Wednesday, August 31, 2016

Media antarabangsa sahkan Malaysian Official 1 adalah Najib.


LAPORAN media antarabangsa Reuters yang sebelum ini mengesahkan bahawa 'Malaysian Official 1' adalah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya telah lama menghentikan spekulasi dan pelbagai teka-teki tentang nama itu.

Dalam laporannya, media itu mendakwa, sumber yang berkaitan dengan siasatan kecurian berbilion dana 1MDB mengesahkan bahawa 'Malaysian Official 1' adalah Najib. 

Sila rujuk keratan laporan tersebut di bawah (tulisan berwarna biru) atau rujuk link ini untuk membaca laporan penuh — Reuters


Reuters, satu nama besar dan berpengaruh dalam media antarabangsa juga sering kali menjadi sumber berita utama dan rujukan media-media tempatan. 

Jika laporan Reuters ini tidak benar, kita semua tahu bahawa Najib mesti mengambil tindakan undang-undang terhadap media berpengaruh ini.

Laporan ini bukan sahaja membusukkan nama Najib dan keluarganya secara individu, malah telah memburukkan nama Malaysia secara keseluruhannya. 

Malaysia dan rakyatnya dipandang serong di mata dunia kerana memiliki Perdana Menteri pencuri akibat laporan berita ini.

Jika Najib ada maruah, dan mahu menjaga nama baik Malaysia, tindakan terdekat paling mudah dilakukan ialah S. A. M. A. N.

"Jika tak boleh saman hari Selasa, samanlah hari Rabu, Khamis atau hari-hari lain..."


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2016/09/media-antarabangsa-sahkan-malaysian.html#ixzz4IxibRLuV

Penyertaan Husam Bakal Cetus Gelombang Kedua Rakyat Sertai Amanah


Husam selamat berjuang, jangan menangis lagi oleh Mohd Sayuti Omar

Sebelum berlangsung ucapan pada majlis makan malam bersama Husam Musa malam tadi sempena pengumumannya menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH), saya sempat berjumpa dengan bekas Naib Presiden Pas itu. Beliau duduk semeja dengan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, timbalannya Salahuddin Ayub, Naibnya Dr Hasanuddin, Setiausaha Agung Mohd Anuar Tahir, Dr Mohd Hatta Ramli, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan beberapa yang lain.


Turut sama merai penyertaan Husam ke dalam AMANAH ialah Ahli Parlimen Seputih Teresa Kok.

Saat bersalaman dengannya saya membisikkan kepadanya sambil bercanda; "malam ini bukan malam untuk Husam manis sekali lagi."

Husam menggengam erat tangan saya dengan tersenyum lebar sambil memerhati seluruh diri saya. Dia memahami maksud dan kata hati saya. "Sihat?" tanya beliau kepada saya cuba mengalihkan tumpuan. Saya menentang ke matanya lama-lama, begitu juga beliau, kami saling membalas senyum dan hati berbicara dengan bahasanya.

Senyuman yang dilemparkan Husam bukan sahaja untuk saya, tetapi untuk semua yang berada di situ. Senyuman dan hilai kecilnya menyakinkan semua orang; bahawa beliau benar-benar bersedia untuk mengucap selamat tinggal secara mutlak kepada Pas selepas parti itu memecatnya.

Pimpinan yang lain dimeja itu juga turut tersenyum lebar dan bangga. Demikian juga wajah-wajah yang berada di dalam restoran itu semua ceria, gembira dan bahagia. Semuanya kerana majlis malam tadi, pengistyharan Husam menyertai AMANAH. Betapa tidak sesudah kesekian lama orang ramai khasnya peminat dan pengkagumnya menunggu sosok itu akhirnya dia memenuhinya juga harapan itu. Doa awam, khasnya mereka yang kecewa dengan parti agama termakbul juga akhirnya.

Selepas bersalaman saya beralih ke meja terpojok, duduk bersama rakan-rakan lama dari Kelantan antaranya Rushdan Mustapa, Mohamad Hussein, Wan Johari dan lain yang sanggup datang dari jauh semata-mata merai dan memberi sokongan kepada Husam.

(Meja yang saya tempah tidak pula kelihatan. Mungkin dipenuhi atau pun terjual double kerana sambutan majlis makan malam tadi hangat dan meriah sekali). Semua meja dalam restoran itu penuh dengan para tetamu. Begitu juga di luar di sepanjang kaki lima, kiri kanan restoran itu penuh dengan orang ramai. Tidak cukup kerusi dan bangku disediakan orang ramai rela duduk dilantai dan berdiri.

Sekilas melihat suasana malam tadi teringat kepada peristiwa semasa Husam menjadi calon di Putrajaya dalam pilihan raya 2013 lepas, bagai mana beliau diberikan sambutan dan sokongan padu oleh anak-anak muda dan penduduk Putrajaya. Orang ramai datang berpusu-pusu dan memenuhi Putrajaya sepanjang kempen kerana memberi sokongan dan dokongan kepada Husam. Kehadiran Husam di situ waktu itu berjaya membentuk satu aura dan gelombang buat Pas Kelantan terus menguasai negeri berkenaan.

Kehadiran malam tadi di luar jangka sehinggakan makanan dan hidangan disediakan tidak mencukupi. Pihak penganjur tidak menduga majlis mendapat sambutan dan itu secara tidak langsung memberi indiktaor bahawa AMANAH sudah semakin diterima umum.

Saya tahu mereka datang bukan sangat untuk makan, tetapi menyaksikan peristiwa penting dan melihat sebuah perjalanan politik seorang maskulin bernama Husam Musa. Ternyata penyertaan Husam ke dalam AMANAH sudah ditunggu-tunggu begitu lama sangat dialu-alukan. Mereka yang mempercayai kepada kebolehan Husam yakin dengan penyertaanya AMANAH akan telah mendapat pemikir yang bakal meletakkan parti itu menjadi parti Islam progresif dan menjadi parti alternatif di hari-hari muka. Kehadiran Husam dalam parti itu melengkapkan organ kepimpinan AMANAH itu sendiri.

Husam mengambil masa agak panjang sebelum membuat keputusan bersama AMANAH. Beliau memberi masa bertenang selama empat bulan. Ketelitian Husam itu menyebabkan setengah orang sudah naik bosan dengan beliau atau hilang sabar menunggunya untuk bergabung dalam AMANAH.

Bagi sesiapa yang mengetahui denyut nadi perjuangan Putra Tuan Guru Musa ini, mungkin tidak akan berasa pelik dengan tindakannya itu. Husam bukan seorang yang tergesa-gesa dalam tindak tanduknya. Dia berbuat sesuatu dengan berfikir panjang dan penuh perhitungan. Saat rakan-rakan "sekalah" dengannya dalam muktamar Pas berhimpun, berjumpa untuk mencari resolusi bagi menentukan hala tuju perjuangan dan merangka wadah baharu AMANAH, beliau masih menompang dagu, mengimbau kepada sejarah manis dan duka berdekad bersama Pas.

Husam bukan tidak tersentuh dengan tindakan segera dan pantas kekawannya yang kesal dan kecewa dengan apa dilakukan kepada mereka oleh bekas rakan-rakan dalam Pas. Dia bukan tidak marah dan simpati atas cacian dan lemparan kata-kata kesat kepada rakan-rakan "sekalah" denganya itu. Terasa, namun beliau menahankan sabar dan gelora dalam jiwa. Husam mengambil langkah bertenang dan cuba menjadi lelaki dewasa mencari titik dan ikhtiar apakah parti yang dikashinya itu masih boleh diselamatkan.

Sayang usahanya tidak membuahkan hasil. Gelodak kemarahan dan kebencian segelintir orang dalam Pas kepadanya terus meruap. Mereka yang benci dan dengki kepadanya terus mengadu dombakan pimpinan teratas demi melihat beliau terkanjar daripada Pas. Dalam pada itu pimpinan yang diharap memberikan beliau secebis kasih sayang dan peluang untuk bersama Pas bagi meneruskan legasi murabbinya juga memandang picing kepadanya.Atas asakan dan cocokan orang-orang yang dengki dan iri kepadanya akhir Jawatankuasa Disiplin parti mengambil keputusan memecatnya secara kejam.

Di sini saya tidak mahu ulangi tindakan pemecatan bekas Exco Kanan Kerajaan Pas Kelantan itu sama ada betul atau tidak. Keputusan telah dibuat dan usaha juga telah dilakukan bagi menyelamatkan Husam agar terus kekal dalam kapal Pas, tetapi semuanya tidak berhasil. Prejudis kepada Husam yang dibajai dengan rasa kebencian dan dengki sangat menebal sekali.

Mungkin ada orang pertikai kenapa Husam tidak merayu pemecatannya itu? Husam ada jawaban dan makrifat tersendiri mengenainya. Mungkin dia sudah dapat membaca kandatipun dia merayu, rayuannya tidak diendahkan.Pemecatan itu menjadi satu pesta kepada sesetengah orang dalam Pas dan pesta itu tidak pun dikesali langsung. Keputusan memecat Husam dilaksanakan di rumah seorang pemimpin yang kesekian lama berdendam dan bersalah sangka terhadap Husam. Kenapa sampai begitu sekali? Apakah semua perbuatan dan tindakan itu terelak dari dihisab di Mahsyar?

Tindakan Husam itu perlu dihormati dan keyakinan ia dibuat setelah memikirknya semasak mungkin. Sepotong ayat Husam dalam satu kenyataanya sebelum pengistyharan dibuat boleh dijadikan renungan atau pun jawaban ke atas tindakan yang penuh dramatik itu.

