KERAJAAN LEMAH, PM LEMBIK, BINI PIJAK KEPALA ...
Bekas Ketua
Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata isu keselamatan perlu diberi
penekanan utama kerana ia mencerminkan kekuatan pentadbiran sesebuah
negara.
Katanya, kerajaan akan dianggap lemah jika terdapat kelemahan dalam soal keselamatan.
“Jika soal
keselamatan tidak dijaga, orang akan cakap kerajaan lemah, itu sebabnya
pemimpin perlu baiki ciri keselamatan dalam negara,” katanya pada forum
bertajuk Situasi Melayu Pasca PRU13 yang diadakan di Kuala Lumpur, malam
tadi.
Beliau berkata,
berdasarkan pemerhatiannya, perubahan polisi yang membabitkan politik
menyukarkan pegawai kerajaan untuk mempertingkat keselamatan negara.
"Pemimpin kena
percaya kepada pegawai kerajaan kerana mereka tahu apa yang mereka perlu
buat. Mereka jaga keamanan dan keselamatan kalau ubah polisi mereka
kena ikut," katanya.
Musa berkata, perkara itu pernah dibangkitkan pada mesyuarat Kabinet ketika beliau masih lagi menjadi ketua polis negara.
"Polisi diubah
kerana hendak menggalakkan pelancong datang ke negara ini, maka mereka
tidak perlu menjalani peperiksaan ketat, tetapi kalau pelancong bawa
RM1,000 bagi saya itu bukan melancong.
"Situasi ini
berbeza di Amerika Syarikat. Apabila pergi ke sana, saya terpaksa buka
jaket untuk pemeriksaan, tetapi di Malaysia banyak polisi diubah untuk
memudahkan pelajar luar negara di kolej swasta dan pekerja asing,"
katanya.
Dalam forum itu, Musa turut mendakwa demostrasi jalanan yang dibawa oleh pembangkang merupakan budaya barat.
Katanya, segala
idea dan strategi demostrasi jalanan yang bertujuan untuk menjatuhkan
kerajaan ditulis dalam sebuah buku penulis barat.
"Dalam buku
tersebut segalanya mengenai demostrasi jalanan diterangkan, bagaimana
untuk menjatuhkan kerajaan. Contohnya seperti berlaku di Mesir. Apa yang
terjadi dengan insiden Arab Spring,” katanya ketika menjawab soalan
peserta forum itu.
Mengulas
mengenai kelemahan parti Umno dan Barisan Nasional dalam menawan hati
pengundi, Musa membandingkan pemimpin kerajaan pemerintah dengan
pembangkang.
Katanya, sikap pemimpin Umno perlu diubah dan kerap turun ke peringkat akar umbi supaya lebih dekat dengan rakyat.
"Saya berkata begini bukan kerana saya menyokong pembangkang, tidak saya bukan pembangkang walaupun ada yang tuduh saya begitu.
"Namun
hakikatnya pemimpin perlu lebih berhubung dengan akar umbi, kerana kita
lihat pembangkang masuk ke kawasan guna basikal tetapi mereka pakai
kereta besar, mewah. Persepsi itu yang perlu diubah," katanya. TMI
No comments:
Post a Comment