DAP sebahagian PH: Lim Guan Eng beri peringatan
agendaily.com21/11/2022Pengerusi DAP Lim Guan Eng mengingatkan parti itu adalah sebahagian daripada PH, tatkala pemimpin gabungannya berbincang dengan UMNO untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, hari ini (21 November 2022).
Pengerusi DAP Lim Guan Eng mengingatkan bahawa DAP adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH) dan sebarang keputusan tetap dibuat secara bersama.
“Jadi saya tidak mahu cakap lebih daripada itu kerana ia adalah keputusan yang kita ambil bersama bukan sahaja dalam mesyuarat CEC (Jawatankuasa Tertinggi Pusat). Terpulang kepada pimpinan tertinggi PH kita akan sokong keputusan yang mereka buat.
“Kita sebahagian PH jadi kalau PH ada polisi itu (bergabung dengan BN) kita bersamalah dengan keputusan PH,” katanya ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN) di George Town, hari ini (21 November 2022), menurut BH.
Menurutnya pendirian DAP berhubung keputusan membentuk kerajaan campuran bersama Barisan Nasional (BN) adalah sejajar dengan kepimpinan tertinggi PH.
Katanya pihaknya akan memberi sokongan terhadap keputusan yang diambil PH itu dan ia dibuat secara bersama memandangkan DAP adalah sebahagian daripada PH.
Guan Eng ketika ditanya adakah beliau akan atau sudah mengadakan pertemuan bersama kepimpinan tertinggi PH behubung perkara itu enggan mengulas lanjut.
“Saya tidak mahu komen. Saya baru sampai dari Kuala Lumpur dan bergegas ke sini untuk (menghadiri) pembentangan bajet,” katanya.
Monday, November 21, 2022
DAP sebahagian PH: Lim Guan Eng beri peringatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment