Saturday, November 12, 2022

TANDA ZAHID HAMIDI TAK DIPERCAYAI

 



Ketika ini, naratif satu undi untuk BN bererti satu undi untuk Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri sedang menjadi bualan dan ternampak begitu sukar untuk diketepikan.

Kalangan dalam UMNO sendiri tidak kurang turut percaya mengenainya.

KJ, calon BN di Sungai Buloh terpaksa menepis isu yang sama apabila kemenangannnya juga dikaitkan dengan hal yang sama.

Tepis KJ, kemenangannya nanti tiada kaitan dengan kemungkinan Zahid Hamidi untuk menjadi Perdana Menteri kerana calon Perdana Menteri untuk BN tetap Ismail Sabri.

Dalam tempoh dua hari ini, Ismail Sabri sendiri sampai dua kali bersuara mempertahankan bahawa dirinya masih calon Perdana Menteri.

Sepatutnya, setelah namanya dipersetujui sebagai poster boy calon Perdana Menteri oleh MT UMNO, itulah yang mesti diakuri dan nama lain mesti ditolak ke tepi.

Tetapi, kenapa nama Zahid Hamidi masih diperkatakan lagi?

Sebabnya tidak lain kerana orang sebenarnya tidak percaya dengan cakap atau janji Zahid Hamidi.

Dia boleh berjanji atau mengeluarkan kenyataan walau seribu kali bahawa Ismail Sabri tetap calon Perdana Menteri, namun seribu kali juga kata-katanya tidak dipercayai.

Dia berjanji Top 5 UMNO yang akan berkuasa menentukan pemilihan calon, akhirnya suaranya seorang saja yang terpakai.

Shahidan Kassim dan Noh Omar yang dipersetujui dikekalkan sebagai calon oleh Top 5, tapi dicantas juga oleh Zahid Hamidi.

Dulu juga beliau pernah hantar surat kepada Agong untuk sokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, tapi sampai ke sudah tidak ditunaikannya.

Di waktu yang sama, tak pula dia pernah nafikan surat kepada Agong itu surat asli daripadanya.

Itulah watak Zahid Hamidi.

Jadi, walaupun telah dipersetujui Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri, kalau ada peluang, kepercayaan ramai ialah memang tak mustahil Zahid Hamidi akan memungkirinya.

Shahidan juga sebut semalam, dia bimbang kali ini Ismail Sabri kena kencing di tengah-tengah jalan.

Bagaimana untuk mengatasi hal itu selepas 19 November nanti jika ditakdirkan BN mampu memperolehi majoriti?

Apakah ini bermakna Zahid Hamidi perlu dipastikan kalah di Bagan Datuk supaya janji kepada Ismail Sabri benar-benar dapat ditepati? – ShahbudinHusin 07/11/2022.

No comments:

Post a Comment