Tindakan Tidak Cerdik Seorang YB
Di dalam
keghairahan berposting dalam FB untuk menunjukkan beliau kerap turun
kawasan seorang YB dari Pendang telah melakukan satu kesilapan yang amat
besar apabila memaparkan visual seorang warga emas sedang uzur tanpa
menutup aurat.
Posting
YB tersebut yang berbunyi “Melawat orang sakit di Kg Baru” ternyata
tidak prihatin dan tidak bijak kerana ini boleh mengundang aib kepada
keluarga warga emas tersebut yang sedang sakit.
Penggunaan
media sosial untuk mencari pengaruh haruslah bijak dan berhati-hati.
Jangan dijadikan visual orang sakit dan tua sebagai alat mencari
pengaruh pengundi konon perihatin dan mesra rakyat.
Adalah
tidak wajar warga emas yang hampir nyanyuk dan tidak sedar ada orang
yang merakam wajah mereka untuk dipaparkan satu dunia melihatnya.
Mereka
sudah daif, dengan hanya dihulur bantuan beberapa ringgit ada pula
golongan yang mengambil kesempatan mencari populariti politik di atas
keuzuran mereka.
Kita
harus sedar wajah di dalam gambar itu juga mempunyai hak samaada mahu
atau tidak memberi kebenaran menyiarkan gambar mereka di dalam FB.
Jika
mereka tidak rela mereka boleh mengambil tindakan undang-undang kerana
mencuri rakam gambar mereka ketika mereka sedang sakit.
Bayangkan
bagaimana perasaan kita jika gambar ibu atau saudara kita yang sedang
tergedang sakit tanpa tutup aurat didedahkan sebegitu?
mummyrokiah.blogspot.com
pendang? y.b dia umno ler nih...
No comments:
Post a Comment