Tuesday, February 9, 2016

Kemelut Wang RM2.6bilion- Dikirakan Sudah Berakhir- Rupanya Belum!!!


DIFIKIRKAN, apabila Peguam Negera Tan Sri Apandi Ali membersihkan DS Najib Razak bahwa wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi di AmBank itu sudah selesai, rupanya belum. Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir melalui New York Times, bahawa beliau lebih yakin bahawa wang itu merupakan bentuk pelaburan, bukannya sumbangan. Rentetan kenyataan MENLU Arab Saudi itu, maka Apandi membuat kenyataan bahawa wang sumbangan itu diberikan oleh salah seorang anak kepada Raja Abdullah yang mangkat Tahun 2015.

Oleh kerana, tiada sesiapa yang memperkenalkan, nama anak Raja Abdullah itu, maka ramai yang beranggapan, bahawa beliau adalah Prince Turki. Prince Turki ada kaitan dengan PetroSaudi Ltd yang pernah berurusniaga dengan 1MDB, walaupun kemudiannya urusniaga itu dibatalkan.

Sebelum ini, memang diakui bahawa sejumlah wang 1MDB disalurkan kepada PetroSaudi, namun kemudian diberitahu bahawa wang itu telah dikembalikan, malah berasaskan transaksi, yang berlaku, 1MDB dikatakan mendapat untung lebih setengah bilion dollar.

Oleh kerana isu wang RM2.6bilion menjadi isu yang amat trending, bukan sahaja di Malaysia akan tetapi di peringkat antarabangsa, maka adalah elok, semua teka teki dijawab, siapa kah sebenarnya anak Raja Arab Saudi itu?, agar supaya semua anggapan negatif diselesaikan once for all. Selagi, tidak dinyatakan siapa sebenarnya penyumbang dana itu, maka isu itu akan terus dibicarakan, malah mereka yang mahu menjatuhkan DS Najib Razak, akan terus mendakwa dana itu berasal daripada 1MDB.

Anggapan bahawa wang itu berasal daripada 1MDB diperkuat lagi melalui kenyataan Peguam Negara Swiss, bahawa terdapatnya USD4bilion dana 1MDB telah disalahguna.

Walaupun berbagai anggapan adalah sesuatu perbuatan luarbiasa, bahawa ada manusia yang memberi sumbangan sejumlah USD681milion, namun ada juga manusia bertindak lebih hebat daripada itu, apabila USD620milion daripada sumbangan itu dikembalikan. 

Dalam dunia moden seperti sekarang ini, perbuatan seseorang menderma begitu besar, dan kemudiannya sebahagian besar sumbangan dikembalikan, merupakan satu catitan yang bakal menjadi sejarah abad ini.

Bagi mereka yang hanya mengetahui cerita berkaitan sumbangan itu melalui laporan surat khabar, apakah laporan itu beragenda, atau berasaskan fakta sebenar, tiada yang mengetahui cerita sebenar. Hanya seseorang sahaja tahu asal usul wang itu, adalah Perdana Menteri sendiri.

Jika kenyataan Perdana Menteri diambilkira sebagai benar, maka sebenarnya Perdana Menteri telah menjawabnya kepada Mantan Timbalan Perdana Menteri- Tan Sri Muhiyiddin Yassin, apabila mantan TPM itu bertanyakan soal isu itu sebelum perombakan kabinet pada Julai 2015. Melalui jawapan itu, dan dibuktikan juga melalui kenyataan Peguam Negara pada 26 Januari, bahawa berasaskan siasatan SPRM, ternyata wang itu memang merupakan sumbangan. Selain itu, pada 3 Ogos 2015, SPRM juga menyatakan bahawa wang itu merupkan sumbangan, dan bukannya wang 1MDB.

Wang sumbangan sebesar USD681milion (RM2.6bilion) pertama kali diketahui umum, apabila pada 3 Julai 2015, The Wall Street Journal membuat laporan mengenainya, dengan memetik maklumat daripada pasukan khas yang penyiasat 1MDB, namun surat khabar itu, sehingga kini tidak menyebut siapa pembekal maklumat tersebut.

Bagi mereka yang mahu DS Najib Razak meletakan jawatan, tidak akan berhenti, selagi isu USD681milion tidak dapat dihubungkan dengan 1MDB. Atas pertimbangan itu, masa inilah masa untuk memperjelaskan secara tuntas, agar isu itu tidak terus dibicarakan.

No comments:

Post a Comment