari Malaysia secepat mungkin supaya mereka tidak dikekang daripada menyatakan kebenaran oleh tangan-tangan kasar aparat keamanan negara.
Kita mungkin sahaja menyaksikan Gani Patail, Zeti dan Abu Kassim ditangkap, disoal siasat, dan dikurung di bawah undang-undang tahan tanpa bicara, antara lain kerana mengancam proses demokrasi dan merancang untuk menggulingkan kerajaan dengan cara salah. Komplot menggulingkan perdana menteri bukan benda main-main. Pemuda Umno pastinya tahu itu.
Kedua, mungkin kita boleh cadangkan kepada (bekas) staf-staf mereka, terutamanya yang berada di SPRM untuk segera mendedahkan segala bukti dan hasil siasatan terhadap kes-kes melibatkan pemuka-pemuka Umno yang lainnya, terutamanya yang berprofil tinggi.
Kita sangat pasti bahawa fail siasatan terhadap gerombolan Umno ini semua tebal-tebal belaka dan hanya menanti saat dan ketika untuk dibocorkan kepada pengetahuan orang ramai.
Masanya sudah amat sesuai untuk SPRM melancarkan kempen ‘buli balik’ ke atas gerombolan yang selama ini menekan dan mengawal siasatan mereka, malah sesuka hati memindah-mindah pegawai, dan terbaru mendakwa bekas bos mereka sebagai pengkhianat negara.
Baru lah rancak.
Pun begitu, kita melihat ini semua sekadar buah mula kepada siri serangan balas kartel Najib Razak terhadap pihak lawan, berkadar dengan lahirnya nanti Akta Majlis Keselamatan Negara pada 1 Ogos 2016 nanti.
1 Ogos adalah juga hari lahir Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang meski telah lama dimansuhkan, masih juga ada anasirnya yang tersisa dan kini lahir dengan wajah baru.
Akta Majlis Keselamatan Negara memberi kuasa kepada Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri untuk mengisytiharkan ‘kawasan keselamatan’ di daerah, negeri, bandar, kawasan Parlimen tertentu mengikut suka hati pihak berkenaan, tanpa memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong, mahupun mendapat kelulusan Parlimen.
Undang-undang ngeri itu hampir pasti akan digunakan untuk memberi kelebihan kepada kerajaan United Malays National Organisation untuk membungkam sebarang cabaran daripada pihak lawan, tidak kiralah parti-parti pembangkang, mahupun Tun Dr Mahathir beserta gerombolannya.
Apabila kuasa itu mendapat nyawa 1 Ogos nanti, gigih membebel nak buat pilihanraya negeri pun tak guna dah.

MEJAR ZAIDI AHMAD : HARAM PERGI HAJI DENGAN DUIT 1MDB


  Assalamualaikum dan salam BERSIH untuk semua rakyat Malaysia khususnya umat Islam.

Baru2 ini diberitakan bahawa lebih seribu orang Islam di Malaysia telah terpilih untuk menunaikan fardhu haji pada tahun ini dibawah tajaan 1MDB.

Semua orang tahu bahawa 1MDB ditubuhkan untuk menguruskan pelaburan bagi rakyat Malaysia. Segala dananya (pinjaman) adalah atas nama negara (rakyat) jadi bolehlah disimpulkan bahawa 1MDB adalah MILIK RAKYAT MALAYSIA yang berjumlah 30 juta orang lebih dan terdiri dari berbagai kaum dan agama.

 1MDB bukan milik umno atau BN dan ianya juga bukan milik peribadi PM DS Najib Razak, yang telah melantik dirinya sendiri bagi menguruskan dana terbesar yang pernah ditubuhkan oleh negara ini.

 Oleh kerana 1MDB adalah hak rakyat maka segala dananya tidak boleh digunakan selain dari untuk kepentingan rakyat; iaitu dilaburkan dalam projek2 yang halal dan menguntungkan bagi menghasilkan pendapatan untuk rakyat.

Sebarang keuntungan dari pelaburan2 yang dibuat oleh 1MDB hendaklah dipulangkan semula kepada rakyat dan tidak boleh dibelanjakan sewenang wenangnya oleh mereka2 yang dilantik (atau melantik diri sendiri) bagi menguruskan dana tersebut.

 Malangnya, seperti yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Tony Pua baru2 ini, sejak ditubuhkan kira2 6 tahun lalu 1MDB tidak pernah membuat untung malah telah mengumpul hutang sehingga dikatakan mencecah RM50 Bilion.

Lebih malang lagi baru2 ini didedahkan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat (beserta dengan laporan lengkap dan bukti forensik) bahawa sebanyak USD3.5 Bilion atau lebih RM14 Bilion wang 1MDB telah dicuri dan DS Najib didapati turut terpalit sama (walaupun dalam laporan tersebut menamakan beliau sebagai MO1).

 Sepatutnya dalam situasi ini beliau telah MELETAK JAWATAN sebagai pengerusi 1MDB bukan saja kerana GAGAL memastikan wang rakyat selamat tetapi lebih memalukan lagi beliau turut terpalit apabila pihak US mendakwa wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi beliau adalah wang dari 1MDB.

