Tuesday, February 23, 2016

MP Merbok buat laporan polis, team Ahmad Bashah bertelagah sesama sendiri?


Satu laporan polis telah dibuat membabitkan Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain kerana didakwa memfitnah timbalannya dalam satu program bersama ketua-ketua cawangan bahagian itu.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Merbok Prof Dr Ismail Daut membuat laporan polis kerana berasa terancam dan difitnah oleh Tajul Urus.

Tajul Urus yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah didakwa memfitnah Dr Ismail ketika berucap di hadapan ketua cawangan dalam satu program yang diadakan di Sungai Petani, 12 Februari lalu.

Ismail mendakwa ketika berada di Pekan Merbuk beliau menerima maklumat daripada beberapa individu yang merujuk kepada ucapan Ketua Bahagian Merbok yang mempertikaikan kewibawaannya sebagai Ahli Parlimen Merbok.

Menurut sumber Malaysia Dateline, Tajul Urus yang juga Adun Tanjong Dawai, dalam ucapannya dihadapan ketua-ketua cawangan telah mempertikaikan kewibawaan Dr Ismail yang didakwa tidak melaksanakan tugas sebagai ahli parlimen.

Tajul Urus juga dalam ucapannya itu mendakwa wujud penyelewengan dalam peruntukkan diberikan kepada seorang ahli parlimen.

Dalam laporan polisnya, Dr Ismail menyebut: "Oleh sebab itu saya selaku Ahli Parlimen merangkap Timbalan Ketua Umno Bahagian Merbok membuat laporan pembelaan ke atas diri saya bagi mengelakkan terjadinya sesuatu perkara yang tidak saya ingini nanti,” ujar sumber memetik laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Merbok.

Tajul Urus dan Dr Ismail ialah penyokong kepada team Ahmad Bashah dalam krisis kepimpinan Menteri Besar Kedah yang melanda negeri jelapang padi itu baru-baru ini.

Sumber memberitahu, dalam ucapannya Tajul Urus membayangkan Umno Bahagian Merbok akan berhadapan dengan kekalahan dengan tindak-tanduk Dr Ismail selama ini.

Melihat kepada senario semasa berlaku di Kedah sejak Ahmad Bashah dilantik Menteri Besar pada 4 Februari lalu, dimaklumkan sudah nampak tentangan dalaman di kalangan ketua-ketua cawangan Umno di setiap bahagian.

Majlis Ketua Bahagian Umno Merbok bersama Ketua Cawangan.Majlis Ketua Bahagian Umno Merbok bersama Ketua Cawangan.Bukan sahaja protes dizahirkan dengan memasang bendera BN terbalik malah beberapa program membabitkan ketua-ketua bahagian kurang mendapat sambutan di kalangan ketua-ketua cawangan dan ahli akar umbi parti.

Manakala beberapa ketua cawangan turut bersekongkol dengan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) untuk bersama mengerakkan protes terhadap krisis berlaku.

“Zaman Mukhriz jadi MB dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah tak ada pun benda la ni. Tak sempat beberapa hari Mat Bashah jadi MB dan Pengerusi Badan Perhubungan Kedah timbul dah budaya ni.

“Depa ni dulu satu team masa nak mengguling Mukhriz, tiba-tiba jadi lagu ni. Bahagian mana pula lepas ni.

“Lihat sahaja gambar (yang di whatsapss kepada Malaysia Dateline) program ketua bahagian yang hadir tidak ramai walaupun setiap ketua cawangan diminta bawa 10 orang, kerusi masih lagi banyak yang kosong ketika Tajul berucap di Sungai Petani Inn,” ujar sumber.

Kronologi pemecatan 2 Adun PKR di Pulau Pinang dan disebalik apa yang berlaku


Kronologi pemecatan 2 Adun PKR di Pulau Pinang
– Muammar Qaddafi | 21 February 2016 10:46 PM


Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini dilaporkan memecat 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR yang memegang jawatan pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) berikutan kegagalan mereka berdiri menyokong pentadbiran kerajaan negeri dalam isu tebus guna tanah di Pulau Pinang.

Kronologi isu ini tidak boleh dinilai pada peringkat usul yang dibawa Adun Umno untuk menangguhkan projek tebus tanah yang memudaratkan alam sekitar lalu beberapa Adun PKR bertindak untuk berkecuali dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) demi kepentingan alam sekitar membelakangi kerajaan negeri seterusnya membawa kepada pemecatan mereka secara diktator Lim Guan Eng.

Sebaliknya isu ini perlu dinilai pada peringkat awal ia diluluskan dan kesan jika ia ditangguhkan.

Rakyat perlu tahu yang meluluskan projek ini demi kepentingan kroni adalah Umno dan Barisan Nasional (BN) sewaktu mereka memerintah Pulau Pinang.

Ya, BN sebenarnya meluluskan projek ini dan yang menyokong kelulusan dulu adalah parti Adun sama membawa usul penangguhan ini iaitu Umno.

Rakyat perlu tahu juga asalnya seluas 3,241 ekar diluluskan untuk projek ini oleh BN namun kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Guan Eng hanya 744 ekar sahaja boleh ditebus guna.

Rakyat perlu tahu jika usul yang diluluskan Umno/BN ditangguhkan maka kerajaan negeri perlu membayar RM1 bilion kepada syarikat terlibat sebagai pampasan. Hal ini sekali gus boleh membawa kerajaan negeri bankrap dan ribuan juta duit rakyat jatuh ke tangan syarikat terlibat.

Rakyat perlu tahu sudah berlaku 2 kes seumpama ini apabila kerajaan negeri perlu membayar pampasan kepada syarikat yang terlibat iaitu dalam skandal tanah Tang Hak Ju sebanyak RM14.7juta dan Bousted Holding Bhd sebanyak RM20 juta kerana mengurangkan ketinggian hotelnya berpunca daripada tindakan kerajaan Umno/BN meluluskannya sebelum itu?

Adakah kerajaan negeri sekali lagi perlu menanggung kerugian kerana tindakan pimpinan lama kerajaan negeri?

Jadi saya sendiri hairan dengan sikap berkecuali 5 Adun PKR terhadap isu ini seolah-olah mereka tidak tahu kesannya kepada kerajaan negeri.

Tindakan 5 Adun PKR ini sekali gus menikam kerajaan negeri dari belakang bahkan tidak merujuk pun kepada pimpinan PKR negeri.

Pemimpin ini bersekongkol dengan Umno/Bn untuk mendesak kerajaan negeri menggunakan duit rakyat untuk membayar ganti rugi kerana ketamakan pemimpin kerajaan Pulau Pinang sebelum ini iaitu BN.

Pun begitu demi mengurangkan kerosakan hubungan PKR – DAP kerana isu ini saya mengesyorkan pengganti 2 Adun yang dipecat sebagai GLC juga adalah dari PKR, yang dihukum itu haruslah individu bukannya parti yang terlibat. – 21 Februari, 2016.

Monday, February 15, 2016

IMPOT PEKERJA ASING - TAK PERLU MODAL TAPI UNTUNG LUMAYAN.





