Wednesday, February 3, 2016

Badi RM2.6B Dan 1MDB: Masa depan Umno terjejas selepas penyingkiran Mukhriz, kata Muhyiddin


Masa depan Umno akan terjejas jika sesuatu keputusan dibuat tanpa mengambil kira sentimen dan kehendak rakyat terbanyak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan presiden Umno itu mencatatkan peringatan demikian di laman Facebook beliau malam tadi, mengulas peletakan jawatan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mukhriz meletak jawatan, selepas kemelut politik yang berlangsung di negeri itu selama hampir 2 minggu, susulan kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun),

Perebutan jawatan itu bermula pada 20 Januari apabila Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengetuai satu sidang media, terdiri daripada pemimpin bahagian dan sayap, mengisytiharkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz. Ahmad Bashah dijadualkan mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada pukul 10 pagi ini.
Muhyiddin berkata, penyingkiran Mukhriz semalam juga menandakan berakhirnya era di mana rakyat boleh percayakan pemimpin untuk bertindak demi kepentingan mereka.
"Sudah berakhir hari-hari di mana kita percaya pucuk pimpinan membuat keputusan berdasarkan kehendak rakyat.
"Nampaknya, dalam episod politik yang mutakhir ini, kehendak segelintir pihak mengatasi kehendak majoriti rakyat," tulis bekas timbalan perdana menteri itu.

No comments:

Post a Comment