Muhammad Najib bin Abdul Razak suami kepada Rosmah binti Mansor terus berkelentong. Suami Rosmah ini ke hulu ke hilir berlabon membawa kesah dongeng lagi karut. Semua ini dilakukan kerana pada ketika ini suami Rosmah itu sedang dikepong.
Kumpulan yang mengepong ini dikepalai oleh Tun Dr Mahathir Muhamad. Si Mahathir ini pernah menjadi presiden kepada parti United Malays National Organisation dan perdana menteri selama 22 tahun. Justeru, gerakan kumpulan mengepung suami Rosmah ini cukup licik lagi berpengalaman.
Strategi dan tujuan Mahathir amat jelas. Mahathir mahu suami Rosmah diundurkan secepat mungkin. Suami Rosmah wajib berundur sebelum PRU14.
Dalam tulisan ini saya akan cuba membawa pencerahan kenapa dan mengapa suami Rosmah diserang dan dikepong. Dan apa di sebalik perancangan Mahathir ini.
Sebenarnya Mahathir tidak suka kepada suami Rosmah ini bukan bermula baru-baru ini. Tiga atau empat tahun dahulu Mahathir telah menyuarakan kesangsian terhadap keupayaan suami Rosmah memimpin. Perkara ini dibangkitkan oleh Mahathir dalam kumpulan kecil dan perbincangan tertutup
Desas desus sering didengar bagaimana dalam kumpulan tertutup ini Mahathir sering memperlekeh suami Rosmah.
Mahathir bagitu sangsi terhadap keupayaan suami Rosmah memimpin Malaysia. Mahathir tidak yakin akan kepimpinan suami Rosmah untuk membawa Malaysia ke tahap negara maju dalam tahun 2020.
Tanda pertama yang amat jelas datang pada bulan Jun 2009. Najib Razak dilantik menjadi PM pada 3 April 2009. Dua bulan sesudah suami Rosmah menjadi PM, Lee Kuan Yew telah datang melawat Malaysia.
Sanjungan dari Singapura
Lawatan rasmi Lee ini bukan satu yang ganjil. Ini perkara biasa dalam hubungan diplomasi dua negara. Apa yang memeranjatkan ialah mendiang Lee Kuan Yew juga telah membuat panggilan resmi melawat Rosmah Mansor.
Umum mungkin terlepas pandang tentang babak ini. Ini babak politik yang amat penting. Lee Kuan Yew seorang pemain politik yang licik lagi berpengalaman.
Sama seperti Mahathir, Lee Kuan Yew juga telah memenjarakan ramai seteru politiknya dengan menggunakan ISA untuk terus berkuasa. Lawatan peribadi Lee Kuan Yew ini membawa makna politik yang amat penting.
Mungkin ada yang tidak menyedari bahawa Lee bukan datang melawat Rosmah seorang diri. Lee membawa tiga orang menteri kabinet Singapura. Ini membuktikan betapa pentingnya perjumpaan dengan Rosmah Mansor.
Pekara sademikian jarang berlaku dalam dunia diplomasi antara Malaysia-Singapura. Babak Lee melawat Rosmah ini menjadi buah mulut. Apabila ditanya maka mendiang Lee Kuan Yew menjawab: They run the country as a team (mereka memerintah Malaysia sebagai satu kumpulan).
Kumpulan atau tim yang memerintah Malaysia yang dimaksudkan oleh Lee Kuan Yew ialah Rosmah Mansor dan suaminya.
Jawapan Lee Kuan Yew ini mensahihkan pandangan umum bahawa di belakang kuasa perdana menteri ialah Rosmah Mansor. Malah, peranan Rosmah dalam pengurusan kerajaan inilah yang menjadi isi kandungan labon Mahathir dalam pertemuan tertutupnya dengan kumpulan tertentu. Bekas PM ini yakin, kini Malaysia dikendalikan oleh Rosmah Mansor.
Lebai Desas bin Haji Desus terus berlabon tentang bagaimana Najib sebenarnya sedang dikawal dan dibomoh oleh Rosmah Mansor.
