Thursday, September 3, 2015

Isu baiah talak 3 : Kenyataan media Mat Sabu Pengerusi Parti Amanah Negara


Isu baiah talak 3 ni dah lama alim ulama' perbahaskan dan yang jelasnya ulama berbeza pendapat dalam bab ni. Jadinya ikut suka la kut nak berpegang pada 'mazhab' mana.

Sehari dua ni politik Malaysia kecoh dengan isu baiah talak 3 calon PAS Kelantan untuk PRU13 yang lepas atau lebih sepesifik lagi khas ke atas Dr. Hatta Ramli yang lompat dari PAS ke parti Islam baru Parti Amanah Negara.

Ust Nik Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan merangkap Naib Presiden PAS paling awal jatuhkan hukum Dr. Hatta dan isteri kompom bercerai dengan talak 3.

Yang lebih mengejutkan, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad tanpa ada perbicaraan di mahkamah terus jatuhkan hukum sama macam Ust Nik Amar.


Kat bawah ni aku kopipes Kenyataan Media oleh Mat Sabu, Pengerusi Parti Amanah Negara berkenaan isu ni.
KENYATAAN MEDIA

ISU BAI'AH: AHLI DIMINTA BERSABAR, RUJUK ULAMAK MUKTABAR

www.harapanbaru.com

Saya selaku Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) meminta semua ahli, khususnya mereka yang berasal daripada PAS dan kini menyertai parti Amanah, supaya mempunyai kesabaran paling tinggi terutama dalam menghadapi isu bai'ah ini.

Dalam menghadapi isu ini, saya menasihatkan ahli supaya berpeganglah kepada pandangan mana-mana ulamak atau mazhab atau perbezaan pandangan selagi ia ada kelonggaran.

Janganlah kita berpegang kepada satu-satu pandangan sahaja. Rujuklah kepada pandangan ulamak muktabar di Malaysia dan juga dari luar negara.

Bagi saya, pandangan Sheikh Dr Yusof Al-Qaradhawi, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin dan juga pandangan daripada Mufti Perlis dan Pulau Pinang harus diambil kira dalam hal bai'ah ini termasuk isu menceraikan isteri.

Sekali lagi saya menyeru kepada mereka yang terlibat dalam hal ini, agar meletakkan kesabaran paling tinggi dan bertawakal kepada Allah, dan pada masa yang sama, berpeganglah kepada pandangan yang paling ringan di antara pandangan-pandangan ulamak yang boleh diterima pakai.

Sesungguhnya, ini adalah sebahagian ujian kecil yang sedang kita lalui bersama, dan banyak lagi ujian besar yang kita akan hadapi.

Paling penting adalah, untuk kita melepasi ujian-ujian ini dan pada masa sama mencapai keredhaan Allah sebagai matlamat tertinggi kita.

HJ MOHAMAD BIN SABU
Pengerusi
Parti Amanah Negara
3 September 2015
Pada aku isu ni mudah saja, isu baiah taklik talak 3 ni dah lama alim ulama' perbahaskan dan dah ada ulamak macam Dr.Yusuf Qardawi 'fatwakan' yang baiah tu tak sah. Yang jelasnya ulama berbeza pendapat dalam bab ni.

Jadinya ikut suka la kut nak berpegang pada 'mazhab' mana. Tak berapa nak kena kutkalau kita paksa orang lain ikut mazhab yang kita pegang.

Tapi kalau ada yang tak puas hati jugak, nak jugak Dr. Hatta dan isteri bercerai berai, boleh la bawak kes ni ke Mahkamah Syariah, biar mahkamah yang putuskan.

Pun begitu, keputusan mahkamah syariah jugak kompom takkan dilihat adil sebab awal-awal lagi Ketua Hakim Syarie Kelantan dah jatuhkan hukuman diluar mahkamah,tanpa ada pendakwaraya, tanpa ada peguam bela dan tanpa keterangan saksi-saksi.

No comments:

Post a Comment