Wednesday, February 3, 2016

Kemelut politik Kedah beri gambaran Umno tamak politik, kata Rafidah

 
 
Tan Sri Rafidah Aziz berkata budaya tamak politik ini  memecahbelahkan orang ramai dan bukannya menggalakkan perpaduan atau satu tindakan yang diambil untuk kebaikan bersama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Februari, 2016. 
Tan Sri Rafidah Aziz berkata budaya tamak politik ini memecahbelahkan orang ramai dan bukannya menggalakkan perpaduan atau satu tindakan yang diambil untuk kebaikan bersama. 

Veteran parti Tan Sri Rafidah Aziz menggambarkan pemberontakan politik dalam Umno bagi menggantikan menteri besar Kedah ialah gambaran "budaya politik semasa" di mana menjatuhkan pemimpin kelihatan menjadi satu "perkara biasa". Beliau bertanya sama ada "menjatuhkan orang lain untuk merebut apa sahaja kedudukan yang diidamkan" menjadi satu kebiasaan, susulan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mahathir yang digulingkan pemimpin Umno Kedah.
Bekas ketua Wanita Umno itu berkata, budaya ini memecahbelahkan orang ramai dan bukannya menggalakkan perpaduan atau satu tindakan yang diambil untuk kebaikan bersama.

"Sesetengah orang nampaknya seperti mengamalkan budaya politik kepentingan diri. "Tentang menjatuhkan orang lain untuk merebut apa sahaja kedudukan yang diidamkan. Tamak kuasa dan mahu terus berpegang kepada kuasa.
"Ia mengenai apa yang hanya boleh dianggap sebagai ketamakan, dalam erti kata yang sebenar," kata Rafidah dalam posting beliau di laman Facebook miliknya malam tadi.
"Mengapa perlu jadikan menjatuhkan satu sama lain satu perkara biasa?" soalnya.
Posting beliau itu susulan pengumuman peletakan jawatan Mukhriz semalam selepas dimaklumkan beliau tidak lagi memperolehi sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah.

No comments:

Post a Comment