Wednesday, February 3, 2016

SEJARAH BAKAL BERULANG


Pada 2006, Tun Mahathir Mohamad "dikerjakan" oleh majoriti Ketua-Ketua UMNO Bahagian Kedah ketika bertanding sebagai salah seorang perwakilan UMNO Kubang Pasu dan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu kecundang akhirnya.

Dalam beberapa pengakuannya, Tun Mahathir berkata, kekalahannya hanya disebabkan "cash is king" sebanyak RM200 sahaja.

Mereka yang berjaya memalukan Tun Mahathir begitu gembira dalam tempoh beberapa lama, tetapi dalam pilihanraya 2008 kemudiannya, UMNO dan BN negeri itu tumbang di tangan pembangkang.

Hari ini di tahun 2016, majoritinya masih Ketua-Ketua UMNO yang sama yang menyebabkan peristiwa 2006 dan seterusnya yang menyebabkan UMNO dan BN kalah pada 2008 itu, bertindak sekali lagi dengan menyingkirkan Mukhriz Mahathir pula daripada kerusi Menteri Besar Kedah.

Orang yang sama dan tindakan yang dilakukan juga hampir sama.

Pilihanraya 2018 akan datang, Insya Allah putaran sejarah di Kedah akan berulang kembali.

No comments:

Post a Comment