Kata Husam; "Wadah yang saya harapkan dahulu seakan telah terjual. Tertambat dengan kejumudan tanpa inovasi, takwilan nas di luar revelensi, pelebelan dan syok sendiri, membelakangkan budaya argumentasi tetapi mengutamakan emosi, laungan tidak sama dengan aksi, terikat dengan umpan politik lawan dan gagal menerapkan agenda perjuangan yang luas meliputi."

Apabila dipecat daripada Pas sedangkan Husam adalah masih singa yang kuat dan tangkas berlari, dia memerlukan padang dan rimba untuk meneruskan larian kehidupan dan melakari lekuk perjuangannya. Seperti mana katanya terfikir olehnya untuk berihat terus dari berlari dalam perjuangan. Namun kerana cara itu bukan lumrah bagi sang singa raja juang, maka beliau perlu menerokai belantara dan pandang baharu. Perjuangan membela rakyat perlu diteruskan. Sikap, alqa'idun bukan baik bahkan haram bagi seorang berjiwa pejuang seperti beliau.

Dari celah kesedihan dan kekecewaaan itulah, akhirnya beliau memilih AMANAH sebagai wadah perjuangannya. Dan malam tadi bertempat di Cyberjaya, Husam dengan rasmi telah mengistyharkan dirinya sebagai anggota AMANAH di hadapan ribuan penyokongnya dengan disaksi sama oleh isterinya Rohana Abdul Rahman dan ibu mertuanya. Ertinya beliau telah menyerahkan dirinya kepada belantara dan padang AMANAH untuk sama-sama berlari dengan kekawan lain demi meneruskan perjuangan.

Iya, kalau sebelum ini orang berkeluh kesah dengan kelambatan Husam menyertai AMANAH, ada yang menyifatkan beliau sudah terlewat dan ada pula seakan tidak sabar untuk melihat Husam memegang panji AMANAH; nah, hari ini Husam sudah berada di situ. Hari ini adalah giliran mereka yang yakin kepadanya sayang kepadanya dan berasakan beliau layak dan tanggung sebagai seorang pemimpin, sokonglah Husam.

Semua orang yang menyayangi dan mempercayai perlu bertanggungjawab kepada pemilihan yang dibuatnya itu. Ingat Husam bersendirian tidak mampu mengocakkan rimba perjuangan itu atau menjejaki ke segenap padang perjuangan melainkan ianya disambut semua tangan-tangan dan diinjeak semua kaki-kaki orang yang berharapkan kepadanya, baharulah keberertian penyertaan Husam ke dalam rimba perjuangan itu bermakna.

Husam kini sudah terlepas ke dalam belantara baharu bernama AMANAH. Keterlepasan Husam itu bermakna hilanglah langkah dan kelibatnya dalam Pas walaupun jejak jasanya masih ada. Kepada orang-orang Pas sama ada yang menyesali atau marahkan Husam, redhalah dengan apa yang berlaku. Biarlah Husam berlalu tenang ke rimba baharu itu. Sama ada beliau dapat survive atau tidak, untuk sebuah kehidupan dan perjuangan ianya berada dalam ketentuan Allah Rabul Jalil. Sesungguhnya Allah adalah Tuhan seru sekalian alam maha adil dan Ianya kepunyaan semua makhluk.

Husam selamat berjuang dan jangan menangis lagi.

Murid terpaksa sedekah kertas A4 kepada sekolah untuk peperiksaan, mana peruntukan?



BETAPA teruk dan tenatnya kerajaan Malaysia hari ini. Sampaikan kertas A4 untuk kegunaan peperiksaan pelajar di sekolah pun tidak lagi dapat disediakan.

Murid-murid pula terpaksa atau dipaksa untuk 'sedekah' kertas A4 kepada sekolah. Hal ini didedahkan oleh seorang ibu melalui akaun Facebook miliknya.

Ibu tersebut, Sharifah Mohd Jahaya mendakwa dua orang anaknya meminta untuk dibelikan kertas A4 seorang satu 'rim' ketika berada di Tesco.

Apabila beliau yang kehairanan bertanya kepada anaknya apa tujuan untuk membeli begitu banyak kertas A4, anaknya mendedahkan bahawa pihak sekolah sudah tidak ada duit untuk menyediakan kertas A4 bagi kegunaan peperiksaan.


Tinjauan aku tentang perkara ini mendapati, ramai ibu bapa mengakui apa yang didedahkan oleh Sharifah Mohd Jahaya itu. Apa yang didedahkan oleh beliau ternyata benar-benar berlaku bukan rekaan untuk mencari publisiti murahan.

Jika sampai kertas A4 untuk peperiksaan pun sekolah sudah tidak mampu sediakan, ini sudah sangat melampau. Ke mana disalurkan segala peruntukan pendidikan yang diumum dalam bajet setiap tahun?

Barangkali ini merupakan petanda awal untuk kemerosotan lebih teruk terhadap ekonomi negara. 

Kerosakan yang besar dibawa oleh 1MDB ditambah dengan kemerosotan teruk hasil negara berikutan kejatuhan harga minyak dunia, kegawatan ekonomi lebih teruk dijangka menyusul.

(Pemimpin lemah + korup) + (Rakyat buta + pekak + tuli) = Negara Bangkrap


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2016/09/murid-terpaksa-sedekah-kertas-a4-kepada.html#ixzz4IxdepfQH

KJ: Ridhuan tak tahu sukan, lebih baik diam



"Nampak sangat beliau tak tahu (apa-apa) tentang sukan," kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai penulis dan penceramah Ridhuan Tee Abdullah hari ini.
Menurut Menteri Belia dan Sukan itu komen Ridhuan Tee itu sangat tidak tepat dan menimbulkan kemarahannya.
"Saya anggap pendapat beliau itu sangat, sangat tidak tepat dan saya rasa kecewa, dan marah apabila saya membaca kenyataan tersebut," katanya kepada media di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini.
Pada Isnin lalu Ridhuan Tee menulis, atlet "ultra kiasu" lebih banyak terbabit dalam sukan perseorangan berbanding memerlukan kerjasama berpasukan.
Dalam kolumnya di akhbarSinar Harian Ridhuan Tee berkata acara perseorangan lebih banyak menarik perhatian dan kekayaan berbanding acara melibatkan lebih ramai atlet secara berpasukan.
"Sukan bola sepak dan hoki misalnya, terlalu sukar menarik perhatian orang bukan Melayu seperti dahulu. Kenapa? Jangan bandingkan bola tampar dan bola keranjang yang sudah sinonim.
"Hari ini, kita lebih mengejar acara individu kerana di situ lubuk duit. Manakala berpasukan seperti bola sepak memerlukan kekuatan jamaah.
"Sebab itu, semua mahu fokus kepada acara individu daripada berjamaah kerana ganjaran lebih besar. Inilah sifat individualistik yang ada kaitan dengan ultra kiasu yang selalu saya perkatakan," tulisnya.
Kenyataan menghina
Dia juga menambah perasaan patriotisme di kalangan atlet terbabit "hanya di bibir bukan di hati".
Istilah "ultra kiasu" digunakan Ridhuan Tee biasanya merujuk kepada orang Cina.
Menurut Khairy tiada atlet negara yang pergi ke Olimpik Rio de Janeiro untuk mencari kemasyhuran dan kekayaan.
Sebaliknya kata Khairy atlet negara bertungkus-lumus mahu menaikkan nama negara.
"Saya mengenali atlet kita. Mungkin Ridhuan Tee tak pernah jumpa atlet kita, tetapi saya kenali atlet kita dan mereka - tak kiralah bangsa mereka, tak kiralah latar belakang mereka - semua berjuang demi negara," katanya.
Justeru kata anggota parlimen Rembau itu lagi Ridhuan Tee tidak bertanggung jawab - malah sangat menghina - apabila mengeluarkan kenyataan berkenaan.

"Lebih baik dia jangan komen pasal sukan, sebab nampak sangat beliau tak tahu tentang sukan," katanya.
Kontinjen Malaysia pulang dengan empat pingat perak dan satu gangsa selepas temasya Olimpik berakhir pada 21 Ogos lalu.
Ia adalah pencapaian terbaik Malaysia di Olimpik setakat ini.
Pingat perak dimenangi Datuk Lee Chong Wei melalui acara badminton perseorangan, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying (beregu campuran) Pandelela Rinong Cheong Jun Hoong (terjum seirama) dan Tan Wee Kiong - Goh V Shem (badminton beregu lelaki).
Azizulhasni Awang yang digelar The Pocket Rocket memenangi pingat gangsa acara keirin lumba basikal.

Monday, August 29, 2016

Anak muda menganggur, satu sorotan global


rencana_anakmudamenganggur

Oleh Ahmad Salami


Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan bahawa kadar pengangguran belia global dijangka mencecah 13.1 % pada tahun 2016 dan kekal pada tahap itu sehingga 2017. Peratusan ini meningkat berbanding 12.9 % pada tahun 2015. ILO merupakan sebuah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menangani isu-isu buruh.

Berdasarkan laporan 48 muka surat 'World Employment and Social Outlook 2016, Trends for Youth' yang dikeluarkan oleh ILO pada 24 Ogos 2016 menunjukkan bilangan belia global yang menganggur dijangka meningkat sehingga setengah juta orang tahun ini iaitu mencapai 71 juta, peningkatan yang pertama seumpamanya dalam masa 3 tahun.

