Akujanji BN Kedah PRU13 : Bandaraya Getah Kota Putra Padang Terap.... Mana Dia?
Muhammad Sanusi Md Nor,
Apa Maksud Bandar Getah (rubber city)?
Yang sahihnya, bukanlah seluruh bandar
itu dibina dengan getah, jalannya daripada getah, rumah kedainya
daripada getah, super marketnya daripada getah. juga tandas awam, pasar,
pejabat kerajaan, stesen bas, dewan, sekolah, universiti, surau, masjid
dan periuk belanga, maupun LRT getah, monorel getah, pencakar langit
getah dan jambatan getah! Bukan! Pasti bukan ini maksudnya Bandar Getah
yang dijanjikan itu. Rubber City juga bukanlah 'raba Siti'!!
Saya rasa, bandar getah yang BN jnjikan
itu ialah menjadikan Padang Terap sebuah kawasan yang pesat membangun
dan maju sehingga mencapai tahap bandar - dengan adanya kemajuan yang
pesat dalam sektor getah! Ataupun sekurang-kurang jadilah Padang Terap
'Bandar Bergetah!'
Apakah Ciri-ciri Bandar Getah?
Bukan sahaja ada banyak pokok getah di
Padang Terap Bandar Getah itu, tapi akan ada kilang memproses getah,
industri berasaskan getah seperti kilang tayar, kilang tilam, kilang
kondom, kilang sarung tangan, kilang permainan kanak-kanak dan 'orang
dewasa' dan macam-macam lagi- semuanya berasaskan getah, seperti dalam
kepala pemimpin BN yang menabur janji pilihanraya ke 13 itu.
Oleh kerana BN tidak menjelaskan apakah
ciri-ciri Padang Terap yang akan menjadi bandar getah itu, tak ada
sesiapapun selain dari pemimpin BN yang membuat janji itu tahu, apakah
rupabentuk sebenar Padang Terap setelah berstatus bandar getah.
Ada apa di Padang Terap?
Di daerah itu sekarang memang ada banyak
pokok getah dan orang motong! Motor ronggeng belemoih dan pick-up
'piang' ala-ala lori hantu mengangkut sekerap, banyak mundar mandir di
jalan dan lorong. Selain mereka, ada juga kilang gula dan ladang tebu
yang semakin mengecil. Tebu untuk gula lebih banyak dieksport kerana
lebih murah daripada ditanam sendiri.
Ada pintu sempadan baru di Kota Putra,
Padang Sanai yang menghubungkan Malaysia (Kedah) dengan Thailand, sudah
boleh dilalui, tetapi belum wujud sebarang pekan seperti Danok, Padang
Besar, Wang Kelian atau Betong pada masa ini. Kalaupun ada, hanya orang
'pelari' benih getah dan sekerap Malaysia-Thailand-Malaysia!
Ada apa dengan daerah itu hingga hendak dibandarkan bersandar kepada getah? Mungkin ada tanah ladang tebu yang luas saujana mata memandang, dan tanah-tanah baru puluhan ribu ekar (22 atau 32 ribu ekar) diberikan kepada TRADEWINDS (M) Sdn Bhd, syarikat milik konglamerat Syed Mokhtar Al-Bukhari, sejak zaman BN dulu lagi.
Kilang gula itupun milik Syed Mokhtar,
bukan 'Gula Padang Terap' lagi, tapi gula Syed Mokhtar! Tanah-tanah ini
mungkin akan ditanam dengan getah?
Sewaktu proses memberikan tanah kepada Tradewinds zaman Syed Razak hingga zaman Tok Det, puluhan orang kampung yang memugar tanah dihalau dan dituduh menceroboh. Mereka meneroka hutan menanam getah dan dusun. Ada yang membina rumah dan membuka kampung, mencari tapak mendirikan kediaman membesarkan anak dan mencari sesuap rezeki.
Sewaktu kerajaan bertukar pada 2008, proses milikan oleh Tradewinds sudah selesai, dan tak ada apa-apa boleh dibuat untuk mengembalikan tanah itu kepada peneroka kecil-kecilan orang kampung yang daif. Banyak usaha dan cubaan dibuat, tidak berjaya! Kecuali dengan membayar balik belanja puluhan juta syarikat itu.
Apa Nikmat Bandar Getah kepada Orang Kampung?
Kalau kita abaikan saja hal orang-orang kaya ini dengan khazanah melimpah ruah milik mereka, dan merenung kepada orang-orang kampung penoreh getah di Padang Terap, apakah faedah bandar getah dalam Akujanji BN Kedah itu kepada mereka?
Pada masa ini, harga sekerap ialah RM2.10 sekilo, dan ikan temenung dijual RM12- RM15 sekilo di Pasar Malam Lubuk Merbau. Dengan pendapatan sebulan RM300-500, apakah nasib mereka dalam bandar getah nanti?
Soalan yang lebih mustahak ialah, apakah
nasib mereka sekarang? Anak-anak ke sekolah atau tidak? Anak beranak
yang sakit mampu berubat di klinik atau harapkan jampi sahaja? Beras di
rumah ada atau tidak? Mampukah meraka meneruskan 'kehidupan' sehingga
wujudnya bandar getah di depan mata.
Apakah mereka akan diambil bekerja di kilang sarung tangan, kilang kondom, kilang tayar, atau kilang proses sekerap menjadi SMR20? Apa pula syarat menjadi buruh atau operator di kilang, adakah sama dengan syarat menjadi penoreh? Tentu tidak!
Dengan harga sekerap yang makin
menjunam, dengan kos kehidupan, pendidikan, minyak, pengangkutan dan
kesihatan yang kian memuncak, apa makna bandar getah kepada orang
kampung di sana?
Ada Dah Jadi?
Hari ini, tiada siapapun yang nampak
rupa paras dan batang hidung bandar getah, selepas setahun Akujanji BN
dilafazkan oleh pemimpin berbaju merah dan biru, sambil menjerit-jerit
menjulang tangan dan meluruskan telunjuk ke atas.
Saya hanya ternampak pemimpin UMNO/BN
dari Padang Terap tersenyum tersengih dalam surat khabar, Badrul Hisham
berjaya menjadi Exco, Tok Li jadi Pegawai Khas PM dan Tok Det jadi
Timbalan Menteri. Cyber trooper yang kipas mereka siang malam
meneruskan budaya fitnah, jadi tukang caci maki! Hidup tidak berubah
pun!
Ada juga dua tiga orang 'pembawa beg'
pemimpin dari Padang Terap melabun di wisma, bersembang deras di cafe
dan restoren berbincang tentang projek dan 'masyuukk', tentang pemilihan
dan kedudukan. Bandar getah tak pernah 'tercuit' atau terpacul pun
dalam borak-borak pemimpin!
Kena Getah!
Saya rasa orang Padang Terap sebenarnya
'kena getah', nasib mereka dilantun-lantun macam bola getah, dan lidah
pemimpin BN makin 'elastik', seolah-olah diperbuat daripada getah di
kilang sekerap di pinggir 'bandar getah'! Bersiap untuk membuat janji
baru pulaaaa...
Sebulan dua ini, malah sejak Julai 2013, sekerap sangat murah, orang motong serba susah, sengsara derita. Bukan lagi nak berbandar-bandar, nak teruskan berkampung pun susah! Pemimpin yang menjerit-jerit menjanjikan bandar getah dulu itu sepatah haram pun tak bersuara, berdehem pun tidak. Selop kera!
Ada usaha rakyat berhimpun bersuara menuntut kerajaan berbuat sesuatu, dia conteng pulak rumahnya sendiri untuk memalit warna hodoh kepada orang, cuba-cuba memancing pihak keselamatan gagalkan himpunan. Jadinya seperti pencuri menjerit Pencuri! Pencuri! Yang best lagi, dia ajak orang berYaHaNaNa dekar-dekat tu jugak!! Alahaiiii!!!
Sebulan dua ini, malah sejak Julai 2013, sekerap sangat murah, orang motong serba susah, sengsara derita. Bukan lagi nak berbandar-bandar, nak teruskan berkampung pun susah! Pemimpin yang menjerit-jerit menjanjikan bandar getah dulu itu sepatah haram pun tak bersuara, berdehem pun tidak. Selop kera!
Ada usaha rakyat berhimpun bersuara menuntut kerajaan berbuat sesuatu, dia conteng pulak rumahnya sendiri untuk memalit warna hodoh kepada orang, cuba-cuba memancing pihak keselamatan gagalkan himpunan. Jadinya seperti pencuri menjerit Pencuri! Pencuri! Yang best lagi, dia ajak orang berYaHaNaNa dekar-dekat tu jugak!! Alahaiiii!!!
Sejak dijanjikan bandar getah kepada
orang-orang di Padang Terap, ada bezakah dengan orang Baling, Sik,
Merbok, Jerlun, Kubang Pasu, Sungai Petani, Kulim, Pendang, Langkawi,
Yan, Pokok Sena, Alor Setar, Kuala Kedah dan Padang Serai? Sama saja!
Sampai musim banjir ni kita naik bot getah. Masalah banjir tak selesai.
ReplyDelete