Wednesday, November 20, 2019

KERETA TERBANG PERTAMA MALAYSIA - HANCING LAGI ... DUIT RAKYAT YANG TERBANG ...



Ini Ialah Kereta Terbang Pertama Negara – Dron EHang Yang Dijenamakan Semula

Diterbitkan pada November 19, 2019 oleh Effi Saharudin.


Kereta terbang pertama Malaysia akan melakukan ujian penerbangan pertama pada Khamis ini namun rekaannya telah tertiris ke area web haru ini. Kenderaan yang diberi nama Super Dron ini menurut laporan Berita Harian dibangunkan oleh syarikat EastCap Berhad. Jika mungkin pernah anda lihat sebelum ini kerana ia mirip dron EHang 184 yang telah kami laporkan pada tahun 2o16. Dron ini kemudiannya berjaya membawa penumpang pertama pada tahun 2018.




EastCap Berhand melakukan kerjasama dengan EHang Intelligent Equipmen dan Strong Rich Limited bagi membawa kereta terbang ini ke pasaran Malaysia. Super Dron dilihat mengekalkan konfigurasi 16 pasang kipas untuk memberikan kemampuan terbang serta mendarat secara menegak. Ia juga boleh membawa dua penumpang sahaja pada satu-satu masa.

Tidak diketahui pada waktu ini sama ada penambahbaikan kemampuan diberikan kepada Super Dron berbanding EHang 216 yang sempat kami lihat di MWC Barcelona pada bulan Mac yang lalu.



Kereta terbang tempatan nampaknya mengikut acuan yang sama seperti kereta nasional pertama negara Proton Saga. Pada tahun 1985, Proton Saga yang dilancarkan adalah sebuah Mitsubishi Lancer Fiore. Diharap dalam masa terdekat kereta terbang yang 100% buatan dan rekaan tempatan akan menjadi kenyataan.


SUMBER RUJUKAN: BERITA HARIAN



Kereta terbang tak jadi 'terbang' esok

MyMetro






Hairulazim Mahmud
azim@hmetro.com.my





PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) tidak meluluskan ujian penerbangan UAS E-Hang 216 (EH216) atau ‘kereta terbang’ yang dijadualkan esok.

CAAM dalam kenyataan hari ini menegaskan, lokasi percubaan penerbangan di Hangar UNIKL MIAT Subang adalah kurang 200 meter dari laluan trafik pesawat dan helikopter komersial.


“Lokasi itu jelas terletak di dalam Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang di bawah penyeliaan yang ketat oleh Pusat Kawalan Trafik Udara.


“EH216 hanya diberikan Permit Khas Penerbangan (SFP) oleh negara pengeluar iaitu Pentadbiran Penerbangan Awam China yang terhad untuk mengendalikan penyelidikan dan pembangunan penerbangan di Grand World Science Park, Guangzhou,” katanya.

Dalam pada itu CAAM berkata, sedang menyiasat demonstrasi penerbangan yang tidak diluluskan membabitkan EH216.

“Ujian ‘haram’ itu dilakukan pada 15 November lalu di Lapangan Terbang Subang,” katanya.

CAAM amat menyokong pembangunan industri aeroangkasa di negara ini namun ia mesti mengikut Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016) bagi memastikan jaminan keselamatan dipatuhi.

“CAAM ingin memaklumkan sedia mempertimbangkan sekiranya ujian penerbangan EH216 mahu dilakukan di lokasi yang sesuai dengan sokongan negara pengeluar,” katanya.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof kelmarin mengesahkan beliau akan melakukan ujian memandu dan menaiki ‘kereta terbang’ esok.

Beliau memaklumkan perkara itu pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 bagi kementeriannya di Persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.



Wow! Ini baru betul kereta terbang



Difahamkan Aircar baru sahaja menamatkan ujian penerbangan sulungnya pada akhir Oktober lalu di Slovakia.


Foto Twitter @ShanghaiEye

MUNGKIN ada di antara anda yang masih meragui tentang kewujudan teknologi kereta terbang pada masa kini.

Namun tahukah anda teknologi kereta terbang ini sebenarnya wujud?

Memperkenalkan Aircar, sebuah kereta terbang yang direka oleh jurutera Slovakia dan juruterbang Stefan Klien.

Baru-baru ini ia membuat kemunculannya di Ekspo Import Eksport Kebangsaan China (CIIE) yang diadakan di Shanghai.
Difahamkan Aircar baru sahaja menamatkan ujian penerbangan sulungnya pada akhir Oktober lalu di Slovakia.

Aircar dicipta bagi pemilik kereta yang dahagakan cabaran serta pengembaraan tanpa batasan.

Jelas pengasasnya Stefan Klein, jentera berkenaan sangat stabil dan mempunyai tahap keberkesanan enjin yang sempurna.

Aircar mempunyai kipas di bahagian belakang dan sayap yang boleh dilipat ke dalam badan kereta.


Ia membolehkan jentera berkenaan menjadi kereta biasa ketika tidak berada di dalam mod penerbangan.

Direka untuk diterbangkan seperti pesawat biasa, Klein berkata pemandunya boleh menerbangkan Aircar tanpa latihan penerbangan yang sukar.

Ternyata, kemunculan kereta terbang itu di Ekspo CIIE mengagumkan ramai pengunjung yang hadir.

Lebih 60 syarikat pengeluaran automobil daripada 16 buah negara mempamerkan produk automobil mereka di ekspo berkenaan.

Secara keseluruhan, dianggarkan lebih 140 kereta dipamerkan pada pameran itu.

PKR mahu Azmin bersemuka, beri penjelasan tidak hadir mesyuarat


BernamaNovember 21, 2019 6:56 am

Datuk Seri Mohamaed Azmin Ali



Fahmi Fadzil

PKR mahu Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan secara bersemuka kepada pucuk pimpinan berhubung ketidakhadirannya di mesyuarat dan perjumpaan parti, sebelum tindakan diambil terhadapnya.

Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata PKR masih membuka ruang perbincangan dan menunggu maklumat daripada Mohamed Azmin sendiri.

“…tapi memandangkan beliau tidak hadir, maka kita perlu tunggu untuk maklumat lanjut,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Biro Politik PKR malam tadi.

Mohamed Azmin dan Naib Presiden Zuraida Kamarudin tidak menghadiri mesyuarat itu.

Ahmad Fahmi berkata sehingga kini, tiada sebarang tindakan disiplin ataupun surat tunjuk sebab diberikan kepada Ahli Parlimen Gombak berikutan ketidakhadirannya dalam mesyuarat parti.

Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, dikatakan tidak pernah hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik sejak pemilihan parti pada November 2018.

Ahmad Fahmi berkata walaupun sebelum ini, terdapat kes pemimpin parti dikenakan tindakan disiplin kerana tidak hadir mesyuarat dan perjumpaan, tetapi kes Mohamed Azmin adalah ‘berbeza’.

Mengulas pertemuan Mohamed Azmin dengan sekumpulan Ahli Parlimen termasuk daripada pembangkang di kediaman rasminya pada Isnin, Ahmad Fahmi berkata perkara itu juga memerlukan penjelasan Mohamed Azmin sendiri.

Menyentuh desakan beberapa NGO yang mahu Naib Presiden Tian Chua kembali menjadi wakil rakyat di Parlimen Batu, Ahmad Fahmi berkata setakat ini, PKR dimaklumkan yang Tian Chua tidak akan berbuat demikian.

Baru-baru ini, 14 NGO mencadangkan supaya Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Tian Chua bertanding semula di kawasan itu, susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Nov yang membuat ketetapan pelucutan hak pencalonan Tian Chua sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya adalah tidak sah, sekali gus layak bertanding dalam pilihan raya.– BERNAMA



Berita penuh https://malaysiadateline.com/pkr-mahu-azmin-bersemuka-beri-penjelasan-tidak-hadir-mesyuarat/#more

PAS akan kotakan janji sokong PM jika berlaku undi tidak percaya – Hadi




MALAYSIA GAZETTE

Abdul Hadi Awang


MARANG – PAS menegaskan akan mengotakan janji memberi sokongan kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri itu benar-benar berlaku.


Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata meskipun PAS di pihak pembangkang sokongan diberikan kepada Dr Mahathir demi meneruskan kepimpinan Islam dalam kerajaan.



“Kita mempunyai maklumat (undi tidak percaya kepada perdana menteri) sebab itulah kita bagi sokongan…kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.


“Kita akan sokong bahkan sokong walaupun dalam kita (PAS) jadi pembangkang demi kepimpinan orang Islam,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya selepas menyampaikan kuliah dhuha di Rusila, dekat sini hari ini.


Anggota Parlimen Marang itu mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam di Kuala Lumpur yang mahu melihat sama ada PAS mengotakan janji menyokong beliau jika usaha menggulingkan beliau berlaku.


Baru-baru ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sokongan PAS itu adalah jaminan akan bersama Perdana Menteri atas dasar untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.


Isu mengenai undi tidak percaya dibangkitkan selepas pendedahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan kononnya terdapat dua parti dalam PH mungkin merancang pembelotan terhadap Dr Mahathir.


Abdul Hadi juga memberi bayangan kurangnya penglibatan parti komponen PH membantu calon mereka dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih seperti mengiakan wujudnya usaha menggulingkan Pengerusi PH itu.— BERNAMA

34 tahun Memali, jangan ulang kesilapan lampau




Dr Riduan Mohamad Nor




Hari ini genap 34 tahun peristiwa berdarah Memali, sebuah mercu tanda kezaliman yang tak wajar berulang di tanah leluhur ini. Jika di zaman saya masih anak muda maka jarang melepaskan peluang ke Memali setiap 19 November dengan pelbagai acara digalang setiap 34 tahun lepas. Dewan Pemuda PAS Pusat atau negeri Kedah tak culas menganjurkan majlis memperingati tragedi berdarah Memali, Baling menjadi sibuk dengan ribuan bertali arus mendatangi Memali bahkan menjadi medan menyimpul ukhuwwah abnaul harakah. Pidato-pidato yang membakar semangat , menyalakan api perjuangan dan melihat qudwah sang maestro dakwah , Ustaz Ibrahim Mahmud.

Orang-orang tua di Memali menyambut hangat kedatangan kami, bahkan tak lokek menjamu gulai batang pisang yang menyelerakan . Sifat orang Kedah , sangat memuliakan tetamu walau hidup mereka sederhana namun tetamu tak akan dibiarkan pulang tanpa makan dan minum. Segala kenangan ini sangat indah ,cuma pahit jika dikenang betapa ramai pimpinan PAN hari ini merekalah yang paling terkedepan dalam sambutan memperingati tragedi Memali.


Pada tahun ini dalam aura Muafakat Nasional, sambutannya lebih berwarna warni dengan turut menjemput penceramah daripada pimpinan UMNO Malaysia dan UMNO Kedah. Memali memahat sejarah luka yang sarat ibroh, bukan sekadar kematian namun tangkapan ISA pasca Memali seterusnya pengharaman ceramah PAS di beberapa buah negeri di Semenanjung.

Baling terus melakar nama dengan berlakunya peristiwa Memali pada 19 November 1985, peristiwa pembunuhan yang tragis, tanpa mendapat keadilan daripada sistem perundangan yang ada, darah yang tumpah seolah darah kerbau tanpa nilai. Memali berlaku di tengah gejolak kebangkitan Islam yang sedang menyerbu dunia Islam termasuk Malaysia. Angin kebangkitan Islam menyeruak dinding kejahilan ummat, anak-anak muda menjadi peserta barisan hadapan yang mengumandangkan keperluan untuk kembali menghayati Islam sebaga cara hidup.

Tragedi Memali hampir sama dengan apa yang berlaku di Tanjung Periuk, Indonesia pada awal dekad 80an. Pembunuhan orang awam yang disyaki pengganas oleh pihak keselamatan di Zaman Order Baru, bahkan menahan ramai yang lain selepas peristiwa itu termasuk tokoh pemuda Islam Indonesia, A. M. Fatwa yang ditahan apabila berkhutbah selepas peristiwa tersebut. Gerakan usrah pemuda dan kampus universiti dianggap menggugat pemerintah Indonesia yang melindungi kepentingan cukong Kapitalis dan minoriti Kristian. Gerakan tarbiah seperti yang digerakkan oleh Kiai Rahmat Abdullah diintai oleh unit perisikan regim kerana bimbang mengancam hegemoni daulah, malah ada yang terperosok dalam penjara seperti Abdul Kadir Jelani.

Peristiwa berdarah Memali juga hampir menyerupai peristiwa berdarah Masjid Merah (Lal Mosque) di Pakistan. Sebuah pusat pengajian agama yang dikelilingi kediaman pelajar digempur oleh pasukan keselamatan Pakistan yang pro Amerika dibawah regim Pervev Musharraf sehingga mengorban nyawa dan mencederakan pelajar. Muntahan peluru memamah jasad guru dan para pelajar tanpa mengenal ampun. Guru dan pelajar di Lal Mosque ini kononnya penyokong Taliban dan menentang kerajaan dan harganya amat mahal, mereka meregang nyawa di hujung senjata api yang dibekalkan Amerika kepada pihak keselamatan Pakistan. Sebelum peristiwa ini, pelajar-pelajar di madrasah ini sangat aktif mencegah maksiat termasuk para pelajar wanita yang berburqa yang berani turun ke tempat maksiat dengan rotan di tangan mereka. Media yang sekular menggambarkan pelajar ini diresapi pemujaan terhadap Taliban dan menentang kerajaan.

