Memetik kata-kata Tan Sri Annuar Musa “Nak membina memakan masa bertahun-tahun oleh berjuta ahli. Nak meruntuhkan hanya memerlukan seorang desperado yang nak menjaga tengkoknya”, akhirnya adakah lapan ADUN UMNO Perak menjual diri mereka kepada DAP apabila bersetuju bekerjasama dengan parti yang menjadi musuh nombor satu Bangsa Melayu?
Semangat Datuk Maharajalela iaitu Pahlawan Melayu yang menentang Inggeris kini sudah hilang dalam diri ADUN UMNO itu apabila bersetuju bersekongkol dengan 18 ADUN DAP, menubuhkan kerajaan negeri Perak.
Sebelum ini, pemimpin UMNO pernah mengeluarkan kenyataan membidas DAP yang jelas menghina, biadap dan menggugat umat Islam.
Pada 17 Oktober lalu, Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hang Tuah Din berkata tindakan DAP meletakkan calon Melayu untuk bertanding di kerusi DUN dan Parlimen di negeri Perak adalah sesuatu yang sudah dijangka.
Katanya UMNO/BN tidak menghalang DAP meletakkan calon Melayu tetapi orang Melayu sudah serik pembohongan parti tersebut semasa PRU lalu.
Anak bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohd Nizar juga pernah menyifatkan DAP menghina institusi Diraja Pahang , sekali gus menunjukkan bahawa parti itu anti raja, Islam dan Melayu.
Menurutnya tindakan tersebut amat biadap kerana tidak sepatutnya beliau mengheret sekali institusi diraja ke dalam kancah politik.
Pemimpin DAP sendiri iaitu Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebelum ini pernah membidas UMNO yang menuduh partinya sebagai anti-Raja, anti-Melayu dan anti-Islam.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan, DAP dituduh melalui media kawalan UMNO sebagai anti-Raja, anti-Melayu dan anti-Islam tetapi semua ini fitnah dan bohong belaka,” katanya.
Diketuai ADUN N04 Kota Tampan Saarani Mohamad, semua ADUN UMNO Perak itu kini berpeluk mesra dengan pemimpin DAP, setelah mereka menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional yang menang 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Pakatan Harapan (PH) Perak diketuai DAP menang di 24 kerusi DUN, manakala BN diketuai UMNO menang sembilan kerusi.
Bagaimanapunadakah, kerana gilakan jawatan Menteri Besar, Saarani sanggup mengkhianati agama, bangsa dan negeri itu, dengan bersetuju bersekongkol dengan DAP, menubuhkan kerajaan Perak?
Saarani, dijadual mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak petang ini.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini, selepas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak itu dinamakan sebagai calon tunggal untuk mengisi jawatan berkenaan.
Beliau berkata, majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang baharu akan berlangsung di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar jam 5.30 petang ini.
Terdahulu, pada jam 12.30 tengah hari ADUN Kota Tampan mewakili BN bersama ADUN Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari mewakili PH menyembahkan persetujuan kedua-dua pihak.
Berikut adalah nama ADUN UMNO yang menyokong bekerjasama dengan PH/DAP menubuhkan kerajaan negeri Perak:
- Salbiah Mohamad – N02 Temengor;
- Saarani Mohamad – N04 Kota Tampan;
- Haji Mohd Zolkafly Haji Harun – N21 Lintang;
- Azman Noh (Cikgu Man) – N36 Pengkalan Baharu;
- Khairudin Abu Hanipah (Cikgu Din) – N39 Belanja;
- Haji Ishsam Haji Shahruddin – N48 Ayer Kuning;
- Salina Samsudin – N59 Behrang; dan
- Shahrul Zaman Yahya – N53 Rungkup.
No comments:
Post a Comment