Wednesday, May 18, 2022

APA KHABAR INDONESIA. ANDA HANTAR KAMI PEKERJA..KAMI HANTAR ANDA PELAWAK


 HELLO INDONESIA, kamu hantar kepada kami pekerja, kami hantar PELAWAK!

Idea dari komentar Facebook Zunar Cartoonist Fan Club
May be a cartoon

Altantuya minta polis siasat Razak Baginda jika ‘sesuatu’ berlaku kepadanya, mahkamah diberitahu

 


freemalaysiatoday.com
V Anbalagan
-May 18, 2022 6:00 PM
Altantuya Shaariibuu memberitahu polis dia datang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan wang yang dijanjikan Abdul Razak Baginda kepadanya.

SHAH ALAM: Warga Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaariibuu menyatakan dalam laporan polisnya supaya menyiasat Abdul Razak Baginda sekiranya berlaku apa-apa ke atasnya, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Pegawai Penyiasat Tonny Lunggan berkata, ia adalah salah satu sebab mengapa penganalisis politik itu ditahan pada 7 Nov 2006.

Dia memberi keterangan dalam saman kecuaian yang difailkan terhadap Razak, kerajaan dan dua anggota polis oleh keluarga Altantuya.

Dalam prosiding sebelum ini, Koperal Nurwazlihawa Ibrahim berkata, beliau menerima laporan daripada Altantuya di Balai Polis Tun HS Lee di Jalan Bandar, tengah hari 19 Okt 2006.

Laporan dua muka surat itu berkata, Altantuya telah datang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa Razak dan mendapatkan wang yang dijanjikan kepadanya dan akan kembali ke Mongolia selepas itu.

Dia berkata, Razak telah mengancam nyawa dan memeras ugutnya melalui beberapa “surat bodoh”.
Tonny Lunggan.
Tonny hari ini memberitahu mahkamah bahawa polis tidak dapat merekodkan kenyataan Altantunya kerana dia telah hilang selepas itu dan kemudian dilaporkan meninggal dunia.

“Laporan perlu disiasat kerana dia hilang selepas itu. Lebih-lebih lagi apabila sepupu Altantuya, Namiraa Gerelmma, turut mengaitkan Razak dalam laporan polisnya,” kata saksi ke-26 itu dalam kenyataan saksinya.

Beliau berkata, polis menahan Razak pada 7 Nov dan penganalisis politik itu membuat laporan polis pada 23 Okt bahawa Altanyuya membuat kekecohan di luar rumahnya di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 17 Okt.

Tonny berkata, Razak juga menyatakan dalam laporan itu bahawa pada 20 Okt, seorang lelaki dan dua wanita warga asing berada di luar rumahnya dan membuat kecoh.

“Razak, dalam kenyataannya yang dirakamkan pada 30 Okt juga mendedahkan bahawa dia telah memaklumkan kepada Azilah (Hadri) mengenai kekecohan yang berlaku pada 17 Okt lalu,” kata Tonny.

Beliau berkata, siasatan kemudian mendedahkan Azilah dan Sirul Azahar Umar tidak pernah mengenali Altantuya.

“Adalah jelas bahawa Razak terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam perbicaraan kes saman kecuaian yang difailkan bapa Altantuya, Setev, isterinya Altantsetseg Sanjaa dan anak Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal.

Kepada soalan Sanget Kaur Deo, yang mewakili keluarga itu, Tonny berkata, beliau tidak tahu mengapa Razak membuat laporan pada 23 Okt sedangkan Altantuya pergi ke rumahnya pada 17 Okt.

Plaintif menamakan Razak, kerajaan serta bekas pegawai polis, Sirul dan Azilah sebagai defendan dalam saman itu.

Keluarga itu mendakwa wujud konspirasi dalam pembunuhan Altantuya dan menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk tuntutan tanggungan.

Altantuya dibunuh antara 10 malam pada 19 Okt 2006 dan 11 pagi keesokan harinya di hutan Puncak Alam, Selangor. Dia ditembak di kepala sebelum badannya diletupkan dengan bahan letupan.

Razak, yang merupakan pembantu kepada timbalan perdana menteri ketika itu, Najib Razak, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul, tetapi dia kemudian dibebaskan tanpa pembelaannya dipanggil.

Sirul dan Azilah, yang merupakan anggota polis daripada Unit Tindakan Khas telah disabitkan kesalahan pada 2009 oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh Altantuya.

Mereka berjaya membatalkan sabitan di Mahkamah Rayuan pada 2013, tetapi Mahkamah Persekutuan pada 2015 menukar sabitan dan menjatuhkan hukuman mati. Sirul melarikan diri ke Australia sebelum keputusan dibuat.

Sirul, yang ditahan di pusat tahanan Australia, mahupun Azilah, yang dihukum mati di Penjara Kajang, tidak mencabar saman itu.

Perbicaraan di hadapan hakim Vazeer Alam Mydin Meera bersambung.

Debat Yang Bukan Debat Perdana.

 




1. Saya dah agakdah. Debat perdana menjadi debat antara dua tongong. Seorang bekas banduan dengan banduan yang belum dipenjarai.

2. Seorang dah served time. Seorang lagi lanun bugis sesat, mereka 1001 cerita mengelak dari dipenjarai.

3. Berpandukan kualiti debat semalam,kalau debat seperti itu dianjurkan lagi,maka penonton kena makan pil menahan muntah.

4. Isiu pokok yakni sapura energy berhad hanya sedikit disentuh. Soal2 lain menggerhanakan isiu SEB.

5. Yang kita dengar ialah cerita2 dongeng mengenai kek, forensic auditing, cash is king dll. Macam shuib kata pening la.

6. Hanya kerana tun razak pernah menggunakan analogy kek, tidak menjadikan hujjah yang dangkal menjadi lebih relevan.













7. Pembagian kek sebenarnya menjadi simbol insentivity dan ketidak adilan,wok ai.

8. Analogy cake ini sesungguh nya menjadi simbol ketidak adilan. Tun razak tidak dapat membayangkan nya. Samdol!

9. Bila Mary Antoinette di beritahu orang tidak ada makanan asas, dia disebut sebagai berkata qu'ils mangent de la brioche. Let them eat cake.

10. Orang tengah lapar,si lahabau ni boleh kata kita perbesarkan kek. Kek lama dah dibalun olih geng2 matlaon umno. Bukan irisan, cebisan adalah.

11. Jawa penorogo bagan latoh, berharap tidak ada rhetorik. Namun itulah yang disebut dek lanun bugis. Cash is king.

12. Slogan cash is king dan king itu rakyat adalah rhetoric dan klentong kosong sahaja.

13. Rakyat itu king adalah pembohongan najib yang terbesar. Bukan itu yang dimaksukan sibibir merah ini.

14. Yang dimaksudkan najib ialah sogokan dapat menyelesaikan semua tentangan dan bantahan rakyat. Sogok je seratus dua,semua beres. Beri 200 rakyat terus mengundi lanun2.

15. Si mamu Anwar pula bercakap mengenai forensic auditing. Wah..satu istilah besar yang datang dari graduan Malay Studies ini. Bisa dapat pencerahan dong?

16. Mengapa tidak mahu ujudkan satu jabatan forensic audtiing yang khusus unuk siasat bukan saja seb,malah semua mp untuk menjawab bagaimana mereka ada 100 juta?

17. Itu baru forensic auditing yang betul.

18. Saya mengarah pandangan saya sekrang kepada 2 hujjah fallacious najib bossku.

19. Pertama, kita mesti selamatkan SEB sebab ribuan perkerja dan multiplier effect pelaburan akan hilang kata si Najib.

20. Saya telah jawab hujjah dangkal ini dalam artikel bahasa inggeris saya dahulu. Jangan kita guna alasan menyelamatkan perkerja dan pelaburan.

21. Bukan bermakna dengan sekoyong koyong seb akan lesap seperti asap. Pemilik baru seb akan tetap menggajikan para perkerja. Yang korup, pemalas, dan tidak prodaktif akan dibuang dimana mana. Pemilik baru tidak akan membuat pelaburan ke? Takkan seb je yang tahu melabur?

22. Pemilik baru akan terus mengujudkan perkerjaan dan membuat pelaburan. Maka tidak relevan hujjah najib bahawa kita mesti selamatkan seb sebab seb saja yang boleh mengujudkan perkerjaan dan pelaburan.

23. Jika saham seb boleh dijual kepada petronas, kenapa tidak boleh dijual kepada pihak lain?Bukan petronas saja yang boleh gerenti untung. kemudian nak jual, sesiapa yang mampu boleh beli.

