September 3, 2015
Genap 3 purnama, selepas “roadshow” pertama di Bakri, Muar, Johor, pada tanggal 16 Jun 2015, negara bakal menyaksikan pelancaran rasmi atau “official launching” sebuah parti politik Islam, pada tanggal keramat 16 September, 2015 ini.
Pada 31 Ogos, 2015 lalu, tarikh bersejarah dalam naratif sejarah negara-bangsa ini, sebuah NGO, Gerakan Harapan Baru (GHB) mengakhiri satu penantian umat dan rakyat. Ya, memilih membuat satu pemakluman bersamaan hari Merdeka dan selepas Bersih 4.0, yang hebat itu, bukan satu pilihan mudah. Takut tenggelam.
Namun, diukur di segi liputan akhbar cetak penguasa politik, serta lebih nyata lagi di media sosial milik rakyat, pimpinan GHB boleh menarik lafaz lega dan bersujud syukur.
Kegiatan melatari pemakluman
Memendekkan cerita, GHB mendahului usaha-usaha penubuhan parti ini, dengan memohon pendaftaran sebuah parti Islam baharu yang diberi nama Parti Progresif Islam (PPI).
Segala ikhtiar dibuat dalam rangka hak yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Memahami akan kesukaran untuk mendapatkan kelulusan sebuah parti baharu melalui pengalaman di dalam negara ini, maka kami memanfaatkan wadah politik sedia ada. Cabarannya bukan sedikit.
Allah permudahkan segala usaha awal ini dengan membuka hati-hati beberapa aktivis sebuah parti yang sudah agak lama dorman. Maka pada 31 Ogos lalu, GHB secara rasminya mengumumkan kami pun memutuskan untuk muncul melalui sebuah parti politik golongan pekerja dengan nama Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia atau “Parti Pekerja Malaysia” (Workers’ Party Malaysia).
Ada pun pindaan penggunaan nama dan logo Parti Amanah Negara dengan singkatan Amanah, akan kami kemukakan selepas ini kepada pihak Pendaftar Persatuan (RoS) kerana semua hal “meregularsasikan” parti ini telah kami lakukan. Dengan permulaan ini, ia sekali gus menampilkan sebuah lagi parti politik Islam di tanah air kita ini.
Latar belakang kelahiran parti politik Islam
Kelahiran wadah politik baru ini adalah tindak balas kami kepada pelbagai dimensi keresahan dan desakan rakyat akibat kemelut dan krisis yang menyelubungi negara.
Ketempangan tadbir-urus ekonomi serta kebejatan pengurusan kewangan negara terserlah dengan lambang kebobrokan pelbagai skandal besar 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Terkini adalah bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi penerima “donations” paling mega dalam dunia.
Kegagalan mengurus khazanah kekayaan secara baik dan mapan meletakkan negara berhutang besar, hilang daya-saing serta susut nilai mata wang negara secara mendadak serentak menjadikan negara tidak lagi merupakan destinasi pilihan pelabur.
Rakyat pula terus dicekik dengan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang regresif dan lebih ganas membebankan golongan berpendapatan rendah dan rakyat teramai. Jurang kaya-miskin terus melebar.
Perbalahan dan api perkauman serta sensitiviti antara agama terus dibakar. Wadah-wadah politik dan NGO yang tidak memahami erti mengurus kepelbagaian serta nilai hakiki perpaduan, kedamaian dan kesejahteraan rakyat seperti dianjurkan syariat Islam merintangi erti dan tuntutan “mengongsi negara ini” atau ‘sharing the nation’.
Institusi-institusi kritikal negara gagal “menyemak-imbang” kuasa eksekutif yang terus-terusan memandulkan cabang judisiari dan legislative. Episod-episod keangkuhan pihak eksekutif amat ketara mutakhir ini. Ia tidak lagi perlu huraian.
Meneliti konstruk politik mutakhir
Peranan pembangkang dalam menyemak-imbang penguasa ditanggapi umum sebagai “berjaya dan berkesan”. Hakikat ini lebih ketara lagi apabila muncul sebuah ‘konstruk politik’ pasca pilihan raya umum ke-12 dan ke-13, yang bolehlah disebutkan sebagai sebuah pola “sistem 2-parti”.
Komitmen serta gandingan ketiga-tiga komponen parti pembangkang; Parti Islam SeMalaysia (PAS), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mampu menampilkan satu alternatif kerajaan dalam penantian atau ‘the government in waiting’.
Di peringkat negeri Pakatan Rakyat (PR) pernah memerintah 5 buah negeri pasca pilihan raya umum ke-12. Mengecap sokongan popular ke paras 52% seluruh persekutuan adalah bukti meyakinkan.
Gerakan dan politik Islam berhajatkan penerusan muafakat politik
Kini malangnya, PR sudah berakhir. Meskipun menjalankan beberapa tadbir-urus dalam negeri-negeri yang masih diperintah, hakikatnya PR sebuah koalisi politik sudah terkubur. Koalisi politik ditakrif dengan pemeteraian dasar-dasar bersama yang didukungi keyakinan dan komitmen serta iltizam oleh kesemua parti komponen koalisi.

Rentetan perbalahan yang panjang dan berliku-liku, memperlihatkan tahaaluf siyasi tidak dapat diteruskan. Berlatarbelakangkan ketempangan kepimpinan negara yang tersebut di atas dan dengan dinamik ‘kebrentakan’ yang berlaku dalaman Pakatan Rakyat, usaha untuk ‘mentajidkan’ atau menghidupkan koalisi atau tahaaluf, adalah antara ‘winning formula’ yang sangat penting dalam waqi’ atau realiti demografi politik negara ini.
Misi Islam yang syumul serta bertindak secara inklusif
Berteraskan seluruh dinamik ini, maka penampilan wadah baru ini yang menawarkan Islam sebagai rahmat kepada seluruh alam akan lebih dirasai umat dan rakyat seluruhnya.

Islam yang syumul serta bertindak secara inklusif dengan tidak mengasing dan meminggirkan mana-mana segmen rakyat adalah penting.
Ia membezakan perjuangan yang ditanggapi tertumpu kepada perjuangan melindungi serta memenangkan kepentingan umat Melayu Islam dalam konteks politik di negara ini.
Ia berbeza dengan ideologi nasionalisme Muslim atau ‘Muslim Nationalism’, yang mungkin dalam konteks negara-bangsa ini punya naratif perjuangan yang terwarna dan terangkum dalam erti dan penonjolan doktrin supremasi Melayu Islam atau ‘Melayu Muslim supremacist doctrine’. Sangat rumit dan bahaya kalau tidak dibuat kejelasan bagi Politik Islam.
Keperluan kejelasan ‘Islam Yang Inklusivist’ (Islam Yang Merangkumi Semua) untuk mewujudkan perbezaan atau ‘tamayyuz’ (distinction) dari fahaman ‘Muslim Nationalism’ adalah wajar dan mendesak.

No comments:
Post a Comment