Tuesday, August 23, 2022

INI BUKTI YANG DIKETENGAHKAN RAFIZI

 


 


1.Oleh kerana Dr. Latiff Ahmad cuba mengelirukan orang ramai mengenai identiti sebenar Zainab Mohd Salleh, saya sertakan nama penuh, kad pengenalan (baru dan lama), alamat dan gambar pengenalan Zainab Mohd Salled (LCS) mengikut carian rasmi, seperti berikut (rujuk “1”):





2. Seterusnya, saya juga mengesahkan kewujudan Zainab Mohd Salleh ini dengan menjejaki “digital footprint” di Facebook. Berikut ialah profil Zainab Mohd Salleh di Facebook (rujuk “2”):




3.Pada hari Dr. Latiff Ahmad mengangkat sumpah sebagai menteri di dalam kabinet Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, salah seorang dari yang mengucapkan tahniah di posting Facebook Dr. Latiff bertarikh 30 Ogos 2021 adalah Zainab Mohd. Salleh (rujuk “3”):




4.Apatah lagi apabila Laporan Forensik Projek LCS yang dinyahwarta semalam (dan kini boleh dibaca di laman Parlimen) secara terang telah menyatakan bahawa Zainab Mohd Salleh adalah isteri kepada Dr. Latiff Ahmad (rujuk “4”):





5..Dr. Latiff Ahmad menubuhkan sebuah syarikat bernama Mega P Asia Sdn Bhd (pendaftaran 1163389-W) pada 23 Oktober 2015 (rujuk “5A” dan “5B”).


DR. LATIFF DAN ZAINAB MEMILIKI BERSAMA SUBKONTRAKTOR PROJEK PERTAHANAN NEGARA

 


 Dari Rafizi Ramli

23 Ogos 2022


DR. LATIFF DAN ZAINAB MEMILIKI BERSAMA SUBKONTRAKTOR PROJEK PERTAHANAN NEGARA


(Bukti-bukti dokumen boleh diperolehi di https://rafiziramli.com/2022/08/dr-latiff-dan-zainab-memiliki-bersama-subkontraktor-projek-pertahanan-negara/)


Setelah saya menamakan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad dan Zainab Mohd Salleh sebagai individu-individu yang terlibat dengan beberapa syarikat palsu (iaitu Alizes Marine Limited) yang menyeleweng sehingga RM210 juta dari projek LCS, satu-satunya reaksi dari Dr. Latiff Ahmad ialah penafian yang Zainab Mohd Salleh adalah isterinya.


Kenyataan Dr. Latiff Ahmad juga begitu umum dengan merujuk kepada satu berita yang tular:


“Merujuk kepada laporan berita yang tular berkaitan siasatan projek kapal tempur pesisir (LCS), saya menegaskan bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya seperti mana yang dinyatakan dalam berita tersebut.”


Saya mengucapkan tahniah kepada Dr. Latiff Ahmad kerana berjaya memutar kenyataannya untuk mengelirukan orang ramai. Rujukan kepada “berita yang tular” sudah tentu merujuk kepada kesilapan satu portal berita yang melaporkan kononnya Zainab Mohd Salleh yang terlibat di dalam projek LCS ini adalah Ketua Pegawai Kewangan Dialog Berhad (yang juga bernama Zainab Mohd Salleh).


Saya tergelak kerana besar kemungkinan Dr. Latiff Ahmad benar-benar ingat saya pun tersilap begitu juga.


Zainab Mohd Salleh yang memiliki Alizes Marine Limited adalah seorang individu lain. 


Oleh kerana Dr. Latiff Ahmad cuba mengelirukan orang ramai mengenai identiti sebenar Zainab Mohd Salleh, saya sertakan nama penuh, kad pengenalan (baru dan lama), alamat dan gambar pengenalan Zainab Mohd Salled (LCS) mengikut carian rasmi, seperti berikut (rujuk “1”):


 


Seterusnya, saya juga mengesahkan kewujudan Zainab Mohd Salleh ini dengan menjejaki “digital footprint” di Facebook. Berikut ialah profil Zainab Mohd Salleh di Facebook (rujuk “2”):


 


Zainab Mohd Salleh juga ada digital footprint yang mengaitkannya dengan Dr. Latiff Ahmad. 


Pada hari Dr. Latiff Ahmad mengangkat sumpah sebagai menteri di dalam kabinet Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, salah seorang dari yang mengucapkan tahniah di posting Facebook Dr. Latiff bertarikh 30 Ogos 2021 adalah Zainab Mohd. Salleh (rujuk “3”):


 


Masalah besar Dr. Latiff Ahmad bukanlah kerana Zainab Mohd. Salleh meninggalkan komen di Facebooknya. 


Isu yang wajib dijawab oleh Dr. Latiff Ahmad (tetapi langsung tiada apa-apa maklum balas setakat ini) ialah pendedahan-pendedahan saya bahawa Zainab Mohd. Salleh adalah pemilik syarikat-syarikat palsu Alizes Marine Limited yang menyelewengkan dana dari projek LCS. 


Apatah lagi apabila Laporan Forensik Projek LCS yang dinyahwarta semalam (dan kini boleh dibaca di laman Parlimen) secara terang telah menyatakan bahawa Zainab Mohd Salleh adalah isteri kepada Dr. Latiff  Ahmad (rujuk “4”):


 


Jika bukti-bukti ini tidak memadai, saya sertakan satu lagi bukti besar yang menyokong penglibatan Dr. Latiff dalam skandal LCS melalui syarikat yang dimiliki bersama dengan Zainab Mohd. Salleh (yang dinyatakan sebagai isterinya).


Penipuan oleh Alizes Marine Limited melibatkan penggunaan nama syarikat lain di Perancis sedangkan invois dihantar dengan alamat yang berlainan. Laporan Forensik Projek LCS menyenaraikan alamat-alamat palsu yang digunakan di dalam invois-invois Alizes dan menamakan seorang rakyat Perancis bernama Thierry Georges Andre Barrier sebagai individu yang terlibat di dalam skim penipuan ini.


Dr. Latiff Ahmad menubuhkan sebuah syarikat bernama Mega P Asia Sdn Bhd (pendaftaran 1163389-W) pada 23 Oktober 2015 (rujuk “5A” dan “5B”). 


Mega P Asia Sdn Bhd turut dinamakan di dalam Laporan Forensik Projek LCS sebagai salah sebuah syarikat berkait dengan Dr Latiff Ahmad yang mendapat laba dari projek-projek pertahanan laut negara.


 


 


Perenggan 3.16.13.4 muka surat 97 menyebut:


“..... It is also to be noted that Mega P Sdn Bhd is the company involved in supplying Chilean workers for millions of ringgit for submarine projects, and payments were released to them.”


“... Perlu diambil maklum bahawa Mega P Sdn Bhd juga terlibat membekalkan tenaga kerja dari Chile untuk projek-projek kapal selam (Scorpene) yang melibatkan jutaan ringgit, dan syarikat ini telah menerima bayaran.”


Mega P Asia Sdn Bhd ditubuhkan oleh Dr. Latiff Ahmad bersama-sama Thierry Barrier yang masing-masing memegang satu saham semasa penubuhan. Ini mengukuhkan dakwaan bahawa Dr. Latiff Ahmad terlibat di dalam skim penipuan menggunakan invois-invois palsu melibatkan Alizes Marine Limited, memandangkan invois-invois itu berkait dengan Thierry Barrier (seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Forensik Projek LCS).


Hubung kait diantara Dr. Latiff Ahmad dengan Zainab Mohd Salleh diperkuatkan lagi apabila semakan pemilikan saham Mega P Asia Sdn Bhd menunjukkan Dr. Latiff Ahmad dan Zainab Mohd Salleh merupakan pemegang majoriti saham-saham syarikat itu.


Maklumat Borang 68 (perincian pemegang saham sesebuah syarikat) bagi tahun 2017 yang difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (rujuk “6A”) menunjukkan bahawa Dr. Latiff Ahmad memegang 105,002 saham dan Zainab Mohd Salleh memegang 245,000 saham di dalam Mega P Asia Sdn Bhd  (rujuk “6B”).


 


 


Laporan kewangan Mega P Asia Sdn Bhd yang diaudit bagi tahun kewangan 2016 menunjukkan bahawa syarikat Mega P Asia Sdn Bhd (yang ditubuhkan Dr. Latiff Ahmad) dikawal oleh Zainab Mohd Salleh (rujuk “6C”).


 


Daripada semua maklumat ini, kita boleh simpulkan beberapa fakta:


1. Zainab Mohd Salleh yang memiliki syarikat-syarikat palsu Alizes Marine Limited adalah individu yang berlainan dari CFO Dialog.


2. Kenyataan Dr. Latiff Ahmad yang menafikan Zainab Mohd. Salleh bukan isterinya dilihat cuba mengelirukan orang ramai dengan memberi gambaran Zainab yang saya maksudkan dalam pendedahan saya adalah CFO Dialog.


3. Dr. Latiff Ahmad menubuhkan syarikat Mega P Asia Sdn Bhd yang menjadi subkontraktor projek-projek pertahanan laut negara dengan seorang rakyat Perancis bernama Thierry Barrier.


4. Thierry Barrier dinamakan di dalam Laporan Forensik Projek LCS sebagai salah seorang individu yang terlibat di dalam pemalsuan invois-invois Alizes Marine Limited menggunakan pelbagai alamat palsu di Perancis.


5. Pemegang-pemegang saham Mega P Asia Sdn Bhd adalah Dr. Latiff Ahmad dan Zainab Mohd Salleh.


6. Pemegang saham yang mengawal Alizes Marine Limited adalah Zainab Mohd Salleh.


7. Laporan Forensik Projek LCS menamakan Zainab Mohd Salleh sebagai isteri Dr. Latiff Ahmad.


Bukti-bukti ini sudah cukup untuk mengesahkan bahawa Zainab Mohd Salleh adalah isteri (kedua) Dr. Latiff Ahmad dan kedua-dua mereka terlibat di dalam Marine Alizes Limited yang dinamakan di dalam Laporan Forensik Projek LCS sebagai syarikat yang menyelewengkan sehingga RM210 juta dana dari projek LCS.


Jika benar Zainab Mohd Salleh bukan isteri (kedua) Dr. Latiff Ahmad seperti yang disebut di dalam Laporan Forensik Projek LCS, kenapa Dr. Latiff memberikan saham majoriti dan membenarkan Zainab Mohd Salleh mengawal Mega P Asia Sdn Bhd, syarikat yang ditubuhkannya dan mendapat kontrak bernilai jutaan ringgit dari projek-projek Kementerian Pertahanan?


RAFIZI RAMLI


MASUK MAHKMAH BUKAN UNTUK MEMBUKTIKAN TIDAK BERSALAH

 


 

Kalau dilihat dalam kes rayuan Najib ni, cara dan helah Najib menunjukkan yang dia benar-benar bersalah.


Selain dari berusaha keras untuk menangguhkan perbicaraan, yang kerap Najib buat hanyalah untuk batalkan sabitan kesnya tanpa berusaha buktikan dirinya bersih.


Dalam perbicaraan sebelum ini, Najib tak berdaya untuk menyangkal bukti yang duit SRC masuk ke dalam akaunnya dan dia telah membelanjakannya sesuka hati.


Najib gagal buktikan dia tak melakukan kesalahan itu. Jadi apa yang dia buat? Dia cuba discredit hakim yang mengadili perbicaraan itu. Malangnya masih tak berjaya.


Jadi sekarang ini, dia cuba pula discredit ketua hakim dalam kes rayuan ini. Cuba kaitkan dengan politik pula. Namun langsung tiada usaha untuk buktikan yang tuduhan itu fabricated ataupun fitnah terancang.


Sebab itu aku kata cara Najib sendiri menunjukkan yang dia benar-benar bersalah. Kalau betul dia tak buat, tentu ada sahaja bukti yang dia boleh berikan bagi menunjukkan yang dia tidak bersalah.


Kalau Najib lepas sekalipun dalam perbicaraan ini, aku tetap yakin memang Najib Najib curi dana SRC berdasarkan helah yang dia buat dalam rayuan kesnya ini. Guane boh?


 

Raja Gelap


Rayuan SRC: Muhammad Shafee tampil pada saat akhir mohon penangguhan, namun ditolak mahkamah

 


 

irdaus Azil

Rayuan SRC: Muhammad Shafee tampil pada saat akhir mohon penangguhan, namun ditolak mahkamah
Panel hakim menolak permohonan Hisyam Teh yang menjemput Muhammad Shafee kembali bersama pasukan pembelaan. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Cubaan pada minit terakhir pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan permohonan mengecualikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat daripada rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu telah ditolak panel lima hakim.
Terdahulu, peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik berkata, beliau menjemput Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk kembali bersama pasukan pembelaan, bagi berhujah mengenai permohonan tersebut.
Hisyam memohon penangguhan sekurang-kurangnya 10 minit untuk peguam veteran itu sampai, bagaimanapun, permohonan beliau ditolak panel lima hakim.
Terdahulu, Hisyam berkata, pasukan pembelaan telah memfailkan permohonan pada malam Isnin untuk Tengku Maimun menggugurkan diri daripada perbicaraan.
Berdasarkan afidavit Najib, permohonan itu dibuat atas alasan suami Tengku Maimun, iaitu Zamani Ibrahim telah membuat catatan di Facebook tentang kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum lepas.
Najib berkata, beliau khuatir hubungan suami isteri antara Tengku Maimun dan Zamani, akan membuatkan Ketua Hakim Negara itu prejudis terhadap rayuannya berhubung sabitan Mahkamah Tinggi pada 2020.
“Oleh kerana beliau merupakan suami terhadap pengerusi panel hakim yang mendengar rayuan saya, adalah berkemungkinan beliau akan mempengaruhi pemikiran pengerusi terhadap tuduhan ke atas kebersalahan saya.
“Saya selanjutnya menyatakan bahawa oleh kerana sifat hubungan suami-isteri mereka, adalah berkemungkinan bahawa pemikiran pengerusi yang bijaksana mungkin telah terkesan tanpa disedari olehnya melalui sentimen-sentimen suami Yang Amat Arif Ketua Hakim terhadap saya,” menurut afidavit itu lagi.
Selanjutnya, Najib berkata, beliau khuatir sekiranya wujud sifat prejudis memandangkan beberapa permohonan beliau sebelum ini, termasuk memasukkan bukti baharu tentang Hakim Bicara Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, rayuan penangguhan perbicaraan, serta rayuan mendapat khidmat Peguam Kanan United Kingdom, Jonathan Laidlaw telah ditolak.
Selain itu, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Tengku Maimun seolah-olah tiada bantahan terhadap program ‘Walk of Justice’ anjuran Badan Peguam untuk menentang sebarang siasatan terhadap Mohd Nazlan.
Muhammad Shafee kemudian memohon mahkamah untuk penangguhan sehingga pagi Rabu atas alasan beliau dijemput pembelaan pada saat-saat terakhir untuk membentangkan hujah mengenai usul pengecualian itu.
Katanya lagi, atas sebab jemputan minit terakhir itu, beliau terpaksa meninggalkan program di Parlimen, sambil menambah beliau langsung tidak berkesempatan untuk memakai pakaian yang sesuai untuk mahkamah.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya (ad hoc), Datuk V Sithambaram berhujahba bahawa permohonan itu berniat jahat (mala fide) dan satu lagi taktik pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan.
Muhammad Shafee, bagaimanapun, memohon jasa baik panel hakim untuk membenarkan beliau membuat persediaan atas alasan integriti kehakiman perlu dijaga sebaik mungkin.
“Itu terpulang kepada anda Tan Sri (Muhammad Shafee) untuk kembali semula ke sini esok pagi. Jika kita teruskan hari ni juga, mungkin prosiding ini dapat diselesaikan pada hari ini dan anda tidak perlu kembali ke mahkamah. Malah tiada siapa pun perlu kembali ke mahkamah,” tegas Tengku Maimun lagi.
Untuk itu, Muhammad Shafee tiada pilihan lain selain meninggalkan mahkamah bagi meneruskan program di Parlimen dan Hisyam juga tiada pilihan lain selain meneruskan hujahan tentang permohonan untuk menggugurkan Tengku Maimun daripada prosiding.