 Malang sekali dalam keadaan seperti ini Najib bukan saja tidak mahu melepaskan jawatan tetapi terus membelanjakan wang 1MDB milik rakyat Malaysia sesuka hati, seolah2 wang itu adalah milik peribadi beliau.

Ini termasukkah menaja pekej haji kepada 1000 lebih umat Islam baru2 ini.

Haji adalah satu ibadat yang hanya diwajibkan kepada umat Islam yang mampu.

 Mampu bermaksud ada wang sendiri (halal) namun dalam kes ini duit yang digunakan telah diambil tanpa kebenaran tuan punya iaitu rakyat Malaysia. Oleh sebab itu saya dengan yakin menyatakan bahawa PERGI HAJI DENGAN DUIT 1MDB ADALAH HARAM.

 Sekian, wassalam.

 MEJAR (B) ZAIDI TUDM
 01741647289 ‪
#‎sebarkan‬ demi kebenaran
 ALLAH MAHA BESAR!!!

Siapa yang suka buat pengumuman bersendirian, soal Latheefa kepada DAP


ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Keputusan PKR yang enggan bersetuju dengan cadangan DAP berhubung pilihan raya negeri di Pulau Pinang, mengundang pertikaman lidah di antara pemimpin kedua-dua parti berkenaan.
 
Terbaru, Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Latheefa Koya membidas kenyataan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, dengan mempersoalkan siapakah pihak pertama mendedahkan mengenai pilihan raya mengejut tersebut.
 
"Pertamanya betulkan kenyataan anda, siapa secara bersendirian umumkan pilihan raya mengejut? Siapa secara sendirian mengumumkan terkuburnya pakatan rakyat? Siapa yang umum pembentukan pakatan harapan kepada media sebelum keputusan muktamad?
 
"Jangan menjerit sewaktu terjun dan kemudian mengharapkan kami menjelaskan berapa tinggi," katanya dalam catatan Facebooknya yang dipetik daripada portal online The Star.
 
Sindiran Latheefa itu dipercayai ditujukan selepas Pua meluahkan kekecewaannya dan pada masa sama bertindak menyindir rakan politik yang tidak membantu di kala DAP memerlukan sokongan.
 
Semalam, Pua menulis: "Kadang kala anda terfikir apakah jenis sahabat yang anda miliki. Apabila mereka dilanda krisis, anda menyokong mereka tanpa soal, walau apapun bahana yang datang," katanya dalam satu posting di akaun Facebooknya petang tadi.
 
"Kemudian apabila giliran anda pula memerlukan sokongan, mereka menceritakannya di media dahulu, menyebabkan anda terdedah.
 
"Atau mengumumkanya secara terbuka ke seluruh dunia, sebelum memberitahu anda dahulu," demikian luah Pua menerusi Facebook. 
 
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada malam Selasa memutuskan  bahawa parti itu masih belum yakin dengan cadangan DAP mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang. 
 
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, mesyuarat tersebut membangkitkan beberapa persoalan dasar berkaitan rasional mengadakan pilihan raya, dan membuat keputusan berkenaan selepas mengambil kira pendapat masyarakat umum.
 
Rakan ketiga dalam Pakatan Harapan, Amanah pula menyatakan ia menyokong syor DAP mengadakan pilihan raya mengejut di negeri berkenaan.
 
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP sanggup memberi ruang sewajarnya kepada PKR untuk mencapai keputusan tetapi ia tidak boleh ditangguh terlalu lama

Tindakan Pemuda Umno ‘bongkar’ rahsia Najib, 1MDB – PAS


INTAN NUR IDAYU


1MDB-Najib-PAS-UMNO


KUALA LUMPUR: PAS percaya lebih banyak 'rahsia' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) akan terbongkar ekoran daripada laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan baru-baru ini yang mendakwa kononnya wujud konspirasi untuk guling Najib menggunakan 1MDB.

Menurut Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, walaupun laporan polis yang dibuat oleh Azwan itu menjadi bahan ketawa rakyat di negara ini kerana menamakan tiga orang individu yang terkenal dengan jasa mereka kepada negara, tetapi bagi Idris ia adalah satu tindakan yang mengampu Najib.

"Ini petanda sokong membawa rebah. Kalau pun hendak mengampu jangan terlajak sangat. Kalau hendak jet tayar kereta, jangan jet tinggi sangat, nanti terbalik kereta," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata demikian merujuk kepada tindakan Azwan membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Gebenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada Selasa lalu dengan mendakwa ketiga-tiga individu ini mendedahkan maklumat mengenai 1MDB kepada Amerika Syarikat dengan tujuan untuk menjatuhkan Najib.

Tegas Idris, tindakan Azwan ini sama seperti menjolok sarang tebuan kerana beliau percaya sebagai bekas kakitangan kerajaan yang berpengalaman, mereka tidak takut untuk berdepan dengan pergi ke mahkamah dan memberitahu perkara sebenar.

"Walau pun mereka berhenti dengan penuh misteri dan menjadi tanda tanya di kalangan rakyat. Apakah akan terbongkar banyak perkara apabila mereka menjawab tuduhan yang berat di dalam mahkamah nanti.

"Sama-sama kita tunggu episod seterusnya," kata pemimpin PAS itu.

Baru-baru ini, Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) memfailkan tuntutan sivil hartanah bernilai lebih AS$1 bilion (RM4 bilion) yang dikaitkan dengan syarikat 1MDB.

Difahamkan, saman itu telah menamakan Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib), ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low, Tan Kim Loong, serta pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny dalam dakwaan penyelewengan dana tersebut.

Dokumen 136 halaman itu turut mendakwa sebanyak AS$731 juta disalurkan dari 1MDB ke dalam akaun bank milik Malaysian Official 1. Namun, ia tidak menyatakan siapakah Malaysian Official 1 yang dimaksudkan itu.

Sebaliknya, ia hanya menyatakan Malaysian Official 1 sebagai pegawai berpangkat tinggi dalam Kerajaan Malaysia yang turut memegang jawatan yang berkuasa dengan 1MDB.

[VIDEO] Tidak Syak Lagi MO1 Memang Najib - TDM


Sekarang rahsia telah terbongkar
Oleh TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah mengambil tindakan untuk merampas aset individu-individu yang dinamakan yang disyaki mencuri wang hak milik 1MDB dan Kerajaan Malaysia.

Secara keseluruhannya 17 aset telah disenaraikan. Ini termasuk harta, pelaburan, pesawat udara, kapal layar, syarikat-syarikat, lukisan dan filem-filem. Jumlahnya bernilai USD1 bilion. Dokumen sepanjang 136 halaman itu menunjukkan secara terperinci cara wang itu disalurkan melalui pelaburan penipuan dalam syarikat-syarikat palsu, melalui pelbagai bank dan individu-individu serta berakhir dalam akaun MALAYSIAN OFFICIAL 1.


Siapakah Malaysian Official 1 yang disebut 36 kali dalam laporan ini. Beliau digambarkan sebagai "seorang pegawai berpangkat tinggi dalam Kerajaan Malaysia yang juga memegang kedudukan yang berkuasa dengan 1MDB. Sepanjang keseluruhan masa berkaitan dengan aduan itu, Malaysian Official 1 adalah "pegawai awam" sebagai istilah yang digunakan dalam 18 USC – 1956 (c) (7) (B) (iv) dan "penjawat awam" sebagai istilah yang digunakan dalam Seksyen 21 Kanun Keseksaan Malaysia." 

Dalam para 39 laporan tersebut "Malaysian Official 1 memegang jawatan yang berkuasa dengan 1MDB. Malaysian Official 1 mempunyai kuasa untuk meluluskan semua pelantikan kepada, dan penarikan balik daripada, Lembaga Pengarah 1MDB dan Kumpulan Pengurusan Kanan 1MDB. Di samping itu, sebarang komitmen kewangan 1MDB, termasuk pelaburan yang mungkin memberi kesan kepada jaminan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia untuk manfaat 1MDB atau mana-mana dasar kerajaan Malaysia, memerlukan kelulusan Malaysian Official 1." 

Para 102 laporan menyatakan bahawa Malaysian Official 1 adalah benefisiari muktamad AmPrivate Banking – Akaun MR adalah akaun sama yang kemudiannya menerima bayaran tertentu berjumlah kira-kira USD681 juta pada Mac 2013. Seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 263 di bawah, Peguam Negara Malaysia telah secara terbuka menyatakan bahawa akaun yang menerima bayaran $681 milion itu dipunyai oleh Dato Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia. Tidak mungkin akaun dan jumlah USD681 juta dimiliki oleh dua orang yang berbeza. 

Para 28 menyatakan "Malaysian Official 1″ adalah seorang pegawai berpangkat tinggi dalam Kerajaan Malaysia yang juga memegang kedudukan yang berkuasa dengan 1MDB."

Para 29 "Riza Shahriz bin Abdul Aziz ("Aziz"), seorang warganegara Malaysia, adalah saudara kepada Malaysian Official 1 dan seorang kawan LOW. Beliau adalah pengasas bersama Red Granite Pictures, iaitu studio pengeluaran dan pengedaran filem Hollywood, pada tahun 2010."

Dalam Para 39 Malaysian Official 1 mengambil alih kedudukan berkuasa dengan 1MDB dan lain-lain.

Saya tidak tahu mengapa pegawai-pegawai Amerika yang menulis laporan segan memberi nama sebenar Malaysian Official 1 pada hal dengan rela hati menyebut nama-nama pesalah lain, iaitu Riza Aziz, Jho Low dan Khadim Abdullah. Jika ini adalah kerana bukan peringkatnya untuk membuat tuduhan jenayah, maka mana-mana nama pun tidak patut disebut.

Sekarang Najib dan penyokong-penyokong bodoh beliau mengatakan bahawa Najib tidak terlibat oleh sebab namanya tidak disebut. Najib sendiri berkata, "Biarkan proses undang-undang berjalan bagi mereka yang nama mereka disebut oleh US DOJ." Jelas sekali bahawa beliau menganggap proses undang-undang itu tidak mengandungi siasatan berhubung peranannya sendiri di dalam mencuri wang milik 1MDB. 

Namun rujukan kepada Malaysian Official 1 bertepatan dengan apa yang diketahui dan yang diakui oleh Najib sebagai mempunyai kaitan dengan beliau. Ini termasuk rujukan kepada USD681 juta dalam akaun Malaysian Official 1, rujukan kepada kuasa Malaysian Official 1 atas Kerajaan dan 1MDB yang bertepatan dengan kedudukan Najib sebagai Menteri Kewangan dan Penasihat kepada Lembaga Pengarah 1MDB. Dan begitulah seterusnya dengan 30 penerangan lain mengenai hal kuasa dan peranan Malaysian Official 1 serentak dengan peranan Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan Malaysia dan Penasihat kepada Lembaga Pengarah 1MDB. 

Walaupun terdapat penerangan terperinci dalam laporan DOJ bagaimana wang 1MDB telah dipindahkan melalui pelbagai syarikat, termasuk Good Star, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Jho Low dan bank-bank di beberapa negara dan akhirnya menjelma dalam akaun Malaysian Official 1 di Ambank, Peguam Negara menegaskan bahawa tidak ada bukti bahawa wang daripada 1MDB telah disalah gunakan.

Di bawah 11 pada Para 14 laporan DOJ "Fasa The Good Star: Lebih daripada $1 bilion disalah gunakan daripada 1MDB."

Para 40, cara bagaimana $1 bilion wang 1MDB telah dilaburkan dalam Petro Saudi diperincikan.

Para 41 menjelaskan bahawa Jho Low dan rakan-rakannya menyebabkan $700 juta daripada $1 bilion bertujuan untuk dilaburkan dalam Petro Saudi, dihantar ke satu akaun di RBS Coutts Bank di Zurich yang dipegang atas nama Good Star Ltd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Jho Low.

Para 42 menyatakan bahawa "di antara bulan Mei dan Oktober 2011", kira-kira $330 juta dana tambahan telah dihantar atas arahan pegawai 1MDB ke akaun Good Star yang kononnya mempunyai kaitan dengan suatu perjanjian pembiayaan antara 1MDB dan 1MDB-Petro Saudi JV.

Mungkin Peguam Negara Malaysia dapat menjelaskan mengapa pelaburan 1MDB sebanyak $1 bilion harus pergi ke dalam akaun Good Star dalam RBS Coutts Bank di Zurich. Atau adakah beliau akan menafikan bahawa ini berlaku? Dalam kes ini beliau patut menunjukkan bukti bahawa ianya tidak berlaku. Semata-mata dengan berkata ianya tidak benar tidak mencukupi. Kata-kata Peguam Negara tidak mempunyai sebarang kredibiliti sama sekali. Dakwaan bahawa tidak ada bukti salah laku Najib dalam semua laporan-laporan yang dikemukakan kepadanya adalah seandai mempercayai air mata tangisan buaya. Dakwaan Peguam Negara bahawa Najib telah mengembalikan RM2.3 bilion daripada RM2.6 bilion yang diberikan oleh seorang Raja Arab Saudi yang telah meninggal dunia mempunyai kredibiliti yang sama. Tiada dokumen pemindahan dan tiada resit telah dipamerkan.

Mencuri wang adalah satu jenayah. Semata-mata merampas wang yang dicuri tidak membatalkan jenayah itu. Satu-satunya urutan logik untuk menyita wang yang dicuri adalah membuat pertuduhan jenayah terhadap pencuri. Bagaimanakah DOJ dari Amerika Syarikat akan mengenakan tuduhan terhadap Malaysia Official 1 tanpa menyebut namanya?

Rakyat Malaysia mahu menebus semula nama baik mereka. Mereka tidak mahu dipimpin oleh seorang pemimpin yang disyaki kleptokrasi mencuri berbilion-bilion wang Kerajaan. Mereka sendiri tidak boleh berbuat apa-apa kerana Malaysian Official 1 mengawal Peguam Negara dan polis – agensi-agensi penguatkuasaan. Mereka tidak boleh menyingkirkannya melalui undi tidak percaya kerana beliau mengawal majoriti Ahli-ahli Parlimen melalui langkah-langkah yang haram.

Suka atau tidak, mereka terpaksa bergantung kepada tindakan oleh negara-negara asing. Jika Amerika Syarikat benar-benar percaya dengan membasmi rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan negara mereka, mereka sepatutnya tidak segan untuk menyebut nama dan membiarkan proses undang- undang berlaku.

Apabila pencuri adalah pengawas polis dan agensi pendakwa, hanya campur tangan asing sahaja yang boleh membawa keadilan.

Tangislah negara ku yang tersayang.