Keuntungan, berbanding permintaan pasaran, kemungkinan menjadi punca rancangan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, kata kumpulan perdagangan memandangkan perniagaan tempatan menghadapi tahun yang sukar dan lebih ramai rakyat Malaysia hilang pekerjaan.

Dua kumpulan majikan terbesar negara dan pekerja sektor swasta jarang mencapai persetujuan apabila kedua-duanya berterusan mencabar tuntutan kerajaan yang industri ini memerlukan 1.5 juta pekerja asing tambahan.

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) biasanya tidak bersetuju dalam semua perkara berkaitan isu buruh.

Tetapi dalam temu bual berasingan, kedua-dua mereka berkata pembekal industri buruh asing bernilai bilion ringgit boleh mempengaruhi kononnya “permintaan” terhadap 1.5 juta pekerja baharu ini.

Ini kerana setiap pekerja asing biasanya memberi pembekal antara RM3,000 dan RM4,000 bagi setiap orang dalam bentuk keuntungan bersih, kata mereka.

Satu lagi yang memberi keuntungan ialah perkhidmatan dalam talian untuk memproses permohonan.

Pengkritik lain bagi rancangan itu seperti Ahli Parlimen Klang Charles Santiago juga membangkitkan kehadiran bekas pegawai kementerian dalam perniagaan sebagai satu tanda industri ini mempunyai pengaruh tidak wajar dalam pelan dan dasar buruh asing secara amnya.

Dan kemudiannya, terdapat sebilangan besar pekerja-pekerja asing tanpa dokumen, yang didakwa kumpulan itu berkemungkinan berjumlah 2.3 juta atau 1 juta bagi setiap pekerja asing sah.

"Jadi persoalannya ialah mengapa tidak menjadikan mereka sah dan menggunakan pekerja yang sudah berada di sini," soal Santiago.

Benarkah ada permintaan?

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, 1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa secara berperingkat dan mereka diperlukan dalam sektor perladangan.

Beliau juga berkata bilangan mereka akan diubah suai dan diagihkan kepada sektor-sektor lain termasuk pembuatan dan pembinaan.

Persatuan Pengeluar Pertanian Malaya (Mapa) menyangkal cadangan sektor itu memerlukan sebanyak 1.5 juta warga asing, mengatakan secara purata hanya terdapat kekurangan 10,000 hingga 20,000 setiap tahun kerana pekerja kembali ke negara asal dan kekosongan perlu diisi semula.

Pengarah Mapa Mohamad Audong menambah, keseluruhan sektor hanya menggunakan antara 350,000 dan 400,000 pekerja pada satu-satu masa.

"Kita juga tidak perlu 1.5 juta pekerja baharu jika dapat menyerap pekerja tanpa izin," kata Mohamad, yang organisasinya terdiri daripada pemain besar dalam perniagaan kelapa sawit seperti Sime Darby, Tabung Haji dan Felda Global Ventures.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, persatuan itu tidak melihat sebarang bukti atau tinjauan yang menunjukkan syarikat Malaysia memerlukan 1.5 juta warga Bangladesh baharu.

"Dengan pasaran yang melebihi permintaan, kami juga ragu-ragu pengambilan yang ramai ini baik untuk kesihatan jangka panjang ekonomi," kata Shamsuddin.

"Kita kini mempunyai 2.3 juta pekerja asing yang sah. Saya ragu-ragu dalam iklim ekonomi sekrang kita boleh menyerap 2.3 juta serta 1.5 juta warga asing tambahan. Pelan ini hanya akan berfungsi jika kita mengusir 1.5 juta pekerja tanpa izin terlebih dahulu. "

Shamsuddin berkata, jika aspek perniagaan dibuang dalam pengambilan pekerja asing, permintaan mereka tidak akan setinggi 1.5 juta.

Pelan ini juga tidak masuk akal memandangkan syarikat-syarikat menghadapi penurunan teruk dalam perniagaan dan pekerja Malaysia ramai diberhentikan kerja.




Tahun lalu 200,000 pekerja diberhentikan kerja dan MEF menjangkakan trend itu berterusan tahun ini. 

Kekurangan bukti terdapatnya permintaan daripada syarikat menyebabkan Santiago mengesyaki rancangan itu ditaja syarikat dan pembekal buruh yang terlibat dalam industri ini.

Sebagai contoh, laporan yang mendakwa Synerflux, dikawal bekas menteri dalam negeri Tan Sri Azmi Khalid. Namanya juga berkait dengan Bestinet, sebuah syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk menjalankan sistem memproses visa dan menjalankan pemeriksaan biometrik pekerja asing.

Sistem ini digantung pada Januari tahun lalu selepas PKR mengaitkan syarikat itu dengan Azmi dan bekas pengarah Jabatan Tenaga Kerja Datuk Tengku Omar Tengku Bot.

"Tiada siapa tahu bagaimana perjanjian itu ditandatangani dan terdapat kemungkinan pembekal mempengaruhi penjawat awam yang menjalankan urusan tawaran.

"Tiada siapa dapat melihat perjanjian itu dan tidak pernah ada wakil-wakil daripada kesatuan sekerja atau syarikat apabila tawaran ini dibuat."

Melainkan Putrajaya mengeluarkan penilaian kesan keperluan buruh untuk menyokong dakwaannya, akan sentiasa ada kekhuatiran yang rancangan itu didorong ketamakan dan bukan keperluan sebenar, kata Santiago ~ The Malaysian Insider

Izzah: Selesaikan dulu 5.8 juta pekerja asing


MALAYSIAKINI




Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar meminta kerajaan menyelesaikan dahulu isu lambakan pekerja asing sebelum membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini.

Menurut Izzah kerajaan sepatutnya menetapkan had ke atas guna tenaga kerja asing seperti sektor perkhidmatan dan pembuatan yang tidak begitu memerlukan khidmat mereka.

Manakala bagi sektor pembinaan, katanya, peratusan penggunaan tenaga kerja asing yang diperlukan cuma 30 peratus dan perladangan pula sebanyak 50 peratus.

"Saranan saya adalah kemasukan lebih ramai pekerja asing tidak perlu disegerakan.

"Selesaikan dahulu isu kehadiran 5.8 juta pekerja asing di mana 2.135 juta (masuk) secara sah dan 3.7 juta tanpa izin," katanya dalam satu kenyataan media.

Naib Presiden PKR itu berkata, keputusan membawa masuk pekerja Bangladesh bercanggah dengan agenda ekonomi dalam RMK-11 iaitu bagi mewujudkan 1.5 juta pekerjaan menjelang 2020.

Agenda itu antara lain mensasarkan penambahbaikan dalam produktiviti buruh dan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.

"Dasar penggunaan pekerja asing mengurangkan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan yang rata-ratanya 70 peratus berpendidikan SPM ke bawah.

"Akibatnya, gaji terus mengecil dan gagal berkembang," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan meningkatkan levi pekerja asing kepada RM5,000 dan menetapkan had perkhidmatan mereka dalam pelbagai industri.