Hari akhir semakin dekat
Desas dan desus ini akhirnya dibuktikan baru-baru ini dengan kenyataan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Hamid Bador. Menurut pegawai tinggi ini, Rosmah Mansor telah hadir sama dalam satu “mesyuarat tergempar” kerajaan. Apa ke jadahnya Rosmah berada dalam mesyuarat kerajaan?
Hari demi hari orang ramai melihat kepungan kumpulan Mahathir terhadap suami Rosmah ini semakin sehari semakin rapat. Jawapan dan tindak tanduk dari suami Rosmah juga meyakinkan masyarakat umum bahawa hari-hari akhir untuk suami Rosmah semakin dekat.
Hujung minggu lalu dalam mesyuarat tahunan United Malaya National Organisation bahagian Pekan, suami Rosmah telah mengambil kesempatan untuk mempertahankan diri.
Suami Rosmah terus bersilat lidah dan berkelentong untuk membersihkan dirinya. Suami Rosmah menerangkan bahawa duit yang diberikan kepada ketua-ketua bahagian bukan duit rasuah tetapi bantuan untuk mengendalikan program parti.
Hujah seperti ini pernah kita dengar. Suami Rosmah berhujah bahawa duit RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi suami Rosmah bukan duit rasuah tapi “duit derma” dari seekor Tok Arab.
Mungkin ada Mat Ngok bin Mat Bebal yang percaya kepada penerangan suami Rosmah ini.
Ucapan suami Rosmah di Pekan bertujuan menangkis pandangan umum yang percaya bahawa suami Rosmah ini hanya dapat meneruskan kuasa kerana semua ketua bahagian parti ketuanan Melayu itu telah diberi duit.
Mengikut pandangan Mahathir, inilah harga kesetiaan yang dibayar. Bukan kesetiaan terhadap parti tetapi kesetiaan kepada kepala Agong.
Jadi bangkai bernyawa
Justeru, serangan terhadap suami Rosmah berterusan. Dalam persidangan tahunan parti ketuanan Melayu beberapa bahagian dengan jelas dan terang telah meminta suami Rosmah berundur. Tindakan suami Rosmah membuang Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal masih belum reda. Api sekam marah masih membakar.
Ketetapan parti dan saranan meminta berundur tidak dijawab oleh suami Rosmah. Ini bertambah menyakinkan orang ramai bahawa Mohammad Najib bin Abdul Razak telah menjadi zombi bangkai bernyawa akibat pukulan bomoh.
Akhirnya Anina Saadudin ahli parti ketuanan Melayu dari cawangan Padang Matsirat Langkawi telah menyaman suami Rosmah. Saman ini bersangkutan dengan duit RM2.6 bilion yang dikatakan "derma" dari Tok Arab.
Tidak cukup dengan ini seorang lagi bekas pemimpin parti Ketuanan Melayu – Khairuddin Hassan telah pergi membuat laporan berhubung tuduhan pengubahan wang secara haram ke atas 1MDB dan PertroSaudi. Laporan ini dibuat di Zurich, Switzerland dan di London.
Cuba teka dengan siapa si Khairuddin membuat laporan polis. Si Khairuddin telah ditemani oleh Matthias Chang, seorang peguam dan juga bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir ketika Mahathir menjadi PM.
Jelas kelihatan kepungan ini makin sehari semakin mengasak, hanya menunggu masa untuk menjerut leher suami Rosmah.
Gerakan terajang suami Rosmah ini semakin lantang. Ianya bukan lagi berselindung melalui tulisan Zainuddin Maidin atau Kadir Jasin, atau melalui komen berlapik dari Sanusi Junid.
Bayangkan, Mahathir telah bermati-matian menentang dan mengutuk demonstrasi jalan raya ketika berada di puncak kuasa. Tetapi pada jam 7.37 petang 29 Ogos 2015, Mahathir sanggup menjilat air ludah di lantai.
Mahathir turun berdemo dalam BERSIH 4. Keinginannya yang menggunung untuk melihat suami Rosmah berambus dari Putrajaya tidak dapat diselindung lagi
Realiti baru
Lalu pertanyaan timbul: Kenapa Mahathir benci sangat pada suami Rosmah?