Perjalanan kisah Tanjung Periuk, peristiwa Talangsari, tragedi Takbai, pembunuhan di Masjid Merah Pakistan, pembantaian di Hamah Syria adalah hampir sama koreografinya, walaupun dalam jangka waktu yang berbeza. Sketsa berdarah merah mewarnai kanvas putih orang beriman, mereka disakiti kerana akidah. Tuduhlah mereka sebagai pengganas untuk menghalalkan darah yang tumpah. Memali dan peristiwa seumpamanya akan terus berlaku sepanjang zaman di mana-mana sahaja belahan dunia selagi mana dunia belum berakhir.

Memali terus dibohongi sejarahnya oleh regim,termasuk di Muzium Polis dimana mereka tetap digambarkan sebagai penjenayah dan pengganas. Namun kabut hitam sejarah ini mula terungkai satu persatu, dengan pendedahan Dato Musa Hitam berkaitan Dr Mahathir yang berada dalam negara pada tanggal 19 November 1985 sangat menarik. Mahathir masih menghirup udara ini dan beliau wajib diadili akibat pembantaian Memali yang kejam itu. Bersihkan sejarah Memali dan Ustaz Ibrahim Mahmud bersama pengikutnya, padamkan noda sejarah versi tirani walau hampir 34 tahun tragedi ini telah berlalu. Tragedi ini wajib diluruskan sejarahnya dan keadilan wajar berteleku di singgahsananya.

*Dr Riduan Mohamad Nor- (Penulis adalah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI)

Bersatu ambil alih Pulau Pinang daripada DAP





HARAKAHDAILY


PAS ajak parti-parti politik bermuafakat





KEPALA BATAS: Projek-projek pembangunan mega yang mahu dilaksanakan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang hakikatnya bakal mendatangkan musibah berbanding kebaikan.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff bahkan menempelak DAP kerana bersikap tidak mempedulikan bantahan rakyat yang terkesan dengan projek berkaitan.

Malah DAP bidasnya, bersikap lebih teruk dan buruk kerana perkara-perkara dibantah parti itu suatu ketika dahulu dibuat secara keterlaluan dan bakal mendatangkan banyak impak negatif.

Beliau menyeru kesatuan parti-parti politik di negeri ini untuk berhadapan DAP ketika berucap pada Majlis Makan Malam PAS Pulau Pinang di Hotel Seri Malaysia, di sini kelmarin.

Bentang beliau, projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) adalah terlalu mahal iaitu RM46 bilion yang antaranya pakejnya adalah Lebuh Raya PIL bernilai hampir RM500 juta bagi 1 kilometer.

Sedangkan menurutnya, semasa Lebuh Raya KIDEX di Selangor mahu dibina dengan kos RM100 juta lebih bagi jarak sama, ianya menerima bantahan daripada DAP.

“Tapi kini, bantahan rakyat yang terlibat dengan projek mereka mahu buat pun mereka tak peduli. Antaranya projek LRT akan melibatkan beberapa buah masjid. Begitu juga tambakan tiga pulau seluas 4,500 ekar, ribuan nelayan termasuk di Kedah dan Perak akan terjejas.

“Bekalan hasil laut seperti ikan, udang, sotong akan terjejas. Kita dah tengok pun masalah tambakan ini apabila pengorekan dibuat di Gurney Drive menyebabkan semua ikan ternakan dalam sangkar mati,” kesalinya.

Tambahnya, dahulu DAP paling lantang membantah BORR dan PORR tapi kini mereka melaksanakan projek seumpama yang lebih besar iaitu PTMP.

Menurut beliau, pemerintahan DAP di negeri ini telah mendatangkan pelbagai ketidakselesaan kepada rakyat antaranya mahu aman terutama dari kos sara hidup yang teruk.

Jelasnya, rakyat semakin cemas dengan sikap DAP sekali gus hal tersebut menuntut perubahan di mana parti-parti politik yang ada mesti bersatu mengambil Pulau Pinang daripada DAP.

Majlis tersebut bertujuan mengumpul dana bagi tujuan pembangunan Kompleks Tarbiyah PAS Pulau Pinang (KOMTAR) di Pongsu Seribu dengan sasaran RM15 juta.

Ia telah disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin selain penyampaian anugerah bagi langganan Harakah dan keahlian PAS teramai. – HARAKAHDAILY

PRK Tg Piai, malang berganda buat PH





IBNU JANIE



KITA semua sudah tahu keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai. Pakatan Harapan (PH) bukan kalah, tapi kalah teruk. Jumlah majoriti yang sangat besar yang diperolehi oleh Barisan Nasional (BN) bagaikan tak terjangkau dek akal.

Ada penganalisis yang menyifatkan PRK ini adalah keputusan terburuk dalam sejarah bagi parti-parti pemerintah semenjak merdeka. Dalam parlimen Tanjung Piai ada 27 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan 125 saluran mengundi. PH kalah di semua 27 PDM. Dari 125 saluran PH hanya menang satu saluran. Kalau PH tak faham juga lagi mesej rakyat ini, tak tahulah apa lagi nak cakap.

Advertisement


Keputusan majoriti terlalu besar yang dicapai Muafakat Nasional di Tanjung Piai seolah-olah rasanya seperti kerajaan persekutuan itu sendiri telah pun jatuh ke tangan Muafakat Nasional.

Sebelum keluar keputusan PRK Tanjung Piai ini, penulis katakan kepada seorang rakan penulis, jika calon PH menang juga dalam PRK ini dia memang betul-betul bernasib baik. Ini adalah kerana terlalu banyak kesilapan ‘bodoh’ yang dilakukan oleh calon atau jentera PH.

Di saat pengundi sedang marah kepada kerajaan PH, seperti yang diakui sendiri oleh Salahuddin Ayub, calon dan jentera PH pula menambah lagi bengkak di hati rakyat.

Memulakan episod malang, Wak Karmaine terpaksa memegang nombor empat sebagai nombor calon beliau. Seperti mana yang kita faham, angka empat ini dianggap sebagai ‘angka sial’ di kalangan masyarakat Cina.

Memang sebagai orang Islam kita tidak percaya pada perkara ini. Namun ia materi kepada pengundi-pengundi kaum Cina yang sebelum ini dianggap sebagai simpanan tetap PH. Mungkin ini juga menjadi satu lagi faktor mengurangkan undi kaum Cina kepada PH.

Langkah Wak Karmaine tersandung di awal-awal kempen lagi dengan kenyataan kontroversinya bahawa pekebun kelapa sawit sepatutnya bersyukur dengan harga kelapa sawit RM270 satu tan. Kenyataannya yang dibuat di dalam dalam satu program kempen PH di PDM Penerok pada 3 November itu telah menimbulkan kemarahan pekebun-pekebun kecil kelapa sawit di Tanjung Piai.

Ini ditambah lagi dengan peperangan dalaman yang tidak habis-habis di dalam PH, juga memberi kesan besar terhadap sokongan rakyat kepada PH. Ia umpama ibubapa dalam satu-satu keluarga yang asyik bergaduh akan memberi kesan kepada emosi anak-anak.

Sudahlah Bersatu dan DAP belum reda lagi pertelingkahan dalam isu Ronnie Liu, tiba-tiba timbul pula isu video kontroversi MB Perak dengan kenyataannya yang mengecam DAP.

Pemimpin PH bukan tidak tahu bahawa peperangan sesama mereka ini memberi kesan kepada sokongan rakyat kepada PH. Tapi peperangan dalaman mereka ini memang tidak dapat dielakkan lagi.

Tidak ada cara untuk mereka mencari jalan perdamaian. Walau pun ada beberapa orang pemimpin PH, antaranya Lim Kit Siang, yang meminta agar perkara ini dibincangkan selepas PRK ini, namun ia tetap tidak meredakan bahang pergeseran dalaman PH ini.

Selain dari sokongan orang-orang Cina beralih kepada BN, dipercayai ramai di antara penyokong-penyokong DAP tidak keluar mengundi kerana krisis antara DAP dan Bersatu. Kerana itu undi yang diperolehi merosot teruk.

Namun jika pengundi DAP ini keluar dan mengundi Wak Karmaine, PH tetap sukar untuk menang. Jumlah yang keluar mengundi pada PRU14 ialah 45800 orang. Untuk PRK ini jumlah keluar mengundi ialah 38815 orang. Jadi seramai 6985 orang yang mengundi pada PRU14 tidak mengundi pada PRK ini.

Katalah semua 6985 orang yang tidak keluar mengundi ini adalah pengundi DAP. Sekiranya mereka keluar dan mengundi PH, ini akan menjadikan jumlah undi PH ialah 17365. Jumlah ini tetap tidak dapat mengalahkan BN yang mendapat 25466 undi.

Namun begitu di sebalik semua malang yang melekat pada Wak Karmaine dan PH ini, sebenarnya ia boleh ditampung dengan beberapa kelebihan yang ada pada kem PH yang sepatutnya mampu menyumbang kepada kemenangan PH.

Yang pertama, PH menguasai kerajaan pusat dan negeri. Parti yang menguasai kerajaan pusat dan negeri sepatutnya memiliki banyak kelebihan. Sebagai wakil rakyat kerajaan sudah tentu mudah untuk mereka memohon peruntukan pembangunan. Ini sepatutnya boleh menjadi faktor penarik untuk mengundi Wak Karmaine.

Yang kedua PH telah menggunakan segala jentera dan peruntukan kerajaan untuk meraih undi. PH bernasib baik kerana peruntukan dan program yang katanya telah lama disusun sebelum ini kebetulan tempohnya tepat mengena pada PRK Tanjung Piai ini. Jumlahnya pula bukan sedikit. Dianggarkan dalam lingkungan RM30 juta dedak peruntukan ditabur untuk meraih undi.

Yang ketiga PH adalah penyandang kerusi ini kerana sudah pun memenangi kerusi ini pada pilihanraya sebelum ini. PH sudah membuktikan bahawa rakyat Tanjung Piai pernah memilih mereka sebelum ini. Ini bermaksud bukan sesuatu yang mustahil untuk PH memenangi semula kerusi ini.

Namun segala kelebihan yang ada pada PH ini tidak mampu menampung malang yang telah menimpa Wak Karmaine ini. Semua ini berlaku kerana kebencian dan kemarahan rakyat yang meluap-luap.

Kekalahan besar PH ini bagaikan satu ingatan rakyat kepada semua ahli politik bahawa merompak wang negara dan tidak menunaikan janji adalah kesalahan yang sama besar.

PH memasuki pilihanraya ini dengan membawa segala jentera dan peruntukan kerajaan untuk menagih undi. Sedangkan pembangkang tidak akan mampu melakukan seperti yang dilakukan oleh parti kerajaan. PH telah melakukan sesuatu yang dahulu semasa mereka jadi pembangkang mereka kata itu sebagai ketidakadilan.

PH umpama seseorang yang mengajak lawannya bertarung. Tapi lawannya ditutup mata dan diikat kaki dan tangan. Sudahlah lawannya terikat, PH pula dibenarkan menggunakan senjata. Secara logik akalnya mustahil seseorang yang ditutup mata dan diikat kaki dan tangan mampu mengalahkan lawannya yang bebas.

Tapi dalam kes PH ini, sudahlah PH bersenjata, tangan dan kaki lawannya pula diikat, tiba-tiba PH tetap kalah bertarung. Ini yang dikatakan sebagai kekalahan yang sangat hina.

*IBNU JANIE-Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Kawasan Masjid Tanah, Melaka – HARAKAHDAILY

Azmin masih tidak hadir mesyuarat Biro Politik PKR





Khairunnisa Kasnoon, Astro Awani


Fahmi berkata. tiada sebarang tindakan disiplin diambil ke atas Mohamed Azmin dan beliau diberi peluang untuk tampil memberi penjelasan. - Foto Astro AWANI/Nisa Kasnoon,


KUALA LUMPUR: Biro Politik Keadilan masih menunggu penjelasan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung pertemuannya dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada Isnin lalu.

Ia berikutan Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi tidak hadir dalam mesyuarat Biro Politik parti yang diadakan di Parlimen pada Rabu malam.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil tiada sebarang tindakan disiplin diambil ke atas Ahli Parlimen Gombak itu dan beliau diberi peluang untuk tampil memberi penjelasan atas ketidakhadirannya dalam Mesyuarat Biro Politik parti yang diadakan setiap minggu.

"Sepanjang pengetahuan Biro Politik, masih belum ada kes disiplin membabitkan Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali," ujarnya.

BACA: Azmin buka mulut, mesyuarat dengan pembangkang katanya perkara biasa

Mesyuarat Biro Politik PKR diadakan di pejabat Parlimen bagi memudahkan Ahli Parlimen yang menganggotai biro termasuk Azmin hadir ke mesyuarat terasebut memandangkan sidang parlimen berlangsung pada sebelah siangnya.

Pada Isnin lalu, Mohamed Azmin dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen PH dan BN di Putrajaya.

Dipercayai kesemua mereka berada di rumah tersebut sejak pukul 7 petang dan kelihatan meninggalkan kediaman itu pada pukul 11 malam.

Mohamed Azmin dilaporkan tidak menghadiri mesyuarat parti itu sejak setahun lalu.

