Timbalan Perdana Menteri yang dipecat itu yakin Mukhriz mampu megharungi ribut politik ini.
KUALA LUMPUR: "Bukan mudah untuk memperolehi semula kepercayaan rakyat apabila mereka terasa dikhianati," teka Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam satu muatnaik yang ringkas tapi berfalsafah, Timbalan Perdana Menteri yang disingkirkan itu malam tadi menyentuh beberapa perkara penting buat UMNO, dan menyoal mampukah parti itu meraih kembali sokongan jelata menyusuli kegagalan di Kedah.
Beliau meramalkan, "dugaan hebat sedang menanti pengganti Menteri Besar Kedah untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada UMNO," merujuk kepada Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang bakal mengangkat sumpah pagi ini.
"Nampaknya, dalam episod politik yang mutakhir ini, kehendak segelintir pihak mengatasi kehendak majoriti rakyat."
Pada telahan beliau: "Mereka mungkin lupa bahawa UMNO adalah sebuah parti politik yang mengharapkan sokongan rakyat untuk terus kekal relevan…saya bimbang masa depan UMNO akan terjejas."
Muhyiddin, yang bersepakat dengan Tun Dr Mahathir Mohamed dan merupakan salah seorang daripada tokoh dalam parti Melayu itu yang menyanggah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada masa kini, melahirkan rasa kagum pada Mukhriz, dan menyifatkan langkah yang telah diambil sebagai "antara hak menyuarakan yang benar dengan tuntutan taat yang membuta tuli."
Kesimpulannya, kata Muhyiddin: "Segala yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ini satu permulaan kepada perjuangan yang lebih panjang."
No comments:
Post a Comment