Lebih membimbangkan adalah bahagian dan bilangan anak muda ini selalunya di negara-negara yang dikategorikan'emerging country' (negara pesat) dan 'developing country' (negara membangun), hidup dalam kemiskinan melampau atau sederhana walaupun mempunyai pekerjaan. Angka direkodkan adalah 156 juta atau 37.7 % daripada belia yang bekerja, hidup dalam kemiskinan melampau atau sederhana. Ia berbeza berbanding dengan 26 % daripada orang dewasa yang bekerja.

'Kadar kemiskinan yang bekerja' (working poverty rate) ditakrifkan sebagai bahagian bagi populasi bekerja dalam kemiskinan melampau atau sederhana, sebagai contoh pendapatan atau penggunaan per kapita kurang daripada USD 3.10 (lebih kurang RM12.50) setiap hari. Belia ditakrifkan sebagai berumur antara 15-24 tahun.

"Peningkatan mengejutkan dalam pengangguran belia membimbangkan bagi anak muda yang bekerja tetapi masih hidup dalam kemiskinan. Ia suatu kesukaran untuk mencapai matlamat global untuk menghapuskan kemiskinan menjelang 2030. Melainkan jika kita melipatgandakan usaha kita untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan dan kerja yang bersesuaian. Kajian ini juga menggariskan jurang perbezaan yang luas antara golongan wanita dan lelaki dalam pasaran buruh yang perlu ditangani oleh ahli ILO dan rakan-rakan sosial dengan segera," kata Deborah Greenfield, Timbalan Ketua Pengarah Dasar ILO.

Peluang yang tidak sama rata

Di sebahagian petunjuk pasaran buruh, jurang perbezaan meluas ini wujud antara wanita dan lelaki, menjadi asas dan menyumbang kepada jurang yang lebih luas semasa peralihan ke alam dewasa. Pada 2016, misalnya, kadar penyertaan tenaga buruh untuk lelaki muda berada pada 53.9 % berbanding 37.3 % bagi wanita muda, menunjukkan perbezaan jurang sebanyak 16.6 mata peratusan.

Cabaran ini bertambah buruk di Asia Selatan, Negara Arab dan Afrika Utara, di mana kadar keterlibatan belia wanita masing-masing 32.9, 32.3 dan 30.2 mata peratusan. Ia lebih rendah berbanding dengan belia lelaki pada 2016.

Peningkatan pengangguran didorong oleh kelembapan dalam ekonomi pesat

Pertumbuhan ekonomi global pada 2016 dianggarkan berdiri pada 3.2 peratus, 0.4 peratus mata lebih rendah daripada angka yang diramalkan pada akhir 2015.

"Ini didorong oleh kemelesetan yang lebih teruk daripada yang dijangkakan di beberapa negara pesat membangun(emerging countries) pengeksport komoditi dan pertumbuhan tidak berkembang di beberapa negara maju (developed countries). Peningkatan kadar pengangguran belia terutamanya ditandai di negara-negara pesat membangun," kata Steven Tobin, Ahli Ekonomi Kanan ILO dan ketua penulis laporan ini."

Di negara-negara pesat ini, kadar pengangguran dianggarkan akan meningkat daripada 13.3 % (52.9 juta) pada 2015 kepada 13.7 % (53.5 juta) pada tahun 2017. Di Amerika Latin dan Caribbean sebagai contoh, kadar pengangguran dijangkakan meningkat daripada 15.7 % pada 2015 kepada 17.1 % pada tahun 2017; di Asia Barat dan Tengah, daripada 16.6 % kepada 17.5 %; di Asia Tenggara dan Pasifik, daripada 12.4 % kepada 13.6 %.

Pekerjaan berkualiti rendah yang tidak seimbang terus mempengaruhi belia. Walaupun dengan perbezaan serantau yang besar. Sebagai contoh, Sub Sahara Afrika terus mengalami kadar kemiskinan belia bekerja tertinggi di peringkat global yang mana hampir 70%. Kadar kemiskinan bekerja di kalangan orang muda juga tinggi di negara Arab (39 %) dan Asia Selatan (49%).

Di negara maju pula, terdapat bukti pertumbuhan dalam taburan umur kemiskinan yang mana belia mengambil tempat golongan lebih tua bagi kumpulan yang berada pada risiko kemiskinan tertinggi (ditakrifkan bagi ekonomi maju berpendapatan kurang daripada 60% pendapatan median). Sebagai contoh pada tahun 2014, bahagian bagi pekerja muda dalam EU-28 dikategorikan sebagai berada pada risiko kemiskinan yang tinggi iaitu sebanyak 12.9% berbanding 9.6% daripada pekerja umur perdana (umur 25-54). Cabaran yang dihadapi adalah meruncing di beberapa negara di mana berada dalam risiko kemiskinan bagi pekerja muda iaitu melebihi 20%.

Migrasi

Antara banyak sebab untuk berhijrah atau migrasi sebagai contoh kebiasaan; konflik bersenjata, bencana alam, dan lain-lain, kadar pengangguran yang tinggi, kecenderungan meningkat bagi miskin bekerja dan kekurangan peluang pekerjaan berkualiti adalah faktor utama membentuk keputusan belia ini untuk berhijrah ke luar negara secara kekal atau sebagai penduduk tetap.

Di peringkat global, bahagian anak muda berusia antara 15 hingga 29 tahun yang sanggup untuk berhijrah secara tetap ke negara lain berada pada kadar 20 peratus pada tahun 2015. Kecenderungan tertinggi untuk migrasi ke luar negara pada kadar 38 peratus adalah dalam sub-Sahara Afrika dan Amerika Latin serta Caribbean, diikuti oleh Eropah Timur pada 37 peratus. – Roketkini.com

*Ahmad Salami adalah alumni Sekolah Demokrasi

Raja Kamarul: Kenapa agamawan, ulama membisu?


Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Raja Kamarul Bahrin Shah


SHAH ALAM – Agamawan dan ulama diminta tidak hanya 'membisu' ketika anak muda sudah memulakan langkah menyuarakan keluhan terhadap isu yang melanda negara.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, ia sepatutnya sebahagian peranan dan tanggungjawab ulama dalam menentang kemungkaran yang berlaku di dalam negara ini.

"Kami dari Amanah menyambut baik semangat keberanian anak muda yang menghadapi pelbagai dugaan pemotongan bantuan murid miskin dari RM200 juta sehingga tinggal hanya RM10 juta sahaja yang diluluskan di Parlimen, pemotongan biasiswa, tuntutan pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan peningkatan kos sara hidup.

"Ayah dan emak mereka pula dikenakan GST, kenaikan harga minyak serta elektrik dan kejatuhan nilai ringgit yang membebankan tanggungan anak-anak yang belajar di luar negara. Setelah susah payah mendapat ijazah mereka bergelut pula membayar hutang PTPTN dan itu pun kalau bernasib baik mendapat pekerjaan. Itulah nasib yang menimpa anak muda hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Raja Kamarul turut membidas sikap membisu agamawan apabila seorang mufti dikritik kerana cuba bersuara atas isu panas yang melanda negara.

Menurut Raja Kamarul, agamawan dan ulama bukan hanya 'menutup sebelah mata' atas isu tersebut malah turut menutup kedua belah mata apabila melihat mufti tersebut dikritik.

"Kalau anak muda telah bersuara, kenapa para agamawan telah 'bersara' dari menjalankan tanggungjawab mereka ? Ramai anak muda yang menaruh harapan yang tinggi untuk para ulama menjadi penyelamat Ummah. Ramai yang sayang kepada para ulama dan agamawan yang makin sering mengecewakan rakyat.

"Semua orang yang memegang tugas mesti menjalankan tanggungjawab mereka seperti kami bersuara di Parlimen. Ahli politik pembangkang telah bersuara, anak muda telah bersuara... bagaimana yang belum bersuara?," soalnya.

PAS terus berharap wakil rakyat Islam sokong Akta 355


Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
SHAH ALAM: Tinggal lebih kurang sebulan setengah untuk usul Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta 355 Mahkamah Syariah dibahaskan di Parlimen.
PAS masih mengharapkan sokongan wakil rakyat yang beragama Islam untuk menyokong usul yang dibawa oleh presidennya Datuk Seri Abd Hadi Awang pada sidang Dewan Rakyat Mei lalu.
Menurut Pengarah Penerangan Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Muhammad Najhan Halim, usaha memartabatkan dan meninggikan ajaran Islam adalah tanggungjawab agama bagi setiap orang yang beriman.
"Sememangnya setiap perkara yang baik itu terdapat halangannya seperti mana Usul Pindaan RUU Akta 355 ini yang turut mendapat tentangan daripada beberapa pihak khasnya dari segelintir kalangan golongan bukan Islam dan sebahagian orang Islam sendiri. 
"Namun, sebagai umat Islam yang berprinsip, janganlah kita terdorong dengan mereka yang jahil dan tidak beriman. 
"Sikap dan pendirian kita orang yang beriman hendaklah berpandukan kepada petunjuk Ilahi iaitu apabila melibatkan perkara prinsip dasar agama, maka kita mestilah berpihak kepada agama," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Malah usul ini perlu dilihat untuk menjadikan Mahkamah Syariah sebagai salah satu institusi penting Islam yang menjadi tempat mendapatkan keadilan yang perlu dipertingkat dan dipinda supaya sesuai dengan keperluan semasa.
"Usul meminda Akta 355 ini seharus dan sewajibnya tidak dilihat sebagai polemik politik atau kepartian kerana ia adalah berkait langsung dengan hal ehwal umat Islam. 
"Dengan pindaan ini, Mahkamah Syariah akan bertambah kemampuannya dan keefektifannya dalam menangani isu perundangan umat Islam dan juga berupaya memberi keadilan yang sepatutnya kepada pihak yang menuntut hak mereka," ujar beliau lagi.
Hadi memohon menangguhkan usul meminda Akta 355 walaupun rang undang-undang persendirian itu diberikan keutamaan untuk dibahaskan pada sidang Parlimen Mei lalu.
Hadi memohon usul itu ditangguhkan ke sesi akan datang dan ia diluluskan oleh Speaker Pandikar Amin Mulia.
Beliau berkata RUU untuk meminda Akta 355 yang bertujuan membuka ruang kepada pelaksaan hudud di Kelantan ditangguhkan bagi memberi peluang 'masa' kepada ahli Parlimen.