Kerajaan PH berhadapan masalah komunikasi untuk beritahu kejayaan dicapai - Tun Mahathir




Fareez Azman, Astro Awani


Jelas Perdana Menteri, jika dibandingkan kejayaan yang berjaya dicapai kerajaan pimpinannya dalam tempoh hampir dua tahun, ianya adalah satu pencapaian di luar jangkaan. - Foto Astro AWANI

PETALING JAYA : Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kelemahan kerajaan Pakatan Harapan dalam memberitahu akan kejayaan yang dicapai dalam tempoh singkat.

Sebaliknya jelas Perdana Menteri, jika dibandingkan kejayaan yang berjaya dicapai kerajaan pimpinannya dalam tempoh hampir dua tahun, ianya adalah satu pencapaian di luar jangkaan.

"Satu daripada masalah yang kerajaan ini hadapi adalah kelemahan dari sudut komunikasi dan memberitahu akan kejayaan yang berjaya kita lakukan.

"Jika dilihat sebenarnya kerajaan Pakatan Harapan berjaya membuat perubahan lebih baik daripada mana mana kerajaan yang lain dengan tempoh pentadbiran hampir dua tahun ini contohnya seperti peningkatan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang lebih baik daripada kerajaan sebelum ini," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Bersatu di Petaling Jaya pada Rabu.

Dr M: Mungkin saya diktator tapi...



Hariz Mohd



Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau berperanan dalam pertemuan antara MP Umno dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin ALi pada malam Isnin lalu.
"Mungkin saya diktator, tapi kali ini saya tidak tentukan (pertemuan itu)," katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan The Star yang memetik sumber berkata pihak berkaitan dengan Dr Mahathir mengarahkan Azmin bertemu MP Umno tersebut.

"Mahathir sibuk, pihaknya mengarahkan mereka untuk berjumpa dengan Azmin terlebih dahulu supaya dia dapat mengukur sokongan mereka dan sama ada mereka ikhlas mahu menyokong kepimpinannya," kata laporan itu memetik sumber.


Ditanya jika mesyuarat itu sesuai diadakan, Dr Mahathir berkata perkara itu perlu ditangani PKR.

"Saya belum lagi bercakap dengan beliau (Azmin) jadi saya tidak tahu kenapa beliau adakan mesyuarat.

"(Pertemuan) itu melibatkan parti lain juga. Mereka (PKR) lah perlu selidik perkara ini," katanya.


Gambar hiasan: Azmin dan Hishammuddin di parlimen.

Pada malam Isnin lalu, sekurang-kurangnya 22 MP Umno berkumpul di kediaman rasmi Azmin di Putrajaya.

Beberapa MP PKR juga hadir, termasuklah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Pengangkutan Kamaruddin Jaffar.

Semalam, ketika ditanya mengenai pertemuan itu Azmin berkata ia hanya mesyuarat biasa dengan tidak ada perkara yang luar biasa.

Menurut timbalan presiden PKR itu lagi, beliau tidak ingat siapa yang meminta mesyuarat yang menjadi kontroversi itu diadakan

Perjumpaan antara Azmin dan pemimpin BN ini berlangsung dua hari selepas kekalahan besar PH dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Beberapa pemimpin PH menyalahkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad atas kekalahan itu dan mencadangkan agar beliau menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Azmin tampil menyokong Dr Mahathir dan menyeru pemimpin serta ahli-ahli parti PH untuk bersamanya.

Sebelum ini, timbul spekulasi yang mengatakan Azmin bekerjasama dengan bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein, yang juga MP Sembrong, untuk mengumpul sokongan ahli parlimen bagi menyekat kemaraan Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Hishammuddin juga hadir pertemuan pada malam Isnin lalu.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam pula mendakwa Hishammuddin mengetuai pertemuan dengan Azmin itu.

Menurut Lokman, bekas naib presiden Umno itu mengkhianati rakyat Malaysia khususnya pengundi di Tanjung Piai yang baru sahaja memenangkan calon BN dua hari lalu.

Bagaimanapun, Hishammuddin menafikan sebarang peranan dan berkata sedia menghadapi tindakan disiplin Umno.

PKR bukan sengaja tak hadir tunjuk sokongan pada MB Perak - round about & u turn ...


B Nantha Kumar




PKR menegaskan ketiadaan wakil parti itu semasa Adun dan exco Perak mengadakan sidang media untuk menunjukkan sokongan kepada Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, bukanlah dirancang.

Sebaliknya kata Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, kemungkinan Adun dari parti itu mempunyai tugasan lain dan tidak dimaklumkan mengenai sidang media tersebut.

"Tidak, ia bukan boikot... tak ada begitu," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam sejumlah exco Perak diketuai pengerusi Amanah negeri, Asmuni Awi, memberi jaminan bahawa kerajaan PH di situ masih tetap kukuh walaupun terdapat banyak "fitnah dan khabar angin" serta cubaan menggugat kestabilannya.


Kenyataan itu dibuat beberapa hari selepas tularnya rakaman video Ahmad Faizal yang mendakwa beliau bersendirian menghadapi DAP.

Tidak lama selepas itu muncul pula klip video lain memaparkan individu yang kelihatan seperti Adun DAP, Dr Aziz Bari, yang menyatakan hasrat untuk menjatuhkan Ahmad Faizal.

Pertama sekali, kata Farhash, dia mendakwa tidak tahu aktiviti harian Adun PKR Perak. Justeru, katanya, dia tidak tahu apa yang berlaku semalam.

"Saya juga tak tahu ada mesyuarat (sidang media)," katanya.

Sementara itu, portal The Star Online melaporkan sebuah NGO dikenali Pro 98 Reformis Perak menggesa Ahmad Faizal meletak jawatan untuk memulihkan keyakinan penyokong PH.

Setiausahanya Sazali Samsudin berkata ramai penyokong PH kecewa dengan kepemimpinan Ahmad Faizal di Perak.

Sazali berkata desakan itu juga bertujuan untuk mengukuhkan PH mendepani pelbagai isu, termasuk dakwaan merogol yang dikenakan pada Adun Tronoh, Paul Yong.

MAHATHIR MINTA NYAWA: MP BN, PKR berjumpa di rumah Azmin



Sumber yang dipercayai berkata sekurang-kurangnya 17 Ahli Parlimen BN dan lima ahli parlimen PKR hadir di perjumpaan itu.

Sekumpulan Ahli Parlimen BN malam ini berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya.

Perjumpaan itu bermula pada sekitar pukul 9.30 malam dan berlangsung selama dua jam.

Ahli Parlimen BN mengunci mulut berhubung tujuan kehadiran mereka ke banglo yang terletak di tepi Tasik Putrajaya itu.

Selain Ahli Parlimen BN, Ahli Parlimen PKR turut hadir.

Wartawan MalaysiaKini yang tiba di lokasi mengesahkan melihat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Pengangkutan Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak).

Ketika ditemui, Zuraida sekadar melambai kepada wartawan tanpa memberi sebarang ulasan. Ahli Parlimen BN yang lain yang meninggalkan kawasan itu turut enggan memberi ulasan.

Salah seorang ahli parlimen BN dilihat berjalan keluar dari kawasan itu ialah Ahli Parlimen Cameron Highlands BN Ramli Mohd Nor.

Apabila ditanya mengenai pertemuan itu, dia hanya berkata: "Tak ada apa".

MalaysiaKini juga melihat kenderaan Ahli Parlimen BN Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Ismail Abd Muttalib (Maran).

https://m.malaysiakini.com/news/500328?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
                                                                   Hadir:

1. Jasin
2. Arau
3. K Krau
4. Gerik
5. Paya Besar
6. Maran
7. Sembrong
8. Pengerang
9. Kuala Kangsar
10. Jerantut
11. Tenggara
12. Parit
13. Lipis
14. Jempol
15. Cameron Highlands
16. Jelebu
17. Padang Besar

Tidak Hadir:

1. Bagan Datuk
2. Pekan
3. Ketereh
4. Pasir Salak
5. Machang
6. Padang Rengas
7. Bera
8. Padang Terap
9. Lenggong
10. Parit Sulong
11. Pontian
12. Kota Tinggi
13. Tapah
14. Ayer Hitam
15. Tanjung Piai
16. Kinabatangan
17. Tanjung Karang
18. Rompin
19. Gua Musang
20. Kinabatangan
21. Kepala Batas
22. Putrajaya
23. Rembau
24. Besut

Total BN MP : 41
Hadir : 17
Tidak hadir: 24
                                                                        Wahai yang berada di atas sana,
ingatlah kami yang di bawah ini yang menyokong kamu naik ke atas,

Jangan terlalu rakus hendak berkuasa dan menjadi kaya,
hingga lupa kami yang di bawah,

Ingat, tanpa kami yang di bawah ini,
tidak mungkin kamu akan berada di atas sana, betapa pun, susah lagi kami yang menanggung!

Wahai yang di atas,
Bertempur biarlah berdepan, jangan main belakang!

Jangan kerana taksub nak tempat dan jawatab, kalian sanggup bermain belakang dan meminjak2 kami, pengundi!

Diri wakil rakyat adalah wakil kepada kami yang di bawah,
justeru kami ingin berpesan kepada yang di atas,

Biarlah menang bermaruah,
Supaya bisa kekal lama di atas menakhoda zaman.

P/S: Kawan guna ayat berkias dan madah berhelah dahulu, kalau 'slow' sangat dan tak juga mahu faham, nanti kawan guna ayat power yang lain pula.

https://www.facebook.com/100002068144841/posts/2993727094039533?d=n&sfns=mo
                                                                                                                                    Apa perlu dan pentingnya MP-MP BN untuk selamatkan Tun M yang telah berkhianat dan membawa terlalu banyak keburukan dan kerosakan kepada UMNO dan BN? RAKYAT mahukan wakil yang berpegang teguh kepada prinsip bukan menjadi opportunists haprak yang lompat sana sini untuk survival dan kesenangan diri. Kenanglah sama para penyokong yang sanggup berpanas berhujan, berlapar dan dahaga ketika meraih undi, juga ingat para pengundi yang akan marah jika kepercayaan mereka dikhianati. Be gentleman enough to ask for Parliament to be dissolved, give back the power for the people to decide. Hidup Rakyat! - #ReferundumRakyat

Tun Mahathir Menyeru Supaya Carrie Lam Letak Jawatan

Jika Tun Mahathir Menyeru Supaya Carrie Lam Letak Jawatan, Inilah Masa Tun Mahathir Laksanakan Untuk Dirinya Sendiri :

Tun Mempunyai pilihan:


Letak jawatan dan serah kuasa kepada Anwar sebagai PM. Relakah Rakyat Terima PHaprak yang Jelas di Tolak Bulat2 di Tanjung Piai. Percayakah Tun M yang Anwar Tidak akan Membalas Dendam pada Tun M dan Keluarga bila Berkuasa nanti?


2.Undi Tidak Percaya di Parlimen. Tidak Malukah Tun M mencipta sejarah berulang kali.. Kembali menjadi PM kali ke2, PM yang Paling Tua dan PM yang di Guling melalui undi Tidak Percaya di Parlimen.

3.Serah kembali kepada Rakyat untuk membuat pilihan siapakah yang Paling Layak untuk Memerintah dan Membawa Malaysia kembali kepada Negara Yang Aman, Makmur dan Bahagia… Dan Tun M dan Hasmah baliklah menikmati Kehidupan menghabiskan sisa hidup bersama anak dan cucu…

Pilihan ke 3 yang Terbaik untuk Tun M .. menutup sejarah kehidupan sebagai seorang Negarawan…

Link Post: https://wp.me/pbhjnN-Yd
Untuk Tidak Ketinggalan Sebarang Info, Download

Dr M bukan mahu selamatkan negara, tetapi anaknya, dakwa TMJ




PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendakwa Tun Dr Mahathir Mohmad bukannya mahu menyelamatkan negara, tetapi pengerusi Pakatan Harapan itu aktif berpolitik kerana bimbang dengan masa depan anaknya.
“Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular. Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara, tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang.
“Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan 3 anak ‘billionaire’,” tulis Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi catatan Facebook malam tadi.
Tanpa menamakan Dr Mahathir, TMJ berkata, bekas perdana menteri itu bertanggungjawab memansuhkan kuasa sultan, rujukan jelas terhadap pindaan Perlembagaan pada 1990-an.
“Jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan apa yang anda dengar semalam (kelmarin) di Pasir Gudang,” katanya merujuk ceramah PH di mana Dr Mahathir mengumumkan keputusan gabungan pembangkang itu menggunakan logo PKR pada PRU14.
“Negeri Johor tidak akan pernah lupa kepada individu yang ingin membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang telah wujud sejak 1886 dan berangan mahu menarik kuasa Sultan Johor yang memerintah serta memperkecilkan perlembagaan Johor yang wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia.”
Dr Mahathir pada 1992 merancang kempen untuk memansuhkan kekebalan raja Melayu, susulan kontroversi membabitkan seorang jurulatih hoki dan Sultan Johor ketika itu, Sultan Iskandar Sultan Ismail, ayahanda kepada Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Tahun berikutnya, selepas kempen media diketuai Dr Mahathir, Parlimen meluluskan pindaan untuk memansuhkan kekebalan raja Melayu.
Sultan Ibrahim adalah seorang daripada raja Melayu yang mengkritik Dr Mahathir secara terbuka, seorang lagi ialah Sultan Selangor.
Sultan Johor antara lain tidak berpuas hati dengan tindakan Dr Mahathir membantah projek Forest City dekat Johor Bahru.

TMJ dalam catatan malam tadi turut mengimbau kenangan zaman kanak-kanaknya di kemuncak krisis Dr Mahathir dan istana Johor.
“Saya tidak lupa pada tahun 1992, ketika saya kecil dahulu dan nakal di sekolah, cikgu akan bercakap kepada saya, ‘Awak jangan main-main, awak tu kerabat diraja. Jika saya mengadu kepada Mahathir, habis awak’.”
Tunku Ismail berkata, rakyat yang “berkecil hati terhadap kepimpinan negara” tidak patut menyalahkan sesebuah organisasi atau parti hanya kerana seorang individu bermasalah.
Katanya, masalah boleh diselesaikan jika rakyat Johor membenarkan Sultan Johor dan beliau menangani masalah dalam Umno yang ditubuhkan di negeri itu.
“Jika kapal ini telah berjalan dengan baik selama berpuluh tahun dan mempunyai masalah oleh kerana nakhodanya yang bermasalah, tidak perlu tukar kepada enjin yang baharu. Duduk di dalam kapal yang sama, dan membimbing nakhoda tersebut dan beritahu ke mana kita mahu pergi.
“…benarkan sultan dan saya membimbing nakhoda tersebut demi anda. Ubah dan pertingkatkan apa yang perlu untuk negeri dan negara tercinta.
“Bagi pandangan saya, Umno perlu lebih aset daripada liabiliti. Ia bermakna Umno perlu bertukar cara pentadbiran dan pemikiran serta polisi, terutama sekali sistem hirarki.”
Beliau berkata, rakyat boleh menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Sultan Johor dan beliau untuk disampaikan kepada kerajaan memerintah.
“Nasihat saya kepada rakyat Johor, jikalau kita tidak suka sesuatu dalam kerajaan, laungkan suara kita untuk pastikan mereka tahu apa yang kita inginkan.
“Jangan sesekali anda sangka kami tiada inisiatif untuk memperbaiki sistem yang berada di dalam kerajaan.”
Katanya, walaupun bukan ahli politik, tetapi beliau mempunyai agenda sendiri untuk menjaga kedaulatan negeri dan kesejahteraan rakyat Johor.
“Lihatlah apa yang telah saya lakukan terhadap bola sepak. Bola sepak ini hanyalah latihan. Ia ibarat saya ke ‘driving range’ sebelum pertandingan golf sebenar,” kata bekas presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu.
Tunku Ismail turut menasihatkan rakyat tidak mudah terpedaya dengan anasir luar yang mahu menghancurkan kedaulatan Johor.
“Inilah masanya untuk ‘restore the order’ dan melaksanakannya kepada sistem yang telah dirosakkan oleh individu berumur 93 tahun yang ingin menjadi perdana menteri sekarang ini.
“Jangan tertipu, buka mata anda, gunakan akal fikiran dan ikut bayangan yang akan saya berikan kerana saya tahu apa yang anda tidak tahu. Anda perlu percaya kepada saya kerana saya tahu apa yang ingin saya lakukan.”

Tun Dr M vs TMJ

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendakwa Tun Dr Mahathir Mohmad bukannya mahu menyelamatkan negara, tetapi pengerusi Pakatan Harapan itu aktif berpolitik kerana bimbang dengan masa depan anaknya.

“Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular. Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara, tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang.

“Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan 3 anak ‘billionaire’,” tulis Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi catatan Facebook malam tadi.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/04/08/dr-m-bukan-mahu-selamatkan-negara-tetapi-anaknya-dakwa-tmj/
🚩🏴🛡👑⚔🚩

"Orang Melayu ini seperti Buah Manggis"

Kenapa Kerajaan Islam Melayu dahulu tumbang? "Orang Melayu ini seperti Buah Manggis" - Kata Pahlawan Mat Kilau (1969).

AL-FATIHAH
(DALAM MEMORI PEJUANG NEGARA)

Artikel salinan: Winda A

Jika dilihat Sejarah Kerajaan Islam Melayu dari Zaman Kesultanan Kedah Tua,bKerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Acheh, Kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang atau Kerajaan Mataram di Jawa sekali pun, Kerajaan tersebut tumbang bukanlah disebabkan Kekuatan Armada Tentera Penjajah..

Kerajaan tersebut tumbang kerana "Senjata Makan Tuan" iaitu Budaya Menikam dari Belakang yang masih diamalkan orang Melayu hingga kini..

Budaya "Api dalam Sekam" yang menular dalam Pemerintahan akhirnya menjadi "Musuh Dalam Selimut" yang masih sukar dibendung..

Lihat sahaja kekalahan Dol Said di Naning pada tahun 1831..

-Rujuk Kisah Perang Naning 1 dan 2..

(Dol Said Dikhianati Oleh Pengikutnya Yang Berpaling Tadah Kepada Penjajah Setelah Diberi Ganjaran Beberapa Keping Wang Emas)

Dol Said bukanlah calang-calang Orangnya, bukan sahaja hebat dari segi Kepahlawanannya bertarung dengan Musuh.. tetapi ketinggian Ilmu Kerohanian Agamanya..

Beliau tewas bukanlah disebabkan Penjajah atau Musuh itu lebih hebat ketika berperang, tetapi tewas disebabkan wujudnya orang-orang yang seBangsa dan seAgama yang menjadi "Talam Dua Muka" dan sanggup berpaling tadah terhadap perjuangan mereka sendiri..

Demikian juga masalah yang dihadapi oleh Dato Bahaman Orang Kaya Semantan, Mat Kilau dan Tok Gajah Imam Rasu yang pernah di serang Penjajah di Tembeling hingga dikatakan terpaksa berundur di sempadan Siam.. Mereka berundur bukan kerana takut pada Penjajah tetapi berundur kerana tidak mahu lebih ramai rakan-rakan yang menjadi korban akibat pengkhianatan Orang Melayu itu sendiri..

(Mat Kilau dikhianati segelintir Orang Melayu yang memberitahu Penjajah pegerakkan dan persembunyian Mat Kilau di Tembeling, Jerantut dan persembunyiannya di beberapa Kubu penting hingga beliau terpaksa berlindung dengan Tok Ku Paloh, Terengganu)

Semasa kemunculan Mat Kilau pada tahun 1969, beliau pernah ditanya oleh beberapa kenalan termasuk dari Guru Silat saya sendiri yang pernah berjumpa dan berhadapan dengannya..

Antara Soalan yang ditanya kepada Allahyarham Mat Kilau semasa hayatnya, adalah tentang Perjuangan Melayu menentang Penjajah.. Mat Kilau menjawab, "Orang Melayu ini seperti Buah Manggis, Di luarnya Hitam, Dalamnya Putih..." Bermaksud: "Orang Melayu ini semangatnya hanya meluap-luap, semangatnya pada Zahirnya sahaja.. Sedangkan Batinnya masih Lembut.."

Katanya lagi, "Buah Manggis juga bergetah, Sama seperti Buah Bacang, Sayangnya Buah Manggis tidak BerBisa seperti Buah Bacang yang kalau ia disentuh boleh menyebabkan kulit menjadi kudis..."

Ia bermaksud luahan hati Allahyarham Mat Kilau ketika itu, yang kecewa dengan Bangsa Melayu di zamannya yang mudah ditakutkan atau tidak berani melawan apabila terancam, hanya segelintir dari mereka sahaja yang sanggup berjuang hingga sanggup meninggalkan keluarga, harta benda, pangkat kekayaan dan gelaran serta kampung halaman untuk berjuang menentang Penjajah..

Allahyarham Mat Kilau semasa hayatnya juga menjawab Orang Melayu juga ibarat " Buntut Buah Manggis " "Kalau Buah Bunganya Kembang Lima, Maka Isinya juga Lima, Kalau Bunganya Kembang Enam, Isinya juga Enam..."

Maksudnya:

Orang Melayu di zamanya tidak dapat Menahan dan Menyimpan Rahsia-rahsia penting mengenai Strategi Perjuangan Sulit mereka..

Inilah sebabnya Bangsa Melayu di zamannya "Gagal Menentang Penjajah..." Kesimpulannya, Jatuhnya Kerajaan Islam Melayu itu sendiri atas Faktor:

- Kezaliman Diri Mereka Sendiri

- Budaya Rasuah (Dapat Ganjaran Wang Emas, Pangkat dan Harta dan Gelaran Dari Penjajah)

- Fitnah (Budaya Dengki Sesama Sendiri)

- Pengkhianatan (Tikam Belakang, Rebut Jawatan Pembesar)

Kesemuanya itu disebabkan Lemahnya Akidah mereka untuk memperjuangkan Pengorbanan Harta Benda, Nyawa dan Negara...

Bukan sahaja di Tanah Melayu sendiri tetapi juga di Era atau Zaman Khulafa Al Rasyidin, Umaiyah, Abbasiyah hingga Uthmaniah juga terkena Penyakit yang sama..

Persoalannya Wujud ka?

DAP musuh semua Rakyat Malaysia



1. Parti2 dalam PH mula cuba untuk ‘mencuci tangan’ akibat kekalahan di Tanjung Piai sebagai bukan kekalahan bersama, tetapi kekalahan PBBM.

2. Ini terbukti apabila seawal jam 10.52 malam, 16 Disember 2019, saudara Lim Lip Eng, seorang pemimpin kanan DAP telah memuat naik satu hantaran menyatakan bahawa para tetamu yang hadir dalam makan malam Persatuan Penduduk Taman Pusat Kepong bertepuk tangan apabil beliau mengumumkan kekalahan PH di Tanjung Piai.

3. Bertepuk Tangan adalah sinonim kepada tanda kegembiraan dan apa yang cuba beliau gambarkan? Selain itu terdapat juga hantaran - hantaran lain daripada individu lain yang mula menunding jari menyatakan punca utama kekalahan PH adalah kerana Tun. Bukannya penolakan rakyat kepada keseluruhan kerajaan PH. Adakah mesej Teresa untuk meraikan kemenangan atau kekalahan PPBM? Ng Wei Aik juga dengan lebih jelas terus menyatakan bahawa Tun perlu berundur. Ng Wei Aik, Lim Lip Eng diketahui amat rapat dengan Ronnie Liew didalam pecahan fraksi - fraksi DAP.

4. Kesemuanya ini berlaku dalam tempoh 12 jam selepas pengumuman rasmi PRK tersebut. Secara ringkasnya, ia adalah respon refleks apa yang terbuku di dalam hati mereka - mereka ini. Kebiasaanya DAP akan menyalahkan pihak lain selepas mempergunakannya sama spt yg berlaku kpd PAS. Tawaran meletakkan Liew Chin Tong sebelum ini sebagai wakil kaum Cina di Tanjung Piai menunjukkan DAP tidak yakin PBBM akan membantu kaum Cina menunjukkan satu sikap rasis pemimpin DAP.

5. Tun sekarang cuba diletakkan sebagai liabiliti kepada PH, dimana rakyat umum cuba digambarkan sebagai Tun adalah punca kekalahan besar PH kepada BN.

6. Inilah saat - saat yang dinanti-nantikan oleh DSAI dan sekutu kuatnya DAP untuk memastikan Tun turun segera dan menyerahkan jawatan PM kepada DSAI.

7. Adakah perkara ini akan menguntungkan BN? Ya dan Tidak.

8. Ya kerana menyerang Ketua kepada sebuah Pakatan yang sedang mengetuai Kerajaan adalah salah satu antara kedah paling tuntas untuk menghilangkan keyakinan rakyat kepada Kerajaan.

9. Namun adakah ia akan memberikan keuntungan jangka panjang kepada BN?

10. Semestinya tidak. Musuh utama rakyat Malaysia adalah DAP. DAP dengat sikap chauvinisnya yang menebal tidak akan mengaku bahawa merekalah punca kekalahan PH di Tanjung Piai. Dan kerana ‘chauvinisnya’ mereka ini, mereka meletakkan punca utama kekalahan kepada Tun semata - mata.

11. Inilah hakikat sebenar DAP, musuh dalam selimut. Jika mereka mengkhianati Tun yang sebelum ini dicanangkan sebagai ‘faktor utama’ kejayaaan PH menawan Kerajaan daripada BN pada PRU 14 lalu, kini Tun cuba dijadikan kambing hitam. Adakah kita boleh menjamin bahawa di masa hadapan DAP tidak akan mengkhianati kita, rakyat Malaysia di masa hadapan?

12. Habis madu sepah dibuang. Cukup aneh apabila ada lagi manusia di dalam Malaysia ini masih mempercayai DAP sebagai rakan seperjuangan mereka. Lupakah pada penyokong PBBM sekalian akan ucapan Nga Kor Ming (sambal bernyanyi) di dalam video kempennya sewaktu PRU 14
“Lepas dia (Tun M) dah siap semua bendani, mungkin lepas tu, Good Bye my Love, kekasihku selamat tinggal. Jangan tepuk dulu. Kita kena berdoa dia (Mahathir) jangan mampus dulu. Kita berdoa semoga dia Panjang umur.”.
Video rujukan : https://www.youtube.com/watch?v=FGOITZQ4Zyg&feature=youtu.be

13. Pengundi Cina perlu ingat akan dakyah berbentuk ugutan yang digunakan oleh DAP sepanjang kempen PRU 14 yang lalu. Mereka menggunakan taktik memalukan individu (public shaming), dengan menggelar pengundi Cina yang menyokong BN sebagai ‘Chow Kow’ atau ‘Running Dog’ atau Anjing kepada penyokong BN. Mereka sebenarnya telahpun menafikan hak untuk setiap individu untuk bebas bersuara dan menyatakan sokongan politik individu masing - masing.

14. Ini tidak termasuk lagi dengan puluhan ribu ceramah-ceramah dan hantaran media sosial oleh Pemimpin DAP yang berbaur hasutan, penghinaan, perkauman yang tidak diberikan apa2 tindakan oleh pihak berkuasa.

15. Situasi ini amat mirip seperti sewaktu PAS bersama DAP didalam Pakatan Rakyat suatu masa dahulu, pada peringkat awalnya, pemimpin PAS dijulang disanjung oleh DAP, namun dihujungnya Pemimpin PAS dihina dan dikeji. Tidak cukup dengan itu, sehinggakan pada hari pemergian Allahyarham Harun Din, DAP dan penyokong - penyokongnya tanpa segan silu menghina arwah Tuan Guru.

16. Terima kasih DAP kerana sikap chauvanis anda. Terima kasih dengan agenda ‘Melayu skrew Melayu’ anda. Kesemua ini akan mengukuhkan perjuangan anak muda tanpa mengira latarbelakang untuk melawan DAP. Rakyat mahukan perubahan dan perubahan ini akan diteruskan bagi memastikan agenda DAP menghancurkan Malaysia gagal.

17. Inilah musuh rakyat Malaysia. DAP adalah musuh rakyat Malaysia. DAP wajar dihapuskan.

MENGAPA AKU TAK SOKONG PH..?

■ SUARA ANAK MUDA MALAYSIA ...■
□ "MENGAPA AKU TAK SOKONG PH..?" □

■ "FIRSTLY aku terlalu muda nak cakap soal politik ni umur aku sebaya dengan SYED SADDIQUE SYED ABDUL RAHMAN yang jadi MENTERI BELIA DAN SUKAN hari ni termuda di MALAYSIA selepas DS NAJIB jadi MENTERI termuda dalam MALAYSIA pada zamanya. Tetapi aku ada pendapat aku sendiri tentang politik."

□ "PERTAMA aku tak sokong PH kerana PH bukan lah parti politik yang di tubuhkan untuk anak bangsa dan membela rakyat. Ini jauh sekali. PH tertubuh hanya nak jatuhkan DS NAJIB saja..! Itu saja point PH. Jadi adakah aku perlu sokong PH sedangkan matlamatnya bukan membela anak bangsa..? Matlamat pun tak betul jadi apa yang aku nak harapkan pada PH..?"

□ "Yang KEDUA. PH bukan lah parti yang berjasa pada negara. PH di tubuhkan selepas PERDANA MENTERI HARI NI LANCAR PERANG DENGAN UMNO semata~mata nak jatuhkan DS NAJIB itu saja point PH. Jadi kalau korang yang support PH tu boleh bagi tahu aku APA JASA PH PADA NEGARA? Aku yakin 100% TIDAK ADA...!!"

□ "Yang KETIGA. Aku tak nak manusia yang tak kenang budi pada negara. Mengapa aku cakap macam tu. Kerana, dengan menyokong PH aku rasa seolah~olah telah mengkianati pejuang~pejuang terdahulu yang bersusah payah membangunkan NEGARA dengan titik peluhnya sendiri."

○ "Ada yang kata pada aku UMNO dah rosak patut di tukar. Pada pandangan aku UMNO tak rosak. Jika segelintir kecil pemimpin yang kau tak suka; adakah kau perlu korban kan parti yang terlalu banyak jasa pada NEGARA? Contoh, jika kereta kau rosak. Rosak pun hanya 2, 3 kompenan kau hanya perlu tukar kompenan yang rosak bukan tukar kereta baru kerana kereta masih boleh berjalan dengan lancar. Begitulah dengan UMNO..."

○ "KITA hari ni HIDUP SELESA AMAN MAKMUR KAYA dengan hasil bumi mengecapi NIKMAT KEMERDEKAAN melalui siapa kalau bukan melalui pejuang~pejuang terdahulu. Hari ni aku lahir dalam keadaan MALAYSIA yang serba ada MEWAH dengan fasaliti ekonominya bagus BERKEMBANG PESAT, rakyatnya MAKMUR SEJAHTERA. Jadi apa perlu lagi aku sokong PH sedangkan itu semua HASIL KEBIJAKSANAAN PEMERINTAH TERDAHULU iaitu UMNO...!!"

□ "Yang KEEMPAT. Dalam PH semuanya bekas~bekas PEMIMPIN UMNO. Bekas pemimpin UMNO yang kecewa dan kena rejek..! Apa matlamatnya join PH tak lain tak bukan hanya inginkan kuasa semata. Nak balas dendam, etc,. Usah kata, ' joint PH kita nak betulkan negara..' Ini Alasan falasi. NEGARA sudah di pacu dengan baik; aku anak muda rasa kemajuan itu yang di bawa oleh UMNO."

○ "MALAYSIA adalah sebuah NEGARA yang membangun dari masa ke semasa. Dan itu hasil daripada UMNO bukan PH..!"

□ "Yang KELIMA. PH KAKI KENCING...!! Sekarang sudah terang lagi bersuluh, hampir setahun semua janji~janjinya semua PALSU dan MANIS di BIBIR saja..! Jadi, adakah berbaloi aku sokong PH..?" 

□ Yang KEENAM. PH suka BERMAIN dengan FALASI. Dan dengan FALASI itu lah UMNO jatuh. Menuduh itu dan ini. Itu korup ini korup . Tetapi tuduh hanya sekadar tuduh. TUBUH TANPA BUKTI..! Siapa pun boleh menuduh tanpa bukti. Sekarang PH sudah perintah MALAYSIA masih lagi bermain dengan FALASI celaka apakah ini..?"

□ Akhir nya, aku nak cakap : "JIKA AKU BANDINGKAN PH & UMNO. UMNO lebih bermaruah dari PH . UMNO LAHIR DARI TANGAN~TANGAN RAKYAT & BERJUANG UNTUK ANAK BANGSA; tetapi PH LAHIR DARI TANGAN~TANGAN ORANG KECEWA & TAMAK KUASA SEMATA~SEMATA...!!"

■ "Jadi apa perlu aku sokong PH...??"

(... yang ni best kena share 1 family & members ...) 🙏😇😇😇

PRK Tanjung Piai: PH Kalah, Kian Gelabah



Rakyat Tanjung Piai sudah menyampaikan mesej yang teramat jelas kepada Kerajaan PH.
Ianya ibarat pukulan maut KO kepada PH.
15 086 majoriti undi bukanlah angka yang kecil.
Tidak ada mana-mana penganalisis dan badan penyelidik pun yang mampu meramal mahupun menyangka kemenangan sebesar itu diperolehi BN.

Terima kasih sebanyaknya kita wajar ucapkan kepada rakyat Tanjung Piai kerana mereka berani menghukum Kerajaan PH sedemikian rupa.
PH yang angkuh berkuasa ini hanya mengenal bahasa di peti undi rupanya.

Rakyat pasti tidak lupa dengan keangkuhan sekalian pemimpin PH yang sewenangnya menyalahgunakan kuasa sebagai Menteri ketika berkempen.
Apabila pemimpin PAS dan UMNO menegur, Salahuddin Timbalan Presiden PAN dengan angkuh berkata "kami Menteri, kami boleh beri bila-bila masa yang kami suka". 

Rakyat pasti tidak lupa dengan gelagat si badut Presiden PAN yang mengajuk suara Presiden PAS ketika berkempen.
Mat Sabu tidak layak langsung bergelar Menteri Pertahanan Negara, dia lebih sesuai menyertai program Maharaja Lawak Astro.

Rakyat pasti tidak lupa dengan propaganda rasis dan fitnah jahat yang dikepalai oleh 2 beranak, Lim Guan Eng dan ayahnya Lim Kit Siang.
PAN yang menjadi anak didik kesayangan DAP pun ikut serta berkempen sedemikian rupa.
1001 fitnah mereka lemparkan terhadap PAS dan UMNO bagi menakut-nakutkan orang bukan Melayu dan bukan Islam terhadap Muafakat Nasional.

Hakikatnya, sentimen gelombang kemarahan rakyat ini sedang bergelora bukan sahaja di Tanjung Piai bahkan seluruh negara.
Rakyat yang berbilang kaum dan agama sudah serik, perit tertipu dengan slogan Malaysia Baru tajaan PH yang hanya pandai menyalahkan Pembangkang BN dan PAS sedangkan mereka yang menjadi Kerajaan sekarang.

Apabila PH kalah ini, mereka jadi serba salah,terus berbalah, enggan bermuhasabah dan pastinya kian menggelabah kerana takut PH menjadi 'Arwah' pada PRU 15 kelak.

SYUKUR PADA ALLAH SWT, TERIMA KASIH TANJUNG PIAI!



Kejayaan BN merampas kembali kerusi Parlimen P. 165 Tanjung Piai dari Pakatan Harapan adalah satu nikmat yang cukup bermakna daripada Allah SWT. Ingatlah tanpa pertolonganNya tidak mungkin kita dapat mengecap kejayaan ini!

Wahai Pemuda-Pemudaku, zahirkan kesyukuran kita dengan melakukan sujud syukur dan berdoa agar kemenangan ini dirahmati , tidak akan menjadikan kita kufur dan sombong sehingga kita alpa buat kedua kali.

Ingatlah! AMANAH RAKYAT ini bukan untuk dicurangi. Malah KEPERCAYAAN RAKYAT kali ini adalah petanda bahawa mereka benar-benar mahu kita terus merasai denyut nadi dan memperjuangkan nasib mereka yang ketika ini dirobek Pakatan Harapan!

Terima kasih buat pengundi-pengundi P. 165 Parlimen Tanjung Piai kerana memberikan kembali kepercayaan dan keyakinan kepada BN!

Kepada seluruh Jentera Pemuda BN terutamanya Pemuda BN Johor yang diketuai Ketua Pemuda Negeri Saudara Mohd Hairi Mad Shah dibantu Pemuda BN Negeri-Negeri seluruh Malaysia termasuklah Kepimpinan Pemuda BN Pusat dibawah sahabat-sahabat saya Ketua Pemuda MCA Nicole Wong dan Ketua Pemuda MIC R. Thinalan, juga sahabat Dewan Pemuda PAS yang diketuai Akhi Khairil, terima kasih setulus dan setinggi-tingginya. KEMENANGAN ini hakikatnya adalah manifestasi kerja keras kalian, SYABAS!

Bergembiralah wahai Pemuda-Pemudaku untuk malam ini kerana esok kita tiada masa lagi melainkan untuk bekerja lebih kuat dan terus bangkit bagi menempa kejayaan mendatang lebih bermakna iaitu untuk kita mengambil alih kembali PUTRAJAYA. Terima kasih pengundi Tanjung Piai, Terima kasih para jentera BN dan PAS, Terima kasih pada semua.

#BangkitKembali

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Pemuda Barisan Nasional

https://www.facebook.com/116331768396879/posts/3027380150625345?d=n&sfns=mo

Benar Tun! - pencen itu beban ...

🔊🔊🔊 !!!

Assalamu'alaikum... bila YAB PM menyentuh beban kewangan yg semakin besar perlu ditanggung kerajaan utk emolumen dan bayaran pencen... ramai netizen memberi ulasan.... di antara ulasan yg tepat dan terbaik yg saya baca ialah....

Benar Tun!

Pencen paling membebankan sebenarnya kepada politikus bergaji besar (malah elaun lebih tinggi dari gaji!) seperti jawatan PM, TPM, MB, KM, Menteri, Exco, Ahli Parlimen dan Ahli DUN.

Mohon mereka dinyahsenaraikan sebagai penjawat awam dan dinyahkelayakan daripada menerima skim pencen kerana dgn hanya memegang jawatan 60 bulan... dah layak terima pencen penuh... berbanding KTA yg perlu bekerja 240 bulan utk layak pencen...

Cuba Tun lihat contoh emolumen untuk Menteri kabinet sahaja seramai 25 orang:

1) Gaji Pokok = RM18,000
2) Elaun Kerainan = RM10,500
3) Elaun Perumahan = RM10,800
4) Elaun Wakil Rakyat = RM10,650
5) Elaun Parkir = RM5,700(Merika bukan bayar pun pakir kenderaan tu, sbb dah free pun klau dtg dgn kenderraan rasmi,kelentong ajee)

JUMLAH KESELURUHAN = RM55,650

Kerajaan juga membayar emolumen RM16,000 sebulan kepada 222 Ahli Dewan Rakyat dan RM11,000 sebulan kepada 70 Ahli Dewan Negara.

Bayangkan setiap penggal (5 tahun sekali) wakil rakyat bertukar dan mereka semua panjang umur seperti Tun maka berapa kos pencen untuk bekas-bekas wakil rakyat ini?

Ini lebih membazir dan membebankan berbanding penjawat awam yang bergaji rendah seperti pembantu am gred 11 dengan gaji RM1,216 dan selepas berkhidmat lebih 30 tahun gajinya mati setakat RM2,983. Maka pencennya hanya setakat RM1,491.50 sebulan untuk 15 tahun (selepas berumur 60 tahun) jika mengambil kita jangka hayat rakyat Malaysia setakat 75 tahun.

Nota 1: Elaun Parkir kenderaan menteri lebih tinggi dari gaji Gred 44!

Nota 2: Jika gaji gred kakitangan kerajaan terendah RM1,500 termasuk elaun maka gaji seorang menteri bersamaan 37 orang pembantu am gred 11.