"Pastikan levi dibayar oleh syarikat dan majikan yang menggaji pekerja asing bukan seperti praktis sedia ada di mana pembayaran dilunaskan oleh pekerja bukannya majikan," tegasnya.

Kerajaan baru-baru ini mempertahankan tindakannya membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia dalam tempoh tiga tahun.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, kemasukan pekerja itu dibuat secara berperingkat berdasarkan permintaan pasaran.

Apa nasib pekerja tempatan?


N Gopal Kishnam
N Gopal Kishnam 
 
 
SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak dapat menerima kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan berhubung kemasukan sebanyak 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh.

Setiausaha Agungnya, N Gopal Kishnam berkata, pekerja-pekerja yang sebelum ini bekerja di sektor perladangan kini boleh diserap ke dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan.

"Kami merasakan lebih wajar dan baik sekiranya pekerja tempatan sendiri diberikan latihan secukupnya di samping gaji yang diterima setimpal untuk diserapkan dalam sektor kerja separa mahir.

"Sektor ini gagal mengambil hati pekerja tempatan kerana gaji rendah dan masa bekerja yang panjang," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mempersoalkan mengapa ramai warganegara Malaysia merantau ke Singapura setiap hari untuk menyara hidup.

"Saya nak tanya siapa banyak buat kerja-kerja separa mahir di Singapura? Walaupun ia kerja separa mahir tetapi imbuhan diterima tinggi, maka pekerja tempatan ini sanggup berulang alik ke negara jiran.

"Mereka yang bekerja di Singapura ini bukan sahaja profesional, malah terdiri daripada golongan yang terkandas dalam pelajaran dan pekerjaan am," katanya.

Gopal turut melahirkan kebimbangan mengenai keadaan semasa di negara ini di mana beribu-ribu pekerja asing beroperasi secara haram dan tidak mempunyai sebarang dokumen sah.

"Kerajaan seharusnya mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu mereka sebelum membuat keputusan membawa masuk 1.5 juta pekerja asing lagi.

"Saya rasa sekiranya kerajaan serius dengan pengiktirafan untuk mencapai negara berstatus pendapatan tinggi, maka mereka haru mengehadkan pekerja asing di tempat kerja seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (Pengurusan pekerja asing ke paras 15 peratus)," katanya.

Namun begitu, Gopal berkata, berdasarkan perkembangan semasa, beliau kurang yakin hasrat tersebut mampu dicapai.

"Sehingga hari ini lebih kurang 7 juta pekerja asing berada di negara ini dan hanya 2.1 juta sahaja yang memiliki dokumen sah," katanya.

Katanya, kementerian perlu melaksanakan kajian mendalam berkaitan pemecatan, pengangguran dan keperluan pasaran tenaga kerja bagi membolehkan kerajaan mengehadkan pengambil pekerja asing secara beransur-ansur.

"Pengumuman kerajaan untuk membawa masuk pekerja warga Bangladesh ini seolah-olah bertujuan untuk mengecualikan pekerja tempatan daripada perintah gaji minimum. Ini suatu tindakan diskriminasi.

"Negara tidak harus bergantung kepada sumber tenaga kerja dari negara asing. Keadaan ini sudah tentu akan memudaratkan ekonomi tempatan dan memberi kesan buruk kepada penduduk tempatan," katanya.

PAS, AMANAH kongsi pentas bantah 'peludah bahasa'


 
Zulaikha Zulkifli

 


Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) melancarkan kempen menggesa kerajaan mansuhkan Program Dwibahasa (DLP) yang didakwa cubaan mengembalikan Pembelajaran dan Pengajaran Sains Matematik dan Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimansuhkan.

Acara di pusat membeli-belah Sogo di ibu negara, hari ini dihadiri tiga sasterawan negara iaitu Datuk Dr Mohd Anwar Ridhwan, Prof Dr Muhammad Salleh serta Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain).

Dalam pelancaran kempen itu juga menyaksikan PAS dan parti serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) bekerjasama menggesa pemansuhan DLP.

Antara wakil PAS yang hadir ialah naib presiden Idris Ahmad manakala di pihak AMANAH pula setiausaha organisasinya Suhaizan Kaiat, yang juga bekas ketua pemuda PAS.

Melupakan perbezaan, kedua-dua mereka dilihat bersalaman antara satu sama lain.

Pelancaran tengah hari ini dimulai dengan ucapan wakil NGO, antaranya Angkatan Belia Malaysia (Abim), wakil dari PAS, AMANAH serta ketiga-tiga sasterawan negara.

Ia kemudian diikuti oleh bacaan sajak dan persembahan nyanyian.

Mereka membawa pelbagai poster dan kain rentang kempen.

Antara poster menarik bertulis "Kami tolak peludah bahasa", yang diinspirasikan daripada sajak terkenal Sasterawan Negara A Samad Said

Najib tak kesal laksana GST


MALAYSIAKINI




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak kesal melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana kerajaan perlu mengambil tindakan tegas walaupun ia tidak popular demi masa depan negara.

Beliau berkata, pelaksanaan GST sama seperti mengambil ubat yang pahit pada masa ini tetapi penting bagi membolehkan kehidupan yang lebih baik di kemudian hari, lapor Utusan Malaysia.

Menurut Najib, tindakan tegas kerajaan pentadbirannya itu banyak mengimbangi kesan cabaran ekonomi semasa akibat kelembapan pertumbuhan ekonomi dunia dan kemerosotan harga minyak serta komoditi.

"GST adalah perlu semasa negara mengalami kehilangan hasil sebanyak RM40 bilion tahun ini berikutan kejatuhan harga minyak dan komoditi.

"Bayangkan tanpa GST, betapa besar kesannya ke atas ekonomi negara dan kebajikan rakyat," kata Najib yang dipetik sebagai berkata ketika menghadiri majlis minum petang bersama kira-kira 300 pelajar dan diaspora rakyat Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Selain itu, najib juga dilaporkan turut memberi peringatan rakyat Malaysia agar berwaspada terhadap mereka yang mahu merosakkan dan menggugat kestabilan negara.

Katanya, tindakan pihak yang mempunyai kepentingan politik itu tegasnya tidak mengutamakan negara.

Sehubungan itu, Najib menggesa agar mereka yang bekerja dan belajar di luar negara membawa pulang kemahiran inovasi, kreativiti dan budaya positif di negara mereka berada demi manfaat Malaysia.

GST yang dilaksanakan pada April tahun lalu mendapat pelbagai reaksi ekoran cukai tersebut.

Bagaimanapun ia dilihat sebagai penyelamat ekonomi negara berikutan kutipan kasar sebanyak RM37.67 bilion dengan unjuran kutipan bersih RM27.126 bilion diperoleh cukai itu pada Disember 2015.

Kutipan bersih GST itu dianggarkan meningkat kepada RM39 bilion pada tahun ini.

ANNUAR MUSA KINI SENJATA BARU NAJIB BALUN MAHATHIR


 shahbudindotcom 

 
 
 
 
Perlantikan Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Ahmad Maslan kini semakin difahami berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkannya sejak akhir-akhir ini.

Beliau tidak lain untuk dijadikan senjata paling depan menyerang Tun Mahathir Mohamad yang terus lantang mengkritik kepimpinan Najib Razak.

Untuk rekod, Annuar bukan saja pernah menjadi menteri di era Tun Mahathir selepas pilihanraya 1990, bahkan menjadi pemimpin Kelantan paling lantang menyerang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pemilihan Presiden UMNO tahun 1987.

Dalam pemilihan itu, Tun Mahathir berjaya menewaskan Ku Li dengan kelebihan 43 undi.

Ketika timbulnya isu Raja-Raja yang membabitkan pindaan perlembagaan, Annuar Musa juga menjadi antara yang paling ke depan menyokong usaha Tun Mahathir dan kerajaan ke arah itu.

Pendeknya, kelantangan dan kepetahan berpidato Annuar bukanlah luar biasa selama beberapa lama ketika Tun Mahathir merupakan "bossnya".

Annuar, dalam perjalanan karier politiknya lebih dikenali sebagai orang Tun Mahathir sehingga dapat menjadi menteri penuh ketika berusia dalam lingkungan pertengahan 30an.

Kini, dengan  melantiknya sebagai Ketua Penerangan UMNO, Najib dilihat lebih mahu memanfaatkan kemampuan Annuar itu untuk menyerang balik bekas "bossnya" yang pernah berjasa kepadanya itu.

Beberapa kenyataan Annuar yang membandingkan tindakan Tun Mahathir ketika berkuasa dengan Najib sekarang serta serangannya kepada Mukhriz yang didakwanya tidak pernah bersuara dalam mesyuarat MT UMNO, tidak lain memperlihatkan kecenderungan ke arah itu.

Dalam kunjungannya ke Perak dan Kedah baru-baru ini,  Annuar juga dengan jelas mahukan  UMNO bersikap menyerang dan bukan lagi defensif sebagaimana yang dilakukannya sekarang ini.

Beliau juga mengajak semua pihak dalam UMNO terus mempertahankan institusi presiden yang kian teruk diserang dan dipertikaikan.
 
 
 
 
 
Sebelum itu, Annuar turut mengulas panjang tulisan Tun Mahathir dalam blognya yang mengkritik Peguam Negara dengan menyifatkannya suatu bentuk hasutan dan berikutan beberapa laporan polis sudah dibuat, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menegaskan, pihaknya akan menyiasat bekas Perdana Menteri itu berkaitan jenayah fitnah.

Sebagaimana dulunya Annuar sentiasa ke depan  menyerang Ku Li dan Sultan Kelantan, jawatan baru dan peredaran masa seterusnya akan memperlihatkan begitulah juga Ahli Parlimen Ketereh itu akan "membalun dan membelasah" Tun Mahathir.

Aktifnya Annuar membela dan mempertahankan Najib dengan jawatan barunya sekarang sambil cuba membandingkannya dengan apa yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir dahulu, Perdana Menteri kini seolah-olah sudah ada "senjata baru"  untuk menyerang balas pengkritik  utamanya itu.

Secara langsung, ia juga memperlihatkan "senjata lama" seperti Salleh Said Keruak, Abdul Rahman Dahlan dan lain-lain yang selama ini banyak menghabiskan masa mennyerang Tun Mahathir, semakin tumpul di mata Najib.

Pendekatan Annuar pula tidak memperlihatkan sama sekali keinginan untuk membaik dan menjernihkan semula hubungan Tun Mahathir dengan Najib, sebaliknya terus menyerang dan menyerang sehingga mungkin "seorang jadi abu, seorang lagi jadi arang."

Tidak menghairankan juga jika dalam waktu terdekat ini Tun Mahathir akan ditangkap dan disiasat berikutan jalan ke arah itu sudah pun ditunjukkan oleh Annuar yang menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai menghasut.

Jika ditangkap, bukan persoalan apa jadi kepada Tun Mahathir yang menjadi isunya, tetapi yang lebih ingin disaksikan ialah apa jadi kepada Najib selepas itu?

Adakah Najib makin selesa atau makin terjerut?

Di sebalik Najib mungkin berasa perlantikan Annuar bermanfaat untuk dirinya dalam menghadapi serangan bekas Perdana Menteri itu, hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah ia juga menjadikan perkelahian Tun Mahathir - Najib terus parah dan berdarah sehingga tibanya tarikh pilihanraya akan datang, kalau pun tidak membawa sampai ke hujung nyawa. 

Thursday, February 11, 2016

Najib suruh kementerian berjimat hanya gimik


 
SHEIKH_OMAR_ALI_SENAWANG_03072015_TMIKAMAL_ARIFFIN_09

Oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPUR : Pesanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada kementerian dan jabatan kerajaan supaya berjimat dalam berbelanja ketika melakukan lawatan kerja dan majlis rasmi hanya gimik.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali menyifatkan Najib tidak serius dan tidak lebih sekadar mempermainkan rakyat dengan gimik melalui kenyataan seumpama itu ketika ekonomi sudah parah, ditambah pula pelbagai skandal kewangan.

"Alangkah baiknya jika beliau membuat seruan ini sejak awal dahulu lagi. Najib tidak seharusnya bertindak sewaktu nasi sudah menjadi bubur," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Semalam, Najib yang terpalit dengan pelbagai skandal berbilion ringgit, berpesan kepada kementerian dan jabatan kerajaan supaya berjimat dengan menyarankan karpet merah untuknya serta hidangan makanan istimewa dikurangkan.

Pada masa sama, Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerima peruntukan bajet tertinggi pada tahun ini berbanding kementerian dan jabatan lain sehingga mengundang kritikan serta desakan supaya mengurangkan perbelanjaan jabatan itu.

Menyifatkan pesanan itu tidak selaras dengan keazaman Najib untuk mengubah keadaan ekonomi negara, Sheikh Omar berkata, rakyat tidak lupa segala kepincangan ekonomi hasil pelaksanaan dasar kerajaan yang mengakibatkan hidup rakyat terbeban.

"Rakyat masih tidak lupa isu pemborosan seperti penggunaan jet peribadi secara tidak masuk akal, bil utiliti di Seri Perdana yang melampau. Ia tidak sama sekali menunjukkan keikhlasan serta keazaman politik terhadap nasib rakyat dan ekonomi negara.

"Bukan soal saranannya itu lebih utama ialah isu besar seperti skandal 1MDB, dana RM2.6 bilion, krisis Tabung Haji dan ketirisan serta pemborosan kerajaan perlu dijawab segera untuk menyakinkan rakyat," katanya. -Roketkini.com

MUHYIDDIN: KALAU PM TERIMA DERMA JUTA-JUTA TAK SALAH, PEGAWAI KERAJAAN JUGA BOLEH TERIMA DERMA JUTA-JUTA


Image result for muhyiddinINTIPATI UCAPAN TSMY DI PAGOH
10 Februari 2016
1. Negara kita telah mencipta banyak kejayaan. Perdana Menteri terdahulu bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat pelbagai kaum juga berusaha gigih untuk memajukan negara.

2. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini negara kita dirundung masalah. Perasaan ketakutan semakin meresap. Orang hendak bercakap pun kena tengok baik-baik. Seolah-olah kebebasan telah hilang.

3. Situasi politik hari ini tidak berapa menentu. Ada orang cakap kalau esok diadakan pilihanraya BN akan kalah.

4. Ekonomi negara kita juga semakin teruk. Harga barang semakin mahal. GST 6% tetapi harga barang naik 20% hingga 30%.

5. Mengenai kejatuhan matawang, PM kata mana-mana negara pun matawang jatuh. Tetapi negara kita jatuh lebih teruk berbanding negara-negara lain. Ini kerana wujudnya sentimen negatif terhadap Malaysia. Rasuah berlaku amat luar biasa.

6. Saya bercakap atas dasar hak dan kebenaran. Kerana itu saya dibuang. Bukan kerana saya buat apa-apa kesalahan tetapi kerana saya bercakap terus-terang. Bukan depan cakap lain, belakang cakap lain.

7. RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadi PM tidak salah. Kalau begitu pegawai-pegawai kerajaan pun boleh terima duit berjuta-juta masuk ke dalam akaun peribadi atas nama derma. Ini tidak betul.
8. Kerajaan pula tidak mempunyai wang yang cukup. Perbelanjaan untuk rakyat terpaksa dipotong. Bajet 2016 dinilai semula.

9. Orang sudah tidak percaya kepada kerajaan. Mereka tiada keyakinan lagi. Pelabur mahu datang ke Malaysia pun tunggu dulu. Ini kerana faktor ekonomi yang tidak menentu dan rasuah yang berterusan.

10. Imej negara kita makin hari makin menurun. Ada orang Malaysia yang pergi ke luar negara malu hendak mengaku dari Malaysia.Takut orang tanya dari mana PM Malaysia dapat banyak duit. Ada orang kata derma. Ada pula yang kata 'pelaburan'. Tidak tahu mana satu yang betul.

11. Ada orang parti beritahu saya mereka juga tidak tahu apa hendak buat. Samada hendak pilih BN atau tidak dalam pilihanraya nanti. Mereka kata disebabkan masalah peribadi Najib, BN boleh kalah.

12. Rakyat kena pilih antara parti dan individu. Sebahagian ahli parti berada dalam dilema. Ramai orang kata kepada saya jangan fikir pasal parti lagi Tan Sri. Tetapi fikir pasal negara. Negara sedang menjunam dan mesti diselamatkan.

13. Kita tidak mahu negara kita rosak, hancur, rakyat miskin. Kalau perbuatan pemimpin menyebabkan negara kita rosak, kita mesti buat sesuatu.

14. PM mesti bertanggungjawab. Turun ke bawah. Tanya berapa ramai rakyat yang sokong dia. Balik fikir. Jangan asyik terima saja yang orang lain cakap yes sir, yes sir, semuanya baik-baik belaka.

15. Rakyat mesti berani bercakap yang benar. Beritahu PM perkara-perkara tidak betul yang dibuat.

Perasaan ketika bawa turun gambaq MB LAMA dan nak penaik gambaq MB BARU..!!!


 

Atas tugasan kerja, saya diminta menurunkan frame gambar jejaka tampan berbaju Melayu kala biru gelap ini daripada dinding lobby di tempat kerja.

Gambaq penggantinya belum ada, tapi kena bawa turun dulu.

Entah kenapa waktu nak bawa turun tu perasaan di hati tak lah rasa bercelaru sangat seperti mana waktu nak bawa turun frame seorang Ustaz utk digantikan dgn gambar jejaka ini hari tu.

Mungkin selepas beberapa siri MB berganti ini, dan melihat hidup rakyat kebanyakan tak banyak berubah, orang dah lupa dah kata di Kedah ini ada MB.

Mlm tadi bila kami pi hantar 900 kg beras dan brg2 mknan kiriman kwn2 utk 30 keluarga penoreh getah di sebuah kampung di pedalaman Kedah, waktu duk bersembang dgn org2 kampung di situ termasuklah cikgu2 yg tolong aturkan program kami tu, tak dengar pun ada yg sembang pasal politik atau pun pasal MB, yg duk ulang dengarnya kisah getah harga RM1.70-1.80 sekilo, kisah 10 kilo getah baru boleh dpt RM18, kisah harga temenung di pekan hari baru ni juga RM18, sekilo.

Dema kata - teruk haih menoreh getah sekarang ini, motong teruk2 baru boleh beli ikan temenung sekilo !!

Beras tak beli lagi, gas habis tak beli lagi - kena pakai dapur kayu back up, tak apalah ada juga kayu utk dibakar, dah berundur jadi tahun 60an dah.

Makin koi duk teruk.

Entahlah, dah cemuh kot orang baca cerita pasal penoreh getah ini.

Rasanya org2 kampung yg duk motong getah nie depa tak perlu MB kot, tak perlu Menteri Besar.

Bukan pasai pa, naik pi lah sapa jadi MB pun 2x5 ja.

Esok lusa saya mungkin kena bawa naik frame gambar MB baru; dan berdasarkan sok sek sok sek kat bawah ini saya ramalkan mai PRU 2017 nie Kedah bakal jatuh ke tangan PAS, dan lepas nie saya kena bawa naik pula frame MB Pas ganti MB Baru.

Duk 3 bulan, Pas BERGADUH pula sesama depa, saya juga kena bawa turun dan bawa naik gambar MB yg lebih baru - sabuah proses yg berulang2.

Dan, waktu tu harga getah sekerap masih tetap RM1.70-1.80 sekilo tapi harga Ikan Temenung mungkin dah naik jadi RM28 sekilo !! - haru.

Makna kata, perubahan politik ke kiri ka ke kanan ka tak membantu isu penoreh getah ini.

Yg boleh bantu ialah mereka yg terlibat dlm memberi idea dan membantu kementerian2 berkenaan menggubal dasar di peringkat pusat.

Boleh kot tolong lobi minta pihak2 yg berkenaan utk setahun dua ini sehingga keadaan reda boleh kot adjust org2 tengah kompeni besar2 yg beli getah tu adjust sikit harga getah bagi pakat dapat makan sorang sikit.

Org mungkin kata, hang duk merapu apa aih kat FB nie Monier? Depa tarak nak baca aih.

Insyaallah depa baca.

Saya dapat maklumat program Beras dua kampit sebulan utk keluarga miskin berdaftar itu adalah mengambil inspirasi drpd kerja buat NGO-NGO duk masuk kampung hantar beras selama ini.
Tkasih byk2.

Wallah hu aklam.

Ok lah stop kat sini, esok nak pi cari gambar MB Baru nak bawa naik pula.

Saja nak kongsi.

Tkasih

Mukhriz: Najib marah bangkitkan isu 1MDB, RM2.6b


MALAYSIAKINI
  

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri telah menegurnya kerana membangkitkan secara terbuka persoalan mengenai 1MDB dan skandal 'derma' RM2.6 bilion.

