Wednesday, February 3, 2016

Ahmad Bashah hanya MB Umno, bukan rakyat Kedah, kata akar umbi


Ramai melahirkan ketidakyakinan terhadap Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan berpendapat beliau akan berhadapan kesukaran untuk mengambil hati akar umbi dan rakyat Kedah terutama golongan muda. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Februari, 2016.  
Ramai melahirkan ketidakyakinan terhadap Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan berpendapat beliau akan berhadapan kesukaran untuk mengambil hati akar umbi dan rakyat Kedah terutama golongan muda

Ahli akar umbi Umno rata-rata menyifatkan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hanya layak menjadi menteri besar mewakili parti dan bukan keseluruhan rakyat Kedah kerana kemampuan beliau menerajui pentadbiran negeri diragui. Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri itu 2 minggu lalu mengetuai ketua-ketua bahagian mendesak pengunduran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sehingga akhirnya berjaya disingkirkan dengan peletakan jawatan sebagai menteri besar semalam.
Ketua Umno Cawangan Jalan Badlishah Anuar Abdul Hamid agak skeptikal dengan kemampuan Ahmad Bashah dalam memenangi dan meraih sokongan akar umbi, berbeza dengan Mukhriz yang disenangi segenap lapisan masyarakat.

"Daripada peringkat akar umbi, kami sangat skeptikal. Kami tidak ada langsung keyakinan terhadap Ahmad Bashah. "Saya tidak yakin dia mampu ambil hati akar umbi, orang kampung, kaum wanita dan golongan tua dan muda.
"Ini berbeza dengan Mukhriz yang dilihat menjadi satu tarikan, tak kira tua atau muda, mereka sangat suka dengan beliau," katanya kepada The Malaysian Insider.
Anuar berkata, satu lagi kesukaran bakal dihadapi menteri besar baharu itu ialah dalam menarik sokongan di kalangan anak muda yang bakal menjadi penentu dalam pilihan raya akan datang.
"Kita boleh lihat semasa di stadium tempoh hari, ramai anak muda yang memberikan sokongan kepada beliau.
"Tapi hari ini, saya dapat maklumat, ramai ahli Umno yang muda-muda sudah memotong kad ahli dan meletak dalam Facebook mereka sebagai tanda protes.

No comments:

Post a Comment