Monday, July 25, 2016

Najib Mahu Individu Dinamakan DoJ Bersihkan Nama!



Kerajaan mahu individu yang dinamakan dalam laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat bertindak membersihkan nama masing-masing bagi memastikan tiada penyalahgunaan wang rakyat berlaku seperti dilaporkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mengambil serius laporan DOJ itu dan sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak dalam siasatan.

"Sebab itu bila keluar laporan DOJ, kerajaan tetap memandang berat perkara tersebut dan mahu supaya siapa yang dinamakan itu ambil tanggungjawab bersihkan nama mereka, pastikan tiada wang rakyat disalahgunakan.

"Jadi, janganlah kita terbawa-bawa dengan hal ini, serahkan kepada proses keadilan sewajarnya kerana kita percaya lambat laun kebenaran akan diketahui jua," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji 1437H/2016 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini Isnin.

Pada majlis itu, seramai 1,100 orang yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menerima surat tawaran tajaan Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat baru-baru ini memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan lapor mStar


Pergh!! selamba saja dia..

Pakcik-pakcik yang dilantik jadi JKKK tu pun akan kata "Haaa.. tengok tu Najib bagus.. dia tak mahu wang rakyat disalahguna.."



Itu kalau pakcik-pakcik yang dilantik jadi JKKK tu tak tahu siapa yang dimaksudkan dengan 'Malaysian Official 1" itulah..

Tapi cara Najib bercakap tu nampak selamba saja..

Sepatutnya Najib juga desak 'Malaysian Official 1' turut membersihkan namanya, sebab Malaysian Official 1 disebut sebanyak 36 kali dalam laporan DoJ.

Ianya memperlihatkan betapa besar peranan yang dimainkannya, malah turut didakwa menerima wang yang berasal daripada 1MDB secara keseluruhhannya sebanyak AS$731 juta atau melebihi RM3,000 juta.

Sehingga ini, bukan saja Malaysian Official 1 itu masih menyembunyikan identitinya yang sebenar, malah belum terdengar apa-apa penafian berkaitan nama itu yang turut disebut oleh Jabatan Kehakiman AS kerana menerima wang berbilion-bilion, juga ditaktifkan sebagai wang curi.

Baca juga ulasan di SINI

[BONGKAR] Najib Yang Ada RM2.6 Bilion Dalam Akaun, Dialah "Malaysian Official I "





Muhyiddin ajak rakyat bangkit, gesa AG soal AS siapa Malaysian Official 1

Saya sengaja mengambil sedikit masa sebelum menulis kenyataan ini untuk memerhati gelagat pemimpin kerajaan Malaysia termasuk perdana menteri dan peguam negara terhadap pengumuman yang amat mengejutkan oleh peguam negara dan pegawai tinggi Amerika Syarikat mengenai 1MDB dan tindakan perampasan aset milik mereka yang dinamakan hasil pemindahan wang haram yang dikatakan terbesar dalam sejarah AS, mungkin juga dunia.


Walaupun ia kes sivil yang bertujuan untuk merampas aset-aset, tetapi ia juga merupakan bukti penipuan oleh mereka yang dinamakan. Mereka telah mencuri wang milik 1MDB! Maka ia adalah suatu jenayah!

Jika 1MDB dan kerajaan Malaysia secara tegas mahu melindungi harta dan khazanah rakyat Malaysia dari kehilangan atau kerugian, pendedahan yang amat mengejutkan ini seharusnya mendorong mereka mengambil tindakan segera mengikut undang-undang Malaysia ke atas Malaysian Official 1, Reza Aziz, Jho Low dan nama-nama lain yang disenaraikan dalam laporan Peguam Negara AS.

Sebaliknya, logikkah sebagai perdana menteri, Najib hanya menasihati rakyat Malaysia untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap penemuan yang mengejutkan dunia ini dengan berkata kes tersebut melibatkan mereka yang dinamakan sahaja dan proses perundangan masih berjalan?

Jika Najib seorang yang beramanah dan bertanggungjawab, apa yang dia sepatutnya kata?

Mengejutkan!

Ambil serius keputusan pihak peguam negara Amerika Syarikat, hantar delegasi tertinggi kerajaan untuk mendapatkan butiran terperinci dari Amerika Syarikat, tubuh sebuah tribunal bebas untuk menyiasat dan memulakan proses pendakwaan jenayah dengan kadar segera terhadap mereka didapati terlibat atau bersubahat dalam pemindahan wang haram berjumlah puluhan bilion ringgit yang amat memalukan negara.

Ini kerana wang rakyat Malaysia dalam jumlah yang amat besar didapati hilang dan dilesapkan oleh mereka yang dinamakan.

Najib juga sudah sepatutnya menghantar peguam negara Malaysia dan ketua polis negara ke Amerika Syarikat dengan segera untuk mendapatkan kerjasama negara itu supaya tindakan undang-undang Malaysia yang sesuai boleh diambil terhadap mereka yang terbabit.

Najib juga sewajarnya telah mengarahkan peguam negara dan 1MDB segera menuntut wang yang dilapor dicuri daripada syarikat milik negara.