24. Saya harap publik malaysia,jangan delude themselves into believing ini satu debat perdana hanya kerana yang ambil bahagian bernama Najib dan Anwar.

25. Ianya jauh panggang dari api. Najib mengeluarkan hujjah2 yang bodoh dan anwar respond dengan kepetahan dia bercakap. Dari segi itu, anwar pemenang debat ini.

26. Ianya debat antara 2 banduan yang memualkan. Ia debat yang bukan debat perdana!

Saksi: UKSB taja Zahid dan isteri ke luar negara, sambut hari jadi dan raya

 



Bernama
Diterbitkan: May 19, 2022 7:30 AM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam diberitahu bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) telah menaja bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi melancong ke luar negara, sambutan ulang tahun isterinya dan hari raya.

Bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun berkata penajaan itu merupakan keutamaan sumbangan bulanan daripada syarikat tersebut dari 2014 hingga 2018.

“Terdapat juga beberapa bulan kami tidak membuat bayaran tetapi kami telah menggandakan bayaran pada bulan berikutnya untuk menampung bulan yang kami terlepas.

“Secara peribadi saya tidak menyimpan rekod pembayaran itu namun saya tahu David Tan (Pengurus Pentadbiran UKSB dari 2012 hingga 2018) menyimpan lejar mengenai bayaran bulanan itu yang ditunjukkannya kepada saya dari semasa ke semasa,” katanya ketika membaca pernyataan saksi dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Abdul Malik Ayob.

Terdahulu, saksi pendakwaan ke-15 itu mengesahkan bahawa UKSB telah menyerahkan wang tunai secara bulanan berjumlah antara SGD200,000 dan SGD520,000 kepada Ahmad Zahid dari 2014 kepada 2018 berhubung Kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Sebelum ini, saksi ketiga pendakwaan iaitu bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal imigresen Kementerian Dalam Negeri Siti Jalilah Abd Manap memberitahu mahklamah bahawa Ahmad Zahid telah melanjutkan kontrak UKSB bagi projek VLN meskipun kontrak sedia ada sah untuk tempoh tiga tahun lagi.

Menjelaskan bagaimana sumbangan itu bermula, Lee berkata Ahmad Zahid telah membayangkan bahawa dia memerlukannya untuk dana politik dan meminta saksi tersebut membantu dalam hal berkaitan Umno.
“Wang tunai itu disediakan oleh David Tan. Setelah siap, David Tan akan memberikan sampul mengandungi wang itu dan saya akan menghantarnya. Biasanya, kami bertiga iaitu Wan Quoris (Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani - pengarah UKSB), David Tan dan saya akan pergi sendiri ke rumah Datuk Seri Zahid namun hanya seorang yang diberikan tanggungjawab menyerahkan wang itu.

Saksi itu berkata tarikh penghantaran wang itu tidak ditetapkan dan bergantung kepada keselesaan Ahmad Zahid.

Dia berkata meskipun pembayaran itu dikatakan untuk dana politik, UKSB tidak pernah memasukkannya ke akaun Umno atau diberikan resit atau perakuan bagi pembayaran tersebut.

Lee juga berkata UKSB tidak akan memberikan wang itu kepada Ahmad Zahid jika dia tidak memintanya.

Dia berkata kali pertama bertemu Ahmad Zahid ialah pada Mei 2013 di Hospital Tawakal ketika anak Presiden Umno itu kemalangan dan dirawat di situ.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB ketika menjadi menteri dalam negeri untuk melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan membekalkan sistem VLN serta mengekalkan perjanjian kontrak bagi membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa meminta SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya serta Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan hakim Mohd Yazid Mustafa bersambung hari ini.

-Bernama

Pasaran Bebas Dan Sapura Energy. Bahagian 1/2.

 


1. Banduan2 nak berdebat mengenai sapura biaq pi lah. Saya memang kurang tertarik dengan banyak cakap dan cirit birit verbal. Itu pilihan peribadi saya. Saya tidak ada masaalah jika ramai pembaca budiman terpukau dengan debat segala. Racun pada saya,daging kepada orang lain.

2. Prejudis saya terhadap perdebatan,tetap kekal. Ia nya 'tricky'. Kita mudah terpukau dengan verbal gymnastics dan verbal acrobatics. Kita mudah tertaik dengan histrionics dan theatrics.

3. Manakala penulisan lebih teratur, tersusun dan rapi. Penhujahhan nya boleh dinilai berkali kali. Yang permanent lebih baik dari yang ephemeral.

