Wednesday, September 2, 2015

Muhyiddin pulang dengan jawapan kosong


Beliau enggan mengulas dan memberi reaksi terhadap pertanyaan wartawan selepas pulang bercuti dari Australia.

Muhyiddin-Yassin,-men

SEPANG: Lebih kurang 100 penyokong UMNO dari Johor, memakai baju T hitam dengan tulisan “I am not a yes man” menyambut ketibaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA.

Beliau bersama isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman tiba pada jam 8.30 pagi selepas bercuti dua minggu di Australia.

Ketika dihampiri media, beliau hanya tersenyum dan enggan menggulas.

Salah seorang daripada penyokongnya yang menunggu kepulangannya memaklumkan telah tiba sejak malam tadi dan bermalam di Nilai.

“Kami datang daripada pelbagai bahagian di Johor. Saya daripada Bahagian Gelang Patath sementara kawan saya daripada bahagian lain seperti Pengerang, Pagoh, Air Hitam dan Pulai antara mereka yang datang memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin ,” katanya.

Kata-kata beliau yang dicetak di baju T yang dipakai penyokongnya, adalah kenyataan berhubung pendirian beliau terhadap isu 1MDB.

“I am not a Yes Man. Saya gagal terhadap tanggungjawab sekiranya tidak bercakap benar dan saya mempercayainya. Sekiranya saya tidak bercakap benar dengan apa yang saya percayai, Taka pa, pecat saya,” katanya sebelum disingkirkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Julai lalu.

No comments:

Post a Comment