Thursday, September 17, 2015

Dalam al-Quran adan menyebut sesiapa yang mengagungkan bangsa adalah Yahudi.

Annuar Musa dinasihat jangan jadi seperti Yahudi

 
Wan-Ji-Wan-Hussin_Annuar-Musa_600


PETALING JAYA: Kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan perkauman itu dituntut dalam Islam bagi mempertahankan hak adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Badan Pemantapan dan Pemahaman Agama, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wan Ji Wan Hussin berkata, kenyataan Annuar itu boleh merosakkan imej Islam.

Malah, katanya, kenyataan Annuar itu juga seolah-olah mengikut jejak langkah Yahudi kerana dalam al-Quran ada menyebut sesiapa yang mengagumkan bangsa adalah Yahudi.

“Di Malaysia, terdapat pelbagai agama yang dianuti, seperti Hindu, Buddha, Kristian termasuk agama Islam.

“Semua agama ini tidak menyeru kepada perkauman,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Selangor turut memberi amaran supaya Annuar jangan mengaitkan Islam dengan perkauman.

Katanya, perbuatan itu seperti mahu merendah-rendahkan martabat Islam di hadapan penganut agama lain.

“Sebagai orang beragama Islam, sewajibnya Annuar menonjolkan Islam sebagai agama yang memberi rahmat sekalian alam, bukan memberikan imej buruk pada Islam sehingga sanggup selewengkan Islam yang kononnya pro-perkauman,” katanya.

No comments:

Post a Comment