Pembentukan kerajaan baharu yang melibatkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di negeri Perak adalah bukti UMNO kini adalah pengkhianat sebenar orang Melayu.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan keputusan UMNO untuk bersama dengan PH mengesahkan dakwaan sebelum ini adalah terbukti benar dan orang Melayu sekali lagi ditipu hidup-hidup pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.
“Keputusan UMNO untuk menubuhkan kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) di negeri Perak adalah suatu resipi untuk bencana (recipe for disaster).
“Tindakan ini mengesahkan cakap-cakap sebelum pilihan raya bahwa pemimpin UMNO sedang mengusahakan suatu bentuk jajaran baharu dengan PH semata-mata untuk kekal berkuasa.
“Kami juga tertanya-tanya di manakah keputusan Perhimpunan Agung UMNO “NO ANWAR, NO DAP?” katanya dalam satu hantaran Facebook.
Ahmad Faizal juga menegaskan PN Perak kekal dengan pendirian untuk kekal dengan perjuangan prihatin, bersih dan stabil, malah menolak kerjasama dengan DAP sama sekali.
“PN Perak tetap dengan pendirian untuk menjadi pembangkang jika tidak dapat membentuk kerajaan neger dengan mana-mana pihak yang bersedia menerima prinsip perjuangan PN iaitu Prihatin, Bersih dan Stabil.
“PN Negeri Perak tidak akan sama sekali bekerjasama dengan PH yang di dalamnya ada parti DAP yang ditolak oleh sebahagian besar orang Melayu atau dengan mereka yang tercemar dengan masalah rasuah,” katanya lagi.
Terdahulu, media melaporkan BN dan PH sudah bersetuju untuk menubuhkan kerajaan negeri secara bersama.
No comments:
Post a Comment