"Jadi, sebenarnya, dan ini pun telah diakui sendiri oleh perdana menteri kepada saya secara peribadi, dia tak puas hati, sakit hati dengan ucapan saya (mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion... (tidak jelas didengar)," kata Mukhriz dalam rakaman video beliau menceritakan mengenai perkara itu kepada para penyokong

Rakaman selama tujuh minit 52 saat itu kelihatan seperti satu sesi ceramah yang disiarkan di Laman Facebook Mukhriz Mahathir FC (Fan Club) pada hari Selasa.

Menurut Mukhriz, ini adalah juga mengapa beliau terpaksa melepaskan jawatan MB, bukan kerana perkara lain, seperti yang dibangkitkan oleh ADUN Umno yang membawa kepada penyingkirannya sebagai ketua kerajaan negeri Kedah.

Dalam video itu, Mukhriz berkata Najib memberitahunya secara peribadi mengenai perkara itu.

Katanya, Najib memberitahunya bahawa "tak patut seorang menteri besar kata lagu tu pada dia, oleh kerana tu kena lepaskan jawatan.

"Sepanjang satu jam setengah saya duduk dengan dia, tidak sekalipun dia sebut yang dia kecewa dengan saya kerana saya tak reti tadbir Umno atau saya gagal tadbir kerajaan negeri," katanya.

Menurut Mukhriz lagi, yang disebut oleh Najib hanyalah beliau rasa marah kerana beliau (Mukhriz) menyebutnya dalam ucapan berkaitan dengan isu 1MDB dan derma RM 2.6 bilion.

Tiada pihak boleh sekat PAN untuk bertanding - Anuar Tahir


 Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (PAN) berpendapat mana-mana parti politik di negara ini hendaklah bersikap terbuka dalam menghadapi persaingan daripada musuh mereka yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.
 
Setiausaha Agung PAN, Anuar Tahir berkata tiada pihak yang boleh menyekat mana-mana parti untuk bertanding di mana-mana kawasan, termasuk kawasan kubu kuat PAS.
 
"Saya juga mengalu-alukan mana-mana pihak untuk bertanding menentang Amanah dalam pilihan raya yang akan datang. 
 
"Ini sistem demokrasi bukan namanya demokrasi jika kita hendak mengehadkan perlawanan maknanya kita hendak menang sendiri dan jika begitu tidak perlu adakan pilihan raya.
 
"Jadi kita kena alu-alukan pertandingan dengan baik dan tidak ada siapa boleh sekat sesiapa hendak bertanding di mana-mana. Dia sebagai parti kena fikir jika dia boleh bertanding di situ maka silakan,"katanya kepada Antarapos hari ini.
 
Anuar juga menasihati semua parti di negara ini supaya tidak saling bermusuhan dan berusaha untuk menghancurkan antara satu sama lain.
 
"Saya bagi pihak parti Amanah Negara atau singkatan kami Amanah mengalu-alukan siapa-siapa sahaja mari kita bertanding sebagai parti yang bertamadun dalam masyarakat yang bertamadun.
 
"Kita hidup di kurun yang baru jadi bukan suasana permusuhan, benci membenci dan usaha untuk memusnahkan antara satu sama lain kita kena jadi negara yang betul-betul maju dari segi pengamalan demokrasi,"ujarnya.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang mengalu-alukan PAN untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan DUN yang diwakili Pas, pada pilihan raya umum akan datang.
 
Menurut Takiyuddin, Pas tidak mempunyai kaitan langsung dengan parti itu walaupun ramai pemimpin dan anggota PAN terdiri daripada kalangan bekas anggota PAS.
 
Beliau yang juga anggota Parlimen Kota Bharu berkata, tindakan PAN untuk meletakkan calon mereka diyakini tidak akan menjejaskan undi yang diterima PAS sebelum ini.

'Insya-ALLAH nafas Pas panjang lagi'


SINAR HARIAN


Idris Ahmad
Idris Ahmad


SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menyifatkan hayat parti Islam itu masih panjang selagi berpegang kepada dasar dan matlamat perjuangan Islam.

Menurutnya, sekiranya ALLAH SWT memanjang usia semua orang, kita dapat melihat parti mana yang akan hilang dan parti mana yang akan terbilang.

"Ada orang hendak melihat Pas terpadam daripada peta politik Malaysia. Insya- ALLAH nafas Pas panjang selagi ia tidak buang dasar dan matlamat perjuangan Islamnya," katanya melalui Catatan Dhuha di Facebook, hari ini.

Pas berdepan perpecahan dalam kalangan pemimpin dan ahli selepas Muktamar Pas yang lalu hingga menyebabkan tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah).

Dalam catatan berasingan, Idris memberitahu bahawa sudah menjadi lumrah perjuangan Pas itu akan diserang daripada pelbagai sudut.

"Sebab serangan mereka hanya satu iaitu kerana Pas hendak menegak Islam yang syumul.

"Mereka suruh Pas ikut telunjuk dan peta yang direka oleh mereka. Pas sudah lalui perkara ini sejak 64 tahun yang lalu," katanya.

Mat Sabu harap generasi muda lakukan perubahan


Zulaikha Zulkifli

 


Bagi Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap merupakan faktor penting Pakatan Harapan dalam mencorak dan membawa perubahan di negara ini.

Namun meskipun tanpa kelibat Ketua Umum PKR itu, Mohamad Sabu percaya perubahan tetap perlu dilakukan oleh generasi muda demi masa depan negara.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata ini kerana golongan muda pada masa kini 'jauh terpisah' berbanding zaman kegemilangan Anwar sebagai pemimpin pelajar pada era 1970-an.

"Anwar itu perlu kerana dia faktor penting Pakatan Harapan tapi kita perlu perubahan minda rakyat. Itu perlu. Kita perlu buat perubahaan.

"Generasi muda tolong lakukan perubahan. (Zaman) Anwar dan generasi anak muda sekarang jauh terpisah.

"Tapi kena mula dari diri mereka sendiri untuk tempatkan diri mereka (sebagai agen perubahan)," katanya kepada Malaysiakini.

"Sebab itu pentingnya kita berkorban untuk generasi akan datang. Kalau tak berani berkorban, kita akan berada di tahap ini sampai bila-bila," kata Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sampai bila Harapan akan terus bergantung kepada 'Anwar' walaupun bekas ketua pembangkang itu telah dipenjarakan.

Anwar yang merupakan pemimpin de facto pembangkang dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 10 Februari tahun lalu atas tuduhan liwat, yang disifatkan para penyokongnya sebagai konspirasi politik selepas tuduhan sama dikenakan terhadapnya 18 tahun lalu.

Sempena setahun Anwar dipenjarakan, Harapan mengadakan Himpunan 365 #BebasAnwar pada malam kelmarin di hadapan Penjara Sungai Buloh yang dihadiri kira-kira 1,000 penyokong.

Anwar dikenali sebagai pemimpin pelajar pada tahun 1970-an, sebelum menjadi Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan kemudian terjun ke dunia politik bagi menyertai Umno sehinggalah dipecat pada 1998 oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Buang sikap fanatik

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai terdapat segelintir rakyat hilang keyakinan terhadap pimpinan parti pembangkang, Mohamad tidak menafikan perkara itu dan berpendapat masalah utama dihadapi kini ialah suara pembangkang tidak 'bulat'.

