Rahsia Mengapa BN Menang Besar Di PRK Balingian Sudah Terbongkar...
Rahsia mengapa BN menang besar di PRK Balingian sudah terbongkar... Sekolah disana talian talipon dan fax pun tidak ada!!!!
Barisan
Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian
pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung hari ini, dengan majoriti
6,911 undi.
Pada
2011, bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh
6,210 undi untuk memenangi kerusi DUN Balingian dengan majoriti 5,154
undi, dalam pertandingan tiga penjuru, menewaskan Suriati Abdullah
daripada PKR yang memperoleh 871 undi, dan calon Bebas Datuk Salleh
Jafaruddin 1,056 undi.
Begitulah
ayat yang dipapar dan disiarkan merata negara oleh media arus perdana
dan blog pro UMNO/BN.. Berasa megah dan sombong sebab berjaya menang
dengan majoriti lebih besar dari dulu.
Omak Kau
bila selidik selain dari Ketua Menterinya menggunakan Imigresen sekat
para pemimpin tertinggi KEADILAN dari di benarkan masuk kenegeri Sarawak
untuk berkempen, alasan besar lain ialah sekolah di Balingian talian
talipon dan fax pun tidak ada.
Ertinya
akses kepada internet sifar .. mendapatkan maklumat yang benar lagi
sahih dari sumber alam maya adalah sifar ... menunjukkan bahawa penduduk
dan pengundi Balingian jenis menerima maklumat dari saluran yang
dibekalkan oleh media milik UMNO/BN sahaja.
Peliknya
kalau sampai sekolah pun tiada talian talipon menunjukkan betapa
terpinggirnya kedudukan Balingian ini .. terpinggir dari segala-galanya
.. bukan sahaja terpinggir maklumat... pembangunan dan keperluan asas
pun di pinggirkan.
Jadi
tidak perlulah pemimpin BN mau berlagak sombong dan angkuh sambil dabik
dada. Sepatutnya berasa malu yang BN kini hanya ada sokongan dikawasan
yang cukup daif dan terputus perhubungan dunia luar.
No comments:
Post a Comment