Tawaran jawatan utama dalam pembentukan bersama kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) menyebabkan Barisan Nasional (BN) serius untuk menjalinkan kerjasama dengan seteru mereka tersebut.
Sumber dalaman memaklumkan, PH menerusi Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan dua jawatan penting kepada BN sekiranya Ahli Parlimen (MP) mereka bersetuju untuk menjadi dalam sebahagian kerajaan baharu nanti.
Tawaran tersebut ternyata mengiurkan pemimpin BN memandangkan kekalahan teruk dialami mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Selain itu, kebimbangan MP BN jika memilih menjalinkan kerjasama dengan gabungan Perikatan Nasional (PN) adalah mereka tidak akan mendapat sebarang jawatan dalam kerajaan baharu nanti.
“Dua jawatan tersebut yang ditawarkan adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, ia ternyata menyebabkan Zahid merayu kepada MP BN untuk menerima kerjasama dengan PH dan DAP kali ini,” kata sumber tersebut.
Dalam pada itu, sumber juga memberitahu rundingan dengan PH tersebut dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang diketahui umum adalah anak murid kesayangan Anwar.
Terdahulu, pemimpin utama PH dan sejumlah Ahli Parlimen PH hadir dalam pertemuan dengan pemimpin tertinggi dan Ahli Parlimen BN di Hotel Seri Pacific bersebelahan ibu pejabat UMNO di sini, hari ini.
Pertemuan itu dipercayai bagi berunding usaha membentuk kerajaan antara kedua-dua pihak, berikutan tiada parti yang berjaya mendapatkan majoriti mudah 112 kerusi Parlimen dalam PRU-15, Sabtu lalu.
Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang diadakan pada Mac tahun lalu antara lain memutuskan untuk menolak kerjasama dengan Anwar, DAP dan Bersatu pada PRU-15..
No comments:
Post a Comment