Kempen untuk pilihan raya umum (PRU) ke-15 bermula secara rasmi, dengan proses penamaan calon selesai.
Dengan 222 kerusi parlimen untuk ditandingi, dan banyak nama besar dan calon yang menarik, mungkin sukar untuk mengetahui kerusi yang perlu diberi perhatian - selain kawasan pilihan raya anda sendiri.
Malaysiakini menyorot 24 kerusi panas yang menarik untuk diperhatikan.
Senarai ini dibentangkan berdasarkan susunan kerusi Parlimen.
Sekian lama dianggap sebagai kerusi selamat BN, keadaan semakin hangat di Arau sekarang selepas gabungan itu memecat penyandangnya Shahidan Kassim.
Tidak seperti ahli parlimen BN lain yang bercadang untuk bertanding sebagai calon bebas - Shahidan akan bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN).
Dengan sokongan PAS dan Bersatu, Shahidan dijangka memberi cabaran hebat kepada calon BN Rozabil Abd Rahman.
Walaupun ini kali pertama Rozabil bertanding dalam pilihan raya, dia bukan nama baru di Arau dan pernah berkhidmat sebagai naib ketua dan ketua pemuda Umno bahagian itu.
Calon muda PKR Fathin Amelina Fazlie juga akan berusaha memberi saingan dengan mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam pertembungan tiga penjuru.
Arau bukanlah satu-satunya tempat di mana penyandang yang digugurkan telah bertukar parti.
PN telah menggugurkan Che Abdullah Mat Nawi untuk Tumpat - yang kemudiannya dengan cepat diambil oleh BN untuk bertanding kerusi itu.
Dia akan berdepan calon baru dari PN Mumtaz Md Nawi (PAS).
Bertanding di bawah BN adalah satu pertaruhan bagi Che Abdullah, yang mungkin merasa sukar untuk merapatkan jurang 17,500 undi antara PAS dan BN pada PRU 2018.
Pihak lain yang bertanding di kerusi ini ialah dari PH Wan Mohd Johari Wan Omar (Amanah), calon GTA Che Muhammad Aswari Che Ali (Putra), dan calon Warisan Khairul Azuan Kamarrudin.
Pengerusi BN Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakob (Umno) memenangi kerusi itu pada 2018 dengan 47.4 peratus undi.
Manakala PAS meraih 42.2 peratus undi, dan Bersatu 10.4 peratus.
Kini PAS dan Bersatu bersatu di bawah PN, Ahmad Jazlan berisiko kehilangan kerusi itu kepada Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
PH menurunkan Rosli Allani Abdul Kadir, manakala GTA mempertaruhkan mejar bersara Muhammad Seman (Putra).
Seperti di Tumpat, BN meletakkan bekas penyandang PAS Khairuddin Aman Razali untuk kerusi itu.
BN pernah menguasai Kuala Nerus dari 1974 hingga 2013 - selain pada 1999 yang dimenangi calon PAS. Sejarah ini mungkin memberi Khairuddin peluang bertanding di kerusi itu mewakili BN.
Khairuddin telah membantu PAS menawan kerusi itu pada 2013 dengan majoriti tipis 610 undi sebelum meningkatkan majoritinya kepada 8,447 undi pada 2018.
Dia akan berdepan calon PN Alias Razak (PAS), calon PH Suhaimi Hashim (Amanah), dan calon GTA Azaha Wahid (Pejuang).
Sejak 1959 kerusi Sungai Siput di Perak telah menjadi kubu kuat MIC.
Bagaimanapun Presiden MIC S Samy Vellu pada 2008 kalah di kerusi itu kepada Pakatan Rakyat pada 2008.
Kini 14 tahun kemudian, presiden MIC semasa SA Vigneswaran akan berusaha merampas semula kerusi itu untuk BN.
Penyandang PKR S Kesavan - yang memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,607 undi pada 2018 - akan mempertahankan kerusi itu untuk PH.
PSM - yang pernah menjadi proksi PKR di kerusi itu pada 2008 dan 2013 - tidak akan bertanding.
Di pihak PN, ahli bersekutu Bersatu Irudianathan Gabriel akan bersaing untuk kerusi itu manakala GTA meletakkan Ahmad Fauzi Mohd Jaafar dari Pejuang.