4. Maka pada pendapat saya,kita sebenarnya meraikan perdebatan antara dua banduan. This tells a lot about the sad race.

5. Bangsa Melayu yang tidak ada harga diri,menutup mata terhadap kemungkaran, meraikan beberapa jam keserenokan debat diatas pentas. Yahoo.

6. Sesiapa nak validate kemungkaran olrh dua banduan,silakan lah. Misalnya umsu nak anjurkan debat itu silakan. Kita bukan tak tahu organisasi tersebut ada ramai betina dan lelaki tak sabar join the bourgeois class.

7. The above out of my chest,mari kita bincang topik asal. Penggunaan wang rakyat untuk menyelamatkan seteru pasaran bebas, sapura energy.

8. The econonomics behind the issue,dilupakan. Kita gantinya dengan melodramatics. Banduan liwat lwn lanun bugis. The sodomist vs the bugis buccaneer.

9. Kita sepatutnya biarkan seteru market economics seperti sapura untuk gagal. Pada tahun 202, ia rugi hampir 9bilion.

10. Mengapa saya kata seteru? Sapura mahukan semua perniagaan atau bisness bebas melakukan apa saja. Tapi bila datang ke bisness nya sendiri,apa2 keistewaan yang ia dapat hanya untuk ia saja. Makna nya ia mahu kebebasan umum tapi yang spesial untuk ia saja.

11. Jadi ia mahu special tax holidays, tax concessions, soft loan dan bila bermasaalah, kerajaan bantu. Bisnes lain biar kaput. Binawe punya syarikat!

12. Apa kita buat pada seteru?kita bunuh atau biarkan dia mampus!

13. Sistem ekonomi kita wok dahling,adalah sistem untung dan rugi tapi selalu disebut profit system je.

14. Bab rugi tu sama penting atau lebih penting dari bab untung. Ia nya lah yang mengenyahkan kita dari the weak, the incompetent, dari dedalu, pacat dan lintah yang betenggek.

15. Sapura ialah lintah yang dah gemuk mebghisap darah kita. Biar dia jatuh. Kalau kita menyelajmatkan nya, ia akan terus nenghisap kita sehingga pucat lesi.

16. Maka sebagai peraturan tetap, jangan guna duit rakyat tolong sapura. Kita biarkan ia gagal. Ia bagus untuk kesihatan sistem free trade kita.

17. Jangan bantu syarikat2 seperti mas, air asia, asia x, barakah, brahim china automative parts dll. Biar mereka gagal. Untuk kesihatan sistem free market kita.

18. Dalam kes sapura, kita disuruh bayar untuk goods or services kita bukan nak tapi bayar untuk mistakes yang dilakukan oleh incompetent fools di sapura.

19. Untung sapura sapu, kos di tanggung oleh kita. Itu macam kah?

20. Cerita sapura muncul kedepan, bila bossku Najib 'John Gotti' Razak mecadangkan sapura harus dibantu dengan suntikan dana awam. Bila dia sebut saya tersentak dan mendapat epiphany.

21. Bila Najib bercakap mengenai saapura kita mesti waspada. Kita pasti tahu bahawa penceritaan mengenai sapura akan penuh dengan spin dan pembohongan.

22. For 'baby face'' Najib is a congenital liar. Bukankah dia menyatakann dalam satu interview, bahawa cincin usd23 juta adalah hadiah seorang putera uae? Jadi mengapa mahu percaya spin nya mengenai sapura? Mana dia ada credebility dan integreti?

23. Klentong najib mengundang saya berpantun:-
One two three four
Satu dua tiga empat
Rosmah mansor cincin besor
Rakyat jelata apa dapat

One two three four
Satu dua tiga empat
Najib razak belanja besor
Rakyat jelata hidup merempat.
Saya mendapat ilham dari pantun hashim gera.

24. Biarkan hukum pasaran bebas menentukan nasib sapura. Apa nak buat, dah nasib.

25. Pasaran bebas yang impersonal akan melakukan ini:-
A. Mengenyahkan yang belanja sakan.
B. Memaksa pemegang ekwiti menjual share mereka.
C. Mengenyahkan pengurusan yang imcompetent.
D. Jika sapura meminjam besar dari bank2,bank2 foreclose saja.
Biarkan pemilik2 baru menentukan hala tuju sapura.