Tanpa menamakan mana-mana parti, Mohamad berkata apa yang berlaku kini ialah sikap segelintir pihak yang mengamalkan sikap 'fanatik' terhadap parti berbanding kepentingan rakyat. Perkara itu, jelasnya perlu dibuang demi kebaikan rakyat serta masa depan negara.

"Misalnya, bila buat (perhimpunan) BERSIH, ada pihak kata tak perlu pergi, buat (himpunan) TPPA pula.... belum ada sikap 'bulat' kerana kita mendokong kepentingan parti melebihi kepentingan rakyat. Ini perlu dipecahkan," katanya.

Justeru itu, Mohamad, 62, berkata sifat fanatik terhadap parti ini perlu dibuang memandangkan setiap ahli politik perlu perjuangkan kebenaran.

"Parti politik alat untuk kita bekerja bukan perlu fanatik. Tak boleh (fanatik). Kena perjuangkan kebenaran, hak dan batil, makruf dan mungkar," ujarnya lagi.

Skandal 1MDB: Kenapa PAC takut ambil keterangan Gabenor Bank Negara?


MP DAP PJ Utara Tony Pua

Oleh Hafiz Zainuddin


KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) PAC perlu memanggil beberapa individu lagi termasuk Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Mohd Hazem Abd Rahman.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata ia berikutan mereka memiliki pengetahuan luas mengenai aktiviti 1MDB sekaligus memudahkan proses siasatan menyeluruh terhadap skandal 1MDB.

"Mustahak untuk memanggil Zeti dan pegawai Bank Negara lain kerana bank itu pada Oktober lalu membatal tiga kebenaran yang diberi kepada 1MDB untuk pelaburan luar negara berjumlah USD1.83 bilion.

"Bank Negara juga mengeluarkan arahan kepada 1.comMDB supaya membawa kembali USD1.83 bilion itu ke Malaysia dan meminta syarikat itu kemukakan cadangan untuk melaksanakan tujuan berkenaan," katanya yang juga ahli jawatankuasa berkenaan.

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Ariffin menyatakan PAC membuat keputusan menutup sisatan mereka selepas memanggil dua lagi saksi terakhir dengan mengecualikan Gabenor Bank Negara, sebagai saksi tambahan

Mengikut Hasan, dua saksi terakhir yang akan memberi keterangan pada 11 dan 12 Februari ini ialah bekas presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh

Terkejut kerana keputusan Hasan itu, Pua berkata mesyuarat PAC sebelum ini tidak pernah membincangkan mengenai isu tiada lagi saksi akan dipanggil dalam siasatan terhadap skandal 1MDB.

Beliau menyifatkan kegagalan PAC memanggil saksi penting bakal memberi tanggapan buruk kepada integriti badan berkenaan sekaligus menunjukkan wujud amalan bias dalam menangani skandal 1MDB.

"Perkara itu penting kerana kredibiliti dan integriti Parlimen PAC dipertaruh. Hanya kami satu-satunya institusi yang aktif jalankan siasatan terhadap skandal 1MDB. Rakyat bergantung kepada PAC untuk menjalankan tugas dengan baik tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya.

Mengenai Mohd Hazem, Pua berkata, kenyataannya penting kerana bon USD3 bilion terbitan melalui syarikat Goldman Sachs melalui usahasama dengan Aabar Investment PJS berpusat di Abu Dhabi berkali ketika individu itu memegang jawatan CEO 1MDB antara Mac 2013 hingga Januari 2015.

Katanya, Hazem juga bertanggungjawab terhadap pembelian tanah bermasalah di Pulau Pinang bernilai RM1.2 bilion dan kegagalan pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) bahagian tenaga. – Roketkini.com

Mufti Gesa ADUN Paya Jaras Bertaubat


 
Mufti nasihat wakil rakyat taubat

KUALA LUMPUR – Mufti dan ulama Islam menasihatkan wakil rakyat Parti Islam SeMalaysia (Pas), Mohd. Khairuddin Othman, 45, agar memohon keampunan dengan cara bertaubat kepada Allah selepas mengenakan pakaian menyerupai Dewa Rezeki berjanggut panjang pada Isnin lalu.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abd. Rahman Osman berkata, pakaian yang mempunyai unsur ketuhanan agama lain adalah berdosa dan haram untuk dipakai oleh orang Islam.

Menurut beliau, perkara tersebut adalah berdasarkan hadis Rasulullah yang menyatakan pemakai pakaian yang menyerupai sesuatu kaum adalah sebahagian daripada kaum tersebut.

“Sebagai muslim, pakaian seperti Santa Claus, sami Buddha dan dewadewa agama lain memberi gambaran kerosakan akhlak pemakai tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Rahman menegaskan, pakaian itu boleh membawa kepada pemahaman umum yang melihat pemakainya adalah seorang bukan muslim, memandangkan pakaian tersebut tidak sinonim dalam masyarakat Islam.

Tambah beliau, sekiranya sesuatu pakaian itu tidak mempunyai kaitan dengan sesuatu agama, maka perkara tersebut dibenarkan.

“Orang Islam dibenarkan memakai pakaian seperti tali leher atau pakaian tradisional kaumkaum lain yang tidak mempunyai perkaitan dengan agama atau kepercayaan lain kerana pakaian berkenaan tidak menafikan keislaman seseorang,” tambah Rahman.

Pendapat tersebut turut disokong Mufti Kelantan, Datuk Muhd. Shukri Muhammad yang menyatakan seseorang yang melakukan perkara tersebut harus memohon keampunan dengan cara bertaubat kepada Allah.

“Perbuatan tersebut tidak sampai jatuh syirik, namun hukumnya haram dan pelaku tersebut dikira berdosa,” katanya.

Beliau berkata, pakaian yang tidak melibatkan unsur keagamaan adalah dibenarkan seperti memakai pakaian cheongsam atau sari.

Kosmo! semalam melaporkan, Setiausaha Pas Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Paya Jaras memohon maaf selepas dikritik kerana memakai pakaian menyerupai Dewa Chai Sen pada majlis Tahun Baru Cina di Wangsa Permai, Sungai Buloh Isnin lepas.

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan sentiasa berjalan.

Walaupun Majlis Syura "melepaskan" ADUN Paya Jaras itu dari sebarang tindakan disiplin kerana ADUN Paya Jaras itu berada di kelompok "geng ulamak", namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mendedahkan bahawa kebenaran itu kebenaran dan kebatilan itu kebatilan.

GB sudah ulas sebelum ini:

ADUN Paya Jaras itu bertindak melewati batas aqidah dan syariat. Tetapi kerana dia berada di dalam kumpulan apa yang digelar "kepimpinan ulama" maka ulama melepaskannya.

Dah serupa UMNO juga. Kalau anda satu kem dengan Najib, kesalahan apa pun anda akan dilepaskan. Jika tidak, anda akan menghadapi hukuman seperti apa yang dikenakan ke atas Anina dan Hamidah Osman.

