SESUDAH SUBUH
KEPUTUSAN pilihan raya ke-15 mempunyai hikmah tersendiri. Ia menjadi medan ujian kebijaksanaan para politik kita sejauh mana mereka dapat menyelesaikan kemelut yang terhasil daripada pilihan raya berkenaan. Pilihan raya kali ini menjadi kelam kabut dan membimbangkan apabila keputusan tidak ada mana-mana parti mencapai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.
Akibat daripada itu menyebabkan kerajaan baru Malaysia masih tidak dapat dibentuk hingga ke saat ini. Parlimen ke-15 tergantung. Berbeza dengan 14 pemilu sebelum ini dimana kerajaan akan dibentuk dalam tempoh 48 jam. Apa yang berlaku hari ini penglaman baru buat para ahli politik kita dan juga negara. Walaupun ia memejelmakan sesuatu yang rumit, tetapi dari sisi lain memberi peluang menguji bagaimana kita berpolitik.
Rakyat dan dunia akan menilai kemampuan ahli politik kita khasnya ketua-ketua parti dalam menyelesaikan masalah ini. Harus difahami masalah yang ada hadapan kita ini perlu dituntaskan segera kerana ia menjadi perhatian seluruh dunia.
Gara-gara keadaan itu menyebabkan negara jadi tidak ketentuan. Rakyat khasnya mereka yang prihatin kepada politik dan negara sedang diasuk kemabukan. Semua orang jadi resah gelisah dan hilang tumpuan untuk hidup.
Sudah dua hari pilihan raya selesai namun belum ada tanda-tanda ia ditamatkan. Beberapa formula dibuat tampaknya tidak mudah untuk menyelesaikan kekemlutan yang berlaku. Cadangan kerjasama di antara PH dengan BN, tidak banyak yang menyokong, tetapi banyak yang mempersoalkan begitu dan begini.
Agak-agaknya sampai kapan keadaan ini berterusan? Apakah ia akan berakhir dengan suatu tindakan di luar dugaan lebih mengejutkan? Semisalnya pembentukan kerajaan Malaysia dilakukan dengan cara darurat, dimana kerajaan dibentuk bukan berasaskan kepada keputusan pilihan raya tetapi dibuat menggunakan kuasa-kuasa yang ada kepada Yang diPertuan Agong?
Jika difikir secara logik dan munasabah, sepatunya pilihan raya itu tidak menimbulkan masalah sekiranya peluang diberikan kepada parti yang menang besar. Tetapi kerana format pilihan raya kita meletakkan garis mana-mana parti harus mencapai 112 kerusi daripada 222 kerusi baru boleh membentuk kerajaan, jadilah keadaan seperti hari ini. Semua parti tidak mencapai garis itu. Dan untuk mengenapkan angka perlu ada gabungan atau kerjasama.
Kalau ikut peraturan biasa, PH paling banyak dengan 82 kerusi. Sepatutnya PHlah diberi peluang untuk membentuk kerajaan berasaskan perkiraan matemetik itu. Manakala untuk mencapai 112 kerusi serahkan sepenuhnya atas budi bicaranya untuk mengambil mana-mana kumpulan dipilihnya. Parti-parti kecil lain harus insaf dan menerima hakikat kegagalan mereka untuk membentuk kerajaan. Mereka seharusnya memberi laluan kepada PH atas semengata kenegaraan.
Untuk masa hadapan, mungkin bagi mengelak kejadian ini berulang maka format atau kaedah penentuan pihak membentuk kerajaan sesudah pilihan raya diadakan perlu diubah. Ketentuan sedia ada, yakitu perlu mendapat majoriti mudah ini tidak dipakai lagi, sebaliknya perkiraan dibuat atau peluang membentuk kerajaan diberikan kepada parti yang mendapat jumlah kerusi banyak tanpa mencapai sasaran lebih separuh daripada jumlah kerusi.