Nampak benar semua ini tidak dilakukan oleh Najib. Dia sebaliknya hanya berkata kes ini bukan kes jenayah tetapi kes sivil dan orang-orang yang dinamakan dalam laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat berhak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Adakah ini sepatutnya respon seorang perdana menteri terhadap kes penemuan sejumlah besar wang yang dicuri daripada sebuah syarikat pelaburan strategik negara?

Adakah pembelaan terhadap individu yang dituduh terlibat dalam perompakan harta negara lebih penting berbanding pembelaan terhadap seluruh rakyat yang terpaksa menanggung beban kehilangan puluhan bilion ringgit wang negara?

Saya mencabar perdana menteri sebagai menteri kewangan untuk mengambil tindakan susulan yang sewajarnya!

Saya amat kecewa dengan sikap penafian yang teruk yang dinyatakan oleh dia dan konco-konconya berkenaan kes penipuan terbesar yang ditemui oleh pihak kerajaan Amerika itu.

Peguam negara Malaysia juga tidak menjalankan amanah!

Logikkah apabila dia berkata tindakan sivil di Amerika Syarikat itu tidak membabitkan Najib?

Siapakah Malaysian Official 1 yang difahami oleh peguam negara seperti yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan AS?

Jika dia tidak tahu, tidak bolehkah dia bertanya dengan rakan sejawatnya di Amerika Syarikat siapakah dia Malaysian Official 1?

Disebut dengan terang dalam laporan Jabatan Keadilan AS, orang ini memiliki sejumlah AS681 juta (RM2.6 bilion) dalam akaun peribadinya di Ambank Malaysia.

Yang kita tahu, tiada orang lain yang dilaporkan mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun peribadi di Ambank selain Najib!

Yang sepatutnya dibuat oleh Peguam Negara Malaysia bukan melindungi Najib. Dia sepatutnya terperanjat dengan penemuan pasukan penyiasat AS dan terus menghantar pasukan penyiasat Malaysia ke AS untuk mengambil tindakan susulan demi memelihara kepentingan rakyat Malaysia yang telah kehilangan wang berbilion ringgit.

Beliau juga sepatutnya telah mengarahkan SPRM dan PDRM membuka semula kertas siasatan terhadap 1MDB.

Bagaimana boleh terjadi pasukan penyiasat negara kita tidak menemui sebarang bukti kehilangan wang 1MDB, sedangkan pasukan penyiasat negara asing menemuinya?

Bukankah ini sepatutnya memeranjatkan peguam negara? Bukankah perkara ini yang harus diutamakan, bukan melindungi perdana menteri! Nampak benar rakyat Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan dia untuk melindungi kepentingan negara!

Apakah harapan kita untuk terus percaya dengan perdana menteri Malaysia? Tindakannya selama ini adalah untuk melindungi diri sendiri, bukan melindungi kepentingan rakyat Malaysia!

Rakyat harus sedar dan bangkit bersuara dengan berani menuntut mereka yang merompak harta negara dihukum.

Seruan agar rakyat bangun menentang kemungkaran ini hendaklah mengikut lunas undang-undang secara aman dan tidak semestinya dianggap provokatif.

DYMM Raja-Raja Melayu yang menjadi Payung Negara yang telah pernah bertindak bertitah sebelum ini sewajarnya tidak boleh membiarkan perdana menteri bermaharajalela merosakkan imej negara dan maruah rakyat serta memusnahkan khazanah negara.

Majlis Raja-Raja boleh bertindak menjadi benteng terakhir pelindung hak rakyat dan negara!

Majlis Raja-Raja tidak menyalahi mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia atas semangat Raja-Raja Melayu berbuat sesuatu untuk memelihara kesejahteraan rakyat dan negara.

Sahlah tindakan dan pendirian saya selama ini bahawa kes 1MDB adalah satu kes penyelewengan yang amat memalukan yang melibatkan perdana menteri. Ia adalah suatu yang sahih dan benar. (sila rujuk video di bawah -GB)

Dengan pendedahan yang tidak dapat lagi diselindungi oleh sesiapapun ini, maka kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah mengkhianati rakyat Malaysia dan sepatutnya menanggung akibah daripada perbuatan salahlaku yang amat serius ini!

Bukan sahaja ia merupakan kes jenayah dan sivil yang cukup memalukan, malahan dari segi moral pun Najib sebenarnya tiada pilihan lain selain meletak jawatan dengan serta merta!

Saya akan tetap berdiri teguh dengan pendirian saya dan tidak akan sekali-kali berundur daripada kepercayaan dan keyakinan saya dalam perjuangan mempertahankan hak dan maruah seluruh rakyat Malaysia!

Marilah kita bersatu hati dan bersama-sama berjuang untuk Selamatkan Malaysia!

Faiza Azamta Fatawakkal AlaLlah!

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN adalah mantan timbalan perdana menteri

VIDEO BERKAITAN
Pendedahan Muhyiddin sebelum ini


ULASAN GB

Segala-galanya sudah terdedah dan terbongkar.

