Tuesday, September 8, 2015

Apa dah jadi? Tengku Adnan arahkan Majlis penghargaan untuk Muhyiddin dibatalkan


Majlis penghargaan untuk Muhyiddin dibatalkan

Radzi Razak

Majlis makan malam penghargaan untuk Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijadualkan diadakan oleh Umno Bandar Tun Razak malam ini telah dibatalkan.
Menurut satu sumber, arahan itu datangnya dari Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Ketika dihubungi kemudian, seorang pembantu kepada bekas timbalan perrdana menteri itu mengesahkan majlis 'Malam Jasamu Dikenang' itu telah dibatalkan.
"Pihak penganjur yang membatalkannya, bukan kami," katanya kepada Malaysiakini.
Malaysiakini berulang kali berusaha untuk menghubungi Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak Rizalman Mokhtar untuk mendapatkan komennya tetapi tidak berhasil.
Bagaimanapun MalayMailOnline memetik Timbalan Rizalman - Saharuin Zainal Abidin - sebagai mengesahkan mereka telah diarahkan untuk "menangguhkan majlis makan malam" itu oleh Tengku Adnan minggu lepas.
"Kami diberitahu supaya menangguhkan kerana mungkin ada timbul masalah.
"Kami diberitahu untuk menunggu sehingga selepas mesyuarat Majlis Tertinggi esok," katanya.
Malaysiakini berusaha untuk mendapatkan reaksi Tengku Adnan mengenai perkara itu.
Esok, Umno akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi yang pertama sejak Muhyiddin digugur dari jawatan timbalan perdana menteri dalam rombakan kabinet pada akhir Julai.
Spekulasi bertiup kencang bahawa Muhyiddin dan beberapa orang lain akan dipecat daripada Umno, tetapi beberapa pemimpin parti itu menafikannya

No comments:

Post a Comment