Malaysia bernasib baik kerana ada lagi mahasiswa yang 'masih hidup'

MALAYSIA DATELINE 

Adun Salor Datuk Husam MusaAdun Salor Datuk Husam Musa


Masih ada 'tulang belakang' dan 'air muka'. Bravo!, begitulah sanjungan Adun Salor, Datuk Husam Musa kepada mahasiswa yang berjaya menjayakan himpunan #TangkapMO1 Sabtu lalu.

"Ogos 2016, anak-anak pelajar sudah pandai menuntut beliau ditangkap!

"Jenayah mengatur penyelewengan wang negara sebesar gunung untuk diri, keluarga, kroni, orang dan syarikat asing yang tidak ada mengena dengan negara ini semakin jelas.

"Malaysia bernasib baik kerana ada lagi mahasiswa yang 'masih hidup'.

"Ada 'tulang belakang' dan 'air muka'. Bravo!

"Mereka ada hak untuk menggerakkan tangkapan ke atas penjenayah negara. Penjenayah kepada masa depan mereka semua.

"Tahniah mahasiswa Malaysia! Dan syukur," kata beliau dalam satu kenyataan khas menghargai para pelajar terbabit.

Menurutnya, sehari selepas acara mahasiswa Malaysia menangkap MO1 di KL, seluruh dunia melaporkan aksi itu.

"Antara lain pusat-pusat utama dunia membuat fokus berikut:
BBC : Malaysia protest against PM Najib Razak draw thousands

The Star.com Toronto : Malaysian Students Rally Demands Arrest of PM Najib Razak Over Fraud Allegations

Reuters : Malaysian Student Protesters Demand 1MDB Arrest

Aljazeera : Hundreds of Malaysian Protesters Call For 1MDB Arrest

Asian Correspondent : Malaysian Students Lead Mass Protest Demanding 1MDB Arrest

Today Online Australia : Students Plan Protest To Call For 1MDB-linked Arrest

Malunya negara kita," catat beliau.

Beliau menzahirkan kehairanan dengan sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadapi situasi ini

"Anda Najib, bagaimana?!," soalnya.

Jika anda bukan MO1 katanya, kenapa anda sebagai PM yang berkuasa tidak bertindak menangkap dan menghukum MO1?

"MO1 ada anak tiri yang bernama sekian.

"MO1 terlibat dalam 1MDB sebagai kuasa tertinggi.

"MO1 adalah pemimpin paling berkuasa dalam negara ini.

"MO1 mempunyai akaun peribadi dengan wang sebesar gunung berpunca dari 1MDB.

"Sifat dan ciri MO1 jelas," katanya.

Beliau mengingatkan Najib, mahasiswa itu semua bukan begitu dungu tidak mengenal siapa MO1?
"Anda MO1, anda masih enggan meletakkan jawatan?

"MO1 tetap akan memburu anda.

"Jawatan bukan milik mutlak anda.

"Maruah sepatutnya milik anda yang lebih berharga dari jawatan anda dan milik orang yang bermaruah," katanya.

Bagi Husam, Perdana Menteri hanya ada dua pilihan.

"Anda menangkap MO1 atau anda meletakkan jawatan.

"Mahasiswa, saya percaya, akan terus mara !!!," katanya.

PANAS ~ Zahid Akan Di Pecat..?















Zahid jangan macam macam..! nampaknya sudah semakin kuat angin bertiup yang mahukan Zahid digugurkan..! Seminggu dua ni pulak sekupu-kupu bukan main lagi kuat berdendang..! Malah group sahabat Perth pun bukan main galak berwhatsapp dengan pelbagai isu..!

Kenyataan Zahid yang mahukan Muhyiddin mengemukakan bukti kewujudan kemasukan duit ke akaun Najib juga menambah perisa agar rombakan kabinet mangkuk hayun Najib dilakukan segera..!

Dakwaan RM1b akaun Najib: Muhyiddin tunjuklah bukti, kata TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menuntut agar Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan bukti atas dakwaannya mengenai Datuk Seri Najib Razak mempunyai hampir RM1 bilion dalam akaun bank peribadi.
"Minta beliau kemukakan bukti jika ada," ujar beliau pada sidang akhbar di Putrajaya, sebentar tadi
Kenyataan Zahid tersebut jelas tidak menepati 'piawai' yang disarankan..! mahukan bukti seoalah olah mahu ianya terus dibongkar..! mahukan bukti adalah kenyataan sinis yang mahukan ianya dibawa ke Mahkamah..! Mahukan prosiding..! 
Walhal prosiding dan perkataan Mahkamah adalah kenyataan yang amat tidak dimahukan oleh Najib dan sekutunya..! Rakyat malah dunia tahu bagaimana selama setahun ini Najib berpencak bersilat mengelak diri untuk masuk ke kandang si dituduh..!
Realitinya, masuk ke Mahkamah untuk menegakkan kebenaran apa masaalah? berani kerana benar..! Tapi setakat ini tidak bagi Najib dan sekutunya..!
Apa nasib Zahid selepas ini?
Layan video ni..
Sekupu tersenyum lebar nampak..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Husam - Esok, Saya Menyarung Jersi Baru


Kini, menghampiri empat bulan saya terpecat dari Pas.
Dalam tempoh itu, nampaknya tidak ada sebarang isyarat saya diterima semula. Tiada   semakan atas pemecatan saya. Surat penjelasan saya kepada Presiden Pas tidak berguna apa-apa.
Saya menikmati tempoh bertenang. Sambil menemui anggota masyarakat untuk bertanya pandangan mereka. Terburu-buru adalah dari syaitan, kata Nabi s.a.w.
Memerhatikan apa yang berlaku. Merenung dan mencari petanda-petanda pedoman.
Nyata, negara menuju keadaan yang lebih kritikal dari sebelumnya.
Negeri kelahiran saya juga, tidak menjadi lebih baik selepas ombak pengislahan bermula 1990.
Wadah yang saya harapkan dulu, seakan telah 'terjual'. Tertambat dengan kejumudan tanpa inovasi, takwilan nas di luar relevansi, pelabelan dan syok sendiri, membelakangkan budaya argumentasi tetapi mengutamakan emosi, laungan tidak sama dengan aksi, terikat dengan umpan politik lawan dan gagal menerapkan agenda perjuangan yang lebih luas meliputi.
Berdiam diri bukanlah pilihan. Al Qur'an menggelarkan orang yang duduk-duduk tanpa berbuat apa-apa sebagai al Qa'idun.
Ia disinonimkan dengan perempuan yang lemah atau orang tua yang uzur.
Saya?
Mencari gua persembunyian dari kelelahan perjuangan akan sia-sia. Berpaling kerana kecewa belum diberikan kejayaan perjuangan, adalah sama dengan apa yang dialami Nabi Yunus a.s ketika ditelan ikan dalam lautan. Tiga kegelapan menyelubungi baginda sebagai pengajaran untuk kita.
Sesekali, ketika fikiran terlintas untuk berehat dari mendayung perjuangan kerana digempur keberatan bebannya, kebimbangan atas  pedoman Al Qur'an melalui kisah Yunus a.s itu menerpa.
Dunia bukan tempat istirehat.
Bersendirian? Juga bukan pilihan.
Empat bulan bukan singkat tetapi tidak pula tersangat panjang.
Di penghujung empat bulan penantian, saya memilih untuk menyertai bahtera baru untuk sama berganding  mencuba merealisasikan:  Islam Adalah Penyelesaian.
Yang lama dilaungkan tetapi belum menjadi realiti. Yang pernah sebahagian menjadi realiti, tetapi kini kabur semula.
Saya mencapai ketetapan, perjuangan Islam bukan hanya milik satu pihak, apa lagi satu parti.
Malam esok, bertempat di Cyberjaya, sebagai tetamu makan malam sebuah pertubuhan, saya berhasrat menamatkan masa penantian saya.
Dan mengumumkan parti baru pilihan saya.
Husam Musa
29 Ogos 2016
26 Dzulkaedah 1437

SAHIH, Husam Umum Sertai AMANAH Malam Esok




Seperti yang GB tulis di blog ini beberapa hari lalu, sahih, bahawa bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa akan mengumumkan penyertaannya ke Parti Amanah Negara malam esok (30 Ogos 1016) di Cyberjaya. Baca : Husam Akan Sertai AMANAH Hujung Bulan Ini.

Di dalam satu tulisan terbaru di akaun facebooknya, Datuk Husam menyatakan bahawa esok beliau akan menyarung jersi baru.

Beliau berkata berjuang bersendirian ternyata bukan suatu pilihan.

"(Tempoh) empat bulan bukan singkat tetapi tidak pula tersangat panjang.

"Di penghujung empat bulan penantian, saya memilih untuk menyertai bahtera baru untuk sama berganding mencuba merealisasikan: Islam Adalah Penyelesaian," katanya.


Kata Husam selepas dipecat tiada sebarang petunjuk diterima daripada parti yang pernah disertainya dulu atau semakan ke atas penyingkirannya.

Surat penjelasan saya kepada presiden Pas tidak berguna apa-apa," katanya sebentar tadi.

Husam yang suatu ketika dulu dilihat sebagai pengganti allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat namun terpinggir sedikit demi sedikit selepas tokoh berkenaan meninggal dunia pada Februari 2015.

Ketika PAS mengadakan muktamar dan pemilihan pimpinan di Kuala Selangor pada Jun 2015 Husam antara pimpinan bukan ulama yang disingkir perwakilan.

Pimpinan tertinggi yang disingkirkan ialah Mohamad Sabu yang ketika itu menjadi timbalan presiden. Penyingkiran beramai-ramai itu, kata Mohamad, dianggap "pelik bin pelik bin pelik" kerana disambut baik oleh Umno.

Penyingkiran beramai-ramai itu kemudian melahirkan parti baru, Parti Amanah Negara (AMANAH) yang dilihat sangat dimusuhi PAS.

Selepas menyertai beberapa program yang tidak disenangi PAS, Husam kemudian disahkan dipecat daripada parti itu pada 6 Mei lalu.

Pengumuman pemecatan Husam dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok.

Bagaimanapun Husam tidak segera menyatakan penyertaannya ke dalam mana-mana parti sebaliknya menegaskan memerlukan masa untuk membuat penilaian.

Kata Husam semasa menikmati tempoh bertenang dia menemui masyarakat untuk mendapatkan pandangan mereka dan mengelak mengambil tindakan terburu-buru.

Pada masa sama Husam "merenung dan mencari petanda-petanda pedoman".

Ternyata, katanya negara menuju ke arah lebih kritikal berbanding sebelumnya, manakala Kelantan "tidak menjadi lebih baik" selepas ombak pengislahan bermula 1990 (ketika PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah membentuk kerajaan).

Pada masa sama katanya parti yang dianggotainya dulu seperti "terjual" dan berdepan masalah seperti kejumudan tanpa inovasi mentakwil nas di luar sepatutnya serta "syok sendiri" selain membelakangkan budaya berhujah.

"Berdiam diri bukanlah pilihan. Al-Quran menggelarkan orang yang duduk-duduk tanpa berbuat apa-apa sebagai al-Qa'idun.

"Ia disinonimkan dengan perempuan yang lemah atau orang tua yang uzur," katanya.

"Saya mencapai ketetapan, perjuangan Islam bukan hanya milik satu pihak, apa lagi satu parti. Malam esok, bertempat di Cyberjaya, sebagai tetamu makan malam sebuah pertubuhan, saya berhasrat menamatkan masa penantian saya.

Dan mengumumkan parti baru pilihan saya."

Sementara itu, YB Md Alwi Kok Lanas semasa berucap di satu kursus untuk ahli UMNO di Ilham dilaporkan telah berkata bahawa UMNO sudah tidak bimbang lagi dengan PAS di Kelatan kerana PAS kini sudah tidak mempunyai hulubalang lagi.

"Husam bukan lagi bersama Pas, kita (Umno) tak payah bimbang lagi pasal Pas sebab Pas sudah tiada lagi hulubalang. Pas sudah dalam tangan kita...jangan rusing".

Dalam pada itu pula sebelum ini, beberapa orang ahli parti sejarah mengambil sikap terus memperlekeh dan mencemarkan nama Husam dan AMANAH dengan menyatakan kononnya AMANAH pun tak nak terima Husam dan kononnya Husam akan menyertai parti BERSATU yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan, Husam akan mengumumkan penyertaannya ke parti AMANAH dan seperti yang GB katakan sebelum ini "penyertaan Datuk Husam ke dalam AMANAH akan menguatkan diri Husam untuk terus membela rakyat Salor sekaligus memperkukuhkan AMANAH khususnya di Kelantan. -Greenboc


Sabun cap UMNO dan ikan kepala busuk



Telinga aku sebenarnya sudah lama bengkak apabila pemimpin politik secara klise mengajak rakyat "setia" kepada parti. Lepas "setia" kepada parti "setia" pula kepada Presiden. Jadi, aku pun tertanya-tanya kenapa tidak "setia" kepada siapa yang membawa ke jalan kebenaran?

Hangpa toksah cakap pasal kesetiaan. Istilah ini tidak membawa makna apa-apa kecuali ada perkataan selepas kesetiaan itu diucapkan. Kalau hangpa nak tau penyamun mata satu pun setia. Depa setia kepada ketua yang hebat menyamun, kebal dan licik.

Itu bertuhankan kepada parti dan ketua. Itu dah menyeleweng daripada hakikat berparti dan berjuang dengan parti. Setia dan kesetiaan tidak boleh melulu waima yang membawa kita ke longkang. Setia melulu ibarat yang pandai memperkudakan yang tolol.

Tetapi adakan kita boleh buat kira dengan kesetiaan penyamun kepada ketuanya? Dah tentu tidak boleh ambil kira. Sebab kesetiaan para penyamun itu tidak membawa kepada kebenaran. Maka tidak setia adalah lebih mulia daripada terus setia.

Dalam politik hangpa toksah setia melulu. Kalau hangpa terus setia kepada parti, kepada Presiden, itu maknanya hampa tidak menggunakan kelebihan akal yang diberikan kepada manusia. Hidup kita ini perlu setia kepada perbuatan atau tindakan yang membawa kepada kebenaran. Kalau tak tau mana yang benar dan tak benar, baca.

Banyak membaca. Pelbagaikan sumber untuk dibaca. Jangan terperangkap dengan sumber yang dibaca. Daripada situ kita akan mendapat petanda yang menunjukkan mana satukah yang menuju kebenaran. Misalnya depa dok kata jangan bagi ruang kepada kuasa asing campur tangan dalam negara kita.

Itu aku sangat setuju. Sebab itu aku sokong Dr. Mahathir yang masa dia jadi Perdana Menteri tak sekalipun Presiden Amerika dijemput datang ke negara ini. Presiden Amerika tak datang macam kita pi melawat pak penakan kita. Tak ada agenda depa tak datang. Lepas tu dua kali menatang kedatangan Presiden Amerika, tiba-tiba kata jangan bagi ruang campur tangan asing. Hangpa cakap bahasa apa ni?

La ni ada parti baru nama dia BERSATU. Apa susah masuk dan sokong sajalah bila mengundi nanti. UMNO? Jangan dok risau pasai UMNO. Ingat, jangan bertuhankan parti atau Presiden. Kalau parti baru menawarkan lebih baik dari UMNO (yang merelakan integriti dilempar ke tepi) pilih saja yang baru.

Hangpa jangan terasuk dengan saranan supaya memberi kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada parti. Itu mengarut. Itu mengarut tahap gaban. Hanga kena berkata, "Ya kami memberi kesetiaan yang tidak berbelah bagi malah sanggup mati demi parti tapi dengan syarat yang menuju kebenaran." Memang benar UMNO (dulu-dulu) berjuang untuk rakyat hingga merdeka. Bagaimanapun UMNO memadamkan perjuangan daripada golongan ulama, guru, wartawan dan sasterawan. Depa mendabik dada pada setiap 31 Ogos "kununnya" UMNO sajalah memperjuangkan kemerdekaan. Tak apalah, sejarah ditulis oleh yang menang (UMNO) tetapi kebenaran sejarah tidak pernah berubah.

Tapi itu UMNO (dulu-dulu). Tak malukah UMNO (sekarang) menenggek di atas UMNO (dulu-dulu). Hangpa dalam UMNO la ni dok buat apa? Takkan dok julang Presiden 24 jam atau 365 setahun? UMNO dulu gagasannya bebaskan tanah air, takkan pula hangpa dalam UMNO setakat nak bebaskan Presiden? Lagipun Presiden tak bersalah, apa yang dok kalut jaga dia. Dia okey saja, hangpa pula yang tak berapa okey.

Aku nak bagitau hangpa parti politik ni macam sabun basuh kain. Kalau zaman mula-mula merdeka dulu kita pakai sabun cap UMNO misalnya. Tetapi bukanlah sepanjang zaman kualitinya sama. Ia berubah menjadi lebih baik dan mungkin lebih buruk terletak kepada siapa pembuatnya. Memanglah dulu sabun cap UMNO hebat. Tetapi sekarang sabun cap UMNO jangan kata nak tanggal baju terkena getah nangka, daki pun tak tanggal.

Adakah kita akan terus menggunakan sabun cap UMNO padahal kita ada sabun pilihan lain yang menjanjikan kualiti lebih baik. Kalau tidak percaya pun setidak-tidaknya cuba dulu sekali dua. Kemudian kita kaji siapa pembuatnya. Kita bandingkan dengan sabun lama kita.

Kalau hangpa terus setia kepada sabun cap UMNO, aku rasa hangpa telah menganiaya dan tidak berlaku adil kepada diri sendiri. Hangpa telah berlaku tidak adil kepada akal yang sewajarnya memberikan hangpa membuat pilihan yang bijak.

Aku bukan ahli mana-mana parti. Tapi kalau hangpa tanya aku, parti baru memberikan hangpa pilihan. Hangpa kena buat pilihan dengan akal yang waras. UMNO sikit tak heran dengan parti baru, depa semua tu dah hebat sangat dah.

Tetapi tugas hangpa nilai "kepala" kedua-dua parti, UMNO dan parti baru. Hangpa nilailah sendiri, malas aku nak tolong suap kat hangpa.