Satu ulangan

Tepung gandum naik harga, roti canai mungkin lebih mahal


freemalaysiatoday.com
Ahimsya Karu
-May 19, 2022 11:01 AM
Tepung gandum yang merupakan bahan utama dalam roti canai, dikatakan bakal berdepan masalah kekurangan bekalan.

PETALING JAYA: Harga roti canai, yang merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia, mungkin meningkat susulan kenaikan harga tepung gandum.

Berdasarkan beberapa laporan berita, harga bahan itu dilaporkan sudah meningkat dan terdapat kekurangan bekalan di kedai runcit.

Ini biarpun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dilaporkan berkata, larangan eksport gandum dari India tidak akan menjejaskan bekalan komoditi itu di Malaysia kerana ia mengimport 80% gandumnya dari Australia dan bakinya dari Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.

Ketika ini, roti canai dijual pada harga RM1.20 hingga RM1.70 sekeping.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Jawahar Ali Taib Khan berkata, harga tepung gandum mengalami kenaikan sebelum larangan eksport dari India.

Katanya, seguni tepung gandum seberat 25kg yang sebelum ini dijual pada harga RM45, kini berharga RM65.

“Jika ini tidak dikawal, saya bimbang akan ada sedikit kenaikan harga produk berasaskan gandum oleh 9,000 ahli Presma.”

Beliau juga bimbang pemborong mungkin mula menyorok tepung gandum untuk menaikkan harga, tetapi ahli Presma akan cuba sedaya upaya mengelakkan berbuat demikian.

Beliau menggesa kerajaan mencari jalan menyelesaikan masalah itu, seperti menambah senarai negara pengeluar gandum untuk Malaysia mengimport komoditi itu.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas), J Suresh berkata, restoran akan terjejas dengan perkembangan terbaru itu.

“Walaupun restoran menaikkan harga baru-baru ini, ada kemungkinan untuk berlaku kenaikan lagi.”

Katanya, restoran mungkin mencari alternatif untuk tepung gandum, jika harga terus meningkat.

Rafizi dan Saifuddin bukan soal kelayakan tetapi kesesuaian

 


PENDAPAT

ADA beberapa WhatsApp dari orang tertentu yang bertanya saya siapa lebih layak untuk jadi timbalan presiden Keadilan. 

Mulanya saya malas untuk jawab atau ulas secara spesifik takut bias. Bagaimana pun untuk memberi sedikit pencerahan hendaklah saya bercakap di sini. Harap kemaaf. 

Sebenarnya soal layak, berdasarkan latar belakang pendidik, track record perkhidmatan dalam parti, kedua-duanya layak. Baik Rafizi, baik Saifuddin kedua-duanya ada jasa masing-masing kepada parti. 
Kedua-duanya pernah dan masih berada dalam parlimen, kita dapat melihat nada dan minda politik mereka semasa berbahasa dan mengeluarkan idea. Tetapi bagi saya soal kelayakan buat masa ini tidak penting. Yang paling utama ialah kesesuaianmatch

Sesuai yang saya maksud itu ialah siapa yang "tanggung" berada di belakang Anwar Ibrahim sebagai presiden. Presiden kini adalah Anwar Ibrahim. Sebagai presiden tentu Anwar mahukan orang yang serasi dengan gerak kerjanya. Kalau pun orang itu penuh dengan idea, tetapi, ia tidak serasi ia menyukarkan keadaan. 

Di sini semua orang kenal watak, sifat, cara Anwar berpolitik yang penuh diplomasi dan berprinsip serta terbuka. Nah orang seperti itulah yang sesuai untuk berada di belakangnya. Memilih pemimpin berbeza daripada itu ia akan menyusahkan Anwar. Apakah ada yang mahu melihat Anwar susah dan sudah menutup pintu ke Puterjaya untuknya? 

Secara ikhlas saya katakan, kalau presiden bukan sosok bernama Anwar, Rafizi Ramli adalah tokoh terbaik buat Keadilan untuk menobatnya jadi timbalan presiden. Dengan gaya dan sterteginya, bijak marketing Rafizi boleh mengocakkan kolam politik dengan teori ekonomi dan politiknya.

Buat masa ini dia popular dalam medsos. Tetapi dalam politik, popular tidak cukup, ia perlu dilengkapkan dengan ciri-ciri lain yang tidak kurang pentingya. Kita sudah dapat lihat, Anwar suatu masa lebih popular berbanding dengan sekalian tokoh yang ada, tetapi apa jadi dengannya. 

