Wednesday, February 3, 2016

Umno sukar pertahan Kedah akibat kemelut MB, kata ahli


 Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mungkin berjaya menghapuskan musuh dalamannya tetapi tindakan yang diambil beliau menjatuhkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar mempertaruhkan masa depan politik Kedah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Februari, 2016.  
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mungkin berjaya menghapuskan musuh dalamannya tetapi tindakan yang diambil beliau menjatuhkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar mempertaruhkan masa depan politik Kedah.
 
Ketika kemelut menteri besar Kedah melabuhkan tirainya semalam, sumber dalaman Umno negeri melahirkan kebimbangan, apa yang berlaku mungkin mengakibatkan parti pemerintah Barisan Nasional (BN) di negeri itu tumbang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Beberapa daripada mereka berkata, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mungkin berjaya menghapuskan musuh dalamannya tetapi tindakan yang diambil beliau mempertaruhkan masa depan politik Kedah.
Bagaimanapun, penganalisis merasakan di sebalik kesukaran dihadapi Umno untuk mengekang kejatuhan politik susulan kemelut menteri besar ini, episod tersebut tidak akan secara automatik memberi manfaat kepada parti pembangkang kerana mereka masih tidak bersatu.

"Kita perlu ingat, rakyat Kedah sudah hidup di bawah pemerintahan pembangkang sebelum ini dan walaupun PAS tidak banyak membawa pembangunan, tidak ada sesiapa yang menderita," kata seorang veteran Umno Kedah yang enggan dikenali. "Jadi, kemungkinan Kedah jatuh kembali kepada PAS sangat jelas," katanya yang sudah 40 tahun bersama Umno kepada The Malaysian Insider.
Penyingkiran tidak wajar
Bagi kebanyakan rakyat Kedah, penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir dianggap tidak wajar dan sukar bagi Umno untuk meyakinkan mereka sebaliknya, kata seorang pemimpin Umno cawangan Kedah.
Bukan sahaja beliau merupakan menteri besar yang popular, malah beliau menjadi penyebab utama mengapa rakyat Kedah mengundi semula Umno pada 2013, kata pakar sains politik Prof Shaharuddin Badaruddin.
Beliau tidak terlibat dalam apa-apa skandal malah beliau juga tidak mempunyai sebarang dasar yang menjadi perbalahan.

No comments:

Post a Comment