Ramai ahli dan penyokong UMNO yang menjawab “tidak rela” kepada soalan ditanya Menteri Besar Johor daripada UMNO Datuk Onn Hafiz Ghazi sama ada UMNO Johor sanggup bersekongkol dengan Pakatan Harapan (PH), terutama DAP, untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan.
Terdahulu, Onn Hafiz menimbulkan soalan itu susulan tindakan Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan pemimpin kanan UMNO mengadakan pertemuan dengan Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, di ibu negara, pagi tadi, berbincang bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.
Ramai netizen yang menjawab soalan itu dalam Facebook Onn Hafiz, marah dengan tindakan UMNO mahu bekerjasama dengan DAP yang menganggotai Pakatan Harapan (PH).
Terdahulu, media melaporkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng mengingatkan bahawa DAP adalah sebahagian daripada PH dan sebarang keputusan tetap dibuat secara bersama.
“Kita sebahagian PH jadi kalau PH ada polisi itu (bergabung dengan BN) kita bersamalah dengan keputusan PH,” katanya.
Rata-rata ahli UMNO dan penyokong parti itu mengingatkan bahawa sejak 1958 lagi UMNO telah menentang DAP, tetapi kini harus tuduk kepada DAP.
“Sia-sia lah perjuangan UMNO melawan DAP sejak 1958 dato. Betul negara kena move forward seiring zaman, tapi ada sesetengah isu yang menjadi asas pembentukan negara kita selaku tuan tanah asal tak patut dicabar. Itu yang jadi asal perjuangan UMNO dato,” tulis seorang daripada mereka.
Ada juga yang mengingatkan bahawa UMNO akan terus hilang dari radar politik negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-15) jika bergabung dengan PH dan DAP.
“Jika UMNO nak terus hilang dari undi rakyat, boleh lah bergabung dgn PH/DAP. PRU-16 akan menjadi seperti parti Pejuang. Rakyat sudah pandai menilai dan ingat apa yang dibuat.
“Jangan kerana salah langkah hari ini, UMNO akan hilang. Yang terbaik untuk membentuk kerajaan adalah bersama PN, kerana aspirasi Melayu Islam lebih berat di sana berbanding bersama PH/DAP. Ini pandangan saya Dato’ untuk UMNO,” katanya.
Antara jawapan yang diberi ialah:
“Maka akan terkuburlah UMNO buat selamanya kerana kepentingan individu. Perjuangan demi bangsa harus diteruskan.”
“Tak sanggup lah Dato… betapa hinanya rasa, selama berkempen duk kutuk keji orang Melayu tiba masa nak gi cakap baik ngan dia ?? Serious lah mana maruah?”
“Habis la perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu yang teguh memperjuangkan prinsip dalam UMNO, kerana kepentingan peribadi… sanggup gadai prinsip…
“ya Allah tak sanggup..mintak dijauhkanlah dari pemimpin yang macam ni.. harap dato dan MT dapat buat keputusan yang terbaik untuk rakyat dan negara… tolong berpegang teguh pada prinsip dato..”
“Jangan Dato! Jika tak mampu untuk bersama musuh jangan mengalah untuk kalahkan musuh. Demi bangsa Johor!”
“Sebelum buat keputusan fikir masak-masak fikir masa depan anak cucu kita jangan kita nak kerjakan kerjaya duit dan pangkat sahaja perlu kita fikir sudut luar dalam masa depan kita renung-renungkanlah fikir-fikirkanlah ingat pesanan orang tua…”
“Jika diteruskan maka terkuburlah BN untuk selama-lamanya. Kekal dalam sejarah sahaja la sebagai parti yang membela bangsa Melayu. Tetapi sekarang tidak lagi. Prisipnya hilang. Dengarkan apa yang rakyat nak.
“Mungkin pemimpin masih tidak faham dari mana datangnya kerajaan. Dari rakyat dan untuk rakyat!!! Jika suara rakyat dibiarkan tenggelam maka lama kelamaan tiada lagi sokongan kedengaran.
“Hanya Allah sahaja Yang membolak balik kan hati manusia..” Kita berdoa semoga mesyuarat pada malam nanti berjalan dengan lancar..semoga semua MT Kita kekal pendirian sepertimana yang telah diterima pada PAU yang lepas.. #NoAnwar #noDAP”
“Dah lari dari prinsip perjuangan UMNO dah ni, ni bukan perjuangan parti ditubuhkan, tapi ni berjuangan demi kluster makamah.”
No comments:
Post a Comment