Saturday, October 24, 2020

Anwar nak jadi PM9?

 Anwar nak jadi PM9?


Jangan mimpi la, semua Raja Melayu termasuk YDPA tahu siapa Anwar dan siapa DAP. Selagi Anwar bersama DAP, selagi itu Anwar tak layak jadi Perdana Menteri Malaysia. 


UMNO sokong Anwar PM9?


UMNO sokong Anwar hanya untuk jatuhkan Muhyiddin dengan undi tidak percaya semasa pembentangan Bajet 2021. Itu hal peribadi UMNO dan Bersatu. UMNO dakwa Anwar tetap tidak boleh jadi PM. 


PAS sokong Anwar juga?


PAS masih memegang prinsip, dimana selagi Anwar bersama DAP, selagi itu PAS tidak akan menyokong Anwar. PAS tiada masalah dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional. 


TSMY akan letak jawatan?


YDPA tidak akan perkenan TSMY meletak jawatan. Situasi TSMY dan Tun M tidak sama kerana Tun M adalah PM lantikan Pakatan Harapan, manakala TSMY pula adalah PM lantikan YDPA.


YDPA berani ke, taknak terima rancangan Anwar jatuhkan TSMY?


Ini bukan masalah berani atau tidak, tapi samada YDPA mahu masuk campur politik negara atau tidak. YDPA ada kuasa untuk melantik seorang PM tetapi tidak ada kuasa untuk memecat seorang Perdana Menteri.


Bukankah ini rancangan jahat Tun untuk gugat Institusi Raja Melayu?


Ye, YDPA dan Raja Melayu pasti sudah membaca rancangan Tun sejak dari perletakan jawatan PM8 untuk halang Anwar jadi PM yang lalu. YDPA tidak akan membenarkan pertukaran PM kali kedua ini hanya dengan mengusulkan sokongan majoriti Ahli Parlimen. Pertukaran Perdana Menteri mesti melalui PRU15 atau perletakan jawatan TSMY. 


Anwar tahu Raja Melayu tak sokong beliau?


Anwar tahu, dan kerana itu Anwar sanggup berbuat apa sahaja termasuk membawa DAP bahkan UMNO ke dalam Pakatan Harapan, demi untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi PM9.


Kenapa pengundi Melayu perlu tolak DAP?


DAP ialah PAP. Logo, nama dan visi mereka juga hampir serupa. PAP di Singaoura telah berjaya hapuskan kuasa Raja Melayu iaitu Kesultanan Johor di Singapura. Buktinya, kini hanya ada sebuah masjid iaitu Masjid Sultan Abu Bakar di Singapura yang dibenarkan melaungkan azan menggunakan pembesar suara. Belum lagi bab penyertaan dalam kerajaan dan tentera, biasiswa serta bantuan kepada kaum Melayu di Singapura yang dinafikan sekian lama. Melayu Singapura hanya boleh berbangga dengan artis-artis mereka seperti P. Ramlee, M. Nasir, Ramli Sarip dan ramai lagi, itupun setelah mencipta nama di Malaysia. 


DAP hanya ada 42 Ahli Parlimen kan?


Perlu diingat, 42 MP DAP itu belum termasuk lagi hampir 20 MP berbangsa Cina dan India dalam PKR. Jumlah mereka sebenarnya melebihi 60 Ahli Parlimen yang dalam diam sedang menentang kuasa Raja-Raja Melayu. Jangan sesekali lupa ketika mana DAP melalui Pakatan Harapan yang berkuasa 22 bulan telah cuba melengkapkan ratifikasi perjanjian ICERD yang telah lama ditahan UMNO. Dan cuba pula meratifikasikan perjanjian Statut Rom untuk menghapuskan imuniti Raja Melayu kepada undang-undang antarabangsa.


60 Ahli Parlimen Cina dan India boleh jatuhkan Raja Melayu?


Sebab tu DAP dan PKR menghasut Amanah untuk tinggalkan PAS, begitu juga Bersatu untuk tinggalkan UMNO. Tanpa pengkhianat Melayu, Raja Melayu tidak akan jatuh. Buktinya Pakatan Harapan telah memenangi PRU14 walaupun majoriti undi masih kepada BN dan PAS dengan kelebihan 1% undi popular bersamaan lebih 600k undi dari 12 juta undi keseluruhan. 


Habis tu, kenapa nak takut jika Anwar dan DAP tukar sistem baru pilihanraya?


Masalahnya, BN kalah PRU14 disebabkan fitnah melampau kepada Najib hanya disebabkan dendam Tun kepadanya. Najib mungkin ada mengambil wang negara, tapi Najib juga menjaga rakyat dengan baik. Kekalahan BN juga disebabkan tidak bersatu bersama PAS semasa PRU14.


Apa bukti DAP mahu tukar sistem pilihanraya?


Satu jawatankuasa khas (ERC) telah ditubuhkan oleh Tun M ketika hanya beberapa bulan selepas Pakatan Harapan menang PRU14 yang lalu. Tun mengarahkan bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abd Rashid yang diketahui umum adalah pro Tun, beliau adalah naib presiden Bersatu, untuk membuat kertas kerja interim dan membentangkan kepada Perdana Menteri dalam masa 24 bulan. Pembentangan interim tersebut bagaimana pun telah dilakukan sebelum Tun M meletak jawatan pada Januari 2020. Jawatankuasa ini disokong oleh pertubuhan seperti Bersih dan Merdeka Centre yang pro Pakatan Harapan. 


Apa benda yang nak ditukar ERC ni?


Ringkasnya, sistem 'fast the post' atau bilangan kerusi parlimen ditentukan oleh jumlah undi dan bukan lagi jumlah kerusi yang dimenangi sesebuah parti. Contohnya jika Pakatan Harapan memenangi sejumlah 51% undi popular majoriti mudah pada PRU15, maka bilangan Ahli Parlimen juga adalah 51% dari jumlah 222 parlimen. Dengan cara ini, maka Pakatan Harapan masih berpeluang untuk memenangi PRU15, sebaliknya mereka tiada peluang jika sistem lama iaitu parti pemerintah ialah parti yang memperoleh 112 atau lebih kerusi dalam sesebuah pilihanraya umum. 


Bukankah sistem baru ini telah dilaksanakan di negara maju?


Demografi kawasan parlimen negara tidak sama dengan negara seperti Australia, New Zealand, Jerman dan sebagainya. Dimana di Malaysia jumlah penduduk di parlimen luar bandar adalah jauh berbeza dengan di bandar. Di Malaysia juga masih terdapat isu pendatang yang mempunyai kad pengenalan biru, terutamanya dari pelancong warga China yang tidak pulang. Ini terbukti selepas satu sindiket didedahkan di JPN Pulau Pinang yang diketuai seorang Cina berpangkat Dato' serta melibatkan timbalan pengarah JPN tersebut. 


Apa buktinya DAP ada kena mengena dengan sindiket tersebut?


Bukti mungkin tiada kerana mereka ini amat licik, tetapi dalam PRU14, DAP telah mendapat lebih dari 90% undi dari pengundi Cina. Jika MCA yang mendalangi sindiket tersebut, pasti Pulau Pinang masih dibawah BN, sepertimana era Gerakan. 


Bukankah undi popular BN dan PAS lebih dari Pakatan Harapan semasa PRU14?


Walaupun begitu, dengan menukar sistem pilihanraya kepada bilangan undi dan bukan lagi bilangan kerusi, sebenarnya akan membuka peluang untuk Pakatan Harapan memenangi PRU15 walhal mereka sebenarnya tiada peluang jika PRU15 masih menggunakan sistem lama.


Bukankah sistem baru ini lebih adil kerana berdasarkan bilangan undi dan bukan lagi kerusi parlimen?


Masalahnya, pelancong warga China masih ramai yang belum dibersihkan. Mereka ini telah memegang kad pengenalan biru Malaysia yang sah dan layak mengundi. Jumlah mereka mungkin mencecah ratusan ribu atau juta, tiada siapa yang dapat pastikan. Mereka ini pastinya tinggal di bandar besar dan mengundi disana untuk meninggikan jumlah majoriti undi kepada Ahli Parlimen DAP. Satunya cara untuk mengesan mereka ialah dengan meminta sijil kelahiran untuk membuktikan kewarganegaraan mereka. Masih ingat Projek IC Sabah ketika BN dibawah Tun? 


Apa masalahnya kalau Pakatan Harapan menang PRU15 dengan sistem baru?


Masalahnya ialah DAP pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memecah sempadan pilihanraya di semua 42 kawasan parlimen bandar besar mereka. Kali terakhir BN melakukannya pada 2017 dan tahun yang dibenarkan ialah 8 tahun iaitu pada tahun 2025. PRU15 akan dijalankan selewatnya pada tahun 2023.


Habis tu apa masalahnya, kalau DAP nak pecah sempadan Parlimen derang?


Masalahnya ialah jika dipecahkan kelak, maka angka 42 MP DAP sekarang akan berganda menjadi kepada 126 iaitu 3 kali ganda bilangan Ahli Parlimen mereka sekarang. Setiap kawasan parlimen mereka mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi iaitu lebih kurang 3 kali ganda parlimen luar bandar milik BN dan PAS. 


Habis apa masalahnya kalau DAP ada 126 MP sekalipun?


Jika jumlah kerusi parlimen Dewan Rakyat berjumlah 300 kerusi iaitu pertambahan sebanyak 78 kerusi, maka majoriti mudah ialah 151 kerusi untuk membentuk kerajaan persekutuan. DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya 26 kerusi sahaja dari PKR, Amanah mahupun Bersatu untuk memerintah sebagai parti dominan. 


Habis tu BN dan PAS tak boleh pecah kawasan parlimen?


Kawasan parlimen BN dan PAS hampir semuanya mempunyai jumlah penduduk yang rendah. Parlimen seperti Hulu Perak, Pekan dan beberapa lagi yang luasnya seperti sebuah negeri, tetapi hanya mempunyai jumlah penduduk yang rendah. 


Apa akan jadi kalau DAP jadi dominan dalam kerajaan persekutuan?


Jadilah seperti Singapura, bangsa Melayu yang hampir 20% jumlah penduduk, tapi macam tak wujud pun. Dari 10 parti yang bertanding dalam PRU Singapura yang lepas, tiada satu pun wakil dari parti Melayu. Perdana Menteri Singapura berbangsa Melayu itu pun dari parti PAP. Kerusi PAP ada hampir 100 dari semua 101 kerusi yang dipertandingkan. Walhal jumlah pengundi di Singapura hanya sekitar 2.5 juta, tapi kerusi parlimen sampai seratus lebih.


Apa masalahnya kalau Singapura ada 101 kerusi parlimen?


Masalahnya, satu kawasan parlimen jika dibahagikan dengan jumlah pengundi Singapura hampir 5 juta, hanya berjumlah sekitar 50k pengundi sahaja. Berbanding 222 parlimen Malaysia, jika dibahagikan dengan 30 juta jumlah penduduk Malaysia, purata 135k pengundi untuk setiap parlimen. Hampir 3 kali ganda lebih ramai dari Singapura.


Jadi?


Sebab tu sampai sekarang, PAP tidak boleh digugat mana-mana kuasa, dengan menguasai sejumlah besar kerusi parlimen Singapura, walhal jumlah penduduk Cina di Malaysia juga sekitar 20%, tetapi mempunyai sehingga 60 kerusi parlimen dalam DAP serta PKR. Dan akan menjadi 126 kerusi jika Anwar menjadi PM9. 


Macam mana jika Anwar berjaya jadi PM9?


Jika YDPA gagal menahan TSMY dari meletak jawatan, dan Anwar pula mohon mengadap untuk membawa lebih dari 112 sokongan Ahli Parlimen termasuk dari UMNO, maka PAS berpeluang untuk bertanding solo di PRU15 dan mendapat undi dari penyokong UMNO serta PAS. 


Boleh ke PAS menang PRU15 tanpa UMNO?


PRU14 menunjukkan peningkatan sokongan kepada PAS di Kelantan, Terengganu, Kedah serta Pahang. Bahkan PAS berjaya menembusi kubu kuat PKR di Selangor dengan satu kerusi DUN. 


Anwar dan Mat Sabu ni masih ada ke penyokong Melayu?


Dari segi fakta, jumlah penduduk Melayu di parlimen Kota Raja milik Mat Sabu dan Anwar di Port Dickson hanyalah sekitar 40% sahaja, manakala hampir 60% penduduk di kedua kawasan parlimen tersebut adalah bukan Melayu. Asal parlimen Mat Sabu ialah di Terengganu dan Kedah ketika bersama PAS, manakala Anwar pula dari parlimen Permatang Pauh yang semakin berkurangan sokongan kepada PKR. 


Berapakah bilangan parlimen Melayu dalam Pakatan Harapan sebenarnya?


Dalam Pakatan Harapan, bilangan Ahli Parlimen bukan Melayu sebenarnya lebih ramai, apatah lagi selepas Bersatu keluar dari Pakatan Harapan. Dari 50 Ahli Parlimen PKR, hampir separuh ialah bukan Melayu. Ahli Parlimen Melayu dalam PKR hampir semuanya di negeri Selangor. 


Ada harapan kah Pakatan Harapan untuk menang PRU15?


Jika berdasarkan PRU14 dimana Pakatan Harapan berada dalam prestasi tertinggi akibat sentimen anti Najib dan Rosmah, DAP tidak lagi mampu menambah kerusi dari 42 yang dimenangi mereka. Ini kerana hampir 90% pengundi Cina menyokong DAP ketika PRU14. PKR juga tidak mampu menambah 50 kerusi mereka kerana hampir semua parlimen Melayu di Lembah Kelang, telah dimenangi PKR. Amanah juga pasti tidak mampu mempertahankan 11 kerusi yang mereka rampas dari PAS. Berdasarkan siri PRK yang lepas serta PRN di Sabah, sokongan kaum Cina kepada DAP telah semakin berkurang, serta sokongan Melayu di Lembah Kelang kepada PKR pula semakin lemah, akibat perpecahan Azmin dan pemimpin lama PKR yang menentang Anwar. 


Kenapa dulu PAS boleh berkawan dengan DAP dan sekarang tidak?


Dulu BN dibawah diktator Tun M, peruntukan bekalan air 60 juta yang sepatutnya diterima negeri Kelantan pada tahun 1990 telah disekat hanya kerana PAS dan Semangat 46 ketika itu berjaya merampas Kelantan dari BN. Ketika itu presiden PAS arwah Fadzil Noor juga bersama Anwar serta DAP untuk menentang Tun dalam BN. Begitu juga semasa era arwah Tuan Guru Nik Aziz. Hanya di era Tuan Guru Haji Hadi sahaja BN kurang menyerang PAS setelah Pak Lah dan Najib menjadi PM.


Bukankah UMNO itu parti perasuah dan  pencuri?


Yang mencuri dan rasuah mungkin ahlinya tapi bukan parti. Siapa yang bersalah, pasti akan dihukum. Masalahnya kesalahan mencuri dan rasuah tidak melibatkan akidah. Jauh lebih bahaya politik liberal, wahabi, syiah serta kafir harbi. 3 golongan yang halal darahnya dalam Islam ialah si penzina yang telah berkahwin, si pembunuh yang sengaja dan si murtad yang keluar dari jemaah Islam dan menentang pula Islam. 


Mengapa Amanah keluar dari PAS?


Dalam PAS sudah lama wujud kumpulan yang mereka gelarkan sebagai G18, kononnya mereka itu Islam progresif. Walhal sebenarnya mereka menentang Tuan Guru Haji Hadi yang mula menentang Anwar dan DAP serta mula berbaik dengan UMNO. Mereka dakwa kononnya Tuan Guru Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz pasti akan menentang UMNO jika masih hidup. Walhal penentangan PAS kepada UMNO hanya jika UMNO masih tidak meletak Islam di hadapan.


Mengapa rakyat Kelantan dan Terengganu semakin kuat sokong PAS?


Mereka mengundi bukan untuk duniawi seperti air bersih, pembangunan, kemajuan dan sebagainya. Boleh dikatakan hampir setiap rumah di Kelantan dan Terengganu ada sistem air dari bawah tanah dan tangki yang lebih bersih dan selamat dari sistem air paip yang mengandungi klorin. Mereka juga kebanyakannya bekerja sendiri atau berniaga. Mereka tidak bergantung kepada pembangunan untuk maju. Sebenarnya bangsa Melayu di pantai timur jauh lebih maju dari di pantai barat terutamanya di Lembah Kelang. 


Habis apa yang perlu dibuat penyokong UMNO dan PAS sekarang?


Fokus kepada PRU15 yang mungkin akan diawalkan sebelum tarikh akhir iaitu pada 2023. Pengundi BN dan PAS yang telah mengundi pada PRU14 harus kekal fokus untuk memastikan sekurang-kurangnya 79 (BN) + 18 (PAS) + 30 (MN) = 127 kerusi parlimen dimenangi Muafakat Nasional. Terdapat 30 kerusi parlimen yang dimenangi Pakatan Harapan pada PRU14 hanya disebabkan perpecahan undi Melayu kepada UMNO dan PAS. 


Bagaimana jika UMNO terus menyokong Anwar sehingga PRU15?


Maka PAS boleh mengukuhkan Gagasan Sejahtera bersama GPS Sarawak yang mempunyai 19 kerusi parlimen pada PRU14, serta GBS Sabah yang akan mempunyai sekurang-kurangnya 10 kerusi parlimen jika berdasarkan keputusan PRN 2020. Dari 39 kerusi parlimen UMNO, PAS berpeluang memenangi 35 kerusi serta 25 lagi dari 30 kerusi MN. Dari 11 kerusi Amanah, sekurang-kurangnya 5 kerusi akan kembali kepada PAS. Jumlah 18 PAS + 19 GPS + 10 GBS + 35 UMNO + 25 MN + 5 Amanah akan berjumlah 112 kerusi parlimen, cukup untuk membentuk kerajaan persekutuan tanpa UMNO, Bersatu, PKR, Amanah mahupun DAP. 


Bagaimana jika Anwar berjaya jadi PM9 dan menukar sistem pilihanraya baru sebelum PRU15?


Pengundi di Pantai Timur yang tinggal di Lembah Kelang berjumlah sekurang-kurangnya 1 juta pengundi. Mereka sudah boleh menukar alamat mengundi untuk menyokong kawasan parlimen Melayu di Wilayah Persekutuan dan Selangor untuk membantu kemenangan calon PAS. Terdapat sekurang-kurangnya 10 kawasan parlimen Melayu yang berpotensi untuk dimenangi calon PAS.  PAS pernah bertapak di Selangor sebelum PKR mengambil alih. Terdapat lebih dari 4 juta rakyat yang layak mengundi masih belum mendaftar. Majoritinya ialah berbangsa Melayu. Mereka ini berpotensi untuk mengundi PAS dalam PRU15. Pada PRU14 yang lepas, negeri Terengganu mencatat jumlah pengundi muda yang tertinggi. 


Orang muda nak negeri maju macam Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang?


Ramai orang muda yang tertipu. Pulau Pinang tiada hutang yang besar dengan kerajaan persekutuan ialah kerana DAP begitu rancak menjual tanah kerajaan negeri kepada pemaju besar dari Singapura untuk dimajukan. Perkhidmatan air Pulau Pinang yang cemerlang sebenarnya hanyalah tipu daya kononnya satu penghinaan kepada negeri Kelantan. Masih ingat pemegang saham individu terbesar dalam Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang merupakan pengimpot dadah sintetik terbesar negara dari Amerika Selatan? Dengan rampasan bernilai ratusan juta di Johor dan Selangor serta yang terbesar di Pelabuhan Pulau Pinang bernilai lebih dari RM2 bilion? Pegangan saham bernilai ratusan juta ringgit telah dibekukan. Dan yang menariknya Lim Guan Eng ialah pengerusi kepada kesemua 3 anak syarikat Perbadanan Air Pulau Pinang. Begitu juga dengan negeri Selangor yang menukar hutang negeri dengan kerajaan persekutuan ke dalam bentuk bon. Kononnya menghina negeri Kelantan yang banyak berhutang. Malah sistem bekalan air di Selangor yang diuruskan Syabas iaitu anak syarikat kerajaan negeri juga amat bermasalah. Kadar tergendala bekalan air di Selangor jauh lebih tinggi dari di negeri Kelantan. 


Kenapa PAS benci sangat kepada DAP? Macam rasis je?


Kalau PAS adalah parti yang rasis, mengapa PAS ada dewan himpunan penyokong untuk bukan Islam? Bahkan ada calon PAS yang bukan Islam bertanding semasa PRU14 yang lalu. PAS anti DAP adalah kerana akidah. DAP secara jelas dan terang menentang Islam secara politikal. Agenda Malaysian Malaysia yang ingin menyamaratakan agama dan bangsa itu pun merupakan satu penghinaan kepada Perlembagaan Malaysia dan Raja-Raja Melayu. 


Haram jika berkawan dengan DAP?


DAP menentang Islam yang dibawa PAS, iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Maka DAP boleh dikategorikan sebagai kafir harbi. Baginda Rasulullah S.A.W sendiri menolak dengan tegas bantuan dari kafir zimmi di Mekah ketika persediaan perang Uhud serta perang Badar. Walaupun dipersoal para Sahabat r.a, memandangkan bilangan tentera Islam yang jauh lebih kecil dari tentera musuh. Inilah pelajaran bab pertama dan paling utama dalam Islam iaitu akidah. Tanpa akidah, maka sia-sia sahaja amalan ibadat yang lain. 


Boleh ke Tuan Guru Haji Hadi menahan asakan politik Tun M yang tak sudah?


Tuan Guru Haji Hadi adalah satunya pemimpin Melayu Islam yang masih gagal dikawal sepenuhnya Tun M. Ini kerana Haji Hadi tidak mempunyai kepentingan jawatan atau pegangan saham dalam syarikat. Senjata Haji Hadi dan PAS adalah Islam. Islam tidak boleh dikalahkan kecuali umat Islam sendiri yang mahu dikalahkan samada sedar atau tidak. Inilah yang sebenarnya sedang dilakukan PAP Singapura yang ditaja Yahudi di Amerika, untuk menghapuskan kuasa Raja dan politik Islam di Malaysia. Mereka menggunakan politik liberal melalui PKR dan politik Syiah serta Wahabi dalam Amanah, serta politik komunisme dalam DAP. Hanya Islam sebenar iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dibawa PAS sahaja dapat menangkis serangan dari musuh-musuh Islam ini. In Sha Allah.

Dr Noor Hisham Suruh Berhenti Berbalah, Barisan Hadapan Letih Dah 10 Bulan Lawan COVID-19.

 


www.kini.airnws.com

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan usaha menentang Covid-19 perlu dilakukan secara bersama.

Ketua pengarah kesihatan berkata virus pembunuh tidak terhapus jika masyarakat terus berbalah dan melupakan peristiwa lalu.

“Kita perlu bersatu dan bersama-sama bertarung melawan Covid-19 bukan berbalah sesama sendiri,” coretnya di Twitter pagi ini.

10 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam dengan 710 kes penularan baharu.

Malaysia kini sedang berdepan gelombang ketiga Covid-19 selepas kes baharu terus mencatatkan pertambahan tiga angka.

Perkembangan terbaru ini membuatkan kerajaan dilaporkan dalam usaha memohon darurat dapat diisytiharkan.

COVID-19: Petugas kesihatan letih perlu diganti, KKM tidak tetapkan bilangan sukarelawan | Astro Awani

Dr Noor Hisham berkata rakyat perlu belajar bagaimana Covid-19 cepat tersebar selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Katanya, barisan hadapan kini berada dalam keadaan letih selepas bertugas sejak sepuluh bulan lalu.