Politikus yg memegang jwtn atas lantikan pengundi... bukan membela nasib rakyat ttp membela nasib merrka sendiri... ini harus di betulkan... belum lagi di ambil kira mereka mengambil kesempatan ke atas lain2 peluang utk mengaut keuntungan....

Mohon viralkan supaya terbuka akal merika yg jumud tu...💨💨📣
*GAJI MENTERI PH TERLAMPAU MAHAL 70K SEBULAN KEATAS HASIL TAKDA
NAJIB JADI PM BARU _40K SEBULAN*
HTANG NEGARA BERTAMBAH BERGANDA DARI BN BILA PH MEMERINTAH

Dulu berlagak hero. Bermacam janji ditabur.

Dulu berlagak hero. Bermacam janji ditabur.

Bila dah dapat kuasa, mengaku baby baru lahir pulak.

Di atas pentas, dilihat cerdik pandai. Petah berkata kata ramai terpegun.

Rupanya cerdik cakap, seperti tong kosong dan pulak tu, tipu sijil.

Sebelum PRU janji hapuskan tol.

Yang dihapuskan pula ialah jurutol, laluan tambah nilai dan diskaun AES.

Berdegar-degar mereka tegas nak mansuhkan AES.

Namun, kamera AES ditambah lagi.

Dulu nak mansuhkan PTPTN.

Tapi yang dimansuhkan ialah diskaun PTPTN.

Dulu janji nak bela rakyat.

Sekarang seru rakyat ikat perut pula. Biar merana. Hutang makin bertimbun, rakyat ikat perut.

Sebelum PRU, tuduh BN jual negara.

Selepas PRU, jual aset negara secara lambak.

PH janji dalam manifesto untuk turunkan kos sara hidup Rakyat.

Tapi apa yang PH hadiahkan Rakyat ialah cukai jualan 10%, cukai servis 6%, cukai gula, cukai RPGT naik, levi pelepasan udara, harga elektrik naik (3 kali), harga gas naik, harga air naik, harga pos naik, cukai digital, harga petrol naik, cukai taksiran naik.

Pada masa yang sama, bantuan rakyat dimansuh dan dikurangkan.

Pun begitu, segala dividen dan hibah tabung rakyat jatuh ke paras paling rendah dalam sejarah.

Dulu dakwa BN tak tahu urus ekonomi.

Bila PH berkuasa, pasaran saham Malaysia menjadi paling corot dalam dunia sehingga dikalahkan oleh Zimbabwe dan Venezuela.

Masa meminta undi, mereka janji akan bela nasib penjawat awam.

Selepas berkuasa, dikatakan penjawat awam tak efisien.

Kenaikan gaji ditangguh. Jumlah penjawat awam dikurangkan dan pencen mereka diancam.

Dulu dakwa hutang negara terlalu tinggi. Negara sudah bankrap, kata mereka.

Selepas menang, hutang berlumba-lumba naik RM120 bilion dalam masa 16 bulan. Dan dijangka naik RM53 bilion lagi tahun depan.

Bila Rakyat tanya PH, kenapa PH cakap tak serupa bikin?

PH jawab semua salah Najib dan BN. Sanggup minta Rakyat undi PH lagi.

Sampai bila nak telan temberang mereka?

Tanjung Piai dan Jangka Hayat PPBM


Penduduk Tanjung Piai telah memutuskan untuk menolak Pakatan Harapan. Bukan sedikit dan kecil-kecilan. Bukan sekadar mesej ringan bersifat sipi-sipi. Tetapi, penolakan besar-besaran yang sangat mengaibkan.

Kekalahan BN dalam PRU14 di Tanjung Piai sebelum ini dengan majoriti kira-kira 500 lebih undi bukanlah sesuatu yang sangat menyedihkan. Namun, kemenangan besar dengan majoriti melebihi 15 ribu undi sudah pasti sesuatu yang sangat menggembirakan.

Ada beberapa maksud besar dari keputusan ini.

Pertama, keputusan PRK Tanjung Piai adalah bukti nyata betapa PPBM semakin tidak diterima oleh orang Melayu. Parti ini tidak diyakini dan tidak mewakili suara orang Melayu. Apatah lagi kepentingan dan isu-isu orang Melayu.

Sebaliknya, kekuatan UMNO dan rakan komponen kami dalam BN masih sangat utuh di peringkat akar umbi. PPBM tidak akan dapat sama sekali mengganti UMNO dari segi pengaruh, bakti dan khidmat di kalangan orang Melayu. PPBM mesti mula menerima hakikat ini. Jangan berdolak-dalik lagi. Jangan cuba menyedapkan hati lagi.

Malah, Tanjung Piai ini petanda bahawa PPBM tidak akan punya hayat yang lama dalam persada politik Malaysia. Era pasca Tun Mahathir nanti akan turut menjadi era politik Malaysia pasca PPBM.

Kedua, PPBM gagal mendapat kepercayaan masyarakat Cina. Sekalipun mereka bermuka-muka dengan menyatakan mereka adalah parti untuk semua, nampaknya mereka tidak lebih dari sekadar bertepuk sendirian. Masyarakat Cina telah menolak PPBM dengan lantang. Bagi mereka, parti ini tidak sedikit pun mewakili Pakatan Harapan.

Di Tanjung Piai, masyarakat Cina mengundi MCA bukan kerana MCA ini sempurna dan tiada kekurangan. Bukan. Tetapi kerana orang Cina ingin memberi pengajaran kepada PPBM dan Tun Mahathir. Jangan terus berselindung di sebalik retorik kesederhanaan sedangkan hakikatnya pergerakan mereka bersikap perkauman yang sangat menebal lagi jelik.

Ketiga, seperti yang saya telah katakan sebelum ini, Tun Mahathir tidak lagi mempunyai kewibawaan untuk memimpin Malaysia. Beliau telah hilang pesona dan magisnya. Sentuhannya sudah tidak menjadi. Gertakannya sudah tidak lantang. Sindir perlinya sudah tidak pedih dan menyengat.

Jasa besar beliau akan terus kita kenangkan. Masa silam Malaysia yang maju di bawah terajunya akan terus kita akui dan banggakan. Namun, masa hadapan Malaysia terlalu berharga untuk kita masih cagarkan pada beliau.

Tanjung Piai adalah referendum rakyat yang jelas menolak kepimpinan beliau. Tidak pernah dalam sejarah pilihan raya Malaysia, seorang Perdana Menteri berkempen begitu gigih seperti yang beliau lakukan di Tanjung Piai namun masih tersungkur teruk dengan majoriti yang mengaibkan.

Kepada Tun Mahathir, jika Tun dan kroni Tun masih berdegil dan beranggapan bahawa Tun adalah penyelamat Malaysia, Tanjung  Piai telah membuktikan sebaliknya. Dengan janji-janji projek jutaan ringgit, imbuhan nelayan yang turun secara tiba-tiba, idea pembangunan pelancongan Tanjung Piai dan segala macam lagi gula-gula yang diumpankan, PPBM tetap gagal.

Keempat, pengundi Malaysia, baik Melayu atau Cina, adalah rasional. Mereka hanya ada satu kesetiaan dalam berpolitik. Iaitu kesetiaan kepada mereka yang benar pada janji dan benar dalam khidmat.

Oleh kerana PH telah mungkir dan gagal dalam tanggungjawab mereka kepada rakyat Malaysia, maka pengundi berbilang bangsa menolak mereka tanpa simpati. Inilah bukti bahawa pengundi menjadikan manifesto sebagai perkara penting. Biarpun ia bukan kitab suci, ia adalah tali yang mengikat ahli politik dan sebuah kewibawaan.

Bila manifesto gagal dilaksanakan, pengundi tanpa berlengah menolak PH. Mereka tidak mahu menunggu lima tahun. Mereka tahu, kalau dalam 18 bulan pertama, PH telah gagal, lima tahun adalah masa yang terlalu lama untuk menghukum kegagalan tersebut.

Kelima, kerjasama UMNO dan PAS sekali lagi membuktikan keberkesanannya  sebagai formula yang ampuh untuk masa depan Malaysia. Pengundi Cina Tanjung Piai sedar dan faham bahawa kerjasama ini tidak akan menjadikan Malaysia negara Taliban. Kerjasama ini bukan deklarasi perang ke atas bukan Melayu. Tetapi, ia adalah 'political force' yang sebenar kepada orang Melayu yang tidak pun memberi ancaman kepada bukan Melayu.

Kerjasama UMNO-PAS dalam kerangka Muafakat Nasional bukan sahaja akan terus memberikan kemenangan kepada BN. Tetapi, inilah jalan ke hadapan untuk Malaysia.

Walaupun MCA tidak pernah menerima atau memberikan 'endorsement' rasmi kepada Muafakat Nasional, UMNO dan PAS terus memenangkannya dengan ikhlas tanpa syarat. Pada kami, ini adalah sikap dan amalan politik yang matang dan berpandangan jauh.

Yang kami lihat dan sedar, kekuatan MCA dan MIC harus disokong kuat dengan pengaruh UMNO dan PAS. Hanya dengan yang demikian, MCA, malah MIC, akan menang.  Dan begitulah sebaliknya, MCA dan MIC mesti gunakan pengaruhnya untuk memberi kekuatan kepada UMNO dan PAS. Perkara ini akan menjadi fokus bersama untuk diperkemas selepas ini. Dan sudah tiba juga masanya MCA memikirkan jalan kehadapan dalam hubungannya dengan Muafakat Nasional.

Tahniah MCA dan selamat berkhidmat kepada YB Dato' Seri Dr Wee Jeck Seng. Terima kasih Tanjung Piai, terima kasih UMNO, terima kasih PAS, terima kasih MIC dan terima kasih semua yang bersama-sama menjayakan kemenangan manis ini.


Mohamed Khaled Nordin(MKN)
Naib Presiden UMNO

JANGAN FIKIR MAHATHIR LEBIH BERSIH DARI NAJIB’ – TUN MUSA HITAM


Tun Musa Hitam dalam satu wawancara dalam program Diskusi, pernah membangkitkan sikap jahat Mahathir yang dianggap sebagai satu dosa besar.

Dalam video yang diterbitkan dalam YouTube atas nama WartaMalayaNews merakamkan wawancara tersebut.

Kata Tun Musa, “Mahathir nak blackmail saya, ‘Kau berhenti kalau tidak aku akan dedahkan aktiviti kau dengan seorang perempuan bawah umor’.

“Dia berdosa.. biarlah dia berdosa besar, dia punya cerita, punya kotor…” tambah Tun Musa.

Walau bagaimanapun Tun Musa Hitam terpaksa tunduk dengan tekanan Mahathir kerana dia berpendapat sekiranya dia melawan diktator zalim itu, dia juga akan mengalami kezaliman sebagaimana yang dialami oleh DS Anwar Ibrahim.

Dengan itu juga Tun Musa Hitam menegaskan, “Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh merasakan dirinya lebih bersih daripada Datuk Seri Mohd Najib Razak.”
Najib ada kekuatan tersendiri tetapi Najib tidak berjuang secara diktator.

Mengakui kebijaksanaan Najib dalam menghadapi serangan bertubi-tubi daripada Mahathir itu, Musa berkata kesempatan untuk diasak dengan lebih teruk akan berlaku jika Najib tunduk pada kehendak Mahathir.

Jika Najib mengaku salah, maka ia akan menunjukkan kelemahan Najib sekaligus tidak boleh dibiarkan berlaku bila berhadapan dengan seorang diktator.

“Tidak mengakui kesilapan adalah tanda keberanian, di situlah kekuatan Najib.”

Namun hanya Najib yang tahu dia tidak bersalah dan mahkamah akan membuktikannya. Itupun sekiranya mahkamah tidak dikawal oleh kuasa diktator.

“Mengakui kesilapan menunjukkan kamu lemah dan dia akan mengeksploitasi kamu”, kata bekas Timbalan Perdana Menteri.

Namun hari ini, dia bukan sahaja mengeksploitasi, tetapi dia akan seksa sebagaimana dia menyeksa Anwar Ibrahim.

Melihat kepada sejarah kepimpinan Dr Mahathir pada 1981, beliau tidak mudah mengakui kesilapan, malah mengenakan tindakan kepada mana-mana pihak dengan menggunakan kuasa vetonya sebagai Perdana Menteri.

“Beliau rasa sendiri akibat daripada tindakannya sebelum ini dengan cara Najib buat sekarang ni.”

Dia (Mahathir) tidak akan sekali-kali mudah mengaku kesilapannya, malah dia akan menyalahkan orang lain jika berlaku kesilapan atas arahannya.

“Tapi saya akui satu perkara, walaupun sesetengah orang tidak menyukainya, sangat menakjubkan bagaimana Najib menghadapinya dengan tenang, ia sangat menakjubkan,” tambah Musa.

Mahathir sebelum ini menyatakan kepimpinan beliau tidak sama dengan Najib dengan mendakwa bahawa beliau lebih mementingkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dengan membuat jalan, sekolah dan klinik.

Mahathir sebaliknya menyamakan kepimpinan beliau dengan Tun Abdul Razak Hussein dan bukan anaknya.

Namun dia butakah dengan sumbangan besar Najib kepada rakyat selama ini terutamanya rakyat miskin tegar dan rakyat miskin bandar?

Menurut Musa, perkara paling mudah untuk dilakukan Najib kini adalah dengan memandang ke hadapan demi memperbaiki diri dan parti.

