Wednesday, November 2, 2022

Tinggalkan tawaran dan cara lama – Bagaimana bakal YB respons kepada ‘masyarakat CCTV’?

 


Bakal Yang Berhormat (YB) mesti bersifat dinamik terhadap kewujudan masyarakat pasca-modenisasi yang bertindak sebagai CCTV dengan meninggalkan tawaran dan cara lama.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA – UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata , masyarakat pasca modenisasi bertindak sebagai CCTV dengan 24 jam memerhati tingkahlaku kerajaan.









“Ini menuntut kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab dengan cara yang berbeza.

” Government knows all and government do all are over. Pengetahuan rakyat dan keupayaan rakyat perlu dijadikan asas yang pokok, sebagai saluran utama (main stream) dalam melaksanakan tugasan kerajaan, ” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dr Noor Azlan berkata, terdapat empat ciri yang menjadi faktor utama mempengaruhi hubungan kerajaan-rakyat.

Kesemua empat ciri tersebut iaitu pendapatan, umur, perbandaran, dan pendidikan dimiliki pada masyarakat pasca- modenisasi (post-modernization society) yang mempunyai ‘tahap akur patuh’ yang umumnya lebih rendah.









“Menelan bulat-bulat dan akur patuh apa sahaja yang disuarakan dan digesa oleh kerajaan tidak lagi boleh dianggap tersedia mudah, taken for granted, ” katanya.

Menurut pakar ekonomi itu, pendapatan perkapita rakyat Malaysia berbanding 30 tahun lalu telah meningkat 5.7 kali ganda, dari RM6,299 (1990) ke RM42,503 (2020).

“Kini hampir 77% rakyat Malaysia (25 juta orang) tinggal di kawasan bandar dan seramai 5.61 juta (22.1 %) dari jumlah penduduk umyr berkerja (15-64 tahun) Malaysia mempunyai pendidikan tertiari, berijazah.

“Orang muda berumur 18-39 tahun (lahir antara tahun 1983-2004) ,menjadi kumpulan majoriti yang menentukan masa depan negara, 10.7 juta orang (50.5 %) dari pengundi dalam PRU15 yang akan datang,” jelasnya.

Sehubungan itu , beliau berpendapat bakal YB perlu menjadikan kewujudan masyarakat pasca-modenosasi sebagai asas dalam menawarkan diri sebagai pemimpin yang akan membentuk kerajaan.

“Bagaimanakah anda respons kepada setiap 4 ciri masyarakat PM ini?









“Apakah nilai pemimpin dalam kacamata anak muda, penduduk bandar, rakyat berpendidikan dan umumnya juga berpendapatan lebih baik?

“Apakah yang menjadi harapan mereka dalam menentukan siapa yang bakal mereka pilih?,” soalnya.

Tambahnya, memenuhi citarasa dan nilai masyarakat pasca-modenisasi menjadikan calon yang menang PRU15 ini sebagai YB abad ke-21.

No comments:

Post a Comment