“Barisan hadapan kita bertahan di lapangan sejak 10 bulan lepas, 24 jam sehari.

“Mental dan fizikal dalam keadaan letih. Sesetengah daripada mereka bersiap untuk berundur diri. Belajarlah daripada PRN Sabah,” katanya lagi.

sumber : malaymail

Perah tenaga 18 jam sehari | Harian Metro

BUKAN rahsia lagi apabila insan bernama doktor dan jururawat adalah mereka yang paling depan bertungkus-lumus 24 jam bagi menampan serangan Covid-19 terhadap rakyat di negara ini.

Kegigihan dan kemuliaan mereka ini tanpa mengira waktu menyabung nyawa bagi merawat dan menyelamatkan mereka yang dijangkiti virus itu yang kini sudah menyebabkan 15 kematian di negara ini dan ratusan ribu di seluruh dunia.

Bukan itu, saja ketika puluhan juta rakyat di negara ini masih mampu menikmati kehidupan harian selesa walaupun ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi tidak bagi doktor dan jurawat ini yang ‘menggila’ melaksanakan tugas yang terbaik untuk rakyat.

Kini, usaha insan mulia ini yang dimuat naik mereka yang prihatin dapat disaksikan dalam media sosial sejak kebelakangan ini.

Contohnya, satu video berdurasi empat minit 35 saat dipercayai luahan doktor tular di media sosial hingga menyentuh hati netizen.

Video bertajuk “Dengar doktor menangis terlalu penat’ antara luahan rasa situasi barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang kini ‘berperang’ dengan wabak Covid-19.

Harian Metro difahamkan, video itu dihasilkan oleh Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim sebagai kempen meminta sumbangan membeli penutup hidung dan mulut, cecair pembasmi kuman dan pakaian perlindungan (PPE) untuk barisan hadapan negara dan #stayathome menerusi pautan heromalaysia.com.

“Saudara-saudaraku, apa yang paling kita takuti ialah team frontliner (barisan hadapan) kita mula burn out, kepenatan, hilang semangat dan keletihan melampau.

“Staf (kakitangan) KKM ada yang bekerja sehingga 18 jam sehari, pulang rumah mandi letak kepala dua saat terus tertidur.

“Berapa ramai pula yang tidur di tempat kerja, ada suami isteri yang menghantar makanan buat pasangan mereka yang bekerja di hospital menangis melihat pasangan mereka kepenatan, anak dalam kereta memandang dari jauh, ibu dan ayah melambai dengan esakan tidak henti bahkan tukang cuci hospital menangis melihat doktor dan staf KKM kelesuan, keletihan serta hati tidak bermaya lagi,” katanya.

Dalam video berkenaan turut menyatakan kerisauan jika barisan hadapan dan paling penting itu tumbang.

“Tetapi, malangnya kita yang sihat dan diberi cuti ini ada yang tidak menghargai pengorbanan dan penat lelah mereka.

“Ada mempersendakan apa yang mereka lakukan dan pengorbanan mereka. Ada yang kemas kini ke pasar raya beramai-ramai, ada yang berkelah ke tepi pantai, bawa anak ke taman permainan.

“Ya Allah, sedarlah semua dan lebih teruk ada yang degil dan menipu. Ada yang kontak terus dengan pembawa Covid-19 enggan mengakui dan datang terus ke hospital tidak jujur bercerita dan selepas disahkan positif, menangis doktor yang merawat mereka kerana perlu dikuarantin,” katanya.

Luahan itu turut menyatakan kasihanilah jururawat dan doktor yang cuba membantu, tetapi mereka pula terkena jangkitan akibat pesakit yang menipu dan tidak jujur.

Video itu turut menyatakan banyak air mata tumpah kerana pengorbanan mereka termasuk ada kakitangan yang menangis tidak dapat lagi solat di awal waktu.

* sumber : hmetro

Ini sebab mengapa “Kerajaan Darurat” tidak akan menyusahkan rakyat

 


  Datuk Dr Ruhanie Ahmad

Spekulasi Mengenai Perisytiharan Darurat Dan Penguatkuasaan Kerajaan Darurat

1. Spekulasi mengenai perisytiharan darurat dan penguatkuasaan kerajaan darurat di Malaysia, tersebar luas hari ini, berikutan satu mesyuarat khas kabinet Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi.

2. Saya diminta untuk mengulas kemungkinan ini dalam konteks kebimbangan rakyat jelata, kehidupan mereka, dan keselamatan nasional seluruhnya.

3. Jika ramalan ini jadi kenyataan, rakyat tidak perlu bimbang. Pentadbiran darurat lazimnya dilaksanakan untuk menguruskan masalah keselamatan yang melanda negara.

4. Kerajaan darurat diuruskan menggunakan “emergency operating procedures” (EOP) atau prosedur operasi darurat yang lebih “hands-on”, fokus, terselaras, cekap dan berkesan; dan menggunakan sistem bilik gerakan (war room), bukannya sistem kabinet.

5. Jika kerajaan darurat dikuatkuasakan di Malaysia kali ini, masalah keselamatan yang akan ditangani mungkin mengenai politik negara yang bercelaru, nyawa rakyat yang diancam covid-19, kehidupan rakyat dan ekonomi negara yang gawat, dan keselamatan nasional yang turut terjejas akibat seluruh isu ini.

6. Pelaksanaan kerajaan darurat kali ini mungkin menyebabkan fungsi parlimen dan dewan negeri digantung dan sistem demokrasi akan tertangguh. Jangan khuatir sebab ini cuma fenomena sementara yang akan tamat bila ancaman reda seperti sediakala.

7. Jika fungsi parlimen dan dewan negeri digantung dan demokrasi tergendala, pengurusan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan dikendalikan oleh kerajaan sementara (interim government) yang dianggotai oleh gabungan pasukan dari kalangan politik dan profesional berkaliber tinggi dan pelbagai bidang.

8. Seperti dinyatakan di atas, kerajaan darurat ini akan menangani masalah dengan penuh kesegeraan (urgency), menggunakan EOP bukan standard operating procedures (SOP) atau prosidur operasi lazim.

9. Malaysia mempunyai pengalaman menguruskan ancaman keselamatan menerusi kerajaan darurat selepas negara dilanda konflik kaum pada tahun 1969.

10. Malaysia juga berpengalaman menguruskan masalah kegawatan ekonomi global 1982 dan krisis kewangan Asia 1997 menerusi pendekatan bilik gerakan.

11. Disebabkan ancaman pada tahun 1969 dicetuskan oleh keganasan kaum, peringkat awal pemerintahan darurat ketika itu digandingkan dengan perintah berkurung yang ditamatkan selepas keamanan pulih seperti sediakala.

12. Kerajaan darurat pada tahun 1969 terbukti berkesan. Gabungan pengurusannya dari kalangan politik dan teknokrat kaliber tinggi, termasuk ilmuan terbilang, menghasilkan pelbagai dasar dan gagasan yang terus relevan sampai sekarang.

13. Antaranya adalah Dasar Ekonomi Baru (DEB), Rukunegara, dasar perpaduan negara dan pelbagai lagi penemuan yang dijadikan asas pembinaan bangsa dan pembangunan negara.

14. Kesimpulannya, kerajaan darurat tidak menyusahkan rakyat. Sebaliknya, ia membolehkan ancaman keselamatan seperti politik menggila, wabak yang ganas, dan ekonomi yang longlai, menerusi kesegeraan dan EOP ditangani.

15. Kerajaan darurat kali ini mungkin turut menggantung fungsi parlimen dan menjejaskan perjalanan demokrasi. Tetapi, ia tidak mungkin menyebabkan kuatkuasa perintah berkurung.

16. Rakyat perlu redha sebab pelaksanaan sesuatu kerajaan darurat hanya sementara dan dilakukan demi negara, rakyat jelatanya, ekonominya dan keselamatannya.