Dianggap sebagai antara kerusi paling panas PRU kali ini, Tambun mungkin menjadi pertaruhan 'kalah-mati' bagi Pengerusi PH Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.
Jika Anwar kalah, dia tak akan dapat menjadi perdana menteri meskipun PH berjaya membentuk kerajaan seterusnya.
Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu - yang memenangi kerusi itu atas tiket PH pada 2018 - akan berusaha untuk menghalang calon perdana menteri dari PKR itu.
Bagi BN pula, mereka meletakkan Ketua Umno Bahagian Tambun, Aminuddin Md Hanafiah untuk kerusi itu.
GTA juga memasuki persaingan - meletakkan Abdul Rahman Tahir untuk kerusi itu.
Timbalan Presiden MIC M Saravanan memenangi Tapah pada 2018 dengan majoriti tipis 614 undi dan hanya 47.1 peratus undi.
Dia perlu menghalang empat lawan untuk mengekalkan kerusi.
Pencabar utamanya ialah K Saraswathy dari PKR yang membuat penampilan sulung sebagai calon pilihan raya.
Pihak lain yang akan bersaing adalah calon PN Muhammad Yadzan Mohammad (Bersatu), calon Warisan Mohamed Akbar Sherrif Ali Yasin, dan calon GTA Mior Nor Haidir Suhaimi (Pejuang) serta calon bebas M Kathivaran.
Terkenal sebagai lokasi pembunuhan pegawai kolonial British James W W Birch, kerusi itu mungkin menyaksikan orang lain 'ditikam' dari belakang kali ini.
BN telah memecat penyandangnya Tajuddin Abdul Rahman yang memegang kerusi itu selama tiga penggal.
Calon baru mereka, bekas naib ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun - lebih dikenali sebagai Azwan Bro - pada mulanya tidak mendapat sokongan ahli Umno bahagian itu.
Bagaimanapun, Tajuddin nampaknya meredakan kemarahan mereka dan kini menyokong penggantinya.
Tajuddin menang kerusi itu pada 2018 dengan majoriti 7,712 undi.
Sementara itu, PH meletakkan Nik Omar Nik Abdul Aziz (PKR) - anak kepada bekas mursyidul am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat - sebagai calon mereka.
Langkah itu berkemungkinan bertujuan memikat pengundi Melayu yang merupakan majoriti pengundi di Pasir Salak.
Pesaing lain ialah Jamaluddin Yahya dari PN (PAS), dan Zairol Hizam Zakaria dari GTA (Pejuang)
Kubu kuat presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi - yang memegang kerusi itu sejak 1995.
Zahid mengekalkan kerusi itu pada 2018 dengan majoriti selesa 5,073 undi dan 51.4 peratus undi dalam pertandingan tiga penjuru.
Bagaimanapun, kali ini, presiden Umno itu tidak akan lagi melawan calon tidak terkemuka seperti yang berlaku sejak dua dekad lalu.
PH menghantar Shamsul Iskandar Md Akin (PKR) - yang dua kali menewaskan bekas ketua menteri Melaka Ali Rustam pada pilihan raya - untuk menjatuhkan Zahid di kubunya.
Sementara itu, PN turut meletakkan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Muhammad Faiz Na’aman di kerusi berkenaan.
Seorang lagi pencabar ialah pengasas bersama Gerak Independent (GI) Tawfik Ismail - yang merupakan anak sulung timbalan perdana menteri kedua negara Allahyarham Dr Ismail Abdul Rahman.
DAP merampas kerusi ini daripada presiden MCA ketika itu Liow Tiong Lai pada 2018, dengan aktivis alam sekitar Wong Tack sebagai calon mereka.
Bagaimanapun,kali ini, DAP memutuskan untuk meletakkan penyandang DUN Ketari, Young Syefura Othman untuk mempertahankan kerusi itu.
Langkah itu tidak dipersetujui Wong, yang telah mengisytiharkan bahawa dia akan bertanding sebagai calon bebas.
Sementara itu, Liow menyasarkan untuk merampas semula kerusinya dan kembali ke politik barisan hadapan selepas tidak begitu menonjol sejak empat tahun lalu.
