Anak Melayu belajar
dari tadika sampai universiti semua mengikut SUKATAN PELAJARAN. Umur 25 tahun
baru masuk bidang pekerjaan selepas selesai ijazah sarjana. Umur 60 tahun dah
bersara walaupun sihat untuk bekerja sampai umur 80 tahun. Baru nak pandai dan
bijak, dah kena bersara. Bila ada anak, jawatan bapak dalam kerajaan tak boleh
diwaris kepada anak
Anak Cina Triang tak
pergi sekolah macam saya. Tapi umur 14 tahun dah ambil alih kedai runcit bapak
dan mereka BELAJAR TANPA SUKATAN PELAJARAN (Pelajaran mereka tiada sukatan dan
tiada batasan). Umur 16 tahun dah buka cawangan. Umur 19 tahun buka supermarket,
umur 25 tahun semasa kita terima ijazah dan bergambar dengan topi leper berambu
itu mereka sudah ada cawangan supermarket seluruh negeri. Kita keluar dengan
segulung ijazah dan bekerja dengan mereka.
Perbandingan di atas
itu antara budak paling bijak Melayu dan budak drop-out Cina. Tidaklah kita nak
kata jangan pergi sekolah tetapi lihat juga orang Cina pergi sekolah, balik
sahaja sekolah tolong mak ayah jaga kedai. Orang Melayu balik rumah tengok
"Diari Akademi" and all the lagho thing.
Anak Melayu berhibur
pergi fun-fair di Pekan Triang dan tengok wayang di Odeon. Anak Cina jaga
kaunter tiket funfair dan Odeon yang orang Melayu bayar.
Orang Melayu Raya,
orang Cina yang kaya. Orang Cina raya, orang Melayu yang susah kerana semua
kedai Cina tutup.
Saya bukan nak rasis.
Tak semua Cina macam tu, tak semua Melayu begitu. Tapi untuk maju, lihatlah
keburukan diri untuk diperbaiki dan lihatlah kebaikan orang untuk
dicontohi.
Belajar BERSUKATAN atau
belajar TIADA SUKATAN? Menteri boleh kata sistem pendidikan kita yang terbaik.
Mungkin ayatnya tidak habis, sistem pendidikan kita yang terbaik MENGHASILKAN
HAMBA DAN BUKAN TUAN. Jika benar sistem pendidikan kita yang terbaik, mengapa
Datuk Seri Hishamuddin Hussein semasa menjadi Menteri Pelajaran Malaysia tetapi
masih hantar anak ke Sekolah Antarabangsa? - mydebat.com
No comments:
Post a Comment