* Datuk Dr Ruhanie Ahmad
Penganalisis Keselamatan Nasional

Majlis Raja-raja Melayu bersidang esok petang

 


Borhan Abu Samah

Difahamkan mesyuarat akan berlangsung pada pukul 2.30 petang.

Mesyuarat itu dijangka membincangkan isu kemungkinan pengisytiharan darurat kesihatan yang dikatakan dibawa oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin bergegas ke Kuantan, Pahang, semalam bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas mengadakan mesyuarat kabinet pada sebelah pagi.

Kabinet khas semalam walaupun tidak sebulat suara telah memutuskan untuk melaksanakan darurat kesihatan bagi mengatasi penularan wabak Covid-19 yang semakin tidak terkawal.

Istana Negara dalam kenyataannya hari ini memaklumkan akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Raja-raja dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Abdul Aziz, Kuantan pada jam 5.00 petang semalam (23 Oktober, 2020).

Sesi menghadap ini telah dimohon oleh YAB Perdana Menteri susulan daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang telah dipengerusikan oleh beliau di Putrajaya pada pagi semalam.

Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang satu setengah jam ini, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menerima sembah taklimat cadangan-cadangan yang telah dicapai oleh Mesyuarat Khas Jemaah Menteri tersebut untuk pertimbangan dan ampun perkenan Seri Paduka Baginda untuk pelaksanaannya.

Adalah dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak COVID-19.

Malah, Seri Paduka Baginda turut amat prihatin terhadap kegelisahan dan kegusaran rakyat ekoran daripada perkembangan terkini ini.

Oleh hal yang demikian dan susulan daripada sesi menghadap semalam, Al-Sultan Abdullah telah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat supaya bertenang, tidak panik dan bersabar dalam menghadapi situasi terkini ini sementara menunggu keputusan mengenai cadangan-cadangan tersebut.

Seluruh rakyat turut dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan serta menggugatkan ketenteraman negara yang kita cintai bersama ini.

Berhubung dengan kenaikan mendadak kes positif harian COVID-19 dan kewujudan beberapa kluster baharu yang berterusan di negara ini, Al-Sultan Abdullah mengulangi titah nasihat Seri Paduka Baginda kepada rakyat untuk terus memainkan peranan masing-masing dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara amalan kebiasaan baharu dalam membantu pihak berkuasa memerangi COVID-19 demi keselamatan diri serta masyarakat.

Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga Malaysia sentiasa dirahmati dan dilindungi dari segala bentuk ancaman serta penularan COVID-19 ini dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri dengan segera.

Penularan virus korona itu mencatat rekod terbaharu semalam apabila terdapat 10 kematian dan merupakan sesuatu yang mengejutkan sejak wabak itu tular 10 bulan lalu.

Bagaimanapun di pihak pembangkang mereka menyifatkan tindakan Muhyiddin itu lebih kepada untuk menyelamatkan kedudukannya yang bakal kehilangan kuasa kerana tidak mempunyai cukup sokongan ahli parlimen.

Muhyiddin yang mengetuai kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu membentangkan dan mendapatkan kelulusan belanjawan pada 6 November ini.

Jika ia gagal diluluskan dan diikuti pula dengan undi tidak percaya, Muhyiddin akan kehilangan kerajaan yang didudukinya selepas Pakatan Harapan (PH) runtuh setelah pergolakan dalaman.

PN pada masa ini melibatkan komponen UMNO, Bersatu, Pas, GPS dan serpihan PKR.

Bagaimanapun UMNO yang kecewa dengan sikap pemimpin Bersatu berterusan menekan rakan komponen meletakkan kata dua jika mahu terus perikatan itu kekal.

Selepas beberapa siri perbincangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memutuskan untuk melaksanakan gencatan politik bagi memastikan PN kukuh dan isu semasa ditangani dengan sewajarnya khusus penularan virus korona dan ekonomi.

Walaupun jaminan diberi oleh Ahmad Zahid namun kebimbangan Parlimen terbubar tetap ada kerana rundingan di sebalik tabir tidak dapat dielakkan.

Dikhuatiri jika Parlimen dibubarkan oleh Muhyiddin, situasi akan menjadi gawat. Berdasarkan kepada pembubaran dewan undangan negeri Sabah dan terpaksa melaksanakan pilihan raya negeri tempoh hari ia menjadi punca tercetus gelombang ketiga penularan Covid-19. – SM

COVID-19: SIAPA YANG RAKYAT SAYANG DAN RAKYAT PALING MENYAMPAH.




Frontliner sibuk hendak selamatkan rakyat manakala politikus sibuk rebut kuasa.

Penjilat politikus cukup marah bila aku terus-menerus bantai politikus kesayangan mereka.

Satu sahaja aku hendak pesan kepada penjilat politikus, kalau kalian dijangkiti Covid-19 jangan cari frontliner tapi carilah politikus kesayangan kalian...

Sekian.

ORANG INI TIDAK PERLU JADI ADUN,AHLI PARLIMEN DAN POLITIKUS UNTUK BANTU RAKYAT.

 



Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli 2 lori besar air untuk diagihkan. Dari 10malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.

Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana.

Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.
Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air.

Untuk masak dan minum agaknya. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.

Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan.

Ustaz Ebit Lew

Darurat jalan terbaik bendung Covid-19, tangani gegak-gempita politik

 


By Ainul Asniera Ahsan
24 October 2020

Dr. Shamsul Amri Baharuddin

KUALA LUMPUR – Majoriti tipis, undi tidak percaya dan kekalutan pembentangan Bajet 2021 yang bakal dihadapi oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta ditambah cabaran getir penularan wabak getir Covid-19 menjadi faktor-faktor yang mendorong kepada cadangan mengisytiharkan darurat.

Ini kerana, keadaan-keadaan tersebut telah mengundang kekeliruan yang berpotensi menimbulkan kekacauan awam.

Lantaran itu, Prof Ulung, Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, jika benar kerajaan bercadang untuk mengisytiharkan darurat, ia adalah jalan terbaik dalam usaha mententeramkan keadaan rakyat yang bimbang dan gusar dengan penularan pandemik itu.

“Jadi, kalau kerajaan mengutamakan rakyat, darurat adalah penyelesaian paling sesuai untuk mententeramkan keadaan,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditanya mengenai ura-ura kerajaan mahu mengisytiharkan darurat.

Walaupun cadangan itu menimbulkan polemik dalam kalangan pemimpin politik, namun ahli akademik itu berkata, Malaysia mempunyai pakar-pakar dan penasihat kesihatan yang mampu meramalkan lebih tepat tentang kadar ancaman Covid-19 negara secara realistik.

”Kita tidak perlu tunggu sampai naik 16,000 kes sehari seperti di Perancis baru nak ambil tindakan.

”Alasan keselamatan dan ketenteraman awam sudah mencukupi untuk mengisytiharkan darurat,” ujarnya sambil memaklumkan ini bukan kali pertama negara mengisytiharkan darurat.

Sebaliknya, dalam sejarah, Malayasia sudah lima kali mengisytiharkan darurat sama ada di seluruh negara atau negeri-negeri tertentu.

Ditanya mengenai kritikan ahli-ahli politik yang menyifatkan cadangan kerajaan ini adalah alasan dangkal yang tidak dapat meyakinkan rakyat, Dr Shamsul Amri menambah, kalau kita fikirkan politik, sudah pasti yang sinis akan menyatakan darurat ini akan menguntungkan Perikatan Nasional.

”Sayangnya fikiran ahli-ahli politik ini langsung tidak memberi pertimbangkan keadaan rakyat, tetapi lebih memberi keuntungan peribadi dan kuasa ahli-ahli politik.

‘Sedangkan, kalau pemimpin politik mengutamakan rakyat, maka darurat paling sesuai demi mententeramkan keadaan,” tegasnya.

Ujar beliau lagi, dari segi politik memang secara kebetulan kedudukan kerajaan di Parlimen seperti telur dihujung tanduk.