Orang bijak pandai ada berkata, ikan busuk di kepala dulu, lepas tu baru merebak ke badan kemudian ke ekor. Apa maknanya kata-kata orang bijak pandai ini? Maknanya kalau "kepala" telah rosak, kalau tidak dipotong kepada seluruh badan ikan akan ikut busuk. La ni hangpa dok sayang kepala ikan dan biar sekoq ikan langsung tak boleh makan?

Hangpa dok tanya lagi apa sebenarnya yang aku nak cerita? Hangpa pikirlah sikit. Rajin-rajinkan guna akal fikiran. Aku malas nak suap kat hangpa semuanya. Kalau hangpa terus buat macam ni, senanglah orang cerdik keldaikan hangpa.

nukilan ku_seman

Bukan RM2.6 Bilion, Tapi RM4 Bilion Yang Masuk Akaun Najib




Muhyiddin dakwa hampir RM4 bilion dalam akaun Najib

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa hampir RM1 bilion telah berada dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum kemasukan RM2.6 bilion dilapor secara meluas.

Najib mendakwa AS$ 681 juta yang diterimanya pada Mac 2013 adalah sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab selepas dihebahkan pada Julai tahun lepas.

Muhyiddin berkata beliau mendapat tahu mengenai deposit yang diterima sebelum 'derma Arab' itu selepas peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail berkongsi maklumat dengannya.

"Sah tuan-tuan. Saya tengok, waktu peguam negara itu ialah Gani Patail. dia tunjuk dengan saya, macam saya nak pengsan ada duit banyak itu dalam akaun Datuk Seri Najib.

"Tengok duit masuk akaun peribadi. Sebenarnya disebutkan peguam negara dahulu, sebelum dia juga nasibnya sama macam saya dipecat, dah ada hampir RM1 bilion dalam akuan Datuk Najib sebelum itu.

"Jadi semua yang disebutkan hampir RM4 bilion dalam akaun perdana menteri. Kamu percaya tak," soalnya dalam satu ceramah di Ketereh, Kelantan semalam.

Rakaman video ceramah itu dimuat naik di TV Gerakan Harapan Baru dan KiniTV.

Muhyiddin berkata beliau hampir pengsan selepas melihat angka-angka dalam akaun bank peribadi Najib.

Dakwaan Muhyiddin dilihat menyokong laporan ABC News yang berpengkalan di Australia pada Mac yang meletakkan angka dalam akaun bank Najib berjumlah AS $ 1.051 bilion (RM4.2 bilion) berdasarkan penyata bank.

Menurut laporan itu, sebelum deposit RM2.6 bilion daripada Tanore Finance, Najib juga menerima AS$ 120 juta daripada Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI), AS$ 80 juta dari Kementerian Arab Saudi dan AS$ 75 juta daripada Putera Faisal bin Bandar Al Saud.

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat juga menekankan beberapa deposit tidak disebut atau didedahkan dalam laporan ABC News, termasuk tambahan sebanyak AS $ 10 juta pada 23 Februari 2011 dan AS$ 10 juta pada 13 Jun 2011 dari Putera Faisal yang dirujuk sebagai "pengasas bersama PetroSaudi".

Tambahan AS$ 5 juta pada 30 Oktober 2012 dan AS$ 25 juta pada 19 November 2012 juga datang dari Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI), menurut DOJ.

Ini meletakkan jumlah keseluruhan sebelum deposit RM2.6 bilion pada AS$ 325 juta, atau di bawah RM1 bilion berdasarkan kadar pertukaran pada tahun 2011 dan 2012.

DOJ mendakwa deposit daripada Tanore Finance, Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd dan pengasas PetroSaudi berasal daripada 1MDB. DOJ banyak memberi fokus kepada jejak wang melalui sistem kewangan AS.

Najib menafikan salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga membersihkan perdana menteri daripada sebarang tuduhan salah laku.

Muhyiddin dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada Julai tahun lepas.

Muhyiddin mendakwa beliau dipecat selepas menentang isu kemasukan wang berkenaan ke akaun perdana menteri. Pemecatannya kebetulan sama dengan penyingkiran peguam negara waktu itu, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Friday, August 26, 2016

PENDEDAHAN SKANDAL 1MDB-DUSABLE DAN 260 EKAR TANAH KUALA KETIL, KEDAH.



-Dato' Seri Mukhriz Mahathir, di Sidang DUN Kedah 15 Ogos 2016.

1. Pada 11 April 2014, 1MDB dan DuSable, firma permodalan tenaga yang ditubuhkan pada tahun 2013 diketuai oleh Frank White Jr., penasihat kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah memeterai perjanjian usahasama bagi membangunkan projek tenaga solar sebanyak 50MW di Malaysia.

1MDB memiliki kepentingan sebanyak 51% di dalam perjanjian usahasama tersebut manakala Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan DuSable memiliki 49%.

2. Pada satu hari tahun 2014, saya yang selama itu hanya berkomunikasi melalui SMS dan tidak pernah terima panggilan dari Dato' Seri Najib terperanjat menerima panggilan dari beliau yang menyuruh saya mencari sebidang tanah seluas 300 ekar bagi tujuan 'Green Initiative' yang dipelopori President Barrack Obama.

Menyusul dari panggilan itu, wakil 1MDB telah bertemu dengan wakil Bina Darulaman Berhad (BDB), anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah untuk tujuan pengambil-alihan tanah di Kuala Ketil, Kedah bagi pembangunan projek tenaga solar tersebut dan 1MDB telah membayar RM3.5 juta sebagai deposit. Tanah tersebut terletak di belakang Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah merupakan tanah pertanian kelapa sawit.

3. Pada 18 Mac 2014, 1MDB telah menerima Surat Penganugerahan ('Letter of Award') daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi membangunkan loji janakuasa solar dengan kapasiti sehingga 500MW.

4. Pada 12 April 2014, 1MDB menerusi anak syarikatnya 1MDB Solar telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga ('Power Purchase Agreement'- PPA) secara urusniaga terus ('direct deal') dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama 25 tahun untuk pembinaan loji janakuasa solar dengan kapasiti 50MW di tanah yang dibeli di Kuala Ketil, Kedah. 1MDB juga akan mengenakan tarif elektrik pada kadar 40 sen/kWj dan 46 sen/kWj menurut perjanjian tersebut.

5. Pada 2 Oktober 2014, 1MDB telah membeli kesemua 49% kepentingan yang dimiliki oleh Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan oleh DuSable dengan bayaran AS$69 juta.

6. Pembelian kepentingan tersebut kononnya sebahagian daripada pelan Tawaran Awam Permulaan ('Initial Public Offering' - IPO) untuk Edra Global Energy Berhad (Edra) yang bakal dilaksanakan oleh 1MDB dan memudahkan 1MDB dan Edra mendapat hak 100% untuk menjalankan projek solar tersebut.

Nama 1MDB Solar ditukar kepada Edra Solar dan segala kepentingan projek tenaga solar di Kuala Ketil, Kedah diletakkan di bawah Edra.

7. Pada Februari 2016, 1MDB telah menjual Edra dan kesemua aset tenaga dan anak syarikatnya termasuk Edra Solar yang mempunyai kepentingan dalam projek solar di Kuala Ketil, Kedah kepada syarikat gergasi tenaga dari China iaitu China General Nuclear Power Corp. (CGN) dan anak syarikatnya CGN Group dengan nilai RM9.83 billion.

Skandal 1MDB-DuSable

1. Kaitan Barrack Obama dalam Isu Tanah Kuala Ketil dan Transaksi 1MDB-DuSable

Transaksi di atas menunjukan jejak bukti bahawa Najib Razak melalui 1MDB sendiri telah bekerjasama dengan DuSable, sebuah firma permodalan tenaga yang ada kaitan secara langsung dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Seorang tokoh yang dilabelkan para pemimpin UMNO sebagai Pembunuh ummat Islam di Iraq tetapi pernah berselfie dan bermain golf dengan Dato' Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Ini sekali gus mengesahkan bahawa kes DOJ ke atas Riza Aziz (anak tiri Najib), Jho Low dan Malaysian Official 1 (MO1) adalah kes sivil yang mempunyai jejak bukti jelas wujudnya salahlaku jenayah rasuah para pemimpin dan jenayah penggubahan wang haram.

Ia juga menempelak tuduhan wujudnya campurtangan kuasa asing bagi menjatuhkan Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia seperti didakwa oleh para pemimpin UMNO baru-baru ini.

2. Status pemilikan tanah di Kuala Ketil, Kedah

Sehingga kini tidak dapat dipastikan siapakah pemilik tanah di Kuala Ketil, Kedah sebanyak 260 ekar tersebut. Adakah tanah tersebut telah jatuh ke tangan firma asing dari China ini (CGN)?

3. Status pembayaran pembelian tanah oleh 1MDB kepada BDB

Sehingga kini BDB masih belum menerima bayaran daripada 1MDB setelah 1MDB membeli tanah di Kuala Ketil tersebut. Hanya bayaran deposit sebanyak RM3.5 juta sahaja yang telah dibayar oleh 1MDB kepada BDB.

4. Laporan PAC tentang perolehan tanah Kuala Ketil, Kedah

Dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada halaman ke-98 kolum terakhir telah mendapati terdapat percanggahan antara keputusan Lembaga Pengarah Pemegang Saham dalam 1MDB dan tindakan pihak pengurusan 1MDB itu sendiri tentang perolehan tanah Kuala Ketil, Kedah.