HAAAA..GITEW...TAK PAYAH NAK DATANG ESOK..KITA SELESAIKAN HARI INI...90 HINGGIT AJE..ORANG ASAL PUN TAK NAK DATANG

 


 "If we proceed today, all will be concluded today, no reason for Shafee to come back tomorrow. (In fact) no body needs to come back tomorrow" - CJ Tengku Maimun.



Pegawai penjara dah hadir..,




BAS FREE..MAKAN NASI BUNGKUS FREE...BAWA PUSING PUSING KOLOMPO....KIRA 90 HINGGIT OK LE....

Najib kemuka permohonan gugur ketua hakim negara

 





Najib Razak merayu terhadap sabitan ke atas semua tujuh pertuduhan salah guna kuasa, penyelewengan dan pengubahan wang membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.

PUTRAJAYA: Najib Razak membuat permohonan agar Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada panel Mahkamah Persekutuan bagi mendengar rayuan terakhirnya dalam kes rasuah SCR International.

Peguam utama Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memfailkan permohonan itu pada malam Isnin.

Katanya, salinan permohonan itu sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Pendakwa Raya ad-hoc, V Sithambaram mengesahkan mereka sudah menerima salinan tidak ditutup.

Hisyam kemudian menggesa mahkamah menyelesaikan permohonan Najib untuk Tengku Maimun menarik diri sebelum pihak pembelaan meneruskan hujah kes mereka.

Tengku Maimun kemudian bertanya apa yang berlaku kepada rayuan utama. “Kami di sini bukan untuk membuang masa.”

Hisyam dalam responsnya berkata, lebih baik menyelesaikan permohonan tarik diri sebelum pihak pembelaan meneruskan rayuan yang sepatunya.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim, yang turut menganggotai panel itu, mencadangkan Hisyam menjawab hujah pendakwaan berhubung perkara undang-undang mengenai cara mahkamah boleh memutuskan sesuatu kes, jika peguam tidak memfailkan apa-apa kepada mahkamah.

Selepas Hisyam menjawab hujah pendakwaan berhubung perkara undang-undang, Tengku Maimun berkata, mahkamah akan berehat seketika dan mengarahkan pendaftar mahkamah mengambil dokumen berhubung permohonan Najib mengenai tarik diri.

Panel Mahkamah Persekutuan itu turut dianggotai tiga hakim mahkamah tertinggi Nallini Pathmanathan, Mary Lim dan Mohamad Zabidin Diah.

Bekas perdana menteri itu membuat rayuan atas sabitan oleh hakim perbicaraan Nazlan Ghazali bagi semua tujuh pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.

Ia membabitkan kesalahan salah guna kuasa, penyelewengan dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana milik SRC International, di mana beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dua tahun lalu.

Najib dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau disabitkan dan dijatuhi hukuman oleh Nazlan pada 28 Julai 2020.

Pada 8 Dis 2021, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukumannya. Hakim lain yang bersidang ialah Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera.

Peguam V Sithambaram, melakukan pendakwaan menerusi lesen khas diberikan oleh peguam negara, dan dibantu oleh Donald Joseph Franklin, Sulaiman Kho Kheng Fuei dan Mohd Ashrof Adrin Kamil.

Mengapa ketua hakim negara tak sepatutnya dengar rayuan SRC

Najib memetik alasan Tengku Maimun tidak sepatutnya mendengar kes SRC International itu kerana hantaran suaminya, Zamani Ibrahim di Facebook pada 11 Mei 2018.