Populariti tidak menjadi pra syarat untuk naik ke atas. Masih ada kekuatan dan kehebatan lain. Saya tidak perlu ulas kenapa Rafizi dilihat tidak sesuai dengan Anwar. Anwar sendiri ada memberi bayangan secara simbolik tentang hal itu. Anwar sebut Rafizi sedikit keras. 

Perkara ini perlu difikir sebaik mungkin oleh ahli Keadilan semua. Usaha untuk meletakkan dua ekor harimau di atas sebuah bukit bakal menghuru harakan keadaan. Al hasilnya nanti bukan sahaja tidak membawa untung, tetapi membawa kerugian. 

Bukan sahaja semua tumbuh-tumbuhan dan kayukayan akan lunyai bila mereka bertarung, bukit pun boleh runtuh. Bolehkah dijamin Rafizi yang outspoken dan lancang itu tidak akan membantah Anwar? Beliau sendiri mengakui yang beliau tidak boleh kompromi dengan sesuatu yang dipeganginya sedangkan politik perlu seni diplomasi. 

Bagi saya, dengan populariti Rafizi yang ada kini beliau tidak sepatutnya bertanding sebagai timbalan presiden, tetapi beliau sepatutnya terus mencabar Anwar jadi jawatan presiden. Itu lebih relevan dan pantas. 

Sudah nampak cara Rafizi bergerak menunjukkan dia mahu berada di tempat itu suatu hari nanti, dan masa dicadangkan pada Piraum ke-16. Mungkin tempoh itu terbaik, tetapi lebih elok beliau cabar Anwar awal-awal lagi. 

Apabila beliau memilih untuk bertanding jawatazn timbalan presiden sekali lagi, beliau sudah tersalah memposisikan dirinya. Kesilapan ini bukan sahaja merugikan dirinya tetapi boleh memberi kesan buruk kepada parti Keadilan. 

Saya tidak dapat hendak bayangkan macam mana kalau Rafizi tewas nanti, apakah tidak mungkin dia bersama gerombolannya yang saya lihat sudah terpesona amat dengannya, akan bergerak bercanggah dengan inspirasi parti atau ahli yang kini berketuakan Anwar? 

Saya harap tidak. Tetapi sekali lagi saya nak kata, pengalaman mengajar kita dan sejarah selalu berulang walaupun dalam bentuk berbeza dan memberi natijah melukakan. Dan saya pernah menyifatkan Rafizi sebagai Hang Nadim, yang dibunuh kerana kebijakannya. Horas. Trims.

Eh! Baru Rasmi Dah Ditutup Pulak?.. Awat Jadi Lagu NI?

 


GEORGETOWN: Projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama di sini, yang menelan belanja RM12.9 juta dan baru dirasmikan Jumaat lalu mendapat kritikan selepas laluan bawah pejalan kaki di tembok berkenaan ditenggelami air laut pasang, kelmarin.

Pengerusi Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (Pemikir), Datuk Dr. Muhamad Farid Saad berkata, kerajaan negeri perlu melaksanakan ‘audit forensik’ bagi mengenal pasti punca berlakunya situasi berkenaan.

”Projek ini mempunyai dua aras tapak pejalan kaki yang disediakan dan pastinya direka sedemikian untuk digunakan.

”Semalam, tapak pejalan kaki di aras bawah tenggelam dimasuki air laut, apakah air laut banyak, melimpah masuk? Atau sememangnya direka sebegitu supaya boleh melihat ikan berenang di situ?” soalnya menerusi kenyataan Facebook.

Kelmarin,

MBPP dalam kenyataannya memaklumkan, penutupan itu dibuat bermula petang kelmarin demi keselamatan orang awam.

Projek tembok laut Padang Kota Lama itu menelan belanja RM12.9 juta dan sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia mula dibina pada 2016 dan siap sepenuhnya bulan ini.

Ia adalah inisiatif menaik taraf kawasan tersebut bagi menyediakan ruang awam berkualiti yang boleh diterima, menarik dan inklusif untuk semua pihak.

Menurut Muhamad Farid, sebelum ini parkir bertingkat di kaki Bukit Bendera juga direka dan dibina dengan laluan pergerakan kereta kecil seperti kereta jenis Perodua Kancil sehingga pernah digelar Penang Hill Kancil Car Park.