Perkara tidak menyentuh aqidah diberikan perhatian berat oleh PAS berbanding aqidah. Pada thaun 2010, Khalid Samad digantung dari jawatan-jawatan dalam parti selama 6 bulan. Bukan soal aqidah, tetapi soal tak wala kepada Hassan Ali sebagai Pesuruhjaya ketika itu.

Pada tahun 1972, Cikgu Hashim Gera wakil rakyat PAS bagi Parlimen Parit, Perak (1969-1974) dipecat parti PAS bukan kerana soal aqidah tetapi berjoget lambak dalam satu majlis di lobi parlimen pada 1971.

Jadi kini kita lihat tindakan PAS tidak konsisten. Berkompromi di dalam soal aqidah. Kalau kamu geng ulama, kau akan dilepaskan walaupun melakukan kesalahan aqidah. Sednagkan kalau kau bukan geng ulama, sekecil mana pun kesalahan, siap kau, kau "barua", kau "tolol", kau "broker" dan seumpamanya dan di"halau keluar" dari parti. Bila dah keluar parti, dimaki lagi mereka itu, kau "pengkhianat", kau "murtad", kau "ahli neraka" dan sebagainya.

Demikian budaya terkini sebuah parti sejarah... dan parti itu akan disejarahkan oleh rakyat Malaysia di dalam pilihanraya nanti.

Wednesday, February 10, 2016

Jangan membazir sambut saya, pesan Najib


Najib tidak kisah dengan sambutan yang sederhana kerana baginya, setiap lawatan kerja adalah untuk merasai 'denyut nadi' rakyat.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berpesan kepada kementerian dan jabatan kerajaan agar tidak membazir dalam berbelanja ketika menyambutnya dalam lawatan kerja dan majlis rasmi.
Beliau tidak kisah dengan sambutan yang sederhana kerana baginya, setiap lawatan kerja adalah untuk merasai 'denyut nadi' rakyat.
"Terima kasih untuk segala persiapan menyambut saya. Saya faham jika ada protokol yang perlu diikuti, tetapi di mana boleh, kita kurangkan persiapan seperti karpet merah, hidangan istimewa dan sebagainya.
"Fokus utama kita adalah rakyat, bukan protokol. Setiap lawatan kerja yang saya lakukan adalah untuk bersama rakyat dan mendengar masalah mereka," katanya menerusi laman blognya www.najibrazak.com.
Nasihat berikut adalah susulan kepada peringatannya dalam mesyuarat Jemaah Menteri 6 Januari lalu agar kepada Jemaah Menteri dan kementerian mengamalkan perbelanjaan berhemah.
"Ia juga merangkumi perbelanjaan ketika sambutan lawatan kerja dan majlis rasmi bersama saya atau menteri lain. Saya lihat masih ada perbelanjaan yang boleh kita kurang atau elakkan," katanya lagi.

Apa dasar patriotisme negara?

 



Rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita bahawa kerajaan Malaysia dan Bangladesh telah meluluskan untuk membawa masuk pekerja dari Bangladesh sejumlah 1.5 juta dalam tempoh tiga tahun.
Sebelum ini ia berita spekulasi dan kini ia bena mengikut laporan media. Ada rakyat yang menyatakan ini keputusan gila?
Sudah pasti rasionalnya adalah Malaysia kekurangan pekerja dan dari aspek pembangunan serta ekonomi. Wajar atau tidak, isu membawa masuk 1.5 juta Bangladesh boleh didebat tujuh hari tujuh malam.
Tuduhan pertama ada pihak hendak buat duit secara kilat dan tidak sedikit kerana komisyennya yang lumayan. Ada yang mengatakan "perniagaan hamba abdi". Kuotanya diagih-agih kepada penyokong politik yang terdekat dengan pembuat keputusan.
Apa pun isunya apakah kewajaran membawa masuk 1.5 juta Bangladesh? Apakah sejumlah ini diperlukan yang bagi tujuan "forward selling" kuota seperti jual kawasan balak yang belum ditanam.
"This is a joke in the town". Kesan keselamatan dan berbagai implikasi pasti timbul dan cuba bayangkan dengan jumlah yang sudah sedia ada dalam negara sama ada yang datang cara halal atau haram.
Kes jenayah tidak sedikit sudah berlaku sebelum ini. Industri memang cenderung ambil pekerja asing kerana gaji murah. Malah dari hotel sehingga warung ambil pekerja asing.
Yang menyedihkan langsung tidak pandai bahasa kebangsaan. Sepatutnya mesti ada sijil boleh bertutur bahasa kebangsaan baru boleh masuk bekerja di Malaysia. Belajar dulu di negara asalnya.
Pengangguran meningkat
Rakyat tempatan bagaimana? Pengangguran terus meningkat. Kerajaan kena ada dasar yang jelas dan tegas.
PERKASA menggesa kerajaan menangguhkan dulu keputusan membawa masuk Bangladesh 1.5 juta ini dan kajian dan maklum balas dari semua pihak mesti dilakukan dulu.
Mungkin kertas dasar sudah disediakan, tetapi sudah diolah untuk kelulusan. Ini perkara besar yang boleh memberi impak kepada negara pada masa akan datang.

Jangan hanya mendengar kehendak atau pendapat pihak industri sahaja. Rakyat biasa juga berhak memberi pendapat atau membantah. Semuanya dilihat dari segi ekonomi semata mata.
Apakah dasar patriotisme negara? Adakala biar kita tidak makan demi maruah negara. Atau kita tak perlu kepada pelancongan melalui tarikan pelacuran.
Ada cara lain. Contohnya kenapa tidak digalakkan siswa-siswi universiti awam dan swasta bekerja sambilan seperti di luar negara.
Mereka boleh bekerja di kedai kopi, hotel, kafeteria dan restoran pada musim cuti, atau hujung minggu atau waktu tidak ada kuliah. Ini juga proses semangat kenegaraan.
Apa kesudahan pemutihan?
Kesedaran hendaklah digerakkan. Mahu seribu daya dan tak mahu seribu dalih. Pemimpin dan kerajaan jangan ambil jalan mudah. Sudah banyak keputusan yang awalnya kata baik tetapi sudahnya gagal dan terus gagal.
PERKASA juga mahu tahu apa kesudahan proses pemutihan pekerja asing empat tahun dahulu?
Berjuta yang tinggal lebih masa dan tiada permit kerja sudah diputihkan ketika kempen pemutihan. Apakah tidak cukup lagikah bilangan pekerja asing yang diperlukan?
Apakah kempen tersebut berjalan dengan baik atau sebaliknya? Kalau berjalan baik maknanya sudah ramai diputihkan dan diberi permit kerja dan pastinya mencukupi.
Jika tidak berjalan dengan baik, ke mana mereka sekarang. Pastinya masih ada dalam negara ini lagi.
Mengapa tidak teruskan program pemutihan seperti itu dengan penambahbaikan proses bagi memudahkan mereka mengikuti program itu.
Belajarlah pemimpin Malaysia daripada kesilapan dan pengalaman. PERKASA mahu perkara ini ditangguh dulu.