Jika ada yang salah, jangan sekali-kali berkata  ‘saya minta maaf’, ia satu kesilapan jika mahu menentang seorang diktator.

“Najib mesti ada keberanian,” ujar Musa lagi.

Dalam perjuangan dengan manusia firaun yang terkenal kerana kediktatorannya, Najib tidak boleh sekali-kali ‘mengaku salah’.

Lawanlah habis-habisan kerana asas senjata diktator hanyalah fitnah dan kedengkian.

Setakat ini, jelaslah bahawa DS Najib telah menunjukkan keberanian dan keperwiraan untuk menentang pemimpin tamak haloba yang pandai menangis dipentas, tetapi penuh hasad dengki di dalam kamar.

Sebagaimana kata The Third Force, “Mahathir is the greatest liar Malaysia has ever seen.”

Akhirnya dia telah tunduk pada Anwar dan kemudian memberitahu media, “Anwar tidak bersalah, Anwar dizalimi, maafkan dosa silam saya.”

Namun kenyanyukan diktator itu juga sudah beberapa kali tertonjol akhir-akhir ini. Bukan salah dia, tetapi itulah ketentuan Tuhan, setiap yang bermula akan berakhir juga nanti.

Setiap yang sihat akan sakit, setiap yang sempurna akan rosak juga pada penghujung usia.Tunggu masa saja nak pergi dah 94 tahun Allah bagi peluang utk bertaubat. Tapi nampak tak insaf2 lagi memfitnah najib dan org yg tak sehaluan dgn nya.

PKR, DAP, Amanah vs Bersatu?



Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah S.W.T keatas kemenangan Muafakat Nasional di PRK Tg. Piai dengan pertambahan undi hampir 2 ribu berbanding keputusan pada PRU 14 jika undi BN dan PAS digabungkan.

Walaupun Pakatan Harapan cuba memancing undi dengan meletakkan calon berlatar belakang Agama, tidak juga berjaya menipu pengundi Melayu di Tanjung Piai khususnya dan juga sebahagian pengundi Cina.

Isu BMF juga dimainkan Pakatan Harapan kononnya calon mereka mewakili produk Islam. Mereka lupa bahawa dalam BMF (Buy Muslim First) bermaksud utamakan produk Islam dahulu sebelum utamakan kedai Islam.

Walaupun calon MCA ialah bukan Islam tetapi mewakili produk Islam dari Muafakat Nasional dimana bilangan Ahli Parlimen Islam jauh lebih besar dari bukan Islam.

Calon Bersatu walaupun Islam tetapi mewakili produk bukan Islam Pakatan Harapan yang mempunyai Ahli Parlimen jauh lebih ramai dari bukan Islam semasa keputusan PRU 14 diumumkan.

Dalam kaedah BMF, produk Muslim harus yang paling utama sebelum memilih penjual Muslim, jika tiada produk Muslim, barulah memilih penjual Muslim.

Di PRK Tg. Piai ini jelas Pakatan Harapan menawarkan penjual Muslim tetapi mewakili produk bukan Islam, manakala Muafakat Nasional menawarkan penjual bukan Islam tetapi mewakili produk Muslim.

Produk Muslim harus yang paling diutamakan dahulu sebelum produk bukan Islam walaupun ianya disahkan halal kerana pengeluar produk Muslim membayar zakat dan lebih menjaga kesucian produk mereka.

Menjaga kitaran ekonomi Muslim lebih utama dari status produk tersebut kerana ianya membabitkan kepentingan Ummah dalam mengekalkan kuasa dan pemerintahan.

BN sebenarnya mengambil risiko yang besar dengan mengekalkan calon MCA kerana Penyatuan Ummah melalui Muafakat Nasional baru sahaja dimeterai dan akar umbi mahukan calon Melayu.

Berdasarkan kiraan undi PRK Tg Piai, undi Pakatan Harapan telah merosot sehingga hampir 11 ribu undi berbanding pada PRU 14 yang mencatatkan sebanyak 21,255 undi kepada calon Bersatu.

Adakah benar pengundi PKR, DAP dan Amanah telah memboikot calon Bersatu kerana ingin menzahirkan sokongan kepada DSAI sekaligus memprotes Tun M yang dilihat semakin pro Muafakat Nasional.

Pakatan Harapan telah memainkan isu agama dan bangsa dengan mengatakan pengundi Melayu di Tg. Piai harus memilih calon beragama Islam berbanding calon bukan Islam walaupun mewakili Muafakat Nasional.

Mereka lupa bahawa ketika PRU 14 pun, Pakatan Harapan akan tewas dengan majoriti hampir 3 ribu jika undi BN dan PAS digabungkan, sedangkan majoriti pengundi di Tg. Piai adalah kaum Melayu.

Ini jelas menunjukkan Muafakat Nasional bukanlah rasis apatah lagi ekstremis agama seperti yang sering dimainkan Pakatan Harapan.

Dengan kemenangan pertama Muafakat Nasional ini, maka peluang untuk memenangi 29 lagi Kerusi Parlimen yang sepatutnya bukan milik Pakatan Harapan semasa PRU 14 lepas semakin cerah untuk PRU 15.

Dengan hanya berbekalkan 113 Kerusi Parlimen asal yang mula-mula dimenangi Pakatan Harapan sebelum acara lompat parti bermula, mampukah Pakatan Harapan memberi saingan kepada Muafakat Nasional pada PRU 15 kelak.

Walaupun kedudukan Kerusi Parlimen terkini Pakatan Harapan bertambah menjadi 139 kerusi selepas 17 Ahli Parlimen UMNO keluar parti menjadi Ahli Bebas dan menyertai Bersatu serta 9 Ahli Parlimen Warisan Sabah yang menyokong Pakatan Harapan, tidaklah bermakna pengundi di Parlimen tersebut juga melompat parti.

Jika diambil angka PRU 14 lepas, BN telah pun memenangi sejumlah 79 kerusi, Gagasan Sejahtera (GS) 18 kerusi dan pertambahan 30 kerusi Muafakat Nasional telah pun memberi sejumlah 127 kerusi Parlimen iaitu mewakili 51% dari keseluruhan pengundi atau hampir 6.14 juta pengundi BN dan GS pada PRU 14 berbanding hanya 49% atau 5.78 juta pengundi yang mengundi Pakatan Harapan.

Jika berdasarkan keputusan pada PRK DUN Semenyih, PRK Parlimen Cameron Highland dan PRK Parlimen Tg, Piai ini, tidak mustahil Muafakat Nasional juga bakal merampas sehingga 17 lagi kerusi Parlimen yang telah dimenangi Pakatan Harapan dengan majoriti undi yang tipis selepas undi BN dan GS digabungkan.

Antara kerusi Parlimen yang dilihat berpotensi besar kepada Muafakat Nasional pada PRU 15 nanti ialah di Parlimen Lembah Pantai (321), Simpang Renggam (492), Permatang Pauh (1,100), Balik Pulau (1,167), Alor Setar (1,019), Alor Gajah (845), Sungai Siput (413), Tawau (47) dan Labis (1,388). Angka ini ialah jumlah majoriti undi tipis Pakatan Harapan jika undi BN dan PAS digabungkan pada PRU 14 lepas.

Jika semua pengundi Muafakat Nasional masih mengekalkan undi mereka ketika PRU 14 dibawa kepada PRU 15, ditambah pula dengan 17 kerusi Parlimen yang berpotensi besar berdasarkan trend di PRK Tg. Piai ini, kemenangan majoriti dua pertiga untuk Muafakat Nasional bukanlah sesuatu yang tidak masuk akal walaupun telah tewas pada PRU 14.

Dengan 127 kerusi Parlimen dicampurkan dengan 17 kerusi Parlimen berjumlah 144 kerusi Parlimen, hanya 4 kerusi Parlimen lagi yang diperlukan Muafakat Nasional untuk memerintah dengan majoriti dua pertiga iaitu minimum 148 kerusi Parlimen yang harus dimenangi pada PRU 15 nanti.

4 kerusi Parlimen tersebut boleh datang dari 23 kerusi Parlimen majoriti pengundi Melayu iaitu kepunyaan parti Bersatu 13 kerusi dan Amanah 11 kerusi yang "dirampas" dari UMNO dan PAS.

PKR juga mempunyai lebih separuh iaitu 27 kerusi Parlimen mereka dari 50 keseluruhan kerusi yang dimenangi PKR yang mempunyai majoriti pengundi Melayu di negeri Selangor sahaja.

Manakala Sabah dan Sarawak juga dilihat lebih berminat menyelebelahi blok pembangkang daripada berpihak kepada kerajaan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah menyertai Gagasan Sejahtera bersama PAS dengan membawa sejumlah majoriti 19 kerusi Parlimen mereka.

Gabungan Bersatu Sabah (GBS) juga dilihat semakin berminat dengan Muafakat Nasional apabila 3 dari Ahli Parlimen mereka menyokong blok pembangkang tanpa menyertai.

Usul MA63 yang dibawa Pakatan Harapan dalam Parlimen jelas tidak dapat menipu rakyat setelah gagal meraih undi sokongan majoriti walaupun blok pembangkang mempunyai Ahli Parlimen kurang dari Pakatan Harapan.

Negeri Selangor seharusnya menjadi sasaran medan tempur jika Muafakat Nasional mahu memenangi PRU 15 dengan majoriti dua pertiga. Dengan keputusan PRK Semenyih di Selangor yang telah berjaya dirampas BN walaupun sebenarnya gabungan undi BN dan PAS pada PRU 14 tidak mencukupi untuk mengatasi jumlah undi Pakatan Harapan, ianya tidaklah mustahil.

Kedudukan terkini Kerusi Parlimen Dewan Rakyat dan DUN adalah seperti berikut:

Blok Kerajaan :

1. Pakatan Harapan 138 / 284
    A. PKR 50 / 74
    B. DAP 42 / 105
    C. PPBM 25 / 38
    D. PAN 11 / 33
    E. PWS 9 / 30
    F. UPKO 1 / 4

Blok Pembangkang :

2. Muafakat Nasional 84 / 221

Barisan Nasional 41 / 130
    A. UMNO 38 / 125
    B. MCA 2 / 2
    C. MIC 1 / 3

Gagasan Sejahtera 18 / 90
    A. PAS 18 / 30

Gabungan Parti Sarawak 18 / 67
    A. PBB 13 / 46
    B. PRS 2 / 11
    C. SPDP 2 / 3
    D. SUPP 1 / 7

3. Gabungan Bersatu Sabah 3 / 8
    A. PBS 1 / 5
    B. STAR 1 / 2
    C. PBRS 1 / 1

4. Bebas 3 / 3

5. Parti Sarawak Bersatu 1 / 5

Jumlah 222 / 505

Nota : 82 kerusi DUN Sarawak akan di pertandingan dalam PRN Sarawak pada 2023.

84 kerusi Parlimen blok pembangkang ketika ini jika dicampurkan 29 kerusi Parlimen Muafakat Nasional berjumlah 113, dicampur pula 17 kerusi Parlimen majoriti tipis Pakatan Harapan menang semasa PRU 14, dan 13 lagi kerusi Parlimen kepunyaan UMNO yang diambil Bersatu berjumlah 143 kerusi Parlimen.

Belum lagi diambil kira 9 kerusi Parlimen Warisan di Sabah yang menukar sokongan dari BN ke PH dan beberapa kerusi Parlimen di Sarawak selain dari GPS yang berpotensi memihak kepada blok pembangkang.

Angka 148 kerusi Parlimen minimum untuk membentuk kerajaan dua pertiga Muafakat Nasional bukanlah sukar selagi pengundi pada PRU 14 masih mengekalkan sokongan mereka kepada BN dan GS.

Hanya 5 lagi kerusi Parlimen diperlukan dari negeri Sabah, Sarawak dan beberapa kerusi majoriti Cina di semenanjung yang kembali menyokong MCA. In Sha Allah.

@MalayanCyberForces

KEDUDUKAN KERUSI PARLIMEN SEHINGGA 17HB NOVEMBER 2019


 [Parlimen Tanjung Piai semalam tu sdh update ni ok!]

(PAKATAN HARAPAN)
PKR   50
DAP   42
BERSATU 21
AMANAH  11
WARISAN SABAH  9

(PRO PH)
BEBAS  7
UPKO  1
STAR   1
PBRS   1
PBS     1

(BARISAN NASIONAL)
UMNO   37
MCA    2
MIC     1
BN (LANSUNG) 1

(GABUNG PARTI SRWK) keluar BN

PBB  13
PRS  1
PDP  1
SUPP  1
PSB  1

(WAKIL RAKYAT PAS)
18

JUMLAH SEMUA = 222

Pecahan mengikut bangsa
Seperti berikut:-

1) Melayu/Islam 140 org (63%)
2) Bumiputra Bukan Islam (BBI) 19 orang (9%)
3) Cina 48 orang (22%)
4) India 15 orang (6%)

Perhatian :
Jika SEMUA wakil rakyat Cina bergabung dgn India dan BBI, tetap tidak boleh perintah M'SIA... BARU ADA 82 KERUSI PARLIMEN.
WAKIL RAKYAT MELAYU/ISLAM 140 ORG.
(82+ 140 = 222 ORG)
SIMPLE MAJORITY = 112 ORG.

UMNO/PAS perbodohkan rakyat M'sia, kononnya DAP akan perintah M'sia tidak benar & tidak betul!!!

