Bekas bos SB cabar Rosmah jawab sendiri tuduhan
Anne Muhammad
Bekas
timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) polis Datuk Abdul Hamid Bador menggesa
isteri perdana menteri Rosmah Mansor tampil menjawab sendiri dakwaan terhadapnya
dan tidak menggunakan orang tengah.
Hamid
perkata Rosmah tidak perlu menggunakan pembantunya Datuk Rizal Mansor untuk
bercakap bagi pihaknya.
“Sanggupkah
Rosmah sendiri tampil buat penafian? Dia tak boleh bercakap sendiri ke?
“Sudah
tentu, dia (perlu) jawablah,” katanya kepada Malaysiakini.
Isnin lalu, Hamid membangkitkan persoalan kepada Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama ada pertukarannya ke Jabatan
Perdana Menteri dibuat dalam "mesyuarat tergempar"
dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan turut dihadiri
Rosmah.
Bagaimanapun semalam Rizal dengan keras menafikan dakwaan
Rosmah menghadiri mesyuarat tergempar seperti yang didakwa.
Sementara itu, Hamid juga
membangkitkan isu berkaitan amalan membeli-belah Rosmah yang didakwanya
menyusahkan pegawai dan pengiringnya.
“Selama
ini dia banyak menyusahkan pegawai saya. Suka membazir waktu 'bershopping'
sakan. Berjam-jam lamanya pegawai polis kena iring.
“Aktiviti
dia (Rosmah) itu memaksa kerajaan tanggung kos lebih untuk bayar elaun
pegawai-pegawai untuk iring,” dakwanya.
Rizal: Tunggu berita siar
dulu
Menjawab
soalan, Hamid berkata beliau tidak bimbang dikenakan sebarang tindakan atas
kenyataan pedasnya itu.
“Saya
tidak takut mati pun. Sudah saya buktikan waktu Ops Daulat (dalam kes
pencerobohan Lahad Datu). Lagipun saya tidak percaya ilmu-ilmu ghaib, bomoh,
hantu puaka. Kuasa Allah mengatasi segalanya.
“Kalau
saya perlu pergi ke mahkamah, lagi bagus. Senang untuk saya dedahkan semuanya,”
katanya.
Sementara
itu, Rizal ketika dihubungi Malaysiakini enggan
mengulas lanjut sebaliknya menunggu berita ini disiarkan terlebih dahulu.
"Nanti
saya jawab. Siarkan dahulu berita Datuk Abdul Hamid (gambar) ini dulu,"
katanya.
Malaysiakini sedang
cuba mendapatkan reaksi Rizal lagi hari ini.
No comments:
Post a Comment