Langkah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengheret Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk jajaran baharu bersama DAP hanya kerana mahu menyelamatkan dirinya.
Mantan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membidas Presiden UMNO tersebut kerana cuba memaksa Ahli Parlimen BN untuk menerima tindakannya mengheret bersekongkol dengan PH hanya demi semata-mata mahu melepaskan dirinya daripada kes mahkamah yang sedang dihadapinya.
“Ahli UMNO jangan lupa, Zahid sejak dulu hanya mahu menyelamatkan dirinya. Ini bukan mengenai UMNO atau perjuangan agama dan bangsa. Si munafik ini hanya pentingkan dirinya saja.
“No Anwar, No DAP, No More Zahid Hamidi,” katanya dalam satu kenyataan.
Tun Faisal yang sebelum ini juga menjadi mangsa apabila digantung keahlian berkata Zahid sudah tersepit dan sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan dirinya selepas menjadi punca kekalahan teruk BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.
“Sebenarnya Tingkat 38 dan Ahli Majlis Tertingg yang menyokong Zahid sudah amat terdesak untuk menyelamatkan tengkuk masing-masing selepas mengakibatkan kekalahan UMNO dan BN paling besar dalam sejarah dalam PRU-15.
“Ternyata usaha mereka menolak Muafakat Nasional, mendesak PRU-15 diadakan tahun ini, membiarkan Zahid bertanding lagi dan menggugurkan ramai pemimpin UMNO dari senarai calon, telah mengundang kemarahan bukan sahaja kemarahan golongan atas pagar, malah ahli UMNO sendiri.
“Strategi Zahid ini mengakibatkan UMNO hilang kuasa di beberapa negeri, hilang 14 kawasan Parlimen kuat UMNO dan Presiden sendiri hanya menang 348 undi. Sangat memalukan,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, Zahid sepatutnya meletak jawatan dan disingkirkan daripada parti.
“Zahid dan penyokong-penyokong wajar meletak jawatan dan disingkirkan daripada parti atas kegagalan mereka ini,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Tun Faisal juga mendakwa Zahid sebagai punca UMNO hilang sokongan orang Melayu dan mustahil beliau mampu berdepan dengan DAP sekiranya berlaku kerjasama dengan PH nanti.
“Zahid sudah hilang sokongan orang Melayu dan UMNO. Ramai orang Melayu atas pagar yang menyokong UMNO selama ini dan pengundi-pengundi muda tidak mahu mengundi BN kerana menolak dan bencikan Zahid.
“Adakah kita nak percaya yang Zahid masih mampu mengekang dan membunuh DAP daripada dalam? Tun Dr Mahathir Mohamad tak mampu buat, Zahid mampu?” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment