Wednesday, February 10, 2016

KHAIRY DALAM GOLONGAN WAKIL RAKYAT PENGECUT?


Image result for rafidah+mahathir+tengku razaleigh
SEJAK akhir-akhir ini, golongan bekas pemimpin UMNO yang sudah TUA hampir setiap hari berSUARA menegur pemimpin sekarang dan memberi AMARAN kepada generasi muda akan masadepan negara akan GELAP dan menuju KERUNTUHAN jika rakyat tidak BERTINDAK sekarang.

Isnin lepas Tengku Razaleigh bersuara lagi menyalahkan rakyat kerana memilih WAKIL RAKYAT PENGECUT dan menawarkan diri untuk pikul amanah memperbetulkan negara.

Bekas Menteri Rafidah Aziz juga menulis mengenai masadepan negara. 

"SAYA SAYANG PADA UMNO. SAYA SAYANG PADA MALAYSIA. SAYA SENTIASA BERDOA SEMOGA YANG MAHA ESA MENYELAMATKAN NEGARA INI...DAN SUPAYA DAPAT DIWARISI SECARA TIDAK JEJAS....OLIH GENERASI2 AKAN DATANG."- Doa Rafidah menerusi Facebook beliau.

Tun Daim Zainuddin menegur. Tan Sri Sanusi Junid juga menegur.

Tan Sri Sabaruddin juga menegur, tetapi selepas diLANTIK menjadi Pengerusi Amanah Raya Berhad, tiba-tiba semua di dalam negara menjadi OK.

Tun Dr Mahathir Mohamad hampir setiap hari MENGINGATKAN kita negara sedang menuju kehancuran.

Tetapi apakah TEGURAN mereka ini PALSU, hanya mahu menakut-nakutkan kita?

Bekas pemimpin Umno hanya mengira hari kehidupan. WASIAT pun dah siap, cuma nak tambah-tambah sana sedikit, sini sedikit.

Apakah PERINGATAN generasi "post war cohort", "The Baby Boomers" dan "Generation Jones" ini TIDAK BERASAS?

Apakah Generasi X,Y,Z berpuashati dengan keadaan sekarang?

Kalau dilihat pada sikap generasi akan datang seperti Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin, Ketua Puteri Umno Malaysia Mas Ermieyati serta Ketua-Ketua Pemuda Umno dan Ketua-Ketua Puteri, nampaknya NEGARA ini tidak bermasalah.

Khairy sibuk dengan aktiviti sukannya. Ketua Puteri sibuk dengan aktiviti pelancongannya.

Inikah BENTUK negara yang hendak diserahkan kepada generasi XYZ?

Atau mungkin bekas pemimpin - Dr Mahathir, Ku Li, Rafidah, Daim, Sanusi - sudah nyanyuk dengan menuduh negara menuju zaman kegelapan?

Atau Khairy dan Ketua Puteri sekarang tergolong di kalangan WAKIL RAKYAT PENGECUT yang disebutkan oleh Ku Li, pentingkan diri dari masadepan negara?

Walaupun Khairy dilihat tidak setanding - bagaikan langit dengan bumi - jika dibandingkan dengan Ketua Pemuda sebelum ini seperti Tun Hussein Onn, Saadon Jubir, Harun Idris, Jaafar Albar, Suhaimi Kamaruddind dan Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya generasi Khairy mempunyai cita-cita mahukan negara ini diserahkan kepada Generasi XYZ di dalam keadaan baik dan bukan kucar-kacir seperti sekarang.

Tetapi suara Khairy dan pemuda entah kemana.

Bila difikirkan balik, ada benarnya kata-kata Tengku Razaleigh, wakil rakyat sekarang PENGECUT, termasuk Khairy.

No comments:

Post a Comment