Pancabar lain adalah dari PN yang diwakili Roslan Hassan dari Bersatu, dan calon bebas Mohd Khalil Hamid.
Satu lagi kubu kuat BN yang penyandangnya dipecat.
Sokongan untuk penyandang Noh Omar telah merosot sejak 2004 menyebabkan majoritinya menyusut kepada 1,970 pada 2018 - di mana dia menang dengan 43.5 peratus undian dalam pertarungan tiga penjuru.
Dia akan digantikan dengan Ketua Wanita Umno bahagian itu Habibah Mohd Yusof.
Calon Muda Siti Rahway Baharin akan bertanding di kerusi ini.
PN meletakkan Zulkafperi Hanapi (Bersatu) untuk kerusi itu, manakala wakil GTA ialah Azlan Sani Zawawi (Pejuang).
Kuala Selangor telah bertukar tangan dalam setiap tiga PRU yang lalu, dengan pembangkang memenanginya dua kali pada 2008 dan 2018, dan BN memenangi kerusi itu pada 2013.
Kini, BN berharap 'menteri angkat' kawasan itu Tengku Zafrul Abdul Aziz boleh memenangi semula kerusi itu.
Keputusan untuk meletakkan menteri kewangan itu memaksa penyandang PH Dzulkefly Ahmad (Amanah) yang mahu bersara mempertahankan kerusi yang dimenanginya dengan kemenangan tipis pada 2018.
Pencabar lain ialah calon PN Mohd Noor Mohd Sahar (PAS) dan calon GTA Mohd Shaid Rosli (Pejuang).
Salah satu perlawanan yang dinanti-nantikan oleh penyokong PH.
Penyandang Azmin Ali - yang berpaling tadah dari PH melalui Langkah Sheraton dengan menyertai Bersatu - akan cuba mempertahankan kerusinya untuk penggal keempat.
Lawan utama Azmin ialah bekas ‘muridnya', Amirudin Shari. Menteri besar Selangor itu dijangka akan cuba memanfaatkan kemarahan pengundi terhadap Azmin untuk meraih kemenangan.
Ketua Umno Gombak Megat Zulkarnain Omardin bagaimanapun berharap pertembungan Azmin dengan Amirudin akan memecahbelahkan pengundi untuk BN menyelinap dan meraih kemenangan mengejut.
Turut bertanding calon GTA Aziz Jamaludin Mohd Tahir (Pejuang) dan calon bebas Zulkifli Ahmad.
Satu lagi kerusi PH yang hilang melalui Langkah Sheraton.
Penyandang Zuraida Kamaruddin pada mulanya mengikuti Azmin ke Bersatu.
Bagaimanapun, dia menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). Namun, konflik dalaman PBM menafikannya jawatan presiden parti itu.
Zuraida juga sedang cuba mempertahankan kerusinya untuk penggal keempat, tetapi ia dijangka menjadi cubaan yang sukar.
Calon PH Rodziah Ismail (PKR) dijangka menjadi pilihan pada hari pengundian, manakala langkah PN untuk meletakkan Sasha Lyna Abdul Latif (Bersatu) akan memecahkan sokongan Zuraida.
Pesaing lain ialah calon BN Ivone Low Yi Wen (MCA), calon GTA Nurul Ashikin Mabahwi (Pejuang), Lai Wai Chong dari Warisan dan calon bebas M Raveen, Tan Hua Meng dan Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos.
Kawasan ini akan menyaksikan percubaan paling berani BN untuk menawan kubu kuat PH.
Tidak seperti di kerusi lain yang dimenangi oleh PH dengan majoriti besar, BN tidak menamakan calon 'ranking' kedua atau ketiga di sini.
Sebaliknya, ia akan meletakkan bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang juga dilihat semakin popular selepas menjadi menteri kesihatan.
Bagaimanapun Khairy - yang terpaksa menyerahkan kerusi Rembau kepada Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan - mengakui ia akan menjadi perjuangan yang sukar.
Sementara di pihak PH, tindakan menggugurkan penyandang R Sivarasa atas sebab kesihatan, menimbulkan 'percanggahan' kenyataan antara Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dan bosnya, Anwar Ibrahim.
