Thursday, February 11, 2016

Mufti Gesa ADUN Paya Jaras Bertaubat


 
Mufti nasihat wakil rakyat taubat

KUALA LUMPUR – Mufti dan ulama Islam menasihatkan wakil rakyat Parti Islam SeMalaysia (Pas), Mohd. Khairuddin Othman, 45, agar memohon keampunan dengan cara bertaubat kepada Allah selepas mengenakan pakaian menyerupai Dewa Rezeki berjanggut panjang pada Isnin lalu.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abd. Rahman Osman berkata, pakaian yang mempunyai unsur ketuhanan agama lain adalah berdosa dan haram untuk dipakai oleh orang Islam.

Menurut beliau, perkara tersebut adalah berdasarkan hadis Rasulullah yang menyatakan pemakai pakaian yang menyerupai sesuatu kaum adalah sebahagian daripada kaum tersebut.

“Sebagai muslim, pakaian seperti Santa Claus, sami Buddha dan dewadewa agama lain memberi gambaran kerosakan akhlak pemakai tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Rahman menegaskan, pakaian itu boleh membawa kepada pemahaman umum yang melihat pemakainya adalah seorang bukan muslim, memandangkan pakaian tersebut tidak sinonim dalam masyarakat Islam.

Tambah beliau, sekiranya sesuatu pakaian itu tidak mempunyai kaitan dengan sesuatu agama, maka perkara tersebut dibenarkan.

“Orang Islam dibenarkan memakai pakaian seperti tali leher atau pakaian tradisional kaumkaum lain yang tidak mempunyai perkaitan dengan agama atau kepercayaan lain kerana pakaian berkenaan tidak menafikan keislaman seseorang,” tambah Rahman.

Pendapat tersebut turut disokong Mufti Kelantan, Datuk Muhd. Shukri Muhammad yang menyatakan seseorang yang melakukan perkara tersebut harus memohon keampunan dengan cara bertaubat kepada Allah.

“Perbuatan tersebut tidak sampai jatuh syirik, namun hukumnya haram dan pelaku tersebut dikira berdosa,” katanya.

Beliau berkata, pakaian yang tidak melibatkan unsur keagamaan adalah dibenarkan seperti memakai pakaian cheongsam atau sari.

Kosmo! semalam melaporkan, Setiausaha Pas Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Paya Jaras memohon maaf selepas dikritik kerana memakai pakaian menyerupai Dewa Chai Sen pada majlis Tahun Baru Cina di Wangsa Permai, Sungai Buloh Isnin lepas.

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan sentiasa berjalan.

Walaupun Majlis Syura "melepaskan" ADUN Paya Jaras itu dari sebarang tindakan disiplin kerana ADUN Paya Jaras itu berada di kelompok "geng ulamak", namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mendedahkan bahawa kebenaran itu kebenaran dan kebatilan itu kebatilan.

GB sudah ulas sebelum ini:

ADUN Paya Jaras itu bertindak melewati batas aqidah dan syariat. Tetapi kerana dia berada di dalam kumpulan apa yang digelar "kepimpinan ulama" maka ulama melepaskannya.

Dah serupa UMNO juga. Kalau anda satu kem dengan Najib, kesalahan apa pun anda akan dilepaskan. Jika tidak, anda akan menghadapi hukuman seperti apa yang dikenakan ke atas Anina dan Hamidah Osman.

Perkara tidak menyentuh aqidah diberikan perhatian berat oleh PAS berbanding aqidah. Pada thaun 2010, Khalid Samad digantung dari jawatan-jawatan dalam parti selama 6 bulan. Bukan soal aqidah, tetapi soal tak wala kepada Hassan Ali sebagai Pesuruhjaya ketika itu.

Pada tahun 1972, Cikgu Hashim Gera wakil rakyat PAS bagi Parlimen Parit, Perak (1969-1974) dipecat parti PAS bukan kerana soal aqidah tetapi berjoget lambak dalam satu majlis di lobi parlimen pada 1971.

Jadi kini kita lihat tindakan PAS tidak konsisten. Berkompromi di dalam soal aqidah. Kalau kamu geng ulama, kau akan dilepaskan walaupun melakukan kesalahan aqidah. Sednagkan kalau kau bukan geng ulama, sekecil mana pun kesalahan, siap kau, kau "barua", kau "tolol", kau "broker" dan seumpamanya dan di"halau keluar" dari parti. Bila dah keluar parti, dimaki lagi mereka itu, kau "pengkhianat", kau "murtad", kau "ahli neraka" dan sebagainya.

Demikian budaya terkini sebuah parti sejarah... dan parti itu akan disejarahkan oleh rakyat Malaysia di dalam pilihanraya nanti.

No comments:

Post a Comment