Dalam melihat dan memerhati kemelut yang berlaku ini, saya merasakan sesuatu yang malang buat negara kita. Malang kerana dalam saat genting begini kita tidak memiliki orang atau peribadi yang suci dan mempunyai akal fikiran menarik. Kita tidak ada peribadi atau watak-watak septti Hang Nadim atau Muhamamd Abdullah S.a.w. untuk menjadi penyelesainya. Sebaliknya yang banyak ada watak-watak pendengki dan pendendam pengunkit kisah-kisah lama membabitkan peribadi yang tidak menguntungkan.
Dalam saat-saat seperti ini seharusnya semua orang menjadi seperti Hang Nadim. Macam mana insan ini mempunyai idea dan akal berlian untuk menghadapi serangan todak. Ketika raja dan kerajaan cemas dan bingung dengan serangan Todak, Hang Nadim muncul dengan akalnya kerdilnya dan anehnya mengemukakan mencadangkan agar dipasang, didirikan batang pisang di sepanjang pinggir pantai.
Idea itu ringas dan kecil sahaja, tetapi ia memberi kesan sangat ampuh. Tamesik berjaya mengatasi serangan Todak dengan batang pisang sahaja. Itulah kelebihan akal dapat menyelamatkan wang dan nyawa. Irininya di sebalik kebijaksaan itu menjelma pula sikap tidak berterima kasih dan irihati sehingga sang cerdik dan pintar itu dibunuh.
Demikian juga dengan watak seperti Muhammad Ibni Abdullah. Tidak mungkin watak itu menjelama dengan keseluruhan keperibadian dan keluhuran dirinya sebagai al Amin. Tetapi cukup kalau sekadar mengambil sebagaian daripada sifat dan keperibadiannya unruk diteladani dalam mengungkaikan pemasalah hari ini. Di Malaysia ramai yang bersalawat ke atasnya dan mengakui sebagai mahu menjadi umatnya, namun keseluruhan peribadian dan pengajarannya tidak dipraktikan.
Macam mana insan yang kerdil ini berbanding dengan kegahan ketua-ketua kaum mengemukakan formula simple demi menyelesaikan kemelut dan perbalahan antara kaum di Makkah yang masing-masing mahu menjadi raja untuk meletakkan batu hitam di Kaabah. Masing-masing tidak mahu mengalah dan mendabik dada tangan akulah berhak meletakkan Hajarul Aswa. Kemelutan perebutan itu berpanjang sehingga menimbulkan suasana tidak baik.
Saat inilah Muhammad turun dan memberi akal fikirannya. Beliau mengambil sehelain serban meletakkan di tanah lalu meminta Hajarul Aswa itu di atasnya. Selepas itu beliau meminta semua ketua-ketua kaum yang masing-masing mengakui hebat tadi memegang tepi serban itu dan mengangkat ke arah Kaabah. Kemudian tangan sucinya menagmbil batu hitam itu lalu melatakkan ditapaknya.
Mudah dan ringkas sekali formula dikemukakannya dan menyelesaikan masalah yang berlarutan selama empat hari. Kekemlutan berakhir dan semua kaum merasakan mereka ada peranan dan dihargai.
Nah, sepatutnya teladan daripada kisah kecerdikan Hang Nadim dan kebijaksanaan Muhammad menyelesiakan maslaah itulah diambil sebagai contoh oleh ahli politik kita hari ini khususnya ketua-ketua parti daripada PH, BN, PN dan sebagainya.
Kerana tidak mungkin ada seorang insan akan dijelmakan dan diberi pernhoratan seperti Hang Nadim dan Muhamad itu maka semua parrti hendaklah mengambil menjadi seperti Hang Nadim dan Muhammad itu. Contihilah apa yang telah disejarahkan mereka.
Saya yakin dan percaya kalau semua parti-parti politik khasnya PH, PN dan BN, mengambil ibrah daripada kisah Hang Nadim dan Muhammad tadi kekemelutan yang sedang berlaku sekarang ini tidak akan berpanjang, tidak pun sampai empat hari empat malam. Ia dapat diselesaikan dengan sempurna dan jaya. Modal dan sejarah sudah ada, tiru dan kutiplah daripada yang telah berlaku itu. Walahu'alam. [wm.kl.7:46 am 22/22/2022]
No comments:
Post a Comment