“Saya benar-benar percaya bahawa perkembangan ini sangat mengganggu memandangkan Zamani jelas mempunyai sentimen negatif terhadap kepimpinan saya di negara ini semasa saya menjadi perdana menteri dan telah membuat kesimpulan bahawa saya telah menyeleweng dana kerajaan berdaulat ke dalam akaun peribadi saya.

“Sebagai suami kepada pengerusi yang mengadili rayuan saya, berkemungkinan dia akan mempengaruhi pemikiran pengerusi mengenai dakwaan saya bersalah,” katanya.

Dalam hantaran itu, Zamani – seorang peguam – bercakap mengenai kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018.

Zamani juga berkata, beliau “gembira kerana Najib telah disingkirkan”. Tambahnya, dia juga sedih kerana “kawan baiknya” – Naib Presiden Umno Khaled Nordin – kehilangan kedua-dua kerusi Parlimen Pasir Gudang dan DUN Permas.

Skandal LCS ganti 1MDB menuju PRU 15

Skandal LCS ganti 1MDB menuju PRU 15


Oleh: Hassan Abdul Karim

ULASAN PIMPINAN: Isu rasuah akan kembali menjadi isu sentral dalam Pilihan Raya Umum (PRU). Jika dalam PRU 14 isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) jadi isu utama sehingga kerajaan BN tumbang buat kali pertama di dalam sejarah, kini dalam PRU-15 isu pembinaan 6 kapal tempur persisir (LCS) akan mengambil tempat 1MDB.

BN yang dihantui oleh isu skandal 1MDB hingga sekarang, sedang memikul lagi biawak hidup atas nama LCS yang melibatkan kerugian kerajaan sebanyak lebih 6 bilion ringgit. Sampai ke hari ini, sebiji kapal LCS pun tidak diterima oleh Tentera Laut Diraja Malaysia, TLDM.

Pertuduhan di mahkamah ke atas bekas Panglima TLDM tidak boleh menutup dan membungkus isu rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah berhubung skandal LCS ini. Siasatan dan pendakwaan oleh SPRM perlu diteruskan.

Seluruh Kementerian Pertahanan atau Mindef akan disasat. Semua menteri yang pernah menjadi Menteri Pertahanan Malaysia tidak boleh melepas diri. Mereka perlu bertanggungjawab. Bangkai rasuah yang busuk di Mindef tidak boleh ditutup dengan kertas plastik. Rakyat mahu tahu apa sebenarnya yang telah berlaku.

Isu LCS jadi liabiliti kepada BN

Isu rasuah di sebalik LCS akan menjadi liabiliti kepada BN. Kelebihan aura kemenangan politik BN selepas menang besar dalam Pilihanraya Negeri Melaka dan Johor telah terhakis habis apabila timbul skandal LCS.

Imej BN kembali ke zaman skandal 1MDB ketika menjelang PRU-14 pada tahun 2018.

Pemimpin-pemimpin utama BN yang diwakili oleh bekas Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri yang merupakan bekas Presiden Umno dan Presiden Umno sekarang, yang bukan kebetulan sedang berhadapan dengan undang-undang di mahkamah, telah menghidupkan kembali imej mental di minda rakyat bahawa pemimpin-pemimpin Umno-BN adalah golongan perasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah yang tidak boleh dipercayai rakyat.

Ini adalah imej buruk yang sedang dihadapi oleh Umno dan BN sekarang. Sama ada PRU 15 diadakan sekarang atau pada tahun hadapan, imej di minda rakyat sudah terpahat bahawa pemimpin-pemimpin politik seperti dalam kluster mahkamah ini perlu ditolak di dalam pilihan raya. Rakyat sebagai pengundi akan menjadi raja dan berkuasa untuk menghukum mereka dan parti mereka di peti undi seperti pernah mereka lakukan sebelum ini pada PRU-14 yang lalu.

Apakah peranan PH?

Jika Umno-BN ditolak rakyat, apakah peranan PH sebagai blok pembangkang utama di Malaysia sekarang?

PH tidak boleh mengharapkan laba politik datang bergolek ke kaki mereka. Yang bulat datang bergolek; yang pipih datang melayang tidak akan berlaku dalam realpolitik Malaysia

PH tidak boleh berpeluk tubuh melihat isu rasuah menghujani tubuh badan BN dan PH tidak mengambil apa-apa inisiatif positif di sebalik apa yang sedang berlaku.