”Jurutera perunding ada, jurutera MBPP juga ada, agaknya tidak ada sesiapa pun yang dapat menjangkakan aras air laut akan naik setinggi itu.

”Agaknya tiada rekod ketinggian aras air laut sebelum ini atau ini juga fenomena baharu di Pulau Pinang. Apapun hati-hati ketika berada di sana kerana Lebuhraya Bukit Kukus pun boleh banjir,” katanya lapor Utusan

Menjawab persoalan itu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata ”Keputusan yang dibuat berkaitan projek ini memang dikaji dengan teliti bersama pasukan yang ada termasuk mengambil kira keadaan air laut pasang serta memastikan reka bentuknya dapat membuatkan orang ramai menghargai warisan sejarah yang ada di sini,”

Mengambil kira katanya.. tapi tak mengambil kira faktor keselamatan ke hinggakan bila berlaku air pasang besar terpaksa ditutup pula..

Laporan berkaitan..

GEORGETOWN: Persiaran teres bawah di tembok penahan ombak Padang Kota Lama yang menimbulkan kontroversi selepas ditenggelami air laut pasang Isnin lalu, direka secara khusus supaya pengunjung dapat melihat elemen konservasi warisan di kawasan berkenaan serta mengambil kira situasi air laut pasang di situ.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Ar Yew Tung Seang berkata, persiaran teres bawah di tembok itu dibina dengan mengekalkan ciri-ciri sejarah dan warisan tembok tersebut yang asalnya dibina pada 1807-an termasuk mengekalkan bahan binaan di situ yang menggunakan batu granit.

Katanya, selain mengukuhkan lagi tembok penahan ombak sedia ada yang usang dan meningkatkan kualiti ruang awam, projek itu mengambil kira elemen konservasi warisan yang sangat penting bagi Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

”Keputusan yang dibuat berkaitan projek ini memang dikaji dengan teliti bersama pasukan yang ada termasuk mengambil kira keadaan air laut pasang serta memastikan reka bentuknya dapat membuatkan orang ramai menghargai warisan sejarah yang ada di sini,” katanya dalam sidang akhbar di Padang Kota Lama, di sini hari ini.

MBPP bertindak menutup sementara laluan bawah pejalan kaki di tembok laut Padang Kota Lama selepas berlaku air laut pasang yang mencapai ketinggian melebihi kawasan tersebut, Isnin lalu.

Ekoran kejadian itu, projek tembok laut Padang Kota Lama yang menelan belanja RM12.9 juta dan sepanjang kira-kira 570 meter itu mendapat kritikan ramai.

Menurut Tung Seang, bahagian teres bawah di tembok itu memang dijangka dipenuhi atau ditenggelami air laut semasa pasang purnama (spring tide) dan semasa air laut pasang seperti yang terjadi pada Isnin dan Selasa lalu.

”Ia bukan merupakan fenomena luar biasa kerana jangkaan ditenggelami akibat air laut pasang berlaku pada hari-hari yang dapat diramal untuk jumlah kumulatif 30 hingga 45 hari setahun untuk maksimum dua hingga tiga jam,” katanya.

Tambahnya, memandangkan bahagian persiaran teres bawah diwujudkan dengan tujuan khusus dan fenomena air laut pasang sememangnya dalam ramalan, tiada isu mengenai kecatatan reka bentuk yang timbul.

”Sistem saliran turut diuji dan dinilai secara positif untuk bertahan dalam semua keadaan cuaca termasuk ribut atau air pasang surut yang luar biasa. Selain itu, laluan tangga ke bahagian struktur batu lapis lindung diperlukan sebagai akses untuk kerja-kerja pembersihan memandangkan air pasang membawa sampah sarap ke pinggir pantai yang merosakkan pemandangan di kawasan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, sebagai langkah proaktif dalam menjaga keselamatan pengunjung di kawasan tersebut, papan tanda dwibahasa dipasang di pintu akses ke persiaran teres bawah.

Papan tanda itu bagi memberi makluman berhubung waktu operasi iaitu pada 7 pagi hingga 9 malam dan amaran penting termasuk larangan semasa air pasang, hujan dan ombak kuat.

”Selain itu, pintu akses ke persiaran teres bawah akan ditutup sekiranya berlaku keadaan cuaca yang tidak menentu dan teruk seperti ribut petir dan gelombang ribut,” tambahnya.