Tuesday, September 8, 2015

Ahli Parlimen BN hipokrit kerana hanya berani di laman sosial


Mereka hanya berani mengkritik Najib Tun Razak di laman sosial tetap tidak berani membuat usul dan menyokong undi tidak percaya di Parlimen.

mazfuz,najib

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersikap hipokrit kerana tidak berani membuat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar turut menyelar tindakan segelintir Ahli Parlimen BN yang hanya berani mengkritik di laman sosial tetapi tidak berani bersuara dalam Parlimen.

“Saya tak percaya kepada Ahli Parlimen BN kerana mereka tidak bersungguh untuk mengusulkan undi tak percaya itu.

“Saya nampak Ahli-ahli Parlimen BN memilih untuk ‘redha’ Najib terus jadi Perdana Menteri dan melihat keadaan negara terus berada dalam krisis,” katanya kepada pemberita di Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-36.

Bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu berkata, usul undi tidak percaya juga tidak dapat diteruskan sekiranya tidak mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen BN.

“Untuk apa kita nak usul undi tak percaya sekiranya tidak mencukupi,

“Usul itu hanya boleh diambil apabila mempunyai bilangan mencukupi untuk usul itu menang dan menolak Najib daripada menjadi Perdana Menteri,” kata bekas Ketua Penerangan Pas itu.

Mahfuz berkata, Ahli Parlimen BN yang tidak menyokong Najib sepatutnya memberi kenyataan yang jelas sekiranya mahu usul undi tak percaya terhadap Najib diteruskan.

No comments:

Post a Comment