”Majoriti tipis. Bajet 2021 harus dibentang pada 6 November, dengan cabaran undi tidak percaya. Suasana politik suspen ini juga kalau digabung dengan Covid-19 boleh menyebabkan kekacauan awam.

”Tambahan pula Pilihan Raya Kecil Batu Sapi mesti diadakan Disember ini dan Pilihan Raya Sarawak selewa-lewatnya Jun 2021.

”Berasaskan pengalaman di Sabah sebarang perhimpunan besar dan pergerakan besar-besaran rakyat, seperti mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 kalau diadakan, memudahkan Covid-19 memuncak dan boleh menggugatkan keselamatan rakyat.

“Maka daruratlah boleh menyelesaikan kedua-dua situasi ini,” katanya.

 – MalaysiaGazette

Biarkan pilihan raya di sana sini, nyawa rakyat serah kepada takdir… – Annuar

 


Wartawan MalaysiaGazette
MGF31072020_SOLAT-AIDILADHA-DAN-IBADAH-KORBAN17-681x454
Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa membangkitkan persoalan undang-undang apakah yang akan diguna pakai apabila para pengundi di Batu Sapi mahu kerajaan menangguhkan pilihan raya kecil di Parlimen tersebut.

Begitu juga, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, persoalan yang sama dibangkitkan oleh rakyat Sarawak yang mahu supaya pilihan raya negeri itu ditangguhkan kerana bimbang apa yang telah terjadi di Sabah berikutan PRN yang diadakan di situ.

Sabah kini mencatatkan kes harian tertinggi sehingga diisytiharkan zon merah dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terpaksa dikuatkuasakan di negeri bawah bayu itu.

Annuar juga bertanya, undang-undang apa yang akan digunapakai apabila 87 peratus memberi isyarat bahawa mereka tidak mahu Pilihan Raya Umum diadakan kerana bimbang pandemik Covid-19.

Beliau menarik perhatian mengenai persoalan tersebut dalam hantaran di laman Facebook.

Beliau merujuk kepada pandangan seorang peguam yang merumuskan bahawa darurat tidak perlu diisytiharkan kerana masih ada undang-undang yang boleh digunapakai untuk membantu usaha membendung Covid-19.

Peguam tersebut berkata, Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit mencukupi untuk membendung wabak tersebut serta membantu rakyat yang terjejas.

Artikel berkaitan: Kabinet isytihar darurat tumpu perangi Covid-19?

Membangkitkan persoalan lebih lanjut, Annuar berkata, pelbagai pihak juga mengugut mahu menjatuhkan Perdana Menteri melalui sidang Parlimen bulan depan.

“Jika itu berlaku maka PM boleh bubarkan parlimen dan PRU perlu diadakan.Tetapi rakyat tidak mahu pilihanraya diadakan kerana takut merebaknya COVID-19.

“Undang undang mana boleh dipakai untuk menangguh pilihanraya supaya KITA DAPAT MEMPASTIKAN COVID-19 terkawal dan tidak mengancam nyawa rakya,” soalnya.

Kata Annuar, kini beribu rakyat di hospital dan beribu frontliners serta anggota keselamatan terpaksa menjalani kuarantin malah berbillion dana negara terpaksa dibelanjakan.
 
Itu pun, kata beliau, dalam keadaan Malaysia diiktiraf oleh dunia sebagai negara paling berjaya dalam mengekang penularan wabak Covid-19.
 
“Bagaimana agaknya kalau dalam tempoh dua tiga bulan ini kita mendahulukan perebutan kuasa politik demi demokrasi di saat rakyat sedang bertarung nyawa dengan  ancaman COVID-19,” katanya.
 
Annuar sekali lagi bertanya kuasa apa dan undang-undang mana yang membolehkan penangguhan perebutan kuasa atau demi mendahulukan demokrasi kerana takut berhadapan pelbagai tuduhan oleh pembangkang maka kerajaan membiarkan pilihan raya di sana sini.
 
“Nyawa rakyat serah pada takdir,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang boleh memberikan nasihat perundangan berkaitan persoalan yang dibangkitkannya.
 
Mesyuarat khas Kabinet semalam membincangkan tentang pelaksanaan darurat bagi memboleh usaha membendung pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan kesihatan dan ekonomi rakyat di negara ini dilaksanakan secara bersepadu.
 
Rentetan daripada itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.
 
Sehingga kini, belum ada sebarang keputusan sama ada baginda memberikan perkenan atau akan memanggil Majlis Raja-Raja untuk membincangkan perkara tersebut.
 
Selepas Pilihan Raya Negeri, Sabah bakal menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi pada 5 Disember berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober lalu.
 
Pilihan raya negeri Sarawak pula diadakan apabila tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia ada tamat pada Jun tahun hadapan.
 
Ada juga pihak yang menuntut supaya diadakan pilihan raya umum dengan mengemukakan usul tidak percaya terhadap perdana menteri kerajaan Perikatan Nasional dan menolak belanjawan yang akan dibentangkan pada 6 November nanti di Dewan Rakyat. – MalaysiaGazette

INSAFLAH AHLI POLITIK! JANGAN SAMPAI RAKYAT PUTUS ASA.

 



 



Betul kita pernah bebas dan menang dengan Covid-19 tapi nafsu ahli politik ni tiada siapa dapat bendung.

Agong akan bincang cadangan PM dengan Raja-raja Melayu

 




Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan berbincang dengan Raja-raja Melayu berhubung cadangan yang disampaikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam.

Perkara itu dinyatakan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.

"Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak Covid-19. Malah, Seri Paduka Baginda turut amat prihatin terhadap kegelisahan dan kegusaran rakyat ekoran daripada perkembangan terkini ini.

"Oleh hal yang demikian dan susulan daripada sesi menghadap semalam, Al-Sultan Abdullah telah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat supaya bertenang, tidak panik dan bersabar dalam menghadapi situasi terkini ini sementara menunggu keputusan mengenai cadangan-cadangan tersebut," menurut kenyataan itu.

--Malaysiakini

Saturday, August 15, 2020

Muhyiddin didakwa bimbang buka usul, RUU untuk pengundian

 


A Kadir Jasin

Diterbitkan 
Dikemaskini 15 Aug 2020, 10:05 am

ULASAN | Cakap-cakap di kalangan pemerhati politik yang diperkuatkan oleh laporan dan analisis media arus perdana serta perbualan media sosial memberi gambaran cemas mengenai kedudukan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antaranya mengatakan yang kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak lagi mempunyai majoriti di Dewan Rakyat.

Sejak pelantikannya sebagai perdana menteri pada 2 Mac lagi sudah timbul tanda tanya berkenaan bilangan sebenar ahli Dewan Rakyat yang menyokong beliau.

Daripada aspek teknikal, memang benar ada masanya kerajaan PN tidak mempunyai majoriti di Dewan.

Hal ini tidak dapat dielakkan kerana PN bukan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya sebaliknya ditubuhkan melalui pemungkiran janji oleh sebahagian ahli yang dipilih dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 9 Mei 2018.

Mereka terdiri daripada tiga kelompok, iaitu Bersatu yang menyokong Muhyiddin, PKR yang menyokong Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan parti-parti yang kalah PRU 2019, khususnya Umno dan Pas.

Muhyiddin hanya mendakwa mempunyai sokongan lebih besar dalam Dewan Rakyat berbanding Pakatan Harapan yang menang PRU 2018.

Tetapi beliau tidak berani mengesahkan dakwaannya itu melalui undi Dewan Rakyat. Sebaliknya perbahasan usul tidak percaya yang dikemukakan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mei lalu sama ada gagal diadakan atau sengaja dilambat-lambatkan.

Kelebihan dua undi - 111 vs 109

Apa yang berlaku ketika perbahasan mengenai penggantian Yang di-Pertua Dewan pada 13 Jun lalu tentunya menambah ketakutan Muhyiddin.

Beliau hanya menang dengan kelebihan dua undi, iaitu 111 lawan 109. Secara tidak langsung, pengundian itu memberi gambaran berkenaan kekuatan atau kelemahan Muhyiddin sebagai ketua kerajaan PN.