Suruh mereka belajar matametik dan stastistik - jika tidak nampak sangat mereka menipu rakyat kononnya PH adalah boneka DAP tidak benar.

Di mana maruah / jati diri
- Tun Mahathir / Wan Azizah / Mat Sabu / TSMY / Anwar / Shafie Apdal.
Adakah pemimpin Melayu/Islam dikawal oleh DAP???

Hanya puak2 pembangkang meroyan sbb hilang kuasa memerintah negara & hilang kuasa merompak wang negara saja yg meracuni rakyat Melayu dgn isu agama dan perkauman!!!

Adakah UMNO/PAS masih menipu rakyat dgn isu2 demikian mengikut silibus Biro Tatanegara sejak 1990-an lagi masih digunakan oleh UMNO dan PAS.

Buka akta perlembagaan Malaysia.
Buka & baca satu per satu.
Fahamkan betul2 kesemuanya.

Bukan hanya dgr fitnah dari pemberi rasuah & penerima rasuah puak2 pembangkang shj.

Semua kuasa mutlak adalah di bawah persetujuan RAJA-RAJA MELAYU!!!

#ChorSniper

Asal JIM lahirkan PAN, pernah cuba kuasai PAS



KUALA KANGSAR: PAS pernah cuba dikuasai oleh JIM yang selepas itu berpecah menjadi IKRAM dan ISMA untuk menjadi sebuah parti politik semata-mata dan bukannya lagi gerakan Islam.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, tindakan tersebut berlaku daripada dalam PAS apabila ramai penggerak berasal daripada JIM masuk dalam parti ini.

‘Pendedahan’ beliau itu sebagai menjawab soalan peserta dalam slot Forum Tarbawi Mantan Ketua Pemuda pada Ijtimak Tarbawi 7.0 di Kem Kota Lama, Kampung Ngor, Sauk, di sini hari ini.

Ceritanya, mereka itu memasuki PAS pada era reformasi sekitar tahun 1997 di mana wujud entiti dinamakan GERAK yang menghimpunkan NGO-NGO, tetapi kemudian GERAK diserap memasuki PAS.

Ketika itulah menurut Ustaz Khalil, orang-orang JIM masuk sekali dalam PAS sehingga mereka turut menjadi calon PRU dan dilantik menjadi kepimpinan di pelbagai peringkat parti ini.

Terangnya, usaha penguasaan itu diatur penuh terperinci, termasuk cuba mengekalkan PAS bersama Pakatan Rakyat di mana kegagalan perancangan tersebut akhirnya membawa kepada penubuhan PAN.

Antara pernah berlaku juga cerita Ustaz Khalil, apabila Dr Dzulkifli Ahmad pada masa itu menulis artikel di Harakah untuk PAS mengikut sebagaimana parti sayap politik Ikhwanul Muslimin.

Di mana melalui tulisan tersebut Dr Dzulkifli mahu PAS meniru cara parti tersebut melantik bukan-Islam ke jawatan Naib Presiden PAS sebagaimana orang Kristian Qibti dilantik parti sayap Ikhwan itu.

“Maknanya mereka berusaha untuk memastikan PAS ini menjadi sebuah parti politik semata-mata, bukan gerakan Islam. Mereka terus buat kerja, buat kerja, ceritanya panjang.

“Sehinggalah Muktamar 2014 di Johor Bahru, mereka buat satu move yang kuat dan besar untuk menyingkirkan Tok Guru Presiden dan kepimpinan ulamak PAS. Mereka buat kempen yang dahsyat, tetapi mereka gagal,” ujarnya mengimbas sejarah itu.

Menurut Ustaz Khalil, PAN pada hari ini terdiri daripada tiga kumpulan besar iaitu IKRAM sebagai tulang belakang, kumpulan Mat Sabu dan kumpulan Salahuddin Ayub yang berasal daripada PAS.

Bidasnya, walaupun PAN mendakwa menggantikan PAS, hakikatnya mereka tidak mempunyai hala tuju jelas perjuangan. – HARAKAHDAILY 16/11/2019

SUMBER, IZWAN ABDUL HALIM

https://harakahdaily.org/index.php/2019/11/16/asal-jim-lahirkan-pan-pernah-cuba-kuasai-pas/

Berita & Artikel HARAKAH: https://chat.whatsapp.com/Gy8UtlrlqFn9wReHjNvdFm

Pasca Tanjung Piai : Tun Dr M berundur ???

Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia berkata, kemenangan besar Barisan Nasional di Tanjung Piai sudah dijangkakan berdasarkan perkembangan terkini keadaan politik di bawah pemerintahan PH.

Katanya, tumpuan terarah kepada pentadbiran PH di bawah Mahathir sebagai perdana menteri yang ditambah pula PH meletakkan calon PPBM pada PRK Tanjung Piai.

“Dijangkakan tekanan akan memuncak mendesak Tun Mahathir letak jawatan.

“Belum keluar lagi keputusan rasmi PRK Tanjung Piai, pemimpin veteran PKR, Syed Husin Ali terus mendesak Tun Mahathir melakukan sesuatu dengan segera.

 Malah, desakan sama juga dijangka datang daripada pemimpin lain,” katanya ketika dihubungi FMT.

https://www.malaysia-today.net/2019/11/17/penganalisis-jangka-dr-m-akan-didesak-berundur-selepas-ph-kalah-di-tg-piai/

ANWAR VS AZMIN ???

Presiden PKR, Anwar Ibrahim mahu timbalannya Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan berhubung pertemuannya dengan sekumpulan ahli parlimen BN dan PKR malam semalam di kediaman rasminya di Putrajaya.

“Tentu kita akan minta penjelasan. Ini memang menimbulkan banyak persoalan oleh rakan-rakan, jadi sepatutnya beliau (Azmin) beri penjelasan,” kata Anwar ketika ditemui oleh wartawan di lobi parlimen hari ini.

Malam tadi, adalah dilaporkan sekurang-kurangnya 22 wakil rakyat BN yang berkumpul di kediaman rasmi Azmin yang juga adalah menteri ekonomi pada sekitar jam 9.30 malam dan perjumpaan berlangsung selama dua jam.

Ahli parlimen BN mengunci mulut berhubung tujuan lawatan mereka ke banglo yang terletak di tepi Tasik Putrajaya itu.

Wartawan Malaysiakini mengesahkan melihat dua ahli parlimen PKR yang hadir sama iaitu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Pengangkutan Kamaruddin Jaffar.

Mengulas pertemuan itu, Anwar berkata beliau tidak pasti sama ada mesyuarat itu diadakan atas kapasiti parti atau kerajaan.
“Saya tidak tahu sebab itu saya minta lebih baik bagi penjelasan, kalau atas kapasiti parti ataupun kerajaan.

“Kalau kerajaan, mengapa ada MP yang tidak diundang?” soalnya.
Menjawap soalan wartawan sama ada Azmin perlu menghadiri mesyuarat biro politik PKR yang diadakan setiap Rabu, Anwar berkata ia sepatutnya.

“Itu sepatutnya, timbalan presiden wajib hadir,” katanya. Beliau menambah susulan kekalahan Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil di Tanjung Piai, Sabtu lalu, tindakan berkenaan adalah tidak sepatutnya.

"Kadang-kadang beberapa rakan kita ini tidak belajar dari pengalaman kekalahan parah di Tanjung Piai," katanya.

Selain mesyuarat biro politik PKR, Azmin turut dilaporkan tidak hadir pada mesyuarat majlis pimpinan pusat (MPP) yang diadakan pada setiap bulan sejak pemilihan parti itu pada November 2018.

PRK Tanjung Piai yang berlangsung pada 16 Nov menyaksikan calon BN Wee Jeck Seng memenanginya dengan majoriti 15,086 undi.

Wee bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal, memperoleh 25,466 undi mengatasi calon PH, Karmaine Sardini yang mendapat 10,380 undi, calon Gerakan Wendy Subramaniam (1,707), diikuti Badhrulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa (850) and dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock (380) dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar (32).

UMNO akan jadi penyelamat Dr Mahathir Mohamad?



Perjumpaaan berapa orang ahli Parlimen BN dari UMNO di rumah Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato Seri Azmin Ali sudah diketahui umum.

2. Semasa saya di Parlimen petang kemarin. Saya telah dimaklumkan akan perjumpaan itu. Kawan saya ini  seorang veteran. Seangkatan saya  tetapi terlibat dalam politik tahun 90-an. Dia tidak bercerita panjang apa tujuan. Tetapi dia minta nasihat saya... Patut pergi atau tidak? Saya kata pergilah... Sekurang2nya dapat mendengar apa lembu Mahathir dalam UMNO nak bercakap dan ideanya. Maka dalam senarai yang hadir itu ahli Parlimen tersenarai nama Parlimennya.

3. Pergolakan Pakatan Harapan antara dua Harimau yang berebut janji mencapai puncak dari kekalahan PH di Tanjong Piai. Mereka sesama mereka menyalahkan satu sama lain sebab kekalahan.

4. Kekalahan PH itu bukan sebab kerana parti mereka tidak berkerja.  Ia satu fenomena yang akan berlaku di mana-mana kebangkitan rakyat dan fenomena jarang berlaku. Rakyat terkesan dalam soal ekonomi dan hubungan kaum semenjak kerajaan PH memerintah. Tidak ada kaitan dengan referendum rakyat terhadap individu tertentu.

5. Tetapi sesuatu yang melibatkan politik akan dilihat dari sudut pandang politik. Jarang berlaku isu politik akan dilihat dari sudut pandang ilmu yang lain... Seperti ilmu sains sosial dan antropologi sosiologi yang ilmuan bidang ini melihat sesuatu fenomena pergerakan dan perubahan masyarakat di luar pemahaman politik.

6. Para pengundi di Tanjong Piai yang peratus tinggi bekerja sendiri. Sebarang keputusan politik yang tidak memberi impak ekonomi dalam kehidupan mereka menjadi pertimbangan. Dahulu mereka terkesan dengan GST yang dirasakan seperti pukat harimau. Kini mereka terkesan dengan perubahan satelah mereka bersama menolak Barisan Nasional tetapi tidak ada perubahan. Dan itu sebabnya bangkit fenomena menolak PH.

7. Kesan pertama dari kekalahan ini.. ialah soal maruah Pengerusi Parti yang kalah iaitu Parti Pribumi Bumiputra Bersatu. Berucap di persada Antarabangsa maha hebat dan pujian hampir sampai ke langit. Tetapi parti yang pimpinannya ditolak oleh rakyat dengan jumlah yang bukan sedikit.

8. Maka bagaimana sekarang? Saingan Perdana Menteri dalam gabungannya menggunakan isu untuk beliau meletakan jawatan. Asas mendesak itu ada asasnya.. Fenomena menolak PH dalam PRK Tanjong Piau akan menjadi fenomena kebencian yang berpanjangan dan akan mengancam Kerajaan gabungan PH ini. Jika punca tidak meletakan jawatan.

9. Maka jalan keluarnya ialah keluarkan saingannya. Tetapi cukupkah kerusi untuk meneruskan  kerajaaan yang ada. Gabungan DAP dan PKR telah berada hampir 80 kerusi hanya memerlukan dalam 30 kerusi lagi untuk menubuhkan kerajaan campuran yang baru.

10. Jika dapat ditarik penyokong parti Warisan di Sabah masih tidak mencukupi. Maka GPS di Sarawaklah penyelamatnya. Tetapi GPS tidak akan berpihak kpd DAP dan PKR kerana kedua parti itu ada cawangan dan juga ahli Parlimen dan DUN di Sarawak. Dan juga PPBM. Maka GPS tidak akan membuat keputusan yang merugikan Bumiputra dan orang Islam di Sarawak.

11. Akhirnya UMNO juga menjadi sandaran tetapi dengan UMNO belum boleh menyelesaikan masalah Kerajaan PH yang condong nak rebah ini. Keputusannya juga masih kena dirujuk dengan MCA dan MIC.

12. PAS akan bertindak sendirian. Sudah pasti PAS akan berpihak kepada Kerajaan PH tanpa DAP dan PKR. Jika ini dilakukan, Muafakat Nasional akan lebih awal terbubar dan terkubur.

13. Kesimpulannya, saya mahu mengingatkan ahli Parlimen UMNO dan PAS. Jangan terlalu gopoh gapah dalam isu hendak mempertahankan Dr Mahathir Mohamad dan menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri..

14. Kesemua mereka kena membuka kitab cerita rakyat akan perihal seekor harimau tua yang tidak boleh mencari makan.
Bagaimana pun, ada 'barua' yang memanggil binatang-binatang dalam hutan berjumpa harimau tua ini, kononnya nak berwasiat untuk menyerahkan mahkota raja rimba.

15. Cerita ini sangat menarik dibaca oleh ahli Parlimen UMNO dan PAS... Bertindaklah seperti kancil dalam isu berjumpa harimau tua... Iaitu berfikir. Sekian banyak yang dipanggil... Tidak ada seekor pun yang nampak keluar dari gua tempat persemayaman harimau tua tu.

16.  Bagaimana pun kancil pergi juga berjumpa harimau tua itui. Tetapi dijauhkan jarak yang tidak boleh harimau tua itu menerkam kepadanya... Akhirnya dalam kumpulan binatang dalam hutan itu yang selamat ialah kancil dari dimakan oleh harimau tua ini, yang mana binatang lain menyerahkan tengkok semua dimakannya.

Sang Kelembai
November 19, 2019.
Bandar Sri Permaisuri.