Calon baru PH, R Ramanan adalah bekas pemimpin MIC yang baru-baru ini menjadi sasaran selepas dakwaan kes penipuan yang dikaitkan dengannya dibangkitkan semula.
Kerusi ini juga akan ditandingi calon PN Mohd Ghazali Md Hamin (PAS), calon GTA Mohd Akmal Mohd Yusof (Pejuang), dan calon PRM Ahmad Jufliz Faiza.
16. Batu (Wilayah Persekutuan)
Salah satu kerusi yang menyaksikan pesaing paling ramai di Semenanjung Malaysia, dengan 10 calon bersaing untuk kerusi itu.
Penyandang dua penggal lepas, Tian Chua berharap PKR akan memberikannya kembali kerusi itu. Pada 2018 dia kehilangan kelayakan bertanding..
Bagaimanapun, parti itu mencalonkan semula penyandang P Prabakaran - yang telah menewaskan Tian Chua dalam pemilihan PKR pada Mei untuk menjadi ketua Batu parti itu.
Susulan itu, Tian Chua memutuskan bertanding sebagai calon bebas.
Sementara itu, veteran BN A Kohilan Pillay (MIC) berharap Batu akan menjadi tiketnya kembali ke Parlimen.
Calon lain ialah dari PN Azhar Yahya (PAS), calon GTA Wan Azliana Wan Adnan, calon Warisan P Naganathan, calon PRM Mohd Zulkifli Abdul Fattah, dan calon bebas Siti Kasim, Nur Fatiha Syazwana, dan Too Gao Lan.
17. Titiwangsa (Wilayah Persekutuan)
Kerusi Kuala Lumpur yang paling sukar dijangka - yang dimenangi PH pada 2018 dengan 47.3 peratus undi - akan menyaksikan saingan empat penjuru.
Penyandang Rina Harun - yang kini bersama PN - telah berpindah ke Sepang.
Johari Abdul Ghani dari BN berharap untuk memenangi semula kerusi itu, manakala PH meletakkan pemimpin Amanah, Khalid Samad.
Calon pengganti Rina adalah dari PAS, Rosni Adam, manakala penyokong tegar Dr Mahathir Mohamad, Khairuddin Abu Hassan (Pejuang) akan mewakili GTA
Satu lagi pertembungan 'kelas berat', Mohd Redzuan Md Yusof dari Bersatu - yang terkenal dengan aspirasi kereta terbangnya - akan mempertahankan kerusi itu untuk PN.
PH meletakkan bekas ketua menteri Melaka Adly Zahari (Amanah) untuk merampas semula kerusi itu daripada PN, manakala BN menghantar ketua penerangannya, Shahril Sufian Hamdan (Umno).
Pepatah Melayu yang popular menyatakan apabila gajah bergaduh, seekor pelanduk akan mati terhimpit di tengahnya.
Dalam pertembungan ini, pelanduk yang dirujuk mungkin ialah calon GTA Muhammad Nazriq Abdul Rahman (Pejuang).
19. Pagoh (Johor)
Selepas lapan penggal sebagai ahli parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin berkata PRU kali ini penyertaan terakhir buatnya.
Jika dia dan gabungannya menang - dia akan menjadi perdana menteri seterusnya.
Pada 2018, kira-kira 66 peratus pengundi Pagoh adalah Melayu yang mana data menunjukkan kira-kira separuh menyokong BN - yang menerima 39 peratus undi keseluruhan.
Manakala PAS mendapat 5.8 peratus undi pada tahun itu.
Walaupun kehilangan kira-kira separuh daripada asas sokongan tradisinya - penyokong PH dari kalangan bukan Melayu mampu membuat perbezaan dan memastikan Muhyiddin menang selesa dengan 55.2 peratus undi.
Kali ini, bagaimanapun, Muhyiddin dijangka berdepan cabaran.
Dengan pengundi bukan Melayu kebanyakannya dijangka menyokong PH dan undi Melayu berpecah - peluang pengerusi PN untuk menang adalah yang paling tipis sejak sekian lama.
BN meletakkan bekas ahli parlimen Muar Razali Ibrahim, sementara PH mencalonkan Iskandar Shah Abd Rahman (PKR).
