Thursday, September 3, 2015

Pengerusi Transparency International sarankan siasatan bebas dari campor tangan politik

 Pengerusi Transparency International Jose Ugas mensarankan kerajaan Malaysia supaya menubuhkan satu badan siasatan bebas dari campur tangan politik untuk merungkaikan misteri dana RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi PM Najib.

"Janji-janji sahaja tidak (cukup) untuk memulihkan keyakinan dan kepercayaan (orang awam)," tegas Ugaz sewaktu berucap di perasmian Persidangan Antarabangsa Pemncegahan Rasuah yang diadakan di Kuala Lumpur bermula pada 3-6 September.

Memang benarlah sebagaimana telahan Pengerusi Transparency International (TI) Jose Ugaz  dalam ucapannya itu, bahawa kita pasti akan mendengar kata-kata mulus dari menteri atau orang yang suka mengampu.

"Kerajaan telah mengambil langkah-langkah dan inisiatif untuk menangani rasuah .... Kerajaan komited memerangi rasuah .... " .....itulah yang perkataan yg lazim meluncur keluar dari mulut mereka untuk menyakinkan rakyat.

Apa tidaknya, maka keluarlah sungguh kenyataan seumpama itu oleh dua orang menteri kaki ampu Najib, Zahid Hamidi dan Low Seng Kuan :
Kerajaan Malaysia serius dalam membanteras gejala rasuah dan ini terbukti dengan peningkatan jumlah sabitan kes, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  di sini.
Sebelum ini , Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata :

"Malaysia komited untuk melindungi kesucian dan kebebasan institusi awam dan kami sedang dalam proses pengukuhan SPRM dan Pejabat Ketua Audit Negara," katanya di sini.
Zahid dan Paul Low Seng Kuan berkata demikian diwaktu rakyat baru sahaja menyaksikan beberapa siri drama pelik tetapi benar berlaku didepan mata mereka.

Drama bagaimana seorang Peguam Negara ditukar serta merta dan pasukan taskforce yang menyiasat 1MBD dibubarkan. 

Pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dengan penyiasatan 1MDB telah ditukarkan dan disoalsiasat oleh polis.

Beberapa anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah dinaikan pangkat menyebabkan siasatan 1MDB ditangguhkan hingga kini.

Ketua SB tidak disambung kontraknya dan Timbalannya pula secara tiba-tiba ditukarkan ...


Apakah tidak cukup pelik lagi apabila Menara Bukit Aman di tingkat 10 boleh terbakar?

"Kami juga boleh mendengar janji-janji pembaharuan. Tapi itu bukan apa yang diperlukan pada masa ini. Dan janji-janji sahaja tidak akan memulihkan keyakinan dan kepercayaan," kata Ugaz.

 Beliau mengemukakan dua soalan yang perlu dijawab dan menurutnya hanya ada seorang lelaki yang boleh menjawabnya dengan betul.

 1) Siapa yang beri wang itu dan mengapa? 
 2) Ke manakah wang tersebut ? 

Zahid Hamidi dan Paul Low Seng Kuan atau sesiapa pun tidak mampu menjawabnya dengan tepat tanpa menggunakan lidah bercabang.

 Soalan-soalan Dr Mahathir pasal siapa Pak Arab itu pun Zahid Hamidi terkencing-kencing nak jawab....

Kita harap SPRM akan segera mengambil keterangan dari Najib. Pada 5 Ogos lalu, SPRM memaklumkan bahawa Najib akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaunnya.

Tapi bila Timb Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan), Datuk Mustafar Ali ditanya bila nak panggil Najib? 

“Tak perlulah saya komen mengenai perkara itu. Status siasatan sekarang adalah ianya masih dijalankan, itu sahaja yang saya boleh katakan tanpa mengatakan apa, siapa, bila dan segala yang berkaitan," katanya di sini 

 Kalau tidak ada sesiapa yang mampu menjawabnya malah Najib sendiri pun tak mahu jawab, maka Ugas mensarankan supaya satu siasatan bebas dari campur tangan politik perlu diwujudkan untuk mendedahkan misteri dana RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi PM Najib.

Jika Zahid Hamidi dan Paul Low Seng benar-benar serius mahu  menyelesaikan isu berkenaan 1MDB dengan lebih telus, silakan ambil langkah sebagaimana yang disarankan oleh Pengerusi Transparency International itu dengan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI mengenai 1MDB.

No comments:

Post a Comment