"Saya telah katakan tadi..kalau kita ingin UMNO terus mempunyai pengaruh dan tenaga, maka kita semua pemimpin parti mestilah sanggup menunaikan tanggungjawab dengan penuh. Kita mestilah sanggup BERKORBAN dan MENJAGA NAMA BAIK PARTI serta meluaskan pengaruh parti setiap masa." - 24 Jun 1972 (Dewan Bahasa dan Pustaka).
"Saya terpaksa menekankan betapa pentingnya kita MENINGGIKAN LAGI SEMANGAT PATRIOTISME dan PERIBADI kita kerana saya bimbang telah ada tanda-tanda di setengah-setengah tempat..beberapa pemimpin UMNO sendiri menjadi 'unsur-unsur kemerosotan' itu." - 30 Jun 1973 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).
"Kepada setengah-setengah pemimpin UMNO, kejayaan menyebabkan mereka 'berpuas hati' dan ada di antara mereka yang TERANG-TERANG BEKERJA HANYA UNTUK KEPENTINGAN DIRI dan MENYELEWENG kepada parti, rakyat dan negara." - 30 Jun 1973 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).
"Memang benar parti kita sekarang masih kuat, tetapi kalau kita tidak menjaga dan mengawalnya, tak dapat tiada ia akan menjadi lemah. Kita mesti ingat bahawa APA YANG NAIK AKHIRNYA AKAN TURUN JUGA dan APA YANG DI ATAS AKHIRNYA KE BAWAH JUGA. Perbezaannya adalah masa dan kewaspadaan masing-masing. Ini adalah adat dunia dan hakikat sejarah." - 30 Jun 1973 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).
"Pucuk pimpinan parti kita perlu sentiasa memperhatikan KEHENDAK-KEHENDAK MAJORITI AHLI PARTI dan juga sedia menyesuaikan kedudukan parti dengan peredaran dan kehendak zaman." - 30 Jun 1973 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).
"Bagaimanapun, patut diingatkan bahawa kekuatan dan pengaruh parti kita bergantung kepada beberapa faktor dan pada hemat saya faktor yang paling penting ialah KEJUJURAN AHLI-AHLI TERHADAP PARTI dan seterusnya KERAJAAN YANG DIDUKUNG OLEH PARTI TERHADAP RAKYAT." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).
"Inilah saya fikir khidmat bakti yang masih ada pada kita, iaitu KEJUJURAN AHLI-AHLI SEKALIAN mendukung cita-cita murni UMNO; KEJUJURAN PIMPINAN UMNO MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB. Inilah sebabnya saya menggariskan khidmat KEJUJURAN kerana selagi kita jujur dan ikhlas terhadap parti dan rakyat, sudah tentu Allah akan memberkati segala usaha kita itu." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).
"Pimpinan UMNO hari ini menyedari benar-benar bahawa PARTI MEMERLUKAN PEMIMPIN YANG JUJUR, YANG BERSIH, YANG BERDEDIKASI kepada parti dan rakyat." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).
"Oleh itu amatlah mustahak kita mendapat PEMIMPIN YANG JUJUR, DEDIKASI dan BERSIH PERIBADINYA yang mendapat keyakinan ahli-ahli UMNO dan lebih penting sekali KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN seluruh rakyat." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).
"Saya pernah katakan dulu dan saya suka mengulangi iaitu kekuatan sesebuah parti politik seperti UMNO ini bergantung kepada KEKUATAN dan INTEGRITI SETIAP AHLINYA. Selagi ahli-ahli UMNO patuh kepada perjuangan parti dan sentiasa menjaga serta mengawasi perjuangan parti dan TIDAK MENYELEWENG, sudah tentulah UMNO akan terus kuat dan teguh." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).
"Oleh yang demikian, saya dengan penuh ikhlas meminta saudara-saudara menimbang dan memikirkan sebarang keputusan yang akan kita ambil dengan penuh berhati-hati sambil memohon ilham dan petunjuk dari Tuhan Yang Maha Kuasa. Apa yang kita lakukan, ASAL DIBUAT DENGAN PENUH KEJUJURAN dan TAKWA, tidak akan menyimpang daripada hasrat dan matlamat sebenar yang hendak ditujui." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).
"Inilah panduan dan pedoman kita dan saya meminta saudara-saudara menjalankan AMANAH yang diletakkan pada kita dengan JUJUR, ADIL dan SAKSAMA." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).
No comments:
Post a Comment