Wednesday, February 3, 2016

Umno akan bergolak teruk selepas pelantikan Ahmad Bashah MB baharu



Pengerusi Amanah Kedah Datuk Dr Ismail SallehPengerusi Amanah Kedah Datuk Dr Ismail SallehParti Amanah Negara (Amanah) Kedah tidak menolak kemungkinan akan berlakunya pergolakan dalaman Umno negeri yang teruk rentetan daripada pelantikan Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah hari ini, kata Pengerusinya  Datuk Dr. Ismail Salleh.
Beliau berkata, pastinya tindakan awal Ahmad Bashah  akan melakukan 'pembersihan' dengan menyingkirkan kumpulan pro Mukhriz dan diganti dengan orang-orang yang pro beliau.
"Sudah pasti Ahmad Bashah akan lantik orang-orang dia dan akan buang orang-orang Mukhriz dan Umno Kedah pastinya bergolak teruk selepas ini," katanya kepada Malaysia Dateline.
Dr Ismail berkata, pergolakan  dalaman politik di Kedah ini merupakan salah satu bentuk kerakusan pemimpin Umno dalam  episod perebutan kuasa di negeri itu.
Hal ini juga dakwanya tidak mustahil ada campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mahu menyingkirkan individu yang menolak kepimpinannya.
Katanya, Mukhriz tidak menyatakan sokongan kepada Najib berikutan serangan berterusan kepimpinan tertinggi parti itu terhadap  bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bapanya.
"Cerita nak buang Mukhriz ini bukan baru lama dah tapi disebabkan halangan tertentu, dua minggu lepas baru menjadi.

"Ini adalah salah satu bentuk kerakusan Umno, rakus kuasa nak memusatkan kuasa kepada Najib sahaja.

No comments:

Post a Comment