Apakah kerana ingin menobatkan anaknya, yang kini menjadi MB Kedah, menjadi perdana menteri? Apakah kerana projek Jambatan Bengkok gagal diteruskan?
Apakah kerana permintaan dana RM1 bilion kepada Proton ditolak? Apakah kerana Mahathir telah menjadi seorang demokrat yang antirasuah dan antisalahguna kuasa?
Mungkin pada awalnya perkara-perkara ini menjadi sebab kenapa Mahathir mahu menendang Najib. Tetapi kini semuanya tidak menjadi sebab-musabab lagi.
Kita boleh melihat bahawa serangan Mahathir ini telah menggoyahkan kedudukan anaknya sendiri di Kedah. Jambatan bengkok dan dana Proton mungkin pada awalnya menjadi penyebab.
Ini sebelum kes 1MDB meledak. Ini sebelum Tok Arab memberi derma. Ini sebelum Al-Jazeera membuat dokumentari tentang Altantuya Shaariibuu.
Hakikatnya, babak dan suasana politik telah mengubah semua ini. Sebab musabab ini juga telah berubah.
Dari laporan media, orang ramai telah diberitahu tentang tindakan licik Mahathir yang bertemu dengan Tengku Razaleigh. Mahathir telah berbincang dengan Muhyiddin. Mahathir juga telah berjumpa Zahid Hamidi. Yang gagal ditemui oleh Mahathir hanyalah Anwar Ibrahim kerana Anwar tidak ada dirumah.
Apa yang dibincangkan oleh Mahathir dengan susuk ini walah hu a'lam bisawwab.
Bimbang Umno runtuh
Tetapi Mahathir pasti telah memasukkan jarum untuk membawa Ku Li, Muhyiddin dan Zahid Hamidi bersama ke dalam barisan menentang suami Rosmah. Apa yang dijanjikan sesama mereka kita tidak akan tahu sehingga berlakunya peralihan pentabiran di Putrajaya.
Tun Dr Mahathir Muhamad secara jujur takut akan keruntuhan United Malays National Organisation. Mahathir berpendapat bahawa parti Ketuanan Melayu ini akan lungkup jika suami Rosmah terus menjadi PM.
Mahathir memahami dunia Melayu yang jelas melihat manipulasi Rosmah. Mahathir Muhamad gerun kerana keruntuhan United Malays National Organisation ini akan berlaku ketika dirinya masih lagi cergas bernafas dan berfikir.
Mengikut pandangan Mahathir, suami Rosmah memiliki begitu banyak masalah dan tidak akan dapat dipertahankan lagi. Jika kepimpinannya runtuh terbarai maka Najib Razak akan ditangkap dan didakwa. Pendakwaan ke atas Muhammad Najib bin Abdul Razak ini bukan satu yang susah untuk dilakukan.
Adalah fakta sejarah bahawa sehari sebelum Muhyiddin dan Shafie Apdal dibuang dari menjadi Menteri, satu surat pertuduhan pecah amanah telah disiapkan oleh peguam negara.
Pertuduhan pecah amanah ditujukan kepada suami Rosmah. Pertuduhan ini bukan bersangkutan dengan duit RM2.6 bilion tetapi yang bersangkutan dengan RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.
Justeru hingga ke hari ini empat pegawai SRC International Sdn Bhd telah dihilangkan dari menjadi saksi. Ini juga bukan fitnah.
Mahathir pasti mengetahui semua ini. Mahathir pasti masih memiliki jaringan sumber maklumat yang menyakinkan dirinya bahawa suami Rosmah ini akan ditangkap dan didakwa jika parti United Malays National Organisation runtuh.
Mahathir tahu apa yang telah terjadi kepada General Pak Chung-hee dari Korea Selatan, kepada Marcos di Filipina atau kepada Suharto di Jakarta.
Tun Mahathir Muhamad tidak berubah menjadi demokrat atau menentang rasuah. Mahathir hanya membayangkan Rosmah Mansor dan Najib Razak digari.
Kemudian Mahathir terbayang dirinya sendiri ditangkap dan digari. Sebelum ini berlaku, lebih baik suami Rosmah Mansor diterajang.

No comments:
Post a Comment