Pada 24 Mac 2015, melalui satu Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB telah meluluskan sebanyak RM33.40 juta sebagai bayaran kepada BDB untuk pembelian tanah seluas 260 ekar di Kuala Ketil, Kedah untuk pembangunan projek perintis tenaga solar dengan kapasiti 50MW.

Namun pihak pengurusan 1MDB telah menetapkan bayaran sebanyak RM65 juta untuk perjanjian jual beli tanah tersebut pada 27 Ogos 2015.

PAC juga gagal menemui sebarang dokumen yang menunjukkan mengapa terdapat perbezaan harga perolehan berjumlah RM31.50 juta yang telah diluluskanoleh Lembaga Pengarah 1MDB.

Persoalannya, sekiranya 1MDB menyatakan mereka telahmembayar RM65 juta kepada BDB, mengapa sehingga sekarang BDB masih belum menerima wang tersebut? Ke mana wang tersebut pergi? Kepada siapa sebenarnya 1MDB bayar wang tersebut?

5. Laporan PAC tentang urusniaga 1MDB dan DuSable

Dalam laporan PAC pada halaman 64, terdapat percanggahan antara amaun yang telah dibayar oleh 1MDB kepada Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan oleh DuSable.

Menurut laporan PAC tersebut, 1MDB telah membayar sebanyak AS$95 juta kepada DuSable untuk pembelian kesemua 49% kepentingan Dana Ekuiti Persendirian Yurus dalam projek solar di Kuala Ketil, Kedah.

Tetapi dalam kenyataan media bertarikh 11 November 2015 oleh 1MDB dan DuSable telah menyatakan 1MDB telah membayar AS$69 juta kepada DuSable untuk pembelian semua kepentingan tersebut selepas 6 bulan perjanjian usahasama itu dilakukan.

Mengapa terdapat perbezaan sebanyak AS$26 juta dalam urusniaga tersebut? Ke mana wang itu sebenarnya pergi? Adakah DuSable sedar tentang nilai sebenar urusniaga tersebut? Adakah firma tenaga yang diketuai oleh penasihat Obama ini turut menjadi mangsa skandal 1MDB?

Kesimpulan

Kos AS$95 juta yang telah dilaburkan 1MDB adalah terlalu mahal dan sepatutnya dengan dana tersebut, pembinaan loji janakuasa solar dengan kapasiti lebih tinggi daripada 50MW telah dilaksanakan.

Bayaran sebanyak AS$69 juta yang kepada DuSable juga tidak wajar kerana tiada sebarang projek solar dilaksanakan oleh 1MDB di atas tanah tersebut dan pembayaran tersebut dilakukan hanya selepas 6 bulan 1MDB dan DuSable menandatangani perjanjian usahasama projek solar tersebut.

Semakan mendapati tiada sebarang pembinaan dilakukan di atas tanah tersebut dan status pemilikan tanah tersebut juga masih samar. Bayaran kepada pemilik tanah sebelumnya iaitu BDB juga tidak dilakukan.

Kerajaan Negeri Kedah yang mentadbir sekarang juga seolah-olah memandang enteng perkara ini dan tidak melakukan sesuatu untuk mendapatkan kembali hak negeri ini khasnya dan hak rakyat Kedah amnya.

Sunday, August 21, 2016

Rupanya Ini Penerima Utama Dalam Skandal 1MDB?





Rupanya Ini Penerima Utama Dalam Skandal 1MDB? Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menyoal adakah polis akan siasat hubungan antara Malaysian Official 1 (MO1) dan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low.

Soalannya: “Siapa penerima utama dalam skandal 1MDB – MO1 atau Jho Low?”

Dalam satu kenyataan hari ini, Kit Siang turut menyoal adakah polis akan menggunakan bukti dan dokumen yang dikemukakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam permohonan ke mahkamah baru-baru ini untuk menyita aset AS$1 bilion yang didakwa diperoleh dengan dana yang dilesapkan daripada 1Malaysia Development Berhad.

Rupanya Ini Penerima Utama Dalam Skandal 1MDB? Jho Low, atau nama penuhnya Low Taek Jho, didakwa DoJ terbabit dalam aktiviti penggelapan dan penggubahan wang sebanyak AS$3 bilion.

Dalam kenyataannya hari ini, Kit Siang turut menyoal kewujudan “lima syor” Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk siasatan polis keatas 1Malaysia Development Berhad.

Menurutnya, pemeriksaan keatas laporan PAC mengesahkan hanya jawatankuasa hanya memberikan satu syor khusus untuk siasatan polis.

Rupanya Ini Penerima Utama Dalam Skandal 1MDB?

Syor itu adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dipertanggungjawabkan untuk kekangan dan kelemahan 1MDBd dan beliau serta individu lain dalam pengurusan perlu disiasat.

Dalam kenyataannya hari ini, Kit Siang menyentuh kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyatakan polis sudah menyelesaikan siasatan fasa pertama berhubung 1MDB, berlandaskan lima syor PAC seperti yang diarahkan Jemaah Menteri.

Kit Siang berkata laporan PAC mempunyai lima syor – tetapi syor itu “tidak ada kaitan dengan siasatan polis” tetapi berkait dengan pengurusan 1MDB.

Rupanya Ini Penerima Utama Dalam Skandal 1MDB?

“Adakah Jemaah Menteri dan KPN salah faham Laporan PAC berkenaan 1MDB itu sehingga menyebabkan Jemaah Menteri menghadkan siasatan polis kepada lima syor yang tidak wujud itu?,” kata Kit Siang.

Kit Siang turut kemuka lapan lagi soalan berkaitan siasatan polis seperti mengapa polis tidak menggunakan bukti dan dokumen yang dimuatkan dalam Laporan PAC, Laporan Ketua Audit Negara keatas 1MDB dan permohonan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) di mahkamah untuk menyita aset AS$1 bilion yang didakwa diperoleh dengan dana yang dilesapkan daripada 1MDB.

Rupanya Ini Penerima Utama Dalam Skandal 1MDB? Beliau juga mahu melihat hasil daripada siasatan polis keatas Shahrol Azral, dan menyoal adakah polis menggunakan Laporan Ketua Audit Negara keatas 1MDB sebagai asas siasatan mereka.

Pak Menteri UMNO ni bagi alasan paling bangang dalam sejarah


Tengku Adnan tidak akan membuat pengisytiharan harta secara terbuka kepada rakyat kerana ia mungkin menjadikan keluarganya sebagai sasaran penjenayah.

PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bimbang keluarganya mungkin menjadi sasaran penjenayah jika beliau mengisytiharkan harta kepada rakyat.

“Saya tidak akan isytihar kepada orang ramai kerana saya dahulu adalah seorang ahli perniagaan. Saya ada banyak aset.

“Saya tidak akan isytihar apa yang saya ada, kerana jika saya berbuat demikian, saya bimbang anak-anak atau isteri saya mungkin diculik. Semua benda boleh berlaku. Perompak boleh sasarkan kami,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, beliau sudah membuat pengisytiharan tahunan kepada perdana menteri manakala Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz membuat pengisytiharan aset kepada ketua setiausaha negara.

Jumaat lalu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menggesa Tengku Adnan dan Mhd Amin Nordin mengisytiharkan aset mereka kepada rakyat.

Ia susulan kenyataan setiausaha agung Umno itu yang setiap jabatan di bawah kementeriannya diarahkan meneliti semula pengisytiharan harta pegawai bagi membendung gejala rasuah.

“Budak dari PKR itu suruh saya isytihar, saya rasa ada sesuatu tidak kena dalam kepalanya. Kami, menteri dan semua pegawai kanan perlu isytihar (aset kami),” katanya yang dipetik Malaysiakini.

Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman seorang pegawai tinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bergelar ‘Datuk Seri’ selama tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

Dia disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bagi kesalahan rasuah serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

* hahaha .. aku bagi buah ni .. kalau penjenayah baca pengakuan Ku Nan ni apa dia fikir? hahahhaaha nak rompak ke tak ..?

Tak cakap pun penjenayah dah tau .. banyak duit .. alasan baghal .. Tengku Adnan tidak akan membuat pengisytiharan harta secara terbuka kepada rakyat kerana ia mungkin menjadikan keluarganya sebagai sasaran penjenayah.

PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bimbang keluarganya mungkin menjadi sasaran penjenayah jika beliau mengisytiharkan harta kepada rakyat.

“Saya tidak akan isytihar kepada orang ramai kerana saya dahulu adalah seorang ahli perniagaan. Saya ada banyak aset.

“Saya tidak akan isytihar apa yang saya ada, kerana jika saya berbuat demikian, saya bimbang anak-anak atau isteri saya mungkin diculik. Semua benda boleh berlaku. Perompak boleh sasarkan kami,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, beliau sudah membuat pengisytiharan tahunan kepada perdana menteri manakala Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz membuat pengisytiharan aset kepada ketua setiausaha negara.

Jumaat lalu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menggesa Tengku Adnan dan Mhd Amin Nordin mengisytiharkan aset mereka kepada rakyat.

Ia susulan kenyataan setiausaha agung Umno itu yang setiap jabatan di bawah kementeriannya diarahkan meneliti semula pengisytiharan harta pegawai bagi membendung gejala rasuah.

“Budak dari PKR itu suruh saya isytihar, saya rasa ada sesuatu tidak kena dalam kepalanya. Kami, menteri dan semua pegawai kanan perlu isytihar (aset kami),” katanya yang dipetik Malaysiakini.

Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman seorang pegawai tinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bergelar ‘Datuk Seri’ selama tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

Dia disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bagi kesalahan rasuah serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

* hahaha .. aku bagi buah ni .. kalau penjenayah baca pengakuan Ku Nan ni apa dia fikir? hahahhaaha nak rompak ke tak ..?

Tak cakap pun penjenayah dah tau .. banyak duit .. alasan baghal ..

Seorang Timbalan Presiden PAS...


Ya..... insan yang anda lihat ini adalah insan yang rela dicerca, rela menanggung segala panahan pedih menusuk jiwa. Dia membantu seorang insan yang kian dimamah usia, bila-bila masa nyawa disentap dari jasadnya.

Dia pemberi semangat agar Presiden Pas gagah berdiri melorek perjalanan Parti Islam yang didiami sejuta ahli.

Satu hari.... musuh akan memuji-muji insan ini untuk mengherdik ketuanya. Percayalah musuh akan mencari helah walau melalui sebesar lubang jarum. Mereka meresapi agar orang membenci ketuanya, mencari setiap inci salah ketua, satu senjata pujian untuk membunuh.

Namun...percayalah insan ini akan mengikut jalur dan akar haraki parti. Yakinlah mereka punyai ilmu agama yang tinggi, ilmu politik yang tersendiri. Mereka berdua akan saling mengukuhkan. Kita semua saling melengkapkan binaan sebuah kota yang kalis dari anasir dalam dan luar.

Kita doakan agar Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dipanjangkan umurnya, dikurniakan kesihatan dan kekuatan agar mampu mengepalai kita dan umat dunia dan dibantu teguh ikatan terjalin kejap Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mampu membantu Presiden dan menjadi penerus perjuangan Parti PAS.

ANGAN-ANGAN NAJIB


shahbudindotcom

 

 
 
Siapakah yang sebenarnya merosakkan UMNO dan kerajaan?

Di antara semua Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia selama ini, siapakah yang paling banyak membawa kerosakan kepada parti dan kerajaan sehingga menyebabkan sokongan serta kepercayaan rakyat terus menguncup?

Siapakah yang menukar Peguam Negara secara tergesa-gesa dan melantik calon pilihannya sebagai pengganti?

Siapakah yang melakukan kacau ganggu terhadap SPRM dan ugutan terhadap Bank Negara ketika mereka melakukan penyiasatan berkaitan isu 1MDB dan wang RM2,600 juta?

Siapakah yang menyebabkan hutang negara meningkat, pembaziran dan kemewahan berleluasa serta menekan rakyat dengan cukai dan kos sara hidup yang tinggi?

Siapakah yang menyebabkan nama negara tercemar di seluruh dunia melalui isu 1MDB dan skandal kewangan yang melibatkan dirinya?

Di bawah kepimpinan siapakah, tujuh negara telah melakukan penyiasatan, malah Jabatan Kehakiman Amerika dan FBI telah membuat pendedahan yang menggemparkan dunia?

Semasa siapakah menjadi Perdana Menteri, isterinya bebas menggunakan jet dan harta kerajaan serta dikenali seantero dunia kerana gemar membeli belah dan memiliki perhiasan mewah-mewah?

Jika semua jawapan kepada pertanyaan di atas tidak merujuk kepada Najib Razak, mungkin kita boleh meyakini jika beliau mengatakan mahu menyerahkan UMNO dan kerajaan yang kuat kepada penggantinya.

Bagaimana orang yang telah terbukti membawa kerosakan dan keruntuhan mahu membuat pemulihan dan pembaikan, kemudian berjanji untuk menyerahkan UMNO dan kerajaan yang kuat kepada penggantinya?

Tidakkah orang seperti itu lebih mungkin disingkir dan ditanggalkan kuasanya oleh rakyat daripada terus diberi peluang?

Kiranya sebelum ini Zahid Hamidi mungkin mula "geli-geli" bila Perdana Menteri berjanji tidak akan mengkritik penggantinya secara terbuka, pasti kali ini beliau langsung tidak terasa geli dengan apa yang disuarakan Najib ini. 

Kenapa Polis tangkap pelajar yang mahukan MO1 ditangkaplah?


Tiga Mahasiswa ditangkap di UITM Seri Iskandar ketika membuat
 flashmob #TangkapMO1 
Ini kerja gila! Rakyat mahukan polis bertindak keatas MO1 yang menyonglap wang rakyat beratus juta ringgit, memalukan negara di mata dunia, tapi orang lain pula yang ditangkap!

Tiga aktivis pelajar yang cuba mempromosi perhimpunan #TangkapMO1 di kampus UiTM cawangan Seri Iskandar di Ipoh, Perak telah ditahan oleh polis.

 Mereka ialah Muhammad Luqman Nul Hakim Zul Razali, Luqman Hakim dan Ashraff Nazrin.

 Ketika dihubungi, aktivis pelajar Anis Syafiqah yang menghadirkan diri di lokasi tahanan memberitahu Malaysiakini, ketiga-tiganya ditahan selepas cuba memasuki kawasan kampus.

Rafizi Ramli mengecam penangkapan tiga pelajar berkenaan yang turut mewakili Persatuan Mahasiswa Islam UM dan Kesatuan Mahasiswa.

 "Chang Lih Kang (ADUN Teja yang juga Setiausaha AMK Malaysia) dan Tan Kar Hing (ADUN Simpang Pulai dan Naib Ketua AMK Malaysia) dalam perjalanan ke Seri Iskandar untuk membantu.

 "Saya sendiri kebetulan akan berada di Seri Iskandar esok dan sekiranya mereka masih belum dibebaskan, saya akan cuba untuk berjumpa dan berurusan dengan pegawai yang terlibat," kata Rafizi dalam kenyataannya.

Komen pembaca:

Ewan Sn · Bekerja di Strawberry Cards
Pemimpin UMNO suruh ketua polis..ketua polis suruh polis bawahan...maka ditangkaplah anak-anak muda tersebut. Makanya jangan salahkan polis, polis hanya menjalankan arahan. Ayuh tangkap, tangkap dan tangkaplah lagi!! Jangan pikir tangkapan bodoh seperti itu akan menggerunkan lagi rakyat untuk melawan penguasa yang rasuah perompak penyamun harta negara. Mereka yang bertindak, bersuara dan melawan penguasa perompak penyamun wang negara adalah mereka yang lebih sayangkan negara. Tapi sekarang pemimpin yang rasuah, yang songlap harta rakyat disanjung dipuja diangkat sebagai pemimpin agong sebaliknya mereka yang bersuara lantang di siasat, di tekan, ditangkap dan dipenjara!! Kamu ingat kamu siapa? Tunggu sahaja saat dimana rakyat bangkit menghumban kamu ke longkang hina...

Apapun jangan takut atau gerun dgn tangkapan bodoh seperti ini kerana sejarah perundangan negara lebih memihak kepada mereka. Hampir semua tangkapan bodoh seperti ini oleh polis atas arahan pimpinan UMNO telah menang saman dan pihak polis diarahkan membayar puluhan juta menggunakan duit rakyat sebagai gantirugi kepada mereka yang ditangkap secara bodoh seperti ini..

Selamat menyambut kemerdekaan buat semua rakyat dan pemimpin yang baik..sayangi negara, peliharalah negara. Pilihla pemimpin yang baik dan humbankan pemimpin yang korup..merdeka...merdeka..
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151115551237211&set=a.89843112210.81579.796362210&type=1&theater

Nordin Kcd : Kita jangan memandang rendah terhadap pemikiran dan pendapat generasi muda hari ini. Walau pun generasi hari ini tidak lagi menikmati kebebasan bersuara seperti mana generasi sebelum AUKU diperkenalkan dulu, namun pendedahan maklumat di alam maya mampu membuka minda mereka untuk melihat sesuatu itu dengan lebih objektif berbanding generasi sebelumnya.

Sukari Fdm · Johor Bahru : Sapo MO1 tu, penjenayah ke atau orang berbudi pekerti?....Kalau penjenayah tidak dibenarkan menangkapnya, maka kita sokong penjenayah..tapi pelajar tak patut panjat pangar UiTM tu, sebab itu dikira menceroboh

Nordin Kcd Sukari Fdm :  - Dosa kesalahan panjat pagar itu sudah tentu tidak setanding dengan dosa Penyangak yang kebas duit berbilion-belion ringgit hingga mendorong anak muda ini protes dengan memanjat pagar.

Yusoff Ariffin · UiTM Dungun, Terengganu Sukari Fdm: kalu tahu ia memang penjenayah, kita sokong, senang2 dapat dosa jenayah yg dilakukan. Islam kutuk jenayah yg dilakukan dan diberi dosa. kalau melibat org ramai, maka seramai mana dinyanya, sebanyak itu dosanya. hapus dosa kena mohon ampun kpd Allah ttpi dosa kpd manusia kena mintak seorg2 diampunkan dosa. larat ke kamu?

Kyototan Abdul · Kuala Lumpur, Malaysia: Pemuda adalah peminpin masa depan negara. Lawan tetap lawan yang disyaki perlu ditangkap dan hadapi kemahkamah. MO1 perlu ditangkap jika tuduhan Doj itu dibukti.

Talib Hussain · Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan: dini hari sudah tidak ada kebebasan utk ahli2 akedemik sebab semua di patahkan oligh pdrm...fikirlah apa akan jadi msia seterusnya...

Ali Mamati Ali · Owner di Stay-at-home parent : Yang macam ni cepat je tangkap,,, dia orang bukan pengganas pun,, tapi yang rembat duit buat tak tau je,,, inilah polis malaysial.

sumber