Sejak beberapa hari lalu, timbul cakap-cakap bahawa kerajaan Muhyiddin amat bimbang dan keberatan untuk membuka sebarang usul atau rang undang-undang kepada pengundian kerana takut apa yang berlaku pada 13 Jun itu akan berulang atau menjadi lebih teruk.

Tetapi ada pihak mengatakan pengundian tidak dapat dielakkan kerana ada rang undang-undang penting bersabit perbelanjaan dan kewangan negara terpaksa diluluskan segera.

Pada hemat saya, wakil-wakil pembangkang akan menyokong rang undang-undang ini bagi mengelak negara daripada mengalami krisis belanjawan.

Rasanya yang lebih membimbangkan Perdana Menteri adalah pengumuman Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, 29 Julai lalu yang parti itu tidak akan menyertai PN walaupun “masih menyokong kerajaan”.

Sebaliknya beliau menekankan kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN).

Pengutamaan MN dan peminggiran PN oleh Umno terserlah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Chini, Pahang 4 Julai lalu dan di Slim River, Perak sekarang di mana Umno dan Pas meletakkan seorang calon sahaja.

Walaupun Bersatu tidak bertanding demi memberi laluan kepada Umno dan Pas, ia juga tidak dilayan sebagai rakan kongsi yang setaraf. Ikut cerita, wakil Bersatu tidak pun dijemput ke majlis memperkenalkan calon PRK Slim River.

Di Chini, feksyen Bersatu yang disingkirkan menyokong calon bebas, Datuk Seri Tengku Zainul Hisham. Walaupun kalah, bilangan undi yang beliau peroleh lebih baik daripada calon-calon bebas sebelum ini.

Pada 12 Ogos, Dr Mahathir telah mengumumkan penubuhan parti baru, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan meletakkan calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi untuk bertanding di Slim River.

PRK ini akan memberi gambaran yang lebih jelas mengenai persaingan baru politik. Kawasan ini lebih bersifat pelbagai kaum berbanding Chini yang merupakan kubu Melayu.

Calon Umno akan disokong oleh parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), Pas dan Bersatu. Calon bebas (Pejuang) akan disokong oleh sebahagian atau semua parti-parti PH.

Walaupun jurucakap dan strategis Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memperlekeh penubuhan Pejuang, saya yakin Muhyiddin tahu bahawa sokongan terhadap Bersatu sedang terhakis.

Hamzah yang menang PRU 2018 atas tiket BN telah melompat menyertai Bersatu dan menjadi antara penggerak utama penubuhan kerajaan PN. Beliau dipetik sebagai berkata: “Enam orang meninggalkan Bersatu, 20,000 memohon menyertainya.”

Dengan latar belakang di atas dan banyak lagi perkembangan yang kurang positif dalam pelbagai bidang, khususnya ekonomi, tidak hairanlah kalau Muhyiddin takut untuk mendedahkan kedudukannya kepada sebarang bentuk pengundian.

Tetapi beliau tidak boleh mengelak diri daripada menghadapi kemungkinan itu buat selama-lamanya. Hari penentuan akan tiba juga lambat-laun. Wallahualam.


A KADIR JASIN merupakan tokoh wartawan dan pernah menjadi penasihat media Dr Mahathir Mohamad.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Laporan KLUSTER SALA DI KEDAH

 


KLUSTER SALA DI KEDAHKKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikesan di Daerah Yan, Kedah. Kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-9148) adalah lelaki warganegara Malaysia yang dikesan positif melalui sistem survelan klinikal Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.Aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan pada 14 Ogos 2020 dan kes-kes dikesan positif pada 15 Ogos 2020.

 Ketiga-tiga kes yang dilaporkan pada hari ini adalah merupakan ahli keluarga kepada kes pertama (kes ke-9148).Sehingga 15 Ogos 2020, 80 kontak rapat beliau telah disaring. Daripada jumlah ini: 4 kes dikesan positif COVID-19 manakala 76 individu masih menunggu keputusan.


Kesemua kes bagi kluster ini adalah warganegara Malaysia.Pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan dan langkah-langkah pencegahan serta pembendungan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan.

Siapa Gnanaraja dalam projek terowong dasar laut P Pinang?

 


Diterbitkan 
Dikemaskini 15 Aug 2020, 11:04 am

Nama ahli perniagaan “Datuk Seri” G Gnanaraja sebelum ini pernah terpalit dengan dakwaan rasuah membabitkan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Projek berkenaan yang bernilai RM6.3 bilion turut menyaksikan bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini atas tuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk meminta dan menerima suapan, masing-masing sebanyak 10 peratus dari nilai keuntungan projek dan RM3.3 juta.

Bagaimanapun Guan Eng mengaku tidak bersalah atas pertuduhan-pertuduhan berkenaan dan minta dibicarakan.

Pada 27 Feb 2018, Gnanaraja ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah RM19 juta bagi mempengaruhi penutupan siasatan projek berkenaan.

Pengarah Urusan syarikat tersebut merupakan Zarul Ahmad Mohd Zulkifli iaitu kontraktor utama yang dilantik bagi projek tersebut.

Pada 3 April 2019, Gnanaraja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Dia dituduh memperdaya Zarul sebanyak tiga kali pada 2017 untuk mempercayai bahawa dia mempunyai hubungan politik yang mampu membantu untuk menutup siasatan SPRM terhadap Zarul.

Dalam tuduhan pertama, Gnanaraja didakwa memperdayakan Zarul supaya menyerahkan RM2 juta kepadanya di Hotel Eastin, Selangor sekitar Julai 2017.

Untuk tuduhan kedua, dia dituduh memperdayakan Zarul agar menyerahkan RM15 juta secara rentas akaun di bank CIMB cawangan KLCC pada bulan yang sama.

Bagi tuduhan ketiga, Gnanaraja dituduh melakukan kesalahan sama dengan memperdayakan Zarul supaya menyerahkan tambahan RM2 juta kepadanya di Hotel Eastin, Selangor, sekitar Ogos 2017.

Bagaimanapun Gnanaraja mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan.

Dituduh lagi 68 pertuduhan

Pada 8 April 2019, Gnanaraj didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 68 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM11.4 juta.

Dana tersebut didakwa dipindahkan dari akaun Bumi Muhibah Capital Holding Sdn Bhd (Bumi Muhibah) ke pelbagai akaun lain termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan syarikat serta individu lain.

Tertuduh yang dikatakan pengarah serta pemilik syarikat Bumi Muhibah didakwa memindahkan RM2.2 juta wang haram kepada KDN pada 19 Sept 2017.

Dia juga didakwa memindahkan wang haram sebanyak RM108,580.80 melalui cek kepada akaun Zenith Consulting Services pada 25 Okt 2017 dan RM15,614.70 ke akaun LHDN pada 15 Jan 2018.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga ke-68, ia melibatkan dua organisasi iaitu LHDN dan KDN, 26 buah syarikat termasuk Zenith Consulting Services Sdn Bhd dan 10 individu.

10 individu itu ialah Tan Su Cheng, You Hui Koon, Koh Yee Phok, Lim Voi Heng, Lee Sue Wee, Teh Eng Soon, S. Jeewanathan, K.Thiagu, K. Boohalan dan Kee Bee Sim.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Cawangan KLCC, Jalan Ampang antara 28 Julai 2017 dan 18 Jan 2018.

Dia bagaimanapun sekali lagi mengaku tidak bersalah atas semua petuduhan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Rozina Ayob.

Gelaran ‘Datuk Seri’ ditarik balik

Gnanaraja, 39, yang turut dikenali sebagai “Dato Sri G” atau “DSG” memperolehi gelaran “Datuk Seri” daripada Istana Pahang pada Mac 2014.

Bagaimanapun, pada 3 April 2019 dilaporkan bahawa Istana Pahang telah menarik balik kurniaan darjah kebesaran tersebut, yang berkuat kuasa pada 13 Mac 2019.