Sekadar pemimpin-pemimpin utama PH menyeru diadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), ia tidak mencukupi. Rakyat menuntut lebih daripada itu. Ketua Cabang KEADILAN atau Ketua Cawangan Amanah atau DAP pun boleh buat seruan supaya RCI diadakan.

Rakyat mahu lihat apakah agenda konkrit PH yang kemas dan padu untuk mengatasi isu rasuah di Malaysia.

PH kena huraikan agendanya menentang rasuah di dalam Manifesto PH untuk menghadapi PRU-15.

Bariskan program menentang rasuah PH

Rakyat mahu tahu program PH menentang rasuah dari A sampai Z, bukan janji palsu atau retorik. Apa cadangan PH untuk tangani masalah rasuah yang kini sedang memusnahkan ekonomi, sosial dan politik Malaysia. Apakah PH boleh sambut cabaran ini?

Jika PH mahu menang dalam PRU-15 maka matlamat menghapuskan rasuah perlu dijadikan isu utama di dalam manifesto PRU ke-15, di samping mengatasi masalah ekonomi dan masalah kos sara hidup rakyat.

PH perlu muncul dalam masa terdekat dengan keazaman dan kesungguhan politik untuk memerangi korupsi dan menumbangkan Umno-BN yang menjadi punca rasuah berleluasa di Malaysia sejak berdekad-dekad lamanya.

Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

SRC: Apa Depa Ingat UMNO Tu 'Above The Law' Ka?


KUALA LUMPUR: Mesyuarat tergempar melibatkan ketua-ketua bahagian UMNO yang berlangsung di ibu pejabat parti itu pada Isnin gagal mencapai kata sepakat untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

Sumber dalaman memberitahu Astro AWANI, ramai ketua bahagian yang hadir mesyuarat tersebut tidak bersetuju dengan arahan yang dikeluarkan pemimpin utama UMNO.

Menurut sumber itu lagi, ada dalam kalangan kalangan ketua bahagian yang terpaksa datang selepas dipercayai diberi kata dua, tidak akan diberi watikah untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Kami (ketua bahagian UMNO) dapat jemputan untuk hadir mesyuarat tergempar ini malam tadi dan di sebelah pagi cuma 54 orang sahaja yang datang.

"Tetapi ada desas-desus bertiup jika (ada ketua bahagian) tidak datang ke mesyuarat tergempar ini maka tidak akan menerima watikah untuk bertanding dalam PRU15, maka datanglah lagi 20 orang ketua bahagian.

"Pengerusi perhubungan juga dipaksa datang ke pertemuan tersebut. Dalam pertemuan itu dinyatakan untuk desak PM campur tangan kes mahkamah tetapi ramai yang tidak bersetuju.

"Ramai juga ketua bahagian yang menentang cadangan tersebut kerana ia merupakan salah guna kuasa dan akan memberi kesan kepada UMNO jika dilihat campur tangan dalam kes mahkamah," dakwa sumber tersebut.

Sumber tersebut juga memaklumkan, ada yang berpendapat sekiranya Perdana Menteri campur tangan dalam kes mahkamah ia boleh menyebabkan UMNO sekali lagi tewas dalam PRU15.

Sebelum ini, SuaraTV melaporkan mesyuarat tergempar Ketua-ketua UMNO Bahagian bersama Presiden tengah hari tadi dikatakan bertujuan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masuk campur dalam kes mahkamah.

Menurut sumber, perjumpaan tersebut bermula dengan desakan agar Ismail Sabri mengarahkan kehakiman menangguhkan kes Najib selama tiga bulan.

Desakan kedua ialah mahukan Perdana Menteri menasihati Peguam Negara agar mendakwa Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Bagaimanapun sebahagian ketua bahagian menentang cadangan tersebut kerana ia merupakan salah guna kuasa dan menghakis prinsip pengasingan kuasa lapor AstroAwani