DATUK SERI PANGLIMA ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM PENIPU BESAR.
Pada sekitar Mei 2015, Tabung Haji (TH) telah membeli hartanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB dengan harga RM177.5 juta. Setelah mendapat perhatian umum dan menjadi persoalan ramai berkaitan pembelian tersebut, Perdana Menteri pada Jun 2015 menasihatkan TH menjual tanah tersebut dan Datuk Seri Panglima Abdul Azeez menyatakan tanah tersebut akan dijual kepada pembeli yang sudah dikenal pasti.
Hari ini 4 Februari 2016 Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim Pengerusi Tabung Haji (TH) dalam sidang medianya selepas mengumumkan bonus pendeposit TH menyatakan bahawa tanah TRX tersebut tidak akan dijual malah akan dibangunkan sendiri oleh anak syarikat TH iaitu TH Properties.
Hari ini jelas bahawa tanah TRX yang dibeli daripada 1MDB dengan harga berkali ganda dari harga pasaran pada sekitar bulan Mei 2015 masih belum dijual.
Pada 3 Disember 2015 semasa perbalahan di Dewan Rakyat antara Datuk Seri Panglima Abdul Azeez dengan Ahli Parlimen Bayan Baru Yang Berhormat Tuan Sim Tze Tzin, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez menyatakan seperti berikut :
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: You cakap tadi beli RM200 juta lebih, Yang Berhormat tidak betul. Yang Berhormat kena ingat, kita beli RM189 juta kita sudah jual RM250 juta, kita pandai cari untung, bukan rugi. Kita boleh bagi dividen. Yang Berhormat mimpi siang hari pun tidak boleh dapat punya Tabung Haji. So jangan kait. Cakap fasal LTAT, cakap fasal LTAT. You fact is not right, fakta kamu salah Yang Berhormat.
Ucapan tersebut boleh didapati di dalam Pernyata Rasmi Dewan Rakyat DR-3122015 di muka surat 237 - 238.
AMAT JELAS bahawa Pengerusi TH tersebut menipu, membohong dan mengelirukan Dewan Rakyat, pendeposit TH dan seluruh rakyat Malaysia. Di Dewan Rakyat beliau berkata TH sudah menjual tanah tersebut dengan harga RM250 juta tetapi hari ini beliau sendiri juga menyatakan tanah tersebut belum dijual malah tidak akan dijual.
Bagaimana boleh seorang Pengerusi institusi berkaitan Islam boleh menipu secara terang-terangan begini dan dibiarkan terus menipu?
Nak diharapkan penipu menjaga duit?? Fikir sendiri.
BERANI BERUBAH.
ZULHAZMI SHARIFF.
Ahli DAP
04022016
Ahli DAP
04022016
No comments:
Post a Comment