Saturday, November 5, 2022

UMNO boleh hilang kuasa kerana ‘ketegangan’ dalaman: ST Singapura

 


agendaily.com
06/11/2022
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan pada sidang media selepas perjumpaan dengan pemimpin bahagian dan sayap parti itu di ibu negara hari ini (4 Oktober 2022).

Media asing berpendapat tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggugurkan beberapa calon berprofil tinggi, selain ketegangan di dalam UMNO, bakal menyebabkan parti itu hilang kuasa di Perlis dan Perak.

Dalam laporannya malam ini, Straits Times (ST) Singapura mengulas bahawa ketegangan dalam UMNO akan mengancam penguasaan ke atas Perlis dan Perak – dua daripada tiga negeri ditadbir BN yang akan mengadakan pilihan raya serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari ini (Sabtu, 15 November 2022) sebagai hari penamaan calon, manakala hari pengundian awal (15 November) dan hari pengundian (19 November).

ST melaporkan keputusan Zahid yang juga Presiden UMNO menggugurkan beberapa calon berprofil tinggi daripada senarainya, termasuk di Perlis dan Perak, bukan sahaja mencetuskan kemarahan beberapa pemimpin berpengaruh, malah turut menghentikan persiapan pilihan raya di beberapa kawasan.

Ahli Parlimen yang sudah lama berkhidmat dan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai calon untuk kerusi Parlimen Pasir Salak di Perak, mencetuskan “perpecahan” dalam kepimpinan UMNO bahagian itu.

Penguasaan UMNO ke atas Perak adalah lemah. BN yang diketuai UMNO pernah kehilangan negeri itu pada pilihan raya 2018, tetapi kembali menerajui kerajaan pada 2020 selepas pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan untuk pilihan raya 19 November ini, BN hanya memiliki 25 daripada 59 kerusi, tetapi memerintah melalui gabungan bersama Perikatan Nasional (PN), yang akan dihadapinya sebagai saingan dalam PRU-15.

Sementara itru, di Perlis, Menteri Wilayah Persekutuan kerjajaan sementara, Datuk Seri Shahidan Kassim digugurkan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Arau, menyebabkan beliau menutup pusat operasi parti di kawasan Parlimen berkenaan.

Shahidan kemudian memilih untuk tetap bertanding di kerusi itu, tetapi sebaliknya atas tiket PN. Beliau menguasai Arau selama empat penggal Parlimen dan empat penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

UMNO mempunyai 10 kerusi daripada 15 kerusi DUN Perlis sebelum pembubarannya, tetapi pertukaran Shahidan kepada PN boleh menyebabkan BN hilang kawalannya ke atas kawasan DUN utama.

Ini boleh mengurangkan lagi jumlah kerusi BN di dalam DUN, mengancam kedudukannya di Perlis, negeri yang tidak pernah kalah.

Kedua-dua Tajuddin dan Shahidan dilihat sebagai sekutu Perdana Menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang terperangkap dalam perebutan kuasa dengan Zahid, menjelang PRU-15

Bagaimanapun, masalah dalaman Umno tidak mungkin mengancam kedudukannya di Pahang, negeri kubu tradisi bagi parti terbesar Malaysia itu.

Datuk Mohd Nizar, anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dipenjarakan, akan membuat penampilan sulung dalam perebutan kerusi DUN Peramu Jaya. Kerusi itu terletak dalam kawasan Parlimen Pekan, yang dipegang Najib sejak 1986, tetapi tidak akan dipertahankan kerana dipenjarakan.

Pengarah Bower Group Asia, Adib Zalkapli memberitahu The Sunday Times bahawa pertelingkahan dalam UMNO boleh membawa kepada kempen yang “tidak lancar” di negeri-negeri ini. Tetapi siapa yang dipilih oleh pengundi di peti undi masih bergantung kepada faktor lain.

“Tetapi pengundi tidak membuat keputusan berdasarkan politik dalaman, persaingan sebenar berlaku di luar parti politik,” katanya.

No comments:

Post a Comment