Presiden MCA Wee Ka Siong menang tipis di kerusi ini dengan majoriti 303 undi atau 44 peratus daripada undi keseluruham pada 2018.
Liew Chin Tong dari DAP berada di tempat kedua rapat dengan 43.2 peratus undi, manakala PAS memperoleh 12.8 peratus.
Kali ini, PH meletakkan bekas Adun Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali dalam usaha memikat pengundi Melayu - yang membentuk majoriti di kerusi campuran itu.
Calon PN untuk kerusi itu tahun ini ialah Muhammad Syafiq Aziz (Bersatu).
PH memperoleh kemenangan meyakinkan di kerusi campuran ini sebelum penyandangnya Rashid Hasnon berpaling tadah semasa Langkah Sheraton.
Majoriti 17,894 undi Rashid, bagaimanapun, berisiko mengalami hakisan besar ketika dia mempertahankan kerusi itu terhadap empat pencabar yang lain.
Dia akan berdepan calin BN Ishak @ Mohd Farid Siraj (Umno) dan Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir (GTA-Pejuang).
PH meletakkan Onn Abu Bakar (PKR) untuk merampas semula kerusi itu. Turut bertanding calon PRM Zahari Osman.
Penyandangnya Maszlee Malik meraih kemenangan mengejut di kawasan itu pada 2018 ketika dia menjadi ahli Bersatu.
Kini dengan PKR, peluang Maszlee untuk mengekalkan kerusi itu adalah diragui.
Cubaannya untuk kerusi DUN Layang-Layang di kawasan itu semasa pilihan raya negeri Johor pada Mac menyaksikan Maszlee dikalahkan oleh BN, dalam keadaan peratusan keluar mengundi yang rendah.
Tetapi jika pengundi keluar beramai-ramai, bekas menteri pendidikan itu dilihat masih akan berdepan cabaran yang sukar.
Pencabar utamanya ialah bekas menteri besar Johor Hasni Mohammad (BN-Umno) - manakala Mohd Fazrul Kamat (Bersatu) PN dan Kamal Kusmin (Pejuang) GTA juga mahukan peluang di kerusi itu.
Pada 2010, Sibu menyaksikan pilihan raya kecil (PRK) dengan DAP memenangi kerusi itu buat kali pertama dan membuka pintu untuk lebih banyak kemenangan di kawasan sekitar semasa pilihan raya negeri (PRN).
Bagaimanapun pada 2021, semua kemenangan itu dipadamkan oleh kebangkitan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Kini, giliran Parti Sarawak Bersatu (PSB) pula menggunakan Sibu sebagai landasan melebarkan pengaruh. Ia meletakkan presidennya Wong Soon Koh - wajah yang sangat dikenali dalam politik Sarawak.
Wong telah memegang Bawang Assan - satu daripada tiga kerusi DUN di Sibu - sejak 1991.
Dia akan menentang Clarence Ting Ing Horh (GPS-SUPP) dan penyandang dua penggal Oscar Ling (PH-DAP).
Ting pernah menjadi pengerusi Majlis Perbandaran Sibu manakala Ling ialah pengarah pilihan raya DAP Sarawak.
Saingan di Tuaran akan menjadi dua perlawanan semula dalam satu.
Penyandang empat penggal bagi Tuaran ialah Presiden Upko Wilfred Madius Tangau.
Calon PH itu dicabar oleh Joniston Bangkuai dari Parti Bersatu Sabah dan ketua sayap wanita Warisan Jo-anna Sue Henly Rampas.
Bangkuai menjadi pilihan ramai kerana dia pernah menewaskan Tangau dan Rampas sebelum ini kerusi Kiulu masing-masing pada 2020 dan 2018.
Sekarang, taruhannya lebih tinggi. Tangau, 64, berjuang untuk kelangsungan politiknya, manakala kemenangan untuk Bangkuai akan memperkukuh kelayakannya dalam perebutan jawatan presiden PBS apabila Maximus Ongkili berundur dalam tempoh tiga tahun.
Bagi Rampas, pemain baru itu sudah lama mendambakan kemenangan pertamanya.
Pesaing lain ialah Muminin Norbinsha dari GTA, dan calon bebas Boby Lewat dan Noortaip Suhaili.
No comments:
Post a Comment