MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak kesal melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana kerajaan perlu mengambil tindakan tegas walaupun ia tidak popular demi masa depan negara.
Beliau berkata, pelaksanaan GST sama seperti mengambil ubat yang pahit pada masa ini tetapi penting bagi membolehkan kehidupan yang lebih baik di kemudian hari, lapor Utusan Malaysia.
Menurut Najib, tindakan tegas kerajaan pentadbirannya itu banyak mengimbangi kesan cabaran ekonomi semasa akibat kelembapan pertumbuhan ekonomi dunia dan kemerosotan harga minyak serta komoditi.
"GST adalah perlu semasa negara mengalami kehilangan hasil sebanyak RM40 bilion tahun ini berikutan kejatuhan harga minyak dan komoditi.
"Bayangkan tanpa GST, betapa besar kesannya ke atas ekonomi negara dan kebajikan rakyat," kata Najib yang dipetik sebagai berkata ketika menghadiri majlis minum petang bersama kira-kira 300 pelajar dan diaspora rakyat Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Selain itu, najib juga dilaporkan turut memberi peringatan rakyat Malaysia agar berwaspada terhadap mereka yang mahu merosakkan dan menggugat kestabilan negara.
Katanya, tindakan pihak yang mempunyai kepentingan politik itu tegasnya tidak mengutamakan negara.
Sehubungan itu, Najib menggesa agar mereka yang bekerja dan belajar di luar negara membawa pulang kemahiran inovasi, kreativiti dan budaya positif di negara mereka berada demi manfaat Malaysia.
GST yang dilaksanakan pada April tahun lalu mendapat pelbagai reaksi ekoran cukai tersebut.
Bagaimanapun ia dilihat sebagai penyelamat ekonomi negara berikutan kutipan kasar sebanyak RM37.67 bilion dengan unjuran kutipan bersih RM27.126 bilion diperoleh cukai itu pada Disember 2015.
Kutipan bersih GST itu dianggarkan meningkat kepada RM39 bilion pada tahun ini.

No comments:
Post a Comment