PERANG BERMULA......
apabila SB cuba geletek First Lady.
Tranungkite
Mulanya sekadar percikan api sahaja.Kini api sudah membesar.Nampaknya
muncung "pistol" SB menghala ke arah isteri PMNajib.Di ungkitnya masa
dan tugas mengiringi First Lady.Dulunya "muncung pistol" di hala ke arah
Menteri Polis Zahid hingga Zahid mendakwa kepala mantan orang kedua SB
ini sudah "masuk air".
Tidak pernah dalam sejarah dunia,SB cuba "bergocoh" dengan wanita
bertaraf First Lady.Regim Marcos dulu tumbang pun bukan kerana SB tumbuk
Imelda.Begitu juga bukan SB yang sepak Farah hingga tersungkur Shah
Iran.Juga bukan SB yang terajang Ibu Tien hingga Suharto tewas.
Hebat juga perjuangan SB ini.Sanggup berjuang hingga "titisan darah
terakhir".Sudah alami pengalaman "bertempur" dengan Tentera Solo dalam
Lahad Datu War.Sanggup di kerat 16 demi pertahan Dr Mahathir.Tentunya
mudah semudah "kacang" untuk "bertempur" dengan First Lady walaupun
barangkali senjata ampuh First Lady adalah bomoh,dukun dan hantu puaka.
Sama-sama kita tunggu kesudahannya.Cumanya kita teringat "kisah zaman
silam" hebatnya SB "berperang" dengan PAS. Ramai aktivis PAS di sumbat
dalam Kem Kamunting,ramai guru PAS di eksport ke Sabah Sarawak hasil
"kerja tangan" laporan SB.Ramainya aktivis PAS di ziarahi SB lewat larut
malam,di takut-takut dan diugut..
Kini apabila Bos SB dan orang keduanya SB di masukkan dalam "peti sejuk"
JPM,barulah berbunyi suara-suara aneh.Baru kini SB merasai betapa
"enaknya" berkhidmat atas dasar politik.Apabila berkhidmat atas dasar
politik maka bersedia hadapi tindakan politik.
Dulu kita seronok sakan ikut arahan orang politik untuk bertindak ke
atas rakyat yang membayar gaji mereka.Tangkap,sembur air,pukul,sepak
terajang bahkan sanggup tembak rakyat di Memali.Kini segalanya terkena
atas batang hidung kita sendiri.Baru anda tahu betapa jahat dan kejamnya
UMNO apabila anda berpaling arah !
Anda boleh beralasankan keselamatan negara atau apa sahaja 1001 hujah
anda apabila terkena batang hidung sendiri. Ini adalah isu politik UMNO
semata-mata.Ini adalah "peperangan lanun-lanun" semata-mata.Dulu rakyat
jadi mangsa.Kini giliran SB pula.
Apabila ada sebahagian lanun-lanun tidak mendapat bahagian hasil
lanunannya ke atas harta rakyat,maka berkokok dan mengamuklah
mereka.Maka untuk menarik perhatian rakyat agar menyokong kumpulan lanun
yang tewas mengecapi hasil rompakan harta rakyat,di laungkan isu
keselamatan negara.Skrip yang sama diulang-ulang.
Ketika DS Anwar dilebam-lebamkan matanya oleh IGP dan dalam masa yang
sama PM Mahathir dakwa Anwar pukul kepalanya sendiri,di mana anda wahai
segala mantan SB ? Adakah ketika itu anda masih bersifat "barua dan
macai UMNO" dan belum "sedar" lagi permainan keparat UMNO?
Apapun,di harapkan pos kawalan kem-kem tentera diperketatkan lagi
keselamatannya agar gedung senjata tiada berlaku kecurian bahan letupan
C4 !
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Ketidakhadiran 10 Ketua UMNO Bahagian di Kedah pada mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri di ibu negara semalam menunjukkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir semakin kehilangan pengaruh dalam UMNO Kedah.
Keengganan 10 Ketua UMNO Bahagian Kedah menghadiri mesyuarat itu juga merupakan satu tamparan kepada kredibiliti kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.
Ia juga berkemungkinan petanda paling jelas betapa tempoh beliau sebagai Menteri Besar dan pemimpin nombor satu UMNO Kedah semakin menghampiri titik noktahnya, menepati spekulasi dan khabar angin yang bertiup kencang akhir-akhir ini.
Bagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, apa yang berlaku semalam boleh disimpulkan dengan lebih tepat sebagai 'undi tidak percaya' oleh kepimpinan UMNO Kedah terhadap Mukhriz.
"Ia (ketidakhadiran Ketua UMNO Bahagian Kedah) macam undi tak percaya pada Mukhriz," katanya dan menambah, ia hanya akan memburukkan lagi krisis kepimpinan yang sedang berlaku di Kedah.
Ahmad merupakan pengkritik paling lantang terhadap kepimpinan Mukhriz di Kedah dan telah beberapa kali meminta anak bekas Perdana Menteri keempat itu meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.
Bekas setiausaha Barisan Nasional Negeri serta bekas exco itu adalah pemimpin yang mahukan Mukhriz meletakkan jawatan berikutan kegagalannya menyokong secara terbuka kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah semalam itu, lima Ketua Umno Bahagian di Kedah yang hadir adalah Mukhriz (Jerlun), Datuk Abdullah Hashnan (Kuala Kedah), Datuk Paduka Rozai Shafian (Pendang), Said Ali Said Rastan (Pokok Sena) dan Datuk Tajul Urus Mat Zain (Merbok).
Rozai juga merupakan Speaker DUN Kedah, manakala Tajul Urus merupakan anggota exco kerajaan negeri.
Antara nama-nama besar yang tidak hadir dalam mesyuarat semalam itu termasuk Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Alor Setar), Datuk Mahdzir Khalid (Padang Terap), Datuk Johari Baharom (Kubang Pasu), dan Datuk Jamil Khir Baharom (Jerai).
UMNO Negeri Kedah mempunyai 15 bahagian. - MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment