agendaily.com
25/11/2022
Mesyuarat MT UMNO terakhir pada Rabu malam membuat keputusan untuk bersama dengan Pakatan Harapan (PH) yang terdapat dalamnya parti DAP, seteru utama UMNO sekian lama tetapi lain pula jadinya apabila kini boleh duduk sebantal bersama.
Menurut laporan, terdapat dua ahli MT UMNO yang memberi sekilas gambaran tentang apa yang berlaku dalam mesyuarat lewat malam yang dipengerusikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu lalu.
Salah seorang ahli MT, Datuk Khaidhirah Abu Zahar menzahirkan rasa tidak puas hati dan kekecewaannya dengan parti tersebut dalam catatan di akaun Instagramnya.
“Saya bukan perkauman. Saya hanya anti DAP,” tulisnya.
Beliau kemudian mendedahkan beberapa pemimpin UMNO dipercayai mereka yang bersekutu dengan Zahid menolak hujah semasa mesyuarat untuk parti itu bagi membela orang Melayu, yang menjadi laungan UMNO ejak awal penubuhannya.
“Masih terngiang-ngiang di telinga, jelas di mata, suara-suara pemimpin UMNO yang memperlekehkan kepentingan orang Melayu-Islam di Malaysia ini dalam meeting MT semalam.
“Tak perlu dah jaga orang Melayu ni. All this are bullshit’,” katanya, memetik pemimpin yang tidak dinamakan.
Seorang lagi ahli MT UMNO, Datuk Armand Azha hanya memuat naik tanda “emoji” menepuk tangan diiringi bendera Malaysia berlatar belakangkan warna hitam.
Pemimpin dan Ahli Parlimen (MP) UMNO dilihat hampir berdiam diri walaupun terdapat kenyataan keras menentang pengisytiharan Zahid yang menyokong cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Bantahan itu memuncak selepas surat yang ditulis oleh Zahid, menyatakan 30 MP Barisan Nasional (BN) menyokong Anwar, berdasarkan “mandat” beliau sebagai Pengerusi gabungan itu.
Surat itu bercanggah dengan kenyataan BN sebelum ini bahawa ia akan kekal berkecuali dalam persaingan merebut jawatan PM antara Anwar dan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada mesyuarat lewat malam di Kuala Lumpur 22 November lalu, Zahid berdepan gesaan supaya beliau berundur, sehingga terpaksa dibawa keluar dari bilik persidangan selepas dituduh membuat keputusan berseorangan tanpa berunding dengan MP berhubung sokongan kepada Anwar sebagai PM.
Sebelumnya, MP UMNO termasuk bekas PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan MP Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata mereka bersedia untuk dipecat kerana menentang keputusan sedemikian.
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dipengerusikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn.
Walaupun semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) mengunci mulut daripada memberi cerita sebenar yang berlaku dalam mesyuarat baru-baru ini, namun terdapat ahlinya memberi gambaran jelas parti itu mengkhianati orang Melayu.Mesyuarat MT UMNO terakhir pada Rabu malam membuat keputusan untuk bersama dengan Pakatan Harapan (PH) yang terdapat dalamnya parti DAP, seteru utama UMNO sekian lama tetapi lain pula jadinya apabila kini boleh duduk sebantal bersama.
Menurut laporan, terdapat dua ahli MT UMNO yang memberi sekilas gambaran tentang apa yang berlaku dalam mesyuarat lewat malam yang dipengerusikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu lalu.
Salah seorang ahli MT, Datuk Khaidhirah Abu Zahar menzahirkan rasa tidak puas hati dan kekecewaannya dengan parti tersebut dalam catatan di akaun Instagramnya.
“Saya bukan perkauman. Saya hanya anti DAP,” tulisnya.
Beliau kemudian mendedahkan beberapa pemimpin UMNO dipercayai mereka yang bersekutu dengan Zahid menolak hujah semasa mesyuarat untuk parti itu bagi membela orang Melayu, yang menjadi laungan UMNO ejak awal penubuhannya.
“Masih terngiang-ngiang di telinga, jelas di mata, suara-suara pemimpin UMNO yang memperlekehkan kepentingan orang Melayu-Islam di Malaysia ini dalam meeting MT semalam.
“Tak perlu dah jaga orang Melayu ni. All this are bullshit’,” katanya, memetik pemimpin yang tidak dinamakan.
Seorang lagi ahli MT UMNO, Datuk Armand Azha hanya memuat naik tanda “emoji” menepuk tangan diiringi bendera Malaysia berlatar belakangkan warna hitam.
Pemimpin dan Ahli Parlimen (MP) UMNO dilihat hampir berdiam diri walaupun terdapat kenyataan keras menentang pengisytiharan Zahid yang menyokong cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Bantahan itu memuncak selepas surat yang ditulis oleh Zahid, menyatakan 30 MP Barisan Nasional (BN) menyokong Anwar, berdasarkan “mandat” beliau sebagai Pengerusi gabungan itu.
Surat itu bercanggah dengan kenyataan BN sebelum ini bahawa ia akan kekal berkecuali dalam persaingan merebut jawatan PM antara Anwar dan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada mesyuarat lewat malam di Kuala Lumpur 22 November lalu, Zahid berdepan gesaan supaya beliau berundur, sehingga terpaksa dibawa keluar dari bilik persidangan selepas dituduh membuat keputusan berseorangan tanpa berunding dengan MP berhubung sokongan kepada Anwar sebagai PM.
Sebelumnya, MP UMNO termasuk bekas PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan MP Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata mereka bersedia untuk dipecat kerana menentang keputusan sedemikian.
No comments:
Post a Comment