Dokumen rasmi Mahkamah yang di failkan oleh Jabatan Keadilan Amerika telah MENGESAHKAN bahawa duit RM2.6 billion di dalam akaun “MALAYSIAN OFFICIAL 1” adalah duit 1MDB. Dari 1MDB di pindahkan ke akaun syarikat Si J kemudian ke akaun Putera Turki (anak ke 7 Almarhum Raja Abdullah, Raja Arab Saudi). Duit yang sama yang kemudiannya dipindahkan (didermakan?) oleh Putera Arab tersebut kepada “MALAYSIAN OFFICIAL 1”.





Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Ia tidak akan berjaya untuk diselindungi lagi. Pelbagai tindakan kejam dan zalim berlaku semenjak wujudnya skandal 1MDB ini. Ada yang dipecat, ada yang ditukar, malah ada juga yang dilaporkan telah mati ..... Dan umumnya, rakyat Malaysia secara keseluruhannya yang sengsara memikul bebanan hutang syarikat penipu ini....

GB sudah ulas sebelum ini:



Mereka yang menafikan, teruskanlah menafikannya. Kita tidak ada hak untuk menghentikannya. Dan kita tidak pula menuduh si anu bin si anu secara pasti. Tetapi kita hanya memaparkan apa yang telah ternyata sahaja.

Di sisiNya, yang bersalah akan tetap bersalah.
Yang menyokong dan membela pesalah pula tetap dikira bersubahat. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Kesemuanya akan terima hukuman Allah swt. Antara cepat dengan lambat sahaja. Jika tidak di sini tetap di sana hukuman menanti. Hukuman Allah pelbagai cara. Mungkin masih ada yang nak mencabar Allah untuk menunjukkan kuasaNya, teruskan mencabar.... tetapi Allah swt sudah memberikan amaranNya:


Tidaklah yang mereka tunggu melainkan hanya satu teriakan saja yang akan membinasakan mereka tatkala mereka saling bertengkar. - Yasin:49


Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia - Yasin:82
Itu keyakinan orang beriman!

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu ditegakkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqa

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Marathon Kenaikan Malaysia - Ini Luahan Pengundi BN Yang Menyesal !!!


Kepada dato seri Najib dan pemback up tegar.
Saya cuba berfikir secara waras dan logik akal untuk menerima semua yang berlaku kebelakangan ini. Semua yang berlaku sekelip mata. Dengan pantas dan tidak disangka2 sampailah dah takde perasaan sebab menanti apa lagi yang akan jadi.
Kepada dato seri..saya bekerja makan gaji walau pendapatan saya tetap tapi kos sara hidup yang meningkat bukan saban tahun dah macam saban bulan buat saya berfikir adakah negara saya diterajui oleh orang gila?
Pengurangan subsidi dan sebagainya dibuat bukan masa pembentangan bajet..tapi entah mukjizat dari mana tiba2 ada announcement.
Kalau saya sendiri terasa..bagaimana dengan orang gaji rendah dari saya..yang tambah pulak dengan komitmen lebih tinggi dan banyak tanggungan. Moga Allah murahkan rezeki mereka.
Saya mula menyokong dato seri sebab pak lah yang kaki tido. Lepastu baru saya sedar lebih baik tidur dari jaga dan menyusahkan orang. Lebih baik saya mengaku kesilapan dan kebodohan saya dari selfie tunjuk bagus padehal temporary worker and amek mase lebih dari 3 bulan untuk confirm probation. Saya juga manusia biasa yang tak bagus mana
Tol naik maybe ade option gunakan pengangkutan awam..pengangkutan awam pun naik!!! Mana kami nak berjimat. Nak tanam sayur sendiri tak semua ada tanah. Nak bela lembu sendiri sama jugak takan saya nak letak lembu dalam apartment..nak berniaga salah tempat kene angkut...nk mintak lesen banyak songeh sampai xdapat..gaji kebanyakan rakyat ciput je...terfikir gak saya celah mana kami semua boleh berjimat..pergi keje tolak kete separuh jalan baru drive ke?..kadang2 saya pelik kerana saya tak boleh fikir sebodoh yang ade dalam kepala otak dato seri.
Tambahan bile terjumpa penyokong tegar yang kadang2 tak tahu apa yang disokong. Barang naik disokong. Die wat bodoh pun disokong.golongan ini amat unik. Kerana kebodohannya melebihi skala 6. Mungkin kami semua bodohnye tersekat di skala 5.
Ini hanya luahan hati selepas melihat fun fair dunia yang dihidangkan oleh badut2 yang dipilih secara salah dari saya dan juga orang yang lain. Tapi next time saya tak akan undi awak lagi.
Terima kasih untuk fun fair ini dan sesungguhnya saya tak terhibur. Jika ada calon lawan yang berkaliber dah tentu undi saya kepada mereka. Tapi kalo dah sama je time undi baru nampak muka. Sama jela ngan badut2 yang jd menteri sekarang.
Akhir kata dari saya...jika dato seri selesa di atas sekarang cuba fikirkan bila dato seri dah tiada apa2...masa tu takda sorang akan back up dan telanjanglah semuanya..itupun kalo dato seri ada lagi kat Malaysia..saya tak rasa dato seri stay...heheheh

Kenapa Shabery Bela Riza Aziz Dan Jho Low?



Peguam, Haniff Khatri Abdulla membidas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung saman sivil dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Haniff Khatri sebaliknya menyarankan agar kertas klausa yang difailkan AS itu dibaca dengan teliti terlebih dahulu.

“Sejak bilakah menteri Malaysia bertanggungjawab menjadi jurucakap untuk dua orang rakyat Malaysia yang disaman di luar negara atas dasar mengaut harta dan dana haram melalui penyelewengan di dalam syarikat milik Malaysia, yakni harta milik rakyat Malaysia?,” katanya dalam kemas kini status di Facebook.

Rabu lalu, DOJ dilaporkan akan menyita aset bernilai lebih RM4 bilion dan menamakan individu yang didakwa terlibat dalam konspirasi mengubah wang haram daripada 1MDB iaitu, anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz; ahli perniagaan Jho Low serta dua individu lagi, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Ahmad Shabery sebelumnya berkata, tidak adil dan tidak wajar untuk menghukum dan mendakwa seseorang itu bersalah dengan membuat andaian sendiri memandangkan kes itu masih dalam siasatan.

Sehubungan itu, Haniff yang mewakili bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua individu lain dalam kes pendakwaan berkaitan 1MDB berkata, sebagai seorang menteri Kabinet, Shabery sepatutnya membela nasib rakyat Malaysia bukannya dua individu yang disaman di luar negara itu.

“Soalan yang awak patut tanya adalah, ‘sekiranya benar harta milik Riza atau Jho Low yang dipohon untuk disita itu adalah hasil daripada penyelewengan curang dana 1MDB, maka bagaimanakah jemaah menteri dan kerajaan Malaysia akan peroleh atau siasat harta-harta lain mereka berdua di dalam negara, mahupun di negara luar yang lain?’

“Kenapa awak bagaikan hendak membela hak mereka jauh lebih tinggi daripada hak rakyat Malaysia? Ya ALLAH SWT, selamatkanlah negara kami ini,” katanya lapor Sinar

SKANDAL 1MDB AUTOMATIK MENJADIKAN MALAYSIA DIKENALI SEBAGAI NEGARA PENCURI


Tidak semena-mena perkataan kleptokrasi tiba-tiba popular dan menjadi sebutan ramai di sebalik tindakan menggemparkan dunia yang diambil oleh Jabatan Kehakiman AS mahu menyita harta-harta yang dikaitkan dengan 1MDB.

Menurut kenyataan yang dibacakan oleh Peguam Negara AS, tindakan menyita harta-harta berjumlah kira-kira RM4,000 juta berkaitan 1MDB yang dilakukannya adalah di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptokrasi.

Buat seketika ramai yang tidak tahu apa itu makna kleptokrasi. Barangkali majoriti kita tidak pernah pun mendengar perkataan itu sebelum ini. Setelah ditinjau dalam google dan dicari maklumat dalam wikipedia, kleptokrasi rupa-rupanya memberi makna yang cukup memalukan kepada Malaysia.
Dalam ertikata mudah, kleptokrasi adalah kerajaan pencuri yang mencuri duit rakyat untuk memperkayakan diri sendiri dan kelompok tertentu yang dekat dengan pemimpinnya. Secara langsung ia sangat bertentangan dengan makna dan amalan demokrasi yang dijunjung selama ini. 

Di media-media sosial, barangkali untuk kemudahan pakcik kampung dan makcik Felda memahaminya, kleptokrasi disimpulkan berasal daripada cantuman perkataan "klepet"  dan "kelentong" yang berselindung di sebalik demokrasi.

Sebab itu, dalam kenyataan yang disebut oleh Jabatan Kehakiman AS, harta-harta yang disita berkaitan 1MDB itu akan dikembalikan semula kepada pemunya asalnya.

Rupa-rupanya juga, dalam kita bergembira kerana AS mahu mengembalikan semula harta-harta yang disita itu kepada kita, Malaysia juga turut mendapat malu kerana kini lebih dikenali sebagai negara kleptokrasi.

Dalam kenyataan yang disebut oleh Jabatan Kehakiman, selain harta-harta yang bakal disita, mereka juga tanpa ragu-ragu mengatakan wang RM2,600 juta yang dimasukkan ke akuan peribadi Malaysian Official 1 adalah juga berasal daripada 1MDB.

Makna kata, dalam maklumat yang ada dalam tangan Jabatan Kehakiman AS dan FBI, tidak ada sama sekali individu Timur Tengah, anak raja Arab atau sesiapa yang lain yang kononnya pernah ditemui oleh Zahid Hamidi yang dikenalpasti sebagai penderma wang tersebut.

Curi jugalah maksudnya wang RM2,600 juta itu.