Berita tersebut muncul selepas dia dituduh menipu RM19 juta untuk menutup siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Gambar bersama Guan Eng

Pada Mac 2018, gambar Gnanaraja bersama Lim tersebar dan secara tidak langsung menimbulkan kecurigaan mengenai hubungan mereka.

Lim menafikan dirinya mengenali Gnanaraja secara dekat.

Sebaliknya, Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataannya, menyatakan bahawa sebagai seorang pemimpin yang dikenali ramai, Lim berhak bergambar kenangan bersama sesiapa yang dikehendakinya.

Kenyataan itu juga berkata, sebagai seorang yang dikenali, Lim pernah bergambar dengan ramai personaliti dan beliau tidak mampu mengingati berapa banyak atau di mana gambar itu dirakamkan.

Isteri dan dunia lakonan

Selain memegang jawatan presiden di persatuan usahawan agro, Agro Malaysia, Gnanaraja turut membintangi trailer filem di Youtube, ‘G The Movie Official Teaser’ pada 2017.

Trailer tersebut menampilkan dirinya bersama seorang pelakon wanita dengan babak yang penuh aksi dan romantik ala “James Bond.”

Bagaimanapun, berdasarkan carian Malaysiakini, filem penuh tersebut tidak dijumpai.

Selain itu, dia juga aktif mengemaskini aktiviti hariannya di media sosial dan mempunyai 621,000 pengikut di Instagram.

Untuk rekod, dia berkahwin dengan isterinya, Geethanjali G yang juga personaliti media sosial yang terkenal di kalangan komuniti berbahasa Tamil pada Feb 2012 dan mempunyai anak kembar lelaki.

Pada 2016, pelantikan Geethanjali sebagai sebagai penasihat khas media menteri pendidikan ketika itu Mahdzir Khalid dilaporkan ditarik balik dalam masa kurang 24 jam.

Bagaimanapun, sebab penarikan balik pelantikan tersebut tidak dinyatakan oleh pihak kementerian.

Geethanjali merupakan bekas finalis Miss Malaysia Universe 2009 dan pernah menjadi penghebah radio. 

Pada Jun 2013, dia dinobatkan dalam senarai 10 wanita yang paling berkuasa di Malaysia pada tahun tersebut, yang diterbitkan oleh akhbar The Star. 

Turut berada dalam senarai tersebut ialah Rosmah Mansor, Zeti Akhtar Aziz, Michelle Yeoh, Nurul Izzah Anwar dan Marina Mahathir.

Dia berdepan dengan spekulasi bahawa dirinya atau syarikatnya G Global Media - sebuah syarikat promosi dan produksi - telah membuat senarai tersebut dan membayar iklan di halaman akhbar tersebut untuk publisiti dirinya sendiri.

Geethanjali telah menafikan dakwaan itu.

Didakwa terlibat penipuan skim pelaburan

Pada Nov 2016, bekas setiausaha agung MIC, S. Vell Paari mendakwa Gnanaraja dan isterinya, Geethanjali sebagai dalang skandal penipuan pelaburan yang melibatkan kerugian berjuta ringgit kepada mangsa-mangsa skim pelaburan tersebut selepas memasukkan wang akaun Yayasan Usaha Ventures Malaysia.

Menurut Vell Paari, mereka menggunakan yayasan tersebut yang bertindak sebagai syarikat induk dalam mendapatkan wang daripada pelabur di bawah syarikat Venus FX.

Difahamkan pasangan suami isteri itu menggunakan nama Najib Razak yang merupakan perdana menteri ketika itu dan isterinya Rosmah Mansor dalam kegiatan mereka.

Bagaimanapun, kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut dalam satu kenyataan bersama. 

Nantikan perkembangan lanjut yang menyorot ke dalam dunia ‘Dato Seri G’ yang menarik perhatian ini. 

Najib: Kalau simpati pada saya, tunjuklah dalam PRK ini

 


B Nantha Kumar

Diterbitkan 

PRK SLIM | Bekas Perdana Menteri Najib Razak hari ini meminta pengundi menunjukkan rasa simpati mereka kepada dia dengan memenangkan calon BN, Mohd Zaidi Aziz.

Berucap di hadapan hampir 500 pengundi dan penyokogn BN dalam ceramah sulung gabungan itu di Felda Gunung Besout 1 hari ini, Najib juga memberitahu bahawa PRK kali ini merupakan pembuka tirai kepada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Zaman PH, dahlah kita dituduh macam-macam... Saya dituduh pencuri. Tapi, setakat ini di mahkamah baru disabit satu kes RM42 juta.

"Itu pun 99 peratus saya belanja dana untuk kebajikan dan kerja amal politik. Ini terbukti di mahkamah.

Menurut Najib - yang disabitkan tujuh kesalahan membabitkan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram oleh mahkamah itu - demi kebenaran dia sanggup bersumpah dalam mahkamah bahawa dia tidak meminta atau ditawarkan dana berkenaan.

"Jadi tuan-tuan fikirlah sendiri. Kalau simpati pada saya, tunjuklah dalam PRK ini bahawa BN ada di pihak yang benar dan kita nak betulkan keadan dalam negara ini," katanya.

Untuk rekod, pada 28 Julai lalu Najib didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd yang sebelum ini menjadi anak syarikat 1MDB.

Dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Najib berikrar untuk membuat rayuan atas sabitan berkenaan di Mahkamah Rayuan.

Kembali ke zaman BN

Sementara itu, dalam ucapan hari ini juga Najib dilihat cuba mengelak daripada menyentuh isu kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu.

Sebaliknya, pengerusi Lembaga Penasihat BN itu lebih gemar menyenaraikan kejayaan kerajaan BN dan kekuatan Muafakat Nasional (MN) iaitu sebuah kerjasama politik secara rasmi di antara Umno dan PAS.

"Kenapa PRK ini penting? Ia persediaan dan pembuka tirai kepada PRU akan datang.

"Kita bagi isyarat (kemenangan calon BN) bahawa masa sudah tiba kita mengembalikan kepada orang yang tahu mentadbirkan negara kita. Kembali zaman BN.

"Kita nak betulkan keadaan dalam negara ini. BN dan Muafakat Nasional," katanya tanpa menyebut apa-apa mengenai Bersatu atau kerajaan PN yang diketuai Muhyiddin Yassin.

Hal itu sekali gus menimbulkan soalan apakah Umno akan meninggalkan kerjasama mereka dengan dengan Bersatu apabila parlimen dibubarkan.

Terdahulu pagi tadi, Muhyiddin berkata bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu memberi persetujuan untuk memohon menyertai MN.

Jangan jadikan melukut tepi gantang

Dalam rakaman ucapan yang ditujukan buat ahli Bersatu, Muhyiddin berkata beliau percaya bahawa ia adalah pilihan terbaik untuk parti berkenaan.

Tengah hari tadi tadi pula Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka mencabar Pemuda Bersatu (Armada) membuktikan keupayaan mereka membawa undi memenangkan BN pada PRK ini.

Ahmad Zahid turut mengingatkan Bersatu, sekiranya parti itu gagal menarik 6,000 undi kepada BN kali ini, maka BN patut menyoal nilai kerjasama dengan Bersatu.

"Kalau tidak dapat 8,000 atau 6,000 undi, kita harus tanya, apa nilai perkongsian politik dengan mereka.

"Betul kita ada dalam kerajaan, tapi jangan jadikan kita sebagai melukut di tepi gantang," kata Zahid.

PRK Slim menyaksikan calon BN Mohd Zaidi Aziz dari Umno dicabar dua calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi - yang disokong kumpulan Dr Mahathir Mohamad dan parti Pejuang Tanah Air - serta Santharasekaran Subramania.

PRK Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai, akibat serangan jantung.

Ia akan diadakan pada 29 Ogos dengan pengundian awal pada 25 Ogos.

Slim mempunyai 23,094 pengundi berdaftar, yang kebanyakannya terdiri daripada pengundi Melayu sebanyak 75 peratus, diikuti India (13 peratus), Cina (10